Tuesday, December 3, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


PISA 2018: Membaca bukan lagi hobi pelajar

Posted: 03 Dec 2019 03:18 AM PST

PUTRAJAYA: Laporan Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa (PISA) 2018 yang menaksir 6,111 pelajar berusia 15 tahun dari 191 sekolah di Malaysia, menunjukkan aktiviti membaca sebagai hobi tidak lagi digemari.

RUU IPCMC ditangguh ke sesi Dewan Rakyat akan datang

Posted: 02 Dec 2019 09:49 PM PST

KUALA LUMPUR: Wakil rakyat pembangkang bersorak selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong meminta bacaan kali kedua dan ketiga dua Rang Undang-Undang (RUU) termasuk IPCMC yang mencetuskan kontroversi sebelum ini ditangguhkan ke sesi persidangan akan datang.

SMK Riam Miri menang tempat pertama anugerah All About Youth 2019

Posted: 03 Dec 2019 08:04 AM PST

KUALA LUMPUR: Usaha dan kerja keras lima pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Riam Miri, Sarawak, membuahkan hasil ciptaan alat mereka memenangi hadiah pertama anugerah Sentuhan Harapan-All About Youth (AAY) 2019 Chairman's Circle Award, anjuran Yayasan PETRONAS, hari ini.

Abu Ching Peng: Raja Petra didakwa tabur fitnah, niat jahat

Posted: 03 Dec 2019 07:32 AM PST

KUALA LUMPUR: Laporan polis akan dibuat esok terhadap Raja Petra Kamaruddin, berhubung penulisan terbaru, kononnya tindakan membawa masuk abu mayat Chin Peng adalah perancangan Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong.

Giuffre kesal alasan 'tidak masuk akal' penyokong Putera Andrew

Posted: 03 Dec 2019 07:05 AM PST

LONDON: Seorang wanita warga Amerika Syarikat yang mendakwa menjadi mangsa pemerdagangan oleh jutawan, Jeffrey Epstein, bagi mengadakan hubungan seks dengan Putera Andrew, mengkritik alasan tidak masuk akal yang diberikan pihak istana, dalam satu temubual yang disiarkan, semalam.

6 pemain Asia tenggara sertai Kejohanan Maybank

Posted: 03 Dec 2019 07:03 AM PST

KUALA LUMPUR: Enam slot sudah diserahkan kepada beberapa pemain terkemuka di rantau ini sekali gus bakal membuat penampilan pada saingan golf Kejohanan Maybank di sini, pada tahun depan.

Undang-undang AS bakal jejas keyakinan peniaga: Carrie Lam

Posted: 03 Dec 2019 06:47 AM PST

HONG KONG: Pemimpin Hong Kong, Carrie Lam, berkata sokongan yang diberikan oleh badan perundangan Amerika Syarikat (AS) terhadap penunjuk perasaan, boleh menjejaskan keyakinan golongan peniaga terhadap hab kewangan itu.

Ibu Saifuddin meninggal dunia

Posted: 03 Dec 2019 06:47 AM PST

ALOR SETAR: Ibu kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Che Gayah Hassan, 74, meninggal dunia, di sini, petang tadi.

Jutawan Pakistan setuju serah wang tunai, hartanah

Posted: 03 Dec 2019 06:16 AM PST

LONDON: Jutawan hartanah Pakistan, Malik Riaz Hussain dilaporkan bersetuju menyerahkan lebih 190 juta pound (RM1.025 bilion) pegangan miliknya kepada Kerajaan Britain, sebagai penyelesaian siasatan jenayah di negara itu.

'Cub-cross' bantu penduduk pindah ketika banjir

Posted: 03 Dec 2019 06:22 AM PST

KUALA BERANG: Hasil inovasi sekumpulan anak muda dari Kampung Matang, di sini, mengubahsuai motosikal kapcai banyak berjasa apabila digunakan untuk mengangkut penduduk kampung ke pusat pemindahan sementara (PPS) setiap kali banjir.

Mangsa banjir Terengganu berkurangan

Posted: 03 Dec 2019 06:17 AM PST

KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir di Terengganu berkurangan kepada 2,306 orang daripada 614 keluarga di 45 pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh daerah, setakat jam 9 malam ini.

Banjir di Terengganu beransur pulih

Posted: 03 Dec 2019 04:20 AM PST

KUALA TERENGGANU: Bilangan mangsa banjir di Terengganu menurun kepada 2,852 orang daripada 789 keluarga yang ditempatkan di 60 pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh daerah, setakat jam 6 petang tadi.

Keluarga risaukan keselamatan Nur Iman yang hilang

Posted: 03 Dec 2019 06:14 AM PST

KUALA LUMPUR: Seorang pembantu tadika dilaporkan hilang ketika menyertai kursus pendidikan kanak-kanak di sebuah organisasi kebajikan di Bandar Baru Sentul di sini, semalam.

Faizul sebak, kesal tak dapat emas buat negara

Posted: 03 Dec 2019 06:08 AM PST

CLARK: Pesilat negara, Muhammad Faizul M Nasir sebak dan kesal kerana tidak dapat menyumbang pingat emas buat negara malah tidak sedarkan diri selepas 'tumbang' ketika menentang atlet Filipina, Dines Dumaan, petang tadi.

MARA jalin kerjasama untuk penajaan dan jaminan pekerjaan pelajar IPMA

Posted: 03 Dec 2019 06:07 AM PST

KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (MARA) sedang dan akan bekerjasama dengan pelbagai organisasi bagi mendapatkan penajaan pengajian dan jaminan pekerjaan untuk pelajar Institusi Pendidikan MARA (IPMA).

