BH Online - Terkini |
- NADMA tambah 2000 khemah mangsa banjir
- Mesyuarat Majlis Sosial Negara sentuh isu sekolah tahfiz
- Ahli BERSATU perlu utamakan kepentingan parti - Dr Mahathir
- Kemenangan tambah keyakinan hadapi Kemboja
- 17 maut nahas bas di Maghribi
- Perompak larikan lima dulang emas
- Fon telinga HUAWEI FreeBuds 3 berikan kualiti bunyi jelas
- Graduan masih dibelenggu untuk dapat pekerjaan
- Banyak 'kerja rumah' selepas atasi Timor Leste
- Lapangan Terbang Antarabangsa Manila ditutup
- Prosedur ambil darah bayi sukar
- Hentikan minum-minum dan 'buat deal' - SPRM
- Pekerja asing: KDN teliti cadangan SPRM
- 37 bayaran cek berjumlah RM1.3 juta
- Tunggu laporan penuh hasil siasatan JAS
- Pindaan Akta Racun: Ada pihak cuba kelirukan pengamal perubatan
- Tindakan tegas terhadap penganjur peragaan separuh bogel
- Pekerja pembaikan kabel elektrik bawah tanah maut selepas tertimbus
- Indonesia jadi halangan skuad badminton di final
- Video pemancing selamatkan yu paus sentuh hati warganet
- 1.6 juta hektar tanah musnah terbakar di Indonesia
- Misi dakwah ke Kuala Mu menyantuni masyarakat Orang Asli
- Badak sumbu putih selatan dilahirkan di zoo Belgium
- 'Bukan rezeki kami...'
- Parlimen Kimanis: SPR akur keputusan mahkamah
- Dua maut bangunan runtuh di Kemboja
- Pengarah syarikat didakwa tipu, babitkan kerugian lebih RM12 juta
- EKSKLUSIF: Sikap ambil mudah punca kena tipu
- KPP ubah masa depan pesara tentera, industri pertahanan
| NADMA tambah 2000 khemah mangsa banjir Posted: 02 Dec 2019 08:02 AM PST JERTIH: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menambah 2,000 unit khemah untuk menampung keperluan mangsa banjir yang semakin meningkat berikutan cuaca tidak menentu. |
| Mesyuarat Majlis Sosial Negara sentuh isu sekolah tahfiz Posted: 02 Dec 2019 07:50 AM PST KUALA LUMPUR: Majlis Sosial Negara (MSN) dalam mesyuarat dipengerusikan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, hari ini menyentuh isu dan permasalahan berkaitan sekolah tahfiz di negara ini yang memerlukan perhatian segera. |
| Ahli BERSATU perlu utamakan kepentingan parti - Dr Mahathir Posted: 02 Dec 2019 07:07 AM PST SHAH ALAM: Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan semua ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengutamakan kepentingan parti berbanding diri sendiri. |
| Kemenangan tambah keyakinan hadapi Kemboja Posted: 02 Dec 2019 07:28 AM PST MANILA: Jurulatih skuad bola sepak bawah 22 tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee menyifatkan kemenangan 4-0 ke atas Timor Leste, malam tadi meningkatkan lagi tahap keyakinan anak buahnya menjelang aksi terakhir Kumpulan A bertemu Kemboja, Rabu ini. |
| Posted: 02 Dec 2019 07:03 AM PST RABAT: Seramai 17 orang terbunuh dan 36 cedera selepas sebuah bas terbabit dalam kemalangan di utara Maghribi, kata kementerian kesihatan hari ini dalam insiden kedua berlaku di Afrika Utara pada hari sama. |
| Perompak larikan lima dulang emas Posted: 02 Dec 2019 06:50 AM PST ALOR SETAR: Selepas melakukan rompakan di Perlis, kumpulan sama dipercayai melakukan jenayah sama dengan melarikan lima dulang emas di sebuah kedai emas di Alor Mengkudu di sini, malam ini. |
| Fon telinga HUAWEI FreeBuds 3 berikan kualiti bunyi jelas Posted: 02 Dec 2019 04:52 AM PST KUALA LUMPUR: Bunyi bising yang terlampau hingga mengganggu ketenteraman juga dianggap sebagai satu pencemaran bunyi yang harus dicegah. |
| Graduan masih dibelenggu untuk dapat pekerjaan Posted: 02 Dec 2019 06:39 AM PST ALOR GAJAH: Graduan universiti kini masih dibelenggu masalah untuk mendapatkan pekerjaan meskipun memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan. |
| Banyak 'kerja rumah' selepas atasi Timor Leste Posted: 02 Dec 2019 06:16 AM PST MANILA: Di sebalik kemenangan skuad bawah 22 (B-22) negara yang menewaskan Timor Leste 4-0, malam ini, masih banyak 'kerja rumah' perlu dilakukan jurulatih, Datuk Ong Kim Swee. |
| Lapangan Terbang Antarabangsa Manila ditutup Posted: 02 Dec 2019 06:15 AM PST MANILA: Pihak berkuasa mengumumkan bahawa operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Manila akan digantung buat sementara esok, sebagai langkah keselamatan susulan Taufan Kammuri. |
| Prosedur ambil darah bayi sukar Posted: 02 Dec 2019 04:29 AM PST KUALA LUMPUR: Ibu bapa yang tidak berpuas hati mengenai keadaan anak ketika mendapatkan rawatan mengambil darah atau pemasangan kanula intravena (IV) boleh merujuk pihak pengurusan hospital sebelum melakukan sebarang 'posting' menerusi media sosial. |
| Hentikan minum-minum dan 'buat deal' - SPRM Posted: 02 Dec 2019 03:25 AM PST CYBERJAYA: Pegawai awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terbabit dalam pemberian tender perlu menghentikan budaya 'urusan sambil berlibur', minum kopi atau teh tarik bersama pemohon tender, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya. |
