BH Online - Terkini |
- Muhammed Yusoff selesai jalani ujian poligraf empat jam
- Guardiola nanti perbincangan Arteta dengan Arsenal
- Peniaga maut, suami cedera kereta bertembung
- Ribuan sokong petisyen bantah runtuh memorial Hiroshima
- Thailand buru pembunuh bersiri
- Klopp kritik penganjuran Piala Dunia Kelab
- Lelaki ditahan disyaki rogol warga emas
- Setiap isi rumah di Sarawak nikmati air percuma RM5 pertama bil
- Graduan hidap kanser tahap empat dirai konvokesyen mini penuh istiadat di rumah
- Zii Jia, Kisona paling menyerlah
- 2 kebakaran di katil, 1 lagi di kepala Nazrin - Saksi
- Kumpulan Islam Indonesia nafi terpengaruh usaha lobi kerajaan China
- Polio: Imunisasi tambahan untuk semua kanak-kanak bawah 5 tahun di Sabah
- Pindaan perlembagaan kembalikan status Sabah, Sarawak dibentang Mac 2020
- Pemandu bas di Kelantan mogok dipercayai isu gaji
- Solskjaer pening Pogba kembali sakit
- 'Mungkin beliau sudah lupa'
- Maritim Malaysia tingkatkan operasi rondaan sepanjang musim tengkujuh
- Iannone positif bahan terlarang
- Mahkamah benar permohonan Zahrah dapat pasport
- KSN nafi akan berlaku pertukaran KSU lima kementerian
- Nelayan Thailand protes peraturan ketat industri perikanan
- HSR diteruskan, kos akan dikurangkan
- Projek Bandar Malaysia bermula
- TSG, TSC berentap cari kemenangan di TdS
- V17 telefon pintar lima kamera
- Kementerian ada SOP kalau banjir berlarutan babitkan sekolah
- Tawaran AirAsia Deals akan diperluas tahun depan
- Pos Malaysia keluarkan siri setem Ejen Ali edisi terhad
- Sidang Kemuncak Kuala Lumpur bukan pengganti OIC - Dr Mahathir
| Muhammed Yusoff selesai jalani ujian poligraf empat jam Posted: 17 Dec 2019 06:32 AM PST KUALA LUMPUR: Bekas penyelidik PKR, Muhammed Yusoff Rawther, selesai menjalani ujian poligraf di Bukit Aman selama empat jam bermula jam 4.30 petang tadi, bagi membantu siasatan kes dakwaan perlakuan tidak senonoh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, terhadapnya. |
| Guardiola nanti perbincangan Arteta dengan Arsenal Posted: 17 Dec 2019 07:50 AM PST LONDON: Penolong pengurus Manchester City, Mikel Arteta akan menyertai skuad bagi saingan suku akhir Piala Liga berdepan Oxford walaupun mengadakan perbincangan mengenai kekosongan jawatan pengurus di Arsenal, kata Pep Guardiola hari ini. |
| Peniaga maut, suami cedera kereta bertembung Posted: 17 Dec 2019 07:42 AM PST GUA MUSANG: Seorang peniaga wanita maut dan dua cedera apabila dua kenderaan bertembung di Kilometer 52 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, dekat Paloh, hari ini. |
| Ribuan sokong petisyen bantah runtuh memorial Hiroshima Posted: 17 Dec 2019 06:34 AM PST TOKYO: Ribuan orang ramai menandatangani petisyen dalam talian, bagi membantah cadangan untuk meruntuhkan dua bangunan awal abad ke-20, yang masih kukuh binaannya, selepas serangan bom atom di Hiroshima. |
| Thailand buru pembunuh bersiri Posted: 17 Dec 2019 06:20 AM PST BANGKOK: Seorang pembunuh bersiri yang baharu dibebaskan kerana berkelakuan baik beberapa bulan lalu, menjadi buruan polis Thailand selepas disyaki terbabit dalam satu kes pembunuhan. |
| Klopp kritik penganjuran Piala Dunia Kelab Posted: 17 Dec 2019 06:19 AM PST DOHA: Jurgen Klopp menegaskan Liverpool fokus sepenuhnya untuk memenangi Piala Dunia Kelab minggu ini menjelang separuh akhir berdepan Monterrey dari Mexico tetapi mengkritik tarikh kejohanan dan mempersoalkan perancangan FIFA melebarkan kejohanan itu pada masa depan. |
