Monday, December 9, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Seekor lagi gajah ditemui mati di Lahad Datu

Posted: 09 Dec 2019 08:10 AM PST

LAHAD DATU: Satu lagi bangkai gajah ditemui di Bakapit dekat sini, hari ini.

Dr Mahathir tonton Ejen Ali The Movie

Posted: 09 Dec 2019 07:34 AM PST

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad meluangkan masa hampir dua jam untuk menonton filem animasi Ejen Ali The Movie di sebuah pawagam di ibu negara, malam tadi.

Lelaki dikhuatiri lemas

Posted: 09 Dec 2019 08:03 AM PST

KUALA KRAI: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjun ke dalam Sungai Nal di Kampung Batu Jong di sini, petang semalam.

Lampard cabar bintang muda Chelsea

Posted: 09 Dec 2019 07:56 AM PST

LONDON: Frank Lampard mencabar bintang mudanya di Chelsea supaya mencetuskan impak menjelang pertemuan penting Liga Juara-Juara bertemu Lille, awal pagi Rabu ini selepas mengharungi deretan keputusan buruk.

Barca 'tinggalkan' Messi temu Inter

Posted: 09 Dec 2019 07:55 AM PST

MILAN: Barcelona mengetepikan bintangnya Lionel Messi bagi pertembungan terakhir peringkat kumpulan Liga Juara-Juara bertemu Inter Milan di Itali, awal pagi Rabu ini umum juara Sepanyol itu, hari ini.

Banjir Kota Tinggi ragut 1 nyawa

Posted: 09 Dec 2019 07:36 AM PST

KOTA TINGGI: Seorang lelaki berusia 46 tahun mati lemas selepas dipercayai terjatuh dari jeti di Kampung Baru Mawai, di sini dalam kejadian malam tadi.

Muhammed Yusoff beri keterangan 7 jam

Posted: 09 Dec 2019 01:28 AM PST

KUALA LUMPUR: Selepas tujuh jam berlalu, Muhammed Yusoff Rawther akhirnya selesai memberi keterangan di Bukit Aman malam ini bagi membantu siasatan dakwaan perlakuan tidak senonoh terhadapnya oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pekerja restoran reka cerita disamun, cuba larikan hasil jualan RM122,555

Posted: 09 Dec 2019 06:46 AM PST

GEORGETOWN: Dua pekerja sebuah restoran nasi kandar sanggup mereka cerita kononnya disamun bagi menutup perbuatan mereka cuba melarikan wang hasil jualan restoran terbabit berjumlah RM122,555, di sini, hari ini.

Lebih 9 juta kekurangan makanan di Afrika

Posted: 09 Dec 2019 06:31 AM PST

PARIS: Jumlah individu yang memerlukan bantuan makanan mendesak di 16 negara di wilayah Sahel, Afrika meningkat lebih dua kali ganda, tahun ini, kepada kira-kira 9.4 juta ekoran peningkatan keganasan dan faktor ketidaktentuan, menurut pegawai dan pakar, hari ini.

Program Oscar rapatkan lagi hubungan polis dengan orang awam

Posted: 09 Dec 2019 06:24 AM PST

KUALA LUMPUR: Penganjuran aktiviti pertemuan dan sesi dialog polis bersama orang awam di luar balai atau program Oscar, dapat membantu merapatkan lagi hubungan antara kedua-dua pihak.

Kastam rampas dadah RM5 juta

Posted: 09 Dec 2019 12:50 AM PST

NILAI: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang berselindung di sebalik perniagaan pakaian terpakai selepas merampas 82 kilogram dadah bernilai RM5 juta.

Peserta Jelebu Xplorace 2019 berpeluang nikmati keindahan alam

Posted: 09 Dec 2019 05:21 AM PST

JELEBU: Seramai 100 peserta membabitkan 25 pasukan disasar menjayakan Jelebu Xplorace 2019 yang akan berlangsung pada Sabtu ini.

Terkini: Jumlah mangsa banjir di Kota Tinggi meningkat mendadak

Posted: 09 Dec 2019 05:47 AM PST

KOTA TINGGI: Jumlah mangsa banjir di daerah ini meningkat mendadak kepada 729 orang membabitkan 165 keluarga, setakat jam 9 malam tadi, berbanding hanya 39 mangsa pada sebelah petang.

Najib mahu panggil pakar untuk sahkan tandatangan

Posted: 09 Dec 2019 05:36 AM PST

KUALA LUMPUR: Pendakwaan mengemukakan bantahan terhadap permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk memanggil pakar tandatangan dari Australia bagi memberikan pandangan dalam perbicaraan kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta dihadapi bekas perdana menteri itu.

'Saya, Idham tiada konflik'

Posted: 09 Dec 2019 02:50 AM PST

KUALA LUMPUR: Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Hans Isaac menafikan ada konflik antara dirinya dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang memendekkan kontrak perkhidmatan sehingga 10 Mac depan.

'Zaha pasti hebat di Chelsea'

Posted: 09 Dec 2019 05:37 AM PST

LONDON: Penyerang Wilfried Zaha pasti 'menakjubkan' di Chelsea, kata bekas pengurus Crystal Palace, Ian Holloway ketika peluang Blues untuk mendapatkan pemain itu kembali terbuka selepas hukuman penggantungan pembelian pemain ditarik balik.