'Anasir perosak' dalam PKR berdepan tindakan tegas

Posted: 03 Dec 2019 06:04 AM PST

KUALA LUMPUR: PKR akan mengambil tindakan tegas terhadap 'anasir perosak' yang cuba mendalangi gerakan untuk mengganggu gugat keharmonian dan perpaduan parti.

Hanya satu dalam sejuta keping not RM dipalsukan

Posted: 03 Dec 2019 05:45 AM PST

KUALA LUMPUR: Hanya satu daripada sejuta keping wang Ringgit Malaysia (RM) dalam edaran didapati dipalsukan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Karnival PERKESO tawar peluang kerja buat OKU

Posted: 03 Dec 2019 05:32 AM PST

KUALA LUMPUR: Karnival pekerjaan, mini karnival pekerjaan dan temu duga terbuka khas anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) hari ini, menawarkan 816 kekosongan jawatan kepada golongan orang kurang upaya (OKU).

Pesilat negara tumbang

Posted: 03 Dec 2019 02:30 AM PST

SUBIC: Usaha pesilat negara, Muhammad Faizul M Nasir untuk mempertahankan pingat emas Kelas B Putra (50-55kg) Sukan SEA buat kali ketiga berturut-turut berakhir dengan terlantar di hospital.

Gelanggang skuasy hadirkan 2 emas

Posted: 03 Dec 2019 04:12 AM PST

MANILA: Pemain skuasy wanita, Rachel Arnold menebus kekecewaan dua tahun lalu apabila berjaya memenangi pingat emas acara perseorangan wanita Sukan SEA 2019.

Kuartet luncur ais tuai emas

Posted: 03 Dec 2019 05:20 AM PST

MANILA: Walaupun hanya sempat berlatih bersama selama 10 hari, namun itu bukan penghalang buat pasukan luncur ais wanita negara memenangi pingat emas acara 3,000 meter berganti-ganti di Pusat Luncur Ais Pusat Membeli Belah SM, hari ini.

Kes Sungai Kim Kim: Bahan dikaitkan pencemaran adalah buangan berjadual

Posted: 03 Dec 2019 05:18 AM PST

JOHOR BAHRU: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, diberitahu bahawa bahan buangan terhasil daripada kilang pemprosesan tayar yang dikaitkan dengan insiden pencemaran Sungai Kim Kim di Pasir Gudang pada 7 Mac lalu, adalah buangan berjadual jenis SW311 'enap cemar minyak'.

16 maut, 90 cedera kilang jubin terbakar

Posted: 03 Dec 2019 04:44 AM PST

KHARTOUM: Seramai 16 orang maut dan lebih 90 cedera selepas sebuah kilang membuat jubin di ibu negara Sudan meletup lalu terbakar, hari ini.

Pindaan bolehkan suami pindahkan caruman ke akaun isteri

Posted: 03 Dec 2019 05:14 AM PST

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)(Pindaan) dibentang bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini, antara lain bakal membolehkan pemindahan caruman suami ke akaun isteri atau isteri-isterinya yang sah.

Penuntut UUM laksana misi kemanusiaan Kemboja

Posted: 03 Dec 2019 05:12 AM PST

SINTOK: Seramai 22 pelajar dan kakitangan Universiti Utara Malaysia (UUM) mengunjungi wilayah Kratie, Kemboja, dalam misi penghantaran bantuan kemanusiaan kepada penduduk dua kampung di samping melaksanakan aktiviti sukarelawan.

Kesan pelancong China, India tinggal lebih masa - Muhyiddin

Posted: 03 Dec 2019 05:04 AM PST

BUKIT KAYU HITAM: Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang serius Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2018 Siri 2 berhubung ketiadaan rekod tarikh keluar lebih 95 peratus pelancong China dan India yang melawat negara ini dari 2016 sehingga tahun lalu.

Faizul sudah sedarkan diri

Posted: 03 Dec 2019 05:00 AM PST

CLARK: Pesilat negara, Muhammad Faizul M Nasir disahkan mula sedarkan diri tetapi masih dalam keadaan lemah dan tidak bermaya selepas 'tumbang' ketika menentang atlet Filipina, Dines Dumaan, petang tadi.

Fu Jie, Farah Ann tambah lagi emas

Posted: 03 Dec 2019 04:54 AM PST

MANILA: Pengorbanan atlet gimnastik artistik, Tan Fu Jie berbaloi apabila dia mempertahankan pingat emas dimenangi dua tahun lalu dalam acara kekuda pelana pada Sukan SEA 2019 di Kompleks Sukan Rizal Memorial, hari ini.

Mourinho kembali ke Old Trafford untuk menang

Posted: 03 Dec 2019 04:43 AM PST

ENFIELD, England: Jose Mourinho mahu meneruskan permulaan 100 peratus kemenangan selaku pengurus Tottenham Hotspur apabila dia kembali ke Old Trafford buat pertama kali selepas dipecat Manchester United dan percaya dia akan ditunnjukkan rasa hormat, awal pagi Khamis ini.

Rumah ditenggelami bah paras pinggang: Lelaki selamatkan ibu bapa lumpuh

Posted: 03 Dec 2019 04:41 AM PST

RANTAU PANJANG: Seorang lelaki bertindak pantas menyelamatkan kedua-dua ibu bapanya yang lumpuh apabila kediaman mereka di Kampung Jalan Bunga Raya, di sini, dinaiki air hingga paras pinggang, Sabtu lalu.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template