Sunday, December 22, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Watford aibkan United

Posted: 22 Dec 2019 08:21 AM PST

WATFORD: Kesilapan yang mengerikan daripada penjaga gol Manchester United, David de Gea membantu pasukan tercorot Liga Perdana Inggeris (EPL), Watford meraih kemenangan 2-0 di Vicarage Road, di sini, sebentar tadi.

Hady Mirza, Naqiu juara bersama GV6

Posted: 22 Dec 2019 08:11 AM PST

SHAH ALAM: Keputusan pentas akhir musim keenam Gegar Vaganza (GV6) mengejutkan peminat apabila buat kali pertama, dua peserta diumumkan juara bersama iaitu Hady Mirza dan Naqiu.

Keputusan aksi Watford-United

Posted: 22 Dec 2019 08:05 AM PST

WATFORD, United Kingdom: Berikut adalah keputusan perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Watford dan Manchester United di Stadium Vicarage Road, di sini, yang berakhir sebentar tadi.

Penilaian semula cukai taksiran mengikut kategori hartanah

Posted: 22 Dec 2019 07:57 AM PST

ALOR SETAR: Kerajaan negeri sudah memulakan proses penilaian semula kadar cukai taksiran sejak tahun lalu bagi memastikan kepesatan pembangunan dan kemajuan negeri mencapai tahap yang ditetapkan.

Mane, Salah, Mahrez calon Pemain Terbaik Afrika

Posted: 22 Dec 2019 07:26 AM PST

KAHERAH: Dua bintang Liverpool, Sadio Mane dan Mohamed Salah serta pemain Manchester City, Riyad Mahrez dinamakan sebagai tiga calon bagi merebut anugerah Pemain Terbaik Afrika yang akan diputuskan bulan depan.

PFAM anjur golf amal kumpul dana

Posted: 22 Dec 2019 07:08 AM PST

KAJANG: Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) sedang berusaha mengumpul dana bagi mengisi tabung kebajikan pemain persatuan itu.

Keputusan awal, Ghani dijangka kekal jawatan presiden

Posted: 22 Dec 2019 06:50 AM PST

KABUL: Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani dijangka meneruskan penggal pemerintahan kedua, hari ini, selepas hampir menang jelas dalam keputusan awal pilihan raya, namun seteru beliau terus berjanji untuk mencabar keputusan terbabit.

Air Selangor tambah pili awam di kawasan terjejas bekalan air

Posted: 22 Dec 2019 06:47 AM PST

KUALA LUMPUR: Sebanyak enam lagi lokasi pili awam akan ditambah mulai malam ini dan awal pagi esok bagi menyalurkan bekalan air kecemasan ke kawasan terjejas susulan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi.

Salahkan 'Waze' sebab pandu lawan arus

Posted: 22 Dec 2019 06:43 AM PST

BUTTERWORTH: Seorang wanita berusia 23 tahun yang juga kerani di sebuah kilang memberi alasan memandu melawan arus kerana mengikut arahan yang diberikan oleh aplikasi pandu arah 'Waze'.

Suziyanti tampil gaun sulam tema batu karang

Posted: 22 Dec 2019 06:37 AM PST

KUALA LUMPUR: Aktif berkecimpung dalam bidang andaman selama 20 tahun, membuahkan hasil apabila ilham gaunnya diperagakan pada majlis Gaya Fest 2019, berlangsung di Medan Mara, di sini, baru-baru ini.

Lelaki OKU ditemui rentung dalam kereta

Posted: 22 Dec 2019 05:48 AM PST

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) ditemui rentung di dalam sebuah kereta yang terbakar di Kawasan Perindustrian Bukit Makmur, di sini, petang tadi.

Culey sapu bersih gelaran Tour de Selangor

Posted: 22 Dec 2019 05:31 AM PST

SHAH ALAM: Pelumba Team Sapura Cycling, Marcus Culey merakam sejarah apabila menyapu bersih semua jersi utama yang ditawarkan pada hari terakhir Tour de Selangor 2019 manakala gandingan adik beradik dari Terengganu Inc Cycling Team (TSG), Mohd Harrif Salleh dan Mohd Zamri menamatkan peringkat lima dengan kemenangan satu-dua.

UniKL gementar kelibat Dhaarma Raj

Posted: 22 Dec 2019 05:13 AM PST

KUALA LUMPUR: Kehadiran pengendali berpengalaman, Dhaarma Raj Abdullah bersama pasukan Kelab Hoki Terengganu (THT) sedikit sebanyak membuat Universiti Kuala Lumpur (UniKL) 'menggeletar' menjelang musim baharu Liga Hoki Malaysia 2020 yang dijadual membuka tirainya dengan saingan Piala Sumbangsih, 10 Januari ini.

Rakyat Bangladesh beri penghormatan terakhir kepada pengasas BRAC

Posted: 22 Dec 2019 05:22 AM PST

DHAKA: Ribuan rakyat Bangladesh beri penghormatan terakhir ketika upacara pengebumian, pengasas sebuah daripada NGO terbesar dunia, Fazle Hasan Abed, yang dikatakan berjaya mengeluarkan hampir 150 juta orang keluar daripada kemiskinan tegar.

Dua lagi atlet pelayaran negara layak Olimpik 2020

Posted: 22 Dec 2019 04:58 AM PST

PORT DICKSON: Atlet pelayaran kebangsaan, Nuraisyah Jamil dan Juni Karimah Noor Jamali mencipta ceria untuk negara apabila mengesahkan tempat ke temasya Sukan Olimpik Tokyo pada tahun depan menerusi kategori International 470 wanita.

