Friday, December 27, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


DAPSY, Pemuda MCA persoal perintah halang anjur persidangan

Posted: 27 Dec 2019 08:11 AM PST

KUALA LUMPUR: Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) dan Pemuda MCA mempersoal perintah mahkamah yang menghalang Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) meneruskan penganjuran persidangan isu tulisan Jawi.

Hanya keajaiban halang Liverpool jadi juara

Posted: 27 Dec 2019 08:01 AM PST

KOLUM APA KATA EPL

Gempa bumi berhampiran loji jana kuasa Iran

Posted: 27 Dec 2019 07:47 AM PST

TEHRAN: Gempa bumi melanda kawasan kurang 50 kilometer dari satu-satunya loji jana kuasa nuklear Iran, menurut pemerhati, hari ini. Mujur, tiada laporan sebarang kecederaan atau kerosakan.

Russia mulakan perkhidmatan peluru berpandu nuklear supersonik

Posted: 27 Dec 2019 07:30 AM PST

MOSCOW: Russia memulakan perkhidmatan rejimen pertama peluru berpandu nuklear hipersonik, hari ini, kata Kementerian Pertahanan negara itu yang disifatkan Presiden Vladimir Putin meletakkan negara terbabit dalam liga tersendiri.

Mourinho harap Ndombele kembali berdepan Norwich

Posted: 27 Dec 2019 07:10 AM PST

LONDON: Pengurus Tottenham Hotspur, Jose Mourinho berharap pemain dengan rekod perpindahan kelab itu, Tanguy Ndombele akan cergas untuk berdepan Norwich awal pagi Ahad ini.

China lancar roket sebelum misi Marikh 2020

Posted: 27 Dec 2019 06:43 AM PST

BEIJING: China hari ini melancarkan satu daripada roket paling berkuasa dunia dalam langkah penting ke arah misi terancang ke Marikh menjelang 2020.

India dituntut pinda semula CAA

Posted: 27 Dec 2019 05:59 AM PST

KUALA LUMPUR: Sebanyak 36 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menuntut kerajaan India meminda semula Akta Pindaan Kewarganegaraan (CAA) yang disifatkan sebagai anti-Islam serta bertentangan dengan Perlembagaan negara itu sendiri.

Xhaka mahu pindah ke Hertha Berlin

Posted: 27 Dec 2019 05:33 AM PST

LONDON: Pemain tengah Arsenal, Granit Xhaka mahu meninggalkan kelab Liga Perdana itu pada perpindahan Januari ini dan menyertai kelab Bundesliga, Hertha Berlin kata ejen pemain itu.

Orang muda tidak lagi sanggup melihat Islam ditindas

Posted: 27 Dec 2019 03:15 AM PST

GOMBAK: Generasi muda di seluruh dunia kini semakin ramai bangkit menyuarakan kebimbangan terhadap penindasan umat Islam kerana tidak lagi sanggup melihat saudara seagama mereka dizalimi khususnya di China, Kashmir dan Myanmar.

Pengarah Kesihatan maklumkan laporan bedah siasat Nazrin

Posted: 27 Dec 2019 03:17 AM PST

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi, hari ini, diberitahu bahawa Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sendiri laporan bedah siasat terhadap jenazah Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan.

Tak sangka 'menemani' mayat nenek

Posted: 27 Dec 2019 05:17 AM PST

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) berusia 49 tahun tidak menyangka dia menemani mayat neneknya yang disangkakan tidur.

Anggota SEAL Thailand sertai misi menyelamat gua, meninggal akibat jangkitan

Posted: 27 Dec 2019 05:01 AM PST

BANGKOK: Seorang anggota pasukan SEAL Tentera Laut Thailand yang mengambil bahagian dalam operasi menyelamat gua 12 budak lelaki dan jurulatih bola sepak di utara negara itu meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam darah, kata Tentera Laut Diraja Thailand hari ini.

Warga China maut kereta e-hailing dinaiki terbabas

Posted: 27 Dec 2019 04:39 AM PST

CYBERJAYA: Seorang penumpang wanita warga China maut, manakala rakannya dan pemandu kenderaan e-hailing cedera dalam kemalangan di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dari arah Cyberjaya ke Puchong di sini, hari ini.

Blues takkan hilang - Ito

Posted: 27 Dec 2019 02:36 AM PST

KUALA LUMPUR: Kumpulan tersohor, Blues Gang, yakin genre diperjuangkan mereka tidak akan hilang walaupun nuansa lain semakin mendominasi industri muzik tanah air.

Fasa pertama Program Sarapan Pagi mula 20 Januari

Posted: 27 Dec 2019 04:32 AM PST

PUTRAJAYA: Pelaksanaan Program Sarapan Pagi (PSP) fasa pertama 2020 akan bermula 20 Januari 2020 membabitkan 100 sekolah dari seluruh negara dengan 37,000 murid dan 1,600 guru bertugas setiap hari.

