Saturday, December 28, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Kecuali visa setahun bagi pelancong India, China bermula 1 Januari

Posted: 28 Dec 2019 04:25 AM PST

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan pengecualian visa selama setahun dengan tempoh lawatan terhad kepada 15 hari tanpa tempoh lanjutan, bagi pelancong dari India dan China, mulai 1 Januari ini.

Ambulans bawa pengantin bukan milik Kementerian Kesihatan

Posted: 28 Dec 2019 08:09 AM PST

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan menjelaskan dua ambulans yang digunakan untuk membawa pengantin pada majlis perkahwinan di Kuantan, Pahang, yang rakaman videonya tersebar di laman sosial adalah milik swasta.

Kemenangan kurangkan tekanan Brighton

Posted: 28 Dec 2019 07:51 AM PST

LONDON: Brighton mengurangkan sedikit kebimbangan akan tersingkir apabila menang 2-0 mengatasi Bournemouth seterusnya mengangkat skuad Seagulls lima mata daripada zon penyingkiran Liga Perdana sebentar tadi.

KLIK tawarkan koleksi sejarah negara

Posted: 28 Dec 2019 07:43 AM PST

KUALA LUMPUR: The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) hari ini melancarkan pameran KLIK berjudul 'Sejarah Di Sebalik Lensa' yang memaparkan detik bersejarah Malaysia sejak 1845 hingga 2019.

Zahidi dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah

Posted: 28 Dec 2019 07:13 AM PST

KANGAR: Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin yang dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, pagi tadi, dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar bagi mendapatkan rawatan lanjut.

KAFA mahu jumpa Norhafiz selesai masalah

Posted: 28 Dec 2019 06:38 AM PST

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) akan mengatur satu pertemuan bersama Norhafiz Zamani Misbah bagi mencapai kata sepakat baharu dalam usaha menyelesaikan isu berbangkit membabitkan tunggakan gaji.

Guna kesempatan kurang pemain import

Posted: 28 Dec 2019 06:35 AM PST

KUALA LUMPUR: Pengurangan kuota import daripada enam kepada empat pemain bagi saingan Liga Hoki Malaysia (LHM) 2020 perlu dimanfaatkan barisan pemain muda tempatan.

Lambakan punca bawang di pekan Golok murah

Posted: 28 Dec 2019 05:02 AM PST

SUNGAI GOLOK: Bekalan bawang merah di pekan Golok, Thailand didapati dijual lebih murah berbanding Kelantan berikutan lambakan bekalan.

Khabib selamat, 6 rakan lemas

Posted: 28 Dec 2019 02:33 AM PST

LONDON: Ketika Khabib Nurmagomedov mencipta sensasi di seluruh dunia susulan 'pertempurannya' di luar gelanggang selepas menang ke atas Conor McGregor, tidak ramai yang sedar tindakannya itu mirip seperti legenda tempur Dagestani.

90 maut serangan bom di Somalia

Posted: 28 Dec 2019 04:42 AM PST

MOGADISHU: Sekurang-kurangnya 90 orang terbunuh dan puluhan mangsa lain cedera, selepas sebuah kenderaan penuh bahan letupan meletup di sebuah pusat pemeriksaan sesak di ibu negara Somalia, hari ini, menurut satu pertubuhan antarabangsa.

Tak salah MU minta 'sedekah'

Posted: 28 Dec 2019 04:10 AM PST

KUALA LUMPUR: "Cara kampung tetapi asalkan boleh dapat duit!"

Punca Tun M 'merajuk' terjawab dalam filem

Posted: 28 Dec 2019 03:54 AM PST

KUALA LUMPUR: Tidak ramai tahu Tun Dr Mahathir Mohamad pernah `merajuk' dan membawa diri ke London, pada akhir 2017.

Norliyana azam perbaiki catatan di Iran, China

Posted: 28 Dec 2019 03:41 AM PST

KUALA LUMPUR: Kepercayaan buat kali pertama diberikan untuk beraksi pada kejohanan dalam dewan akan digunakan sebaiknya Norliyana Kamaruddin bagi memperbaiki prestasi dirinya.

Ratusan penduduk Palestin sertai protes di sempadan Gaza-Israel

Posted: 28 Dec 2019 03:02 AM PST

GAZA CITY: Ratusan penduduk Palestin menyertai protes di sepanjang sempadan Gaza-Israel, hari ini.

Jualan murah tanpa had bermula tahun depan

Posted: 28 Dec 2019 02:51 AM PST

SEBERANG JAYA: Berkuat kuasa 2 Januari ini, peniaga dibenarkan mengadakan jualan murah tanpa had masa berbanding empat kali setahun pada masa ini.