Perkhidmatan kereta api funikular Bukit Bendera pulih sepenuhnya

Posted: 22 Dec 2019 04:46 AM PST

GEORGETOWN: Perkhidmatan kereta api funikular di Bukit Bendera, dekat sini yang tergendala sejak 8 malam semalam beroperasi semula pada 4.45 petang hari ini.

Tutup lubang pembentungan secara kekal, elak pencemaran berulang

Posted: 22 Dec 2019 04:39 AM PST

SHAH ALAM: Kerajaan negeri sudah mengarahkan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Indah Water Konsortium (IWK) untuk menutup secara kekal semua lubang pembentungan di loji rawatan di Bandar Bukit Mahkota untuk memastikan insiden pembuangan sisa haram tidak berlaku lagi.

Presiden Perancis jadi teladan mansuh pencen sendiri

Posted: 22 Dec 2019 04:37 AM PST

PARIS: Presiden Perancis, Emmanuel Macron yang merancang melaksanakan reformasi sistem pencen akan melepaskan pencen khas presiden apabila tamat perkhidmatan, menurut pejabat beliau, hari ini.

Projek pembinaan Hospital Lawas bukan 'projek sakit' - Fadillah

Posted: 22 Dec 2019 03:45 AM PST

KUCHING: Projek pembinaan Hospital Lawas tidak boleh dikategorikan sebagai 'projek sakit dan tergendala', kata Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Fadillah Yusof.

Tingkatkan kadar penembusan digital tarik syarikat Fortune 500 - Sage

Posted: 22 Dec 2019 03:23 AM PST

KUALA LUMPUR: Malaysia perlu melabur lebih banyak dalam infrastruktur yang dapat meningkatkan kadar penembusan digital untuk menarik lebih banyak syarikat Fortune 500, berikutan penggunaan teknologi dilihat sebagai kunci kepada pelaburan yang berkualiti pada masa depan.

Tindakan pantas kawal kebakaran berjaya elak 3 tangki diesel meletup

Posted: 22 Dec 2019 03:11 AM PST

KUCHING: Tindakan pantas anggota bomba mengawal kebakaran di Kampung Beladin, Pusa, malam tadi, berjaya mengelakkan tiga tangki diesel berkapasiti keseluruhan 18,000 liter daripada turut dijilat api dan meletup.

Penunjuk perasaan Hong Kong berhimpun untuk Uighur

Posted: 22 Dec 2019 02:57 AM PST

HONG KONG: Penunjuk perasaan pro demokrasi Hong Kong berhimpun untuk etnik Uighur China, hari, dalam tindakan yang dijangka meningkatkan kemarahan Beijing kerana mereka menyamakan situasi mereka dengan minoriti Muslim yang ditindas itu.

Kelantan United masih tunggu sijil pelesenan

Posted: 22 Dec 2019 02:53 AM PST

KOTA BHARU: Kelantan United (KUFC) menunggu kelulusan sijil perlesanan kelab dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi melayakkan pasukan itu beraksi pada saingan Liga Perdana musim depan.

25,000 rakyat Syria lari ke sempadan Turki

Posted: 22 Dec 2019 02:52 AM PST

ANKARA: Sekurang-kurangnya 25,000 orang awam melarikan diri dari barat laut Idlib ke Turki sepanjang dua hari lalu, lapor media tempatan, ketika tentera Syria dan Russia meningkatkan serangan bom di wilayah itu.

Bayar pampasan jika mahu dapatkan pemain AMD

Posted: 22 Dec 2019 02:48 AM PST

KUANTAN: Majlis Sukan Negara (MSN) akan meletakkan tanda harga kepada kelab bola sepak yang berminat mendapatkan khidmat pelatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD), untuk mewakili pasukan masing-masing pada masa akan datang.

Perak sedia bantu wujud majlis perundingan e-sukan

Posted: 22 Dec 2019 02:46 AM PST

IPOH: Kerajaan negeri Perak sedia membantu negeri-negeri di wilayah utara Semenanjung, mewujudkan majlis perundingan sukan elektronik (e-Sukan) bagi memastikan pembangunan sukan itu dapat diperkasakan ke tahap terbaik.

eUsahawan jana jualan RM668 juta

Posted: 22 Dec 2019 02:43 AM PST

KUALA LUMPUR: Program eUsahawan Hero Muda yang dilaksanakan sejak 2015 membabitkan 328,948 usahawan di seluruh negara meraih nilai jualan mencecah RM668 juta.

Catuan air di Hospital Serdang, Hospital Banting

Posted: 22 Dec 2019 02:40 AM PST

KUALA LUMPUR: Bekalan air di dua hospital kerajaan iaitu Hospital Serdang dan Hospital Banting dicatu berikutan kejadian penutupan loji air di Semenyih, Selangor.

Widad Group perluas teras pertumbuhan kumpulan

Posted: 22 Dec 2019 02:38 AM PST

KUALA LUMPUR: Widad Group Bhd menjangkakan cabang perniagaan Pengurusan Kemudahan Bersepadu (IFM) dan Pengurusan Bahan Buangan bakal menjadi teras pertumbuhan perniagaannya pada masa depan.

Lelaki samun kawan lama kena cekup

Posted: 22 Dec 2019 02:35 AM PST

KUALA TERENGGANU: Seorang daripada dua lelaki yang mengacukan sabit ke arah seorang kenalan lama mereka sebelum melarikan beg duit mengandungi wang tunai milik mangsa bernilai RM2,700, ditahan polis kelmarin.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template