| Pekerja asing: KDN teliti cadangan SPRM Posted: 02 Dec 2019 04:59 AM PST PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meneliti kewajaran cadangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya proses kemasukan pekerja asing diserahkan kepada Kementerian Sumber Manusia. |
| 37 bayaran cek berjumlah RM1.3 juta Posted: 02 Dec 2019 02:05 AM PST KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, melakukan 37 bayaran menggunakan cek berjumlah RM1.3 juta sebagai pembayaran penggunaan empat kad kredit dimilikinya. |
| Tunggu laporan penuh hasil siasatan JAS Posted: 02 Dec 2019 05:59 AM PST SINTOK: Kerajaan negeri masih menunggu laporan penuh hasil siasatan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi menentukan sama ada kejadian banjir lumpur di Kupang, Baling, berpunca daripada projek penanaman durian Musang King di Gunung Inas. |
| Pindaan Akta Racun: Ada pihak cuba kelirukan pengamal perubatan Posted: 02 Dec 2019 05:31 AM PST KUALA LUMPUR: Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) berpendapat ada kumpulan doktor menentang pindaan Rang Undang-Undang Racun (Pindaan) 2019 kerana salah faham yang ditimbulkan pihak tidak bertanggungjawab. |
| Tindakan tegas terhadap penganjur peragaan separuh bogel Posted: 02 Dec 2019 05:22 AM PST PUTRAJAYA: Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas penganjur Tattoo Malaysia Expo 2019, susulan peragaan separuh bogel pada acara itu. |
| Pekerja pembaikan kabel elektrik bawah tanah maut selepas tertimbus Posted: 02 Dec 2019 05:21 AM PST KUANTAN: Seorang lelaki maut selepas tertimbus dalam runtuhan tanah ketika melakukan kerja pembaikan kabel elektrik bawah tanah di sini, tengah hari tadi. |
| Indonesia jadi halangan skuad badminton di final Posted: 02 Dec 2019 05:17 AM PST MANILA: Skuad badminton lelaki negara akan membuat perhitungan dengan musuh tradisi, Indonesia pada aksi final berpasukan di Kompleks Sukan Muntinlupa, Rabu ini. |
| Video pemancing selamatkan yu paus sentuh hati warganet Posted: 02 Dec 2019 05:14 AM PST KUCHING: Rakaman video memaparkan sekumpulan pemancing menyelamatkan seekor yu paus terjerut tali yang disiarkan melalui Facebook sejak semalam, menyentuh hati ramai pengguna laman sosial itu. |
| 1.6 juta hektar tanah musnah terbakar di Indonesia Posted: 02 Dec 2019 05:05 AM PST JAKARTA: Sekurang-kurangnya 1.6 juta hektar tanah degradasi dan gambut yang kaya dengan karbon di Indonesia musnah akibat kebakaran yang turut mengakibatkan seluruh Asia Tenggara dilitupi jerebu tahun ini, kata sekumpulan pengkaji. |
| Misi dakwah ke Kuala Mu menyantuni masyarakat Orang Asli Posted: 02 Dec 2019 05:03 AM PST SABAK BERNAM: Seramai 50 peserta konvoi ke perkampungan Orang Asli Kuala Mu, Sungai Siput, Perak, tekad memenuhi misi dakwah kepada 400 penduduk selain menjalankan khidmat masyarakat di situ. |
| Badak sumbu putih selatan dilahirkan di zoo Belgium Posted: 02 Dec 2019 04:59 AM PST BRUSSELS: Seekor anak badak sumbu putih selatan yang diancam kepupusan, dilahirkan di sebuah zoo di Belgium, di sini. |
| 'Bukan rezeki kami...' Posted: 02 Dec 2019 04:33 AM PST KUALA LUMPUR: Komposer Farouk Roman menganggap kegagalan tiga lagu ciptaannya mara ke Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke- 34 sebagai bukan rezeki dan tidak sepatutnya disensasikan. |
| Parlimen Kimanis: SPR akur keputusan mahkamah Posted: 02 Dec 2019 04:46 AM PST PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akur dengan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya membatalkan kemenangan Datuk Seri Anifah Aman bagi kerusi Parlimen Kimanis, Sabah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). |
| Dua maut bangunan runtuh di Kemboja Posted: 02 Dec 2019 04:13 AM PST PHNOM PENH: Dua pekerja maut, manakala 10 lagi cedera parah apabila dewan makan di dalam sebuah kuil di sini, yang sedang dalam pembinaan runtuh. |
| Pengarah syarikat didakwa tipu, babitkan kerugian lebih RM12 juta Posted: 02 Dec 2019 04:08 AM PST SEREMBAN: Seorang pengarah syarikat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menipu sebuah syarikat pembinaan hingga menyebabkan kerugian lebih RM12 juta pada 2016 dan 2017. |
| EKSKLUSIF: Sikap ambil mudah punca kena tipu Posted: 02 Dec 2019 04:00 AM PST KUALA LUMPUR: Ugutan dan tekanan yang digunakan anggota sindiket 'Macau Scam' menyebabkan masih ramai individu menjadi mangsa, walaupun modus operandi penipuan itu banyak didedahkan pihak berkuasa dan media. |
| KPP ubah masa depan pesara tentera, industri pertahanan Posted: 02 Dec 2019 04:00 AM PST Kuala Lumpur: Kertas Putih Pertahanan (KPP) akan menggalakkan perkhidmatan awam dan sektor swasta menyediakan 'pekerjaan kedua' kepada pesara tentera, khususnya pegawai lain-lain pangkat yang menamatkan perkhidmatan sekitar usia 45 tahun. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment