Wednesday, December 18, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Kenyataan Hanipa disalahtafsir - Mahfuz

Posted: 18 Dec 2019 08:15 AM PST

SHAH ALAM: Kenyataan Timbalan Menteri Undang-undang, Mohamed Hanipa Maidin, sebelum ini yang menyatakan Kerajaan Persekutuan merancang mengurangkan perjawatan awam sebanyak lima peratus sehingga 2021 sudah disalahertikan ramai pihak.

Kementerian Kesihatan aktifkan CPRC pantau keadaan banjir

Posted: 18 Dec 2019 08:06 AM PST

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengaktifkan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Negara (CPRC) di ibu pejabatnya di Putrajaya untuk memantau keadaan banjir di seluruh negara.

Emir Qatar tiba untuk Sidang Kemuncak KL 2019

Posted: 18 Dec 2019 08:04 AM PST

SEPANG: Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini malam ini untuk lawatan sehari bagi menghadiri Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019.

Dewan Perwakilan AS mulakan undi tidak percaya Trump

Posted: 18 Dec 2019 08:03 AM PST

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berdepan cabaran politik terbesar, hari ini, dalam undian kongres bersejarah untuk memecat beliau kerana salah guna kuasa.

Jokowi arah percepat bina 'Silikon Valley' Indonesia

Posted: 18 Dec 2019 07:52 AM PST

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko 'Jokowi' Widodo mengarahkan kabinet beliau supaya mempercepatkan projek bernilai AS$33 bilion (RM136.72 bilion) untuk memindahkan ibu negara di Jakarta kepada pulau Borneo supaya bandar seperti 'Lembah Silikon' itu siap menjelang 2023.

Persaingan ke Tokyo makin 'panas'

Posted: 18 Dec 2019 07:49 AM PST

KUALA LUMPUR: Persaingan memburu tiket ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 membabitkan dua beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Goh V Shem-Tan Wee Kiong semakin 'panas'.

5 projek khas, 6 kluster resolusi Sidang Kemuncak KL 2019 (Belia)

Posted: 18 Dec 2019 06:53 AM PST

KUALA LUMPUR: Cadangan pelaksanaan lima projek khas adalah antara resolusi yang dicapai pada Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 bagi belia selama dua hari yang berakhir di sini, hari ini.

Sisa runtuhan Anak Krakatau penuhi dasar laut Indonesia - Pakar

Posted: 18 Dec 2019 07:03 AM PST

JAKARTA: Sejumlah besar sisa letupan gunung berapi Indonesia dikesan memenuhi dasar laut selepas meletus tahun lalu dan turut mencetuskan tsunami yang meragut banyak nyawa, lapor satu kajian terbaharu.

Agong berkenan terima kunjungan Presiden Iran, Presiden Turki

Posted: 18 Dec 2019 07:01 AM PST

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan menerima kunjungan Presiden Iran, Hassan Rouhani, dan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, secara berasingan di Istana Negara, di sini, hari ini.

51 wanita asing jadi buruh paksa diselamatkan

Posted: 18 Dec 2019 06:58 AM PST

KLANG: Seramai 51 wanita warga asing diselamatkan daripada menjadi mangsa pemerdagangan manusia dipercayai sebagai buruh paksa dalam tiga serbuan di Bandar Baru Klang, semalam.

Dewan Negara: Wang kertas bebas unsur lemak khinzir - Amiruddin

Posted: 18 Dec 2019 06:57 AM PST

KUALA LUMPUR: Wang kertas negara bebas daripada lemak haiwan dan tidak mengandungi unsur lemak khinzir, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah.

'Sophia' buat penampilan di Sidang Kemuncak KL 2019

Posted: 18 Dec 2019 06:47 AM PST

KUALA LUMPUR: Sidang Kemuncak Kuala Lummpur 2019 turut mendapat sentuhan teknologi terkini dengan kehadiran robot humanoid 'Sophia', yang dijadual membuat penampilan dan menyampaikan kata-kata aluan kepada semua delegasi sebaik sahaja selesai majlis perasmian esok.

PDRM umum pertukaran 12 pegawai kanan

Posted: 18 Dec 2019 06:35 AM PST

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran jawatan 12 pegawai kanannya berkuat kuasa pada 20 Januari 2020.

Sidang Kemuncak KL 2019 sedia jadi tumpuan dunia

Posted: 18 Dec 2019 06:18 AM PST

KUALA LUMPUR: Pentas Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 yang akan mengetengahkan isu berkaitan hal ehwal umat dan negara Islam, sudah bersedia menjadi tumpuan dunia sehingga Sabtu ini.

Sidang Kemuncak KL 2019 pentas tangani Islamofobia, tanggapan negatif terhadap Islam

Posted: 18 Dec 2019 06:00 AM PST

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 akan menjadi pentas penting bagaimana untuk mengatasi masalah Islamofobia.

Pihak sekolah diminta pantau harga makanan di kantin

Posted: 18 Dec 2019 05:14 AM PST

PENAMPANG: Pihak sekolah diminta memantau sebarang kenaikan harga makanan di kantin masing-masing apabila sesi persekolahan baharu dibuka, tidak lama lagi.