| Lelaki ditahan disyaki rogol warga emas Posted: 17 Dec 2019 06:06 AM PST TUARAN: Polis menahan seorang lelaki berusia 30 tahun di sebuah kampung di Kiulu, di sini, hari ini, kerana disyaki merogol seorang warga emas berusia 72 tahun pada minggu lalu. |
| Setiap isi rumah di Sarawak nikmati air percuma RM5 pertama bil Posted: 17 Dec 2019 05:59 AM PST KUCHING: Setiap isi rumah di Sarawak akan menikmati air percuma bagi RM5 pertama bil air domestik yang bersamaan kira-kira 11,300 liter air, berkuat kuasa 1 Januari tahun depan. |
| Graduan hidap kanser tahap empat dirai konvokesyen mini penuh istiadat di rumah Posted: 17 Dec 2019 05:54 AM PST MACHANG: Seorang graduan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang menghidap penyakit kanser pangkal hidung tahap empat, terharu menerima Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan di rumahnya di Kampung Kok Kiak Baka, di sini, hari ini. |
| Zii Jia, Kisona paling menyerlah Posted: 17 Dec 2019 05:51 AM PST KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki, Lee Zii Jia dan perseorangan wanita, S Kisona dilabel sebagai pemain paling menyerlah dalam skuad badminton kebangsaan bagi tahun 2019. |
| 2 kebakaran di katil, 1 lagi di kepala Nazrin - Saksi Posted: 17 Dec 2019 03:58 AM PST SHAH ALAM: Dua daripada tiga tempat yang didapati sengaja dibakar dalam kejadian meragut nyawa Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan pada 14 Jun 2018, adalah di kawasan katilnya. |
| Kumpulan Islam Indonesia nafi terpengaruh usaha lobi kerajaan China Posted: 17 Dec 2019 05:10 AM PST JAKARTA : Kumpulan Islam terbesar di Indonesia menafikan usaha melobi oleh Beijing, termasuk menyediakan lawatan ke Xinjiang akan berhasil dalam mempengaruhi pendirian mereka berhubung isu minoriti Uighur. |
| Polio: Imunisasi tambahan untuk semua kanak-kanak bawah 5 tahun di Sabah Posted: 17 Dec 2019 05:07 AM PST KOTA KINABALU: Imunisasi tambahan akan diberikan kepada semua kanak-kanak berumur bawah lima tahun di Sabah sebagai langkah memastikan penularan virus polio yang dikesan di Tuaran, baru-baru ini, dapat dihentikan. |
| Pindaan perlembagaan kembalikan status Sabah, Sarawak dibentang Mac 2020 Posted: 17 Dec 2019 05:02 AM PST PUTRAJAYA: Pindaan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan yang bertujuan mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi bersama Semenanjung Malaysia akan dibentangkan semula di Dewan Rakyat pada Mac 2020. |
| Pemandu bas di Kelantan mogok dipercayai isu gaji Posted: 17 Dec 2019 04:45 AM PST KOTA BHARU: Perkhidmatan bas henti-henti di Kelantan lumpuh hari ini berikutan lebih 100 pemandu bas Cityliner mogok, dipercayai tidak menerima gaji sejak beberapa bulan lalu. |
| Solskjaer pening Pogba kembali sakit Posted: 17 Dec 2019 04:41 AM PST LONDON: Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer semakin pening memikirkan Paul Pogba sambil mendedahkan pemain itu mengalami sakit yang melambatkan kepulangan pemain itu menjelang saingan suku akhir Piala Liga awal pagi Khamis ini berdepan Colchester. |
| 'Mungkin beliau sudah lupa' Posted: 17 Dec 2019 04:38 AM PST KOTA KINABALU: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan dakwaan pemberian Pas Sementara Sabah (PSS) kepada warga asing yang memegang dokumen IMM13, Kad Burung-Burung dan Sijil Banci di negeri ini, bukan cadangan jawatankuasa ditubuhkan hasil Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) pendatang asing Sabah. |
| Maritim Malaysia tingkatkan operasi rondaan sepanjang musim tengkujuh Posted: 17 Dec 2019 04:30 AM PST SEREMBAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) akan meningkatkan operasi rondaan di perairan negara bagi memantau aktiviti di laut sebagai langkah keselamatan sepanjang musim tengkujuh. |