Oofers juara Kejohanan VRinity Special Force Ace 2019

Posted: 09 Dec 2019 05:26 AM PST

ISKANDAR PUTERI: Kejayaan mengumpul mata 'bunuh' tertinggi dalam saingan akhir Kejohanan VRinity Special Force Ace membolehkan pasukan Oofers diumum sebagai juara permainan e-sports berkonsepkan Virtual Reality (VR) yang pertama anjuran Virtua Realm, baru-baru ini.

Bantuan musim tengkujuh RM164 juta kepada pekebun kecil, penoreh getah

Posted: 09 Dec 2019 05:22 AM PST

KUALA LUMPUR: Peruntukan sebanyak RM164 juta diberi kepada 274,639 pekebun kecil getah yang terdiri daripada 255,997 pemilik pengusaha dan 18,642 penoreh bukan pemilik menerusi Bantuan Musim Tengkujuh 2019.

Russia digantung sertai Olimpik, Piala Dunia susulan doping

Posted: 09 Dec 2019 05:19 AM PST

LAUSANNE, Switzerland: Agensi Anti Doping Dunia (WADA), hari ini menggantung Russia selama empat tahun daripada menyertai temasya sukan terbesar dunia termasuk Olimpik 2020 Tokyo dan Piala Dunia 2022 di Qatar atas kesalahan memanipulasi data doping.

China akan terus 'latih' etnik minoriti Xinjiang

Posted: 09 Dec 2019 04:50 AM PST

BEIJING: China hari ini mempertahankan rangkaian meluas kem pendidikan semula di Xinjiang dan berkata, ia akan terus 'melatih' penduduknya, susulan kebocoran dokumen kerajaan memperincikan pengawasan dan kawalan ke atas penduduk Uighur yang majoriti Islam di rantau itu.

Impian Rayzam pertahan emas lebur

Posted: 09 Dec 2019 04:42 AM PST

CLARK: Hasrat Rayzam Shah Wan Sofian untuk mempertahankan pingat emas yang dimenanginya dua tahun lalu, musnah selepas meraih perak dalam aksi final 110 meter (m) lari berpagar, di sini, sebentar tadi.

Malaysia sapu bersih emas skuasy berpasukan

Posted: 09 Dec 2019 04:44 AM PST

MANILA: Seperti diramal, Malaysia menyapu bersih pingat emas bagi skuasy berpasukan lelaki dan wanita pada Sukan SEA 2019.

Tiada lagi mangsa hidup dalam letusan gunung berapi - Polis

Posted: 09 Dec 2019 04:16 AM PST

WHAKATANE: Polis New Zealand berkata, tiada lagi mangsa masih hidup dijangka diselamatkan dari pulau gunung berapi yang meletus tiba-tiba hari ini, membayangkan sehingga 24 mangsa lain mungkin menemui ajal.

Keputusan hari kesembilan Sukan SEA ke-30

Posted: 09 Dec 2019 12:44 AM PST

MANILA: Berikut adalah keputusan hari kesembilan Sukan SEA ke-30 di Filipina, hari ini:

`PHISGOC, pulangkan emas Izzah'

Posted: 09 Dec 2019 03:05 AM PST

MANILA: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mahu Jawatankusa Penganjur Sukan SEA Filipina (PHISGOC) memulangkan semula pingat emas yang ditarik balik daripada atlet gimrama negara, Izzah Amzan secepat mungkin.

Jinq En raih emas kedua di kolam renang

Posted: 09 Dec 2019 04:19 AM PST

CLARK: Phee Jinq En terus menggegar Pusat Akuatik New Clark City apabila memenangi pingat emas kedua menerusi acara 100 meter kuak dada dengan rekod baru Sukan SEA iaitu 1:08.50 saat (s).

Pengukuhan dolar AS kekang permintaan ringgit

Posted: 09 Dec 2019 04:15 AM PST

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan sentimen positif bagi unit negara maju itu yang mengekang minat kepada mata wang tempatan.

Penjualan saham tiga anak syarikat PETRONAS adalah kepada pelabur institusi tempatan

Posted: 09 Dec 2019 04:06 AM PST

KUALA LUMPUR: Penjualan saham oleh PETRONAS dalam MISC Bhd, Petronas Dagangan Bhd dan Petronas Gas Bhd, yang dianggarkan bernilai RM6 bilion, dibuat secara urus niaga blok kepada pelabur institusi Malaysia.

Henti 'meroyan' di media - Farhash Wafa Salvador

Posted: 09 Dec 2019 03:56 AM PST

KUALA LUMPUR: Beberapa pemimpin PKR ditegur susulan penganjuran majlis makan malam bertemakan Wawasan Kemakmuran Bersama di sebuah hotel di ibu negara, malam tadi.

5 beranak tinggal sehelai sepinggang

Posted: 09 Dec 2019 03:53 AM PST

GUA MUSANG: Lima beranak tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh 3, dekat sini, musnah dalam kebakaran, tengah hari tadi.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template