NGO bantah perhimpunan, hormati undang-undang

Posted: 27 Dec 2019 04:12 AM PST

KUALA LUMPUR: Penganjuran Perhimpunan Pertahan Tulisan Jawi bagi membantah persidangan penolakan tulisan jawi oleh Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) esok, akan dibatalkan.

Khairul Hafiz terus diberi kepercayaan

Posted: 27 Dec 2019 04:01 AM PST

KUALA LUMPUR: Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) tetap memberikan kepercayaan kepada bekas raja pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan untuk beraksi di pentas antarabangsa selepas ini.

Daesh dakwa bunuh 11 penganut Kristian

Posted: 27 Dec 2019 03:57 AM PST

KANO: Pelampau Islam yang bersekutu dengan militan Daesh menyiarkan satu video yang menunjukkan mereka menghukum mati 11 penganut Kristian di timur laut Nigeria.

Krisis bekalan bawang merah pulih Februari depan

Posted: 26 Dec 2019 11:06 PM PST

BUKIT MERTAJAM: Krisis bekalan bawang yang melanda negara ketika ini hingga harganya naik sehingga tiga kali ganda, dijangka pulih Februari tahun hadapan.

Kes culik: Pegawai polis terkena tembakan dalam keadaan stabil

Posted: 27 Dec 2019 03:40 AM PST

KUALA LUMPUR: Pegawai polis yang cedera akibat terkena tiga das tembakan oleh penjenayah yang terbabit dalam kes culik seorang ahli perniagaan di Mersing, Johor, Selasa lalu, kini berada dalam keadaan stabil.

Lagi wanita Indonesia dibaham buaya, seorang hilang

Posted: 27 Dec 2019 03:37 AM PST

KENDARI: Seorang wanita dibaham buaya dan seorang lagi masih hilang, selepas serangan maut ketiga di sebuah wilayah di Indonesia, tahun ini, kata pegawai agensi pengurusan bencana, hari ini.

Liga Hoki Perdana Malaysia hilang seri

Posted: 27 Dec 2019 03:31 AM PST

KUALA LUMPUR: Liga Hoki Perdana Malaysia dijangka hilang serinya apabila kebanyakan pasukan utama dilihat gagal menambat import bertaraf dunia bagi musim 2020.

The Perfect Wedding tutup tirai 2019

Posted: 27 Dec 2019 03:23 AM PST

KUALA LUMPUR: Mengangkat tema raikan cinta dan semangat perpaduan, filem sesawang The Perfect Wedding terbitan PETRONAS adalah hadiah buat rakyat Malaysia.

Anggota polis cedera dilibas lelaki kurang siuman

Posted: 27 Dec 2019 03:10 AM PST

KUANTAN: Seorang anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) cedera dilibas dengan parang oleh lelaki dipercayai kurang siuman yang berbogel di pekarangan Masjid Sultan Ahmad 1 di sini, hari ini.

Memahami hubungan cinta hakiki ahli sufi

Posted: 27 Dec 2019 03:06 AM PST

MAULANA Shamsuddin Tabrizi atau Shams al-Tabriz sentiasa menjadi 'watak' yang menjadi enigma dan membingungkan terutama khalayak dari luar wilayah sufi seperti pembaca Barat.

Siasat Dong Zong

Posted: 26 Dec 2019 10:51 PM PST

SEREMBAN: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menggesa polis menyiasat Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) kerana meneruskan kongres pengenalan tulisan jawi esok.

Dong Zong batal perhimpunan

Posted: 27 Dec 2019 03:09 AM PST

KUALA LUMPUR: Persidangan isu tulisan jawi anjuran Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) di Kajang esok, dibatalkan selepas mendapat perintah mahkamah.

Perintah mahkamah halang persidangan anjuran Dong Zong

Posted: 27 Dec 2019 03:00 AM PST

KUALA LUMPUR: Polis mendapat perintah mahkamah bagi menghalang Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) meneruskan persidangan isu tulisan jawi di sekolah vernakular yang dijadualkan berlangsung di sebuah kolej di Kajang, esok.

Antonio selamat kemalangan Lamborghini

Posted: 27 Dec 2019 02:58 AM PST

LONDON: Penyerang West Ham, Michail Antonio yang memandu kereta super, Lamborghini Huracan bernilai £210,000 pound (RM1.13 juta) melanggar tempat meletak sampah di depan sebuah rumah ketika memakai baju 'orang salji' sempena sambutan Krismas semalam.

Ujian sebenar Zii Jia di Perodua Malaysia Masters

Posted: 27 Dec 2019 02:52 AM PST

KUALA LUMPUR: Selepas menikmati sesi rehat sebelum ke Ehime, Jepun untuk menjalani kem latihan, pemain perseorangan nombor satu negara, Lee Zii Jia semakin bersedia memulakan kejohanan pembukaan musim baru di Perodua Malaysia Masters 2020.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template