Sindir-menyindir Najib dan pendakwa

Posted: 18 Dec 2019 04:52 AM PST

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak mencampuri urusan syarikat pelaburan strategik, SRC International Sdn Bhd kerana menguruskan hal ehwal negara.

Pelajar Malaysia menang pertandingan peragaan pakaian di Thailand

Posted: 18 Dec 2019 04:58 AM PST

KENINGAU: Seorang pelajar Tingkatan Tiga, di sini, melakar sejarah tersendiri pada peringkat global apabila menjuarai pertandingan peragaan pakaian anjuran Prince & Princess International di Chiang Mai, Thailand.

Lori balak dilarang beroperasi di Long Pasia hingga 3 Januari

Posted: 18 Dec 2019 04:55 AM PST

SIPITANG: Lori balak tidak dibenarkan beroperasi di kawasan Long Pasia, dekat sini, sepanjang musim hujan dan sambutan Krismas bermula Isnin lalu hingga 3 Januari depan.

Hadi Fayyadh terus bersama Fagiano Okayama

Posted: 18 Dec 2019 03:17 AM PST

GAMBANG: "Kalau pemain Thailand boleh buat, kenapa saya tak boleh?". Itu kata-kata semangat menjadi pegangan penyerang muda negara, Hadi Fayyadh selepas dia akan terus berkelana di Jepun apabila pasukannya, Fagiano Okayama menyambung kontraknya setahun lagi.

Culey sapu bersih 3 jersi

Posted: 18 Dec 2019 04:34 AM PST

KUALA LUMPUR: Seperti dijangka, Team Sapura Cycling menguasai perlumbaan peringkat pertama Tour de Selangor (TdS) 2019 apabila pelumbanya, Marcus Culey melakukan kayuhan solo berbaki 20 kilometer sebelum penamat di Batang Kali untuk memastikan kejayaan buat pasukannya.

Bilal 'sambut' bayi perempuan di lantai masjid

Posted: 18 Dec 2019 04:21 AM PST

KUALA PILAH: Seorang bilal tidak menyangka bungkusan kain berwarna putih yang bergerak-gerak di atas lantai Masjid Kariah Kuala Sungai Dua di sini, adalah bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan.

NSTP sumbang kasut menjelang sambutan Krismas

Posted: 18 Dec 2019 02:51 AM PST

SEMENYIH: Kegembiraan dan keceriaan jelas terpancar pada wajah 85 kanak-kanak kurang bernasib baik apabila menerima sumbangan sepasang kasut daripada The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), di sini, hari ini.

Gaji minimum RM1,200 sebulan di 57 bandar utama

Posted: 18 Dec 2019 04:10 AM PST

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan kadar gaji minimum dinaikkan kepada RM1,200 sebulan di bandar utama di bawah pentadbiran 57 majlis bandar raya dan majlis perbandaran, manakala kadar gaji minimum kekal pada RM1,100 sebulan di kawasan selain wilayah bandar utama.

Arteta 'tiada pengalaman', perlu dibantu - Wenger

Posted: 18 Dec 2019 04:02 AM PST

DOHA: Mikel Arteta yang sedang berbincang untuk menjadi jurulatih Arsenal "tiada pengalaman" sebagai pengurus dan perlukan pertolongan, kata bekas bos Gunners, Arsene Wenger hari ini.

Pembinaan Pusat Interpretasi HOB tingkat pengurusan hutan lestari

Posted: 18 Dec 2019 03:40 AM PST

LAWAS: Kerajaan Sarawak terus meningkatkan pengurusan hutan lestari melalui pembinaan Pusat Interpretasi Heart of Borneo (HOB) di kawasan Hutan Simpan Kayangeran, di sini.

Lelaki dipenjara seumur hidup tikam penumpang kereta api laju

Posted: 18 Dec 2019 03:38 AM PST

TOKYO: Seorang lelaki Jepun dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup hari ini selepas menyerang penumpang di dalam kereta api laju pada 2018, menyebabkan seorang terbunuh manakala dua lagi cedera, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai tahap keselamatan di saat Tokyo sedang bersiap sedia untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2020.

Ee Yi-Yew Sin dalam bahaya

Posted: 18 Dec 2019 03:33 AM PST

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin boleh dianggap dalam zon bahaya menjelang proses 'pembuangan' yang akan dijalankan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hujung bulan ini.

Laporan bedah siasat siap Februari

Posted: 18 Dec 2019 03:32 AM PST

KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Negara (MSN) menjangkakan laporan bedah siasat susulan kegagalan kontinjen Malaysia mencapai sasaran 70 pingat emas pada Sukan SEA 2019 di Filipina siap Februari depan.

Sharifah Mazlina dilarang guna gelaran Datin Paduka

Posted: 18 Dec 2019 03:27 AM PST

KUALA LUMPUR: Jemaah Majlis DiRaja Johor mengesahkan bahawa gelaran Datin Padukawirawati negara ke atas Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir sudah ditarik balik pada tahun 2010.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template