Remaja 15 tahun jalankan kajian peringkat PhD

Posted: 28 Dec 2019 02:47 AM PST

KUALA NERUS: Jika remaja seusianya baru sahaja mendapat keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), seorang kanak-kanak pintar dari Terengganu sudah menjalankan kajian di peringkat doktor falsafah (PhD), di sebuah universiti di Jerman.

'Saya jadi sombong demi keselamatan diri, anak'

Posted: 28 Dec 2019 02:39 AM PST

KUALA LUMPUR: Pelakon, Fasha Sandha, menempelak sikap seorang peminat yang didakwa melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap dirinya di laman sosial.

10 tentera Afghanistan terbunuh diserang militan Taliban

Posted: 28 Dec 2019 02:37 AM PST

KANDAHAR: Seramai 10 tentera Afghanistan terbunuh selepas diserang militan Taliban di pangkalan tentera yang terletak di wilayah selatan Helmand hari ini, kata pegawai.

Kongres Jawi Kebangsaan diteruskan tanpa bantahan

Posted: 28 Dec 2019 02:35 AM PST

KUALA LUMPUR: Kongres Jawi Kebangsaan yang dijadualkan berlangsung di sebuah hotel di Petaling Jaya jam 10.30 pagi esok, boleh diteruskan jika tiada bantahan dibuat.

Persidangan anjuran Dong Zong batal, suasana aman

Posted: 28 Dec 2019 02:28 AM PST

KAJANG: Tiada kekecohan atau provokasi berlaku di Kolej Universiti New Era dan Stadium Kajang yang dikatakan bakal menjadi tumpuan orang ramai berhimpun susulan bantahan terhadap pembelajaran tulisan Jawi oleh Kementerian Pendidikan.

Malaysia lantik konsul kehormat di Ramallah, Gaza

Posted: 28 Dec 2019 02:07 AM PST

PUTRAJAYA: Malaysia berhasrat melantik konsul kehormat di Ramallah dan Gaza pada tahun depan sebagai tambahan kepada Kedutaan Malaysia untuk Palestin di Jordan seperti yang diumumkan sebelum ini, kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.

KPDNHEP jamin bekalan bawang mencukupi

Posted: 28 Dec 2019 02:23 AM PST

BUTTERWORTH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi jaminan bekalan bawang mencukupi termasuk ketika sambutan Tahun Baharu Cina bulan depan.

76 korban letupan bom kereta di Somalia

Posted: 28 Dec 2019 02:21 AM PST

MOGADISHU: Satu letupan bom kereta besar-besaran di kawasan sibuk ibu kota Somalia di sini semalam menyebabkan sekurang-kurangnya 76 terkorban manakala sejumlah besar lagi cedera, kata seorang pegawai ambulans.

PRK Kimanis: Wanita PH bantu calon WARISAN

Posted: 28 Dec 2019 02:18 AM PST

KOTA KINABALU: Kira-kira 6,000 wanita daripada parti Pakatan Harapan (PH) bersama Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) terbabit sebagai jentera dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis, yang dijadualkan pada 18 Januari depan.

Lebih 900 SJKC tolak tulisan jawi - Dong Zong

Posted: 28 Dec 2019 02:01 AM PST

SEMENYIH: Lebih 900 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di seluruh negara didakwa menolak pembelajaran tulisan jawi dan menyifatkannya bukan dalam konteks kepelbagaian.

CUEPACS mahu JPA runding sebelum keluar pekeliling baharu

Posted: 28 Dec 2019 01:31 AM PST

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu pekeliling baharu yang bakal dikeluarkan perlu ada rundingan terlebih dulu di antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan pihaknya seperti amalan sebelum ini.

Krismas satukan pelbagai kaum di Sarawak

Posted: 28 Dec 2019 01:16 AM PST

BINTULU: Perayaan Krismas menjadi antara platform terbaik bagi mengukuhkan ikatan kekeluargaan serta institusi kemasyarakatan di negeri ini.

Hamil anak perempuan, Amyra ketagih kemas rumah

Posted: 27 Dec 2019 09:13 PM PST

KUALA LUMPUR: Pelakon, Amyra Rosli, 28, berasa pelik apabila dirinya taasub dengan aktiviti mengemas rumah sepanjang mengandungkan anak kedua.

Kes rogol pelajar makin serius

Posted: 28 Dec 2019 12:42 AM PST

KUALA LUMPUR: Pergaulan bebas dan akses yang cukup mudah mendapatkan bahan lucah di internet, dikenal pasti antara punca utama peningkatan kes rogol dalam kalangan remaja termasuk pelajar.

Mercy Malaysia cadang buka pejabat di Yaman

Posted: 28 Dec 2019 12:34 AM PST

KUALA LUMPUR: Mercy Malaysia bercadang membuka pejabat atau mempunyai wakil di Yaman, mulai tahun depan untuk memastikan bantuan kemanusiaan jangka panjangnya tidak tergendala.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template