| Iannone positif bahan terlarang Posted: 17 Dec 2019 04:29 AM PST PARIS: Penunggang MotoGP Itali, Andrea Iannone digantung sementara selepas didapati positif bahan terlarang, umum badan induk sukan permotoran FIM, hari ini. |
| Mahkamah benar permohonan Zahrah dapat pasport Posted: 17 Dec 2019 04:08 AM PST KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, membenarkan permohonan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Datuk Zahrah Abdul Wahab Fenner untuk mendapatkan pasport antarabangsanya dari mahkamah bagi menghadiri majlis perkahwinan abang iparnya di New Zealand. |
| KSN nafi akan berlaku pertukaran KSU lima kementerian Posted: 17 Dec 2019 04:04 AM PST SHAH ALAM: Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ismail Bakar menafikan akan berlaku pemindahan ketua setiausaha (KSU) lima kementerian dalam masa terdekat seperti yang dilaporkan sebuah portal berita. |
| Nelayan Thailand protes peraturan ketat industri perikanan Posted: 17 Dec 2019 03:50 AM PST BANGKOK: Perkarangan Kementerian Pertanian Thailand dibanjiri ribuan nelayan yang membantah peraturan ketat bertujuan membanteras penangkapan ikan haram dan aktiviti perikanan yang tidak terkawal yang didakwa menjejaskan pendapatan mereka. |
| HSR diteruskan, kos akan dikurangkan Posted: 17 Dec 2019 03:29 AM PST PUTRAJAYA: Kerajaan akan meneruskan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, namun skalanya dijangka dikecilkan bagi mengurangkan kos pelaksanaannya. |
| Projek Bandar Malaysia bermula Posted: 17 Dec 2019 03:05 AM PST PUTRAJAYA: Bandar Malaysia akan memberi impak besar kepada ekonomi negara, sekali gus menjadi hab menarik lebih banyak syarikat multinasional global berimpak tinggi ke negara ini. |
| TSG, TSC berentap cari kemenangan di TdS Posted: 17 Dec 2019 03:23 AM PST SHAH ALAM: Sekali lagi pertembungan dua pasukan benua Malaysia iaitu Terengganu Inc Cycling Team (TSG) dan Team Sapura Cycling (TSC) bakal menjadi tumpuan dalam edisi kedua Tour de Selangor (TdS) yang akan membuka tirainya esok hingga Ahad ini. |
| V17 telefon pintar lima kamera Posted: 17 Dec 2019 03:14 AM PST KUALA LUMPUR: VIVO Malaysia melancarkan model telefon pintar terbaharunya, V17 yang bakal meneruskan momentum populariti jenama pengeluar telefon pintar berkenaan selepas pelancaran V17 Pro pada Oktober lalu. |
| Kementerian ada SOP kalau banjir berlarutan babitkan sekolah Posted: 17 Dec 2019 12:50 AM PST KLUANG: Kementerian Pendidikan mempunyai prosedur operasi standard (SOP) tersendiri terhadap sekolah yang dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) sekiranya musim banjir berterusan ketika sesi persekolahan dijalankan. |
| Tawaran AirAsia Deals akan diperluas tahun depan Posted: 17 Dec 2019 03:01 AM PST KUALA LUMPUR: AirAsia Group Bhd akan memperluaskan tawaran AirAsia Deals, pakej gaya hidupnya ke seluruh Malaysia, Singapura dan Thailand menjelang tahun depan. |
| Pos Malaysia keluarkan siri setem Ejen Ali edisi terhad Posted: 17 Dec 2019 02:45 AM PST KUALA LUMPUR: Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) bekerjasama dengan Primeworks Studios dan WAU Animation untuk mengeluarkan siri setem Ejen Ali edisi terhad, sempena tayangan filem animasi Ejen Ali The Movie. |
| Sidang Kemuncak Kuala Lumpur bukan pengganti OIC - Dr Mahathir Posted: 17 Dec 2019 02:40 AM PST KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 yang bermula esok, bukan bertujuan membentuk blok baharu atau untuk menggantikan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment