Wednesday, January 1, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Guru TABIKA disamun ketika dalam kelas

Posted: 01 Jan 2020 07:30 AM PST

MERSING: Seorang guru Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) cedera di bahagian hidung selepas disamun seorang lelaki bersenjatakan pisau dalam premis berkenaan di FELDA Tenggaroh 1, di sini tengah hari tadi.

Jahanbakhsh buat Chelsea kempunan

Posted: 01 Jan 2020 07:01 AM PST

LONDON: Penyerang Brighton & Hove Albion, Alireza Jahanbakhsh meledak gol cantik menerusi sepakan gunting pada babak kedua untuk membantu pasukannya mengikat Chelsea 1-1 di Stadium Amex, sebentar tadi.

Masalah SRIDI Wakaf Mempelam akan diselesai segera - MB

Posted: 01 Jan 2020 05:19 AM PST

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri akan menambah baik pengurusan Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) susulan masalah ketiadaan bekalan elektrik dan air yang menjejaskan SRIDI Wakaf Mempelam, di Chabang Tiga, di sini, pada hari pertama sesi persekolahan hari ini.

Kawalan pintu masuk negara diperketatkan

Posted: 01 Jan 2020 02:16 AM PST

SERDANG: Kawalan di semua pintu masuk negara diperketatkan bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin, termasuk pelancong warga China dan India yang dikesan terus tinggal di negara ini.

Pengendali hotel di NS disaran tawar harga menarik

Posted: 01 Jan 2020 05:02 AM PST

PORT DICKSON: Kerajaan negeri akan berbincang dengan pengendali hotel di Negeri Sembilan supaya menawarkan harga bilik berpatutan sebagai tarikan sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM2020).

Pemain Liverpool rai Minamino   

Posted: 01 Jan 2020 04:58 AM PST

LIVERPOOL: Bintang Jepun, Takumi Minamino yang baharu dibeli Liverpool akhirnya menyertai latihan hari pertama di Melwood sebagai pemain baharu The Reds.

KL impi juara Liga Perdana

Posted: 01 Jan 2020 04:12 AM PST

KUALA LUMPUR: Muncul juara Liga Perdana dan kembali bersaing dalam Liga Super tahun depan menjadi sasaran yang diletakkan Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) ke atas skuad The City Boys.

Sambutan tahun baharu MDCC meriah

Posted: 01 Jan 2020 03:44 AM PST

PETALING JAYA: Permulaan 2020 diraikan penuh meriah apabila ribuan pengunjung memenuhi ruang Mutiara Damansara Commercial Centre (MDCC), di sini, malam tadi.

PBT Pengerang kini dikenali sebagai MPP

Posted: 01 Jan 2020 03:28 AM PST

JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor hari ini memaklumkan status Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Pengerang dinaik taraf dan dikenali sebagai Majlis Perbandaran Pengerang, berkuatkuasa hari ini.

NGO berhimpun desak Dong Zong diharamkan

Posted: 01 Jan 2020 01:49 AM PST

KUALA LUMPUR: Kira-kira 500 orang berhimpun secara aman mendesak Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) diharamkan berhubung isu pembelajaran tulisan jawi di sekolah vernakular.

Operasi kesan PATI bermula, 87 warga China terbabit penipuan dalam talian ditahan

Posted: 31 Dec 2019 11:56 PM PST

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen menahan 87 warga China tanpa dokumen perjalanan sah, yang disyaki terbabit kegiatan penipuan dalam talian di kawasan Setia Walk di sini, hari ini.

4 maut banjir di Jakarta

Posted: 01 Jan 2020 02:52 AM PST

JAKARTA: Empat orang maut akibat bencana banjir yang melanda ibu negara Indonesia, hari ini kata pegawai agensi bencana.

PGA rampas 240kg ketum ditinggalkan di pagar sempadan

Posted: 01 Jan 2020 02:50 AM PST

BUKIT KAYU HITAM: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 240 kilogram daun ketum dianggar bernilai RM36,000 di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar, Perlis, awal pagi semalam.

6 pemain 'cairkan' hati penonton

Posted: 01 Jan 2020 02:36 AM PST

KUALA LUMPUR: Sukan bola tampar mungkin jarang mendapat tempat dalam kalangan peminat sukan tidak seperti sukan terkemuka seperti bola sepak, badminton mahupun hoki. Namun di sebalik aksi mengagumkan menerusi rejaman padu dan lompatan tinggi selain detik mendebarkan, sukan bola tampar memiliki penyeri yang berjaya mencuri tumpuan sehingga berjaya menarik perhatian mereka yang selama ini langsung tidak meminat sukan itu.

Dego Ride kembali beroperasi, sasar wujud 5,000 peluang kerja

Posted: 31 Dec 2019 09:26 PM PST

KUALA LUMPUR: Selepas hampir dua tahun diharamkan, perkhidmatan teksi motosikal pertama di Malaysia, Dego Ride kembali beroperasi hari ini dengan sasaran mewujudkan 5,000 peluang pekerjaan, khususnya untuk belia dari golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40).

PPM rampas mercun, bunga api RM1.63 juta

Posted: 31 Dec 2019 10:37 PM PST

JOHOR BAHRU: Pasukan Polis Marin Wilayah 2 Johor merampas mercun dan bunga api bernilai RM1.6 juta dalam tiga serbuan berasingan di Taman Universiti dan Taman Perniagaan Setia Indah, di sini semalam.

Malaysia Airlines tawar tambang diskaun

Posted: 01 Jan 2020 02:18 AM PST

KUALA LUMPUR: Jualan tahun baharu Malaysia Airlines bermula esok, dengan tawaran diskaun tambang sehingga 35 peratus bagi kelas ekonomi dan perniagaan.

15 pasangan ditahan disyaki khalwat di hotel

Posted: 01 Jan 2020 02:10 AM PST

SEREMBAN: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) menahan 15 pasangan kerana disyaki melakukan maksiat di hotel sekitar Seremban, Nilai dan Port Dickson.

MR DIY adakan promosi dan aktiviti hargai pelanggan

Posted: 01 Jan 2020 02:05 AM PST

KUALA LUMPUR: MR DIY Group (M) Bhd (MR DIY), peruncit perkakas rumah terbesar di Malaysia akan menganjurkan sambutan 1,000 cawangan bagi seluruh Asia dengan pelbagai promosi dan aktiviti menarik bertempat di cawangan AEON Mall Shah Alam bermula 3 hingga 5 Januari 2020.

Mohamad Alamin tepati kriteria calon BN

Posted: 01 Jan 2020 02:01 AM PST

KIMANIS: Barisan Nasional (BN) mengumumkan Ketua UMNO Bahagian Kimanis, Datuk Mohamad Alamin, sebagai calonnya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis, 18 Januari ini.

GTFS lulus RM4.536 bilion

Posted: 01 Jan 2020 01:58 AM PST

KUALA LUMPUR: Sejumlah RM4.536 bilion diluluskan untuk tawaran pembiayaan menerusi institusi kewangan swasta (PFIs) di bawah Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS) setakat ini.

India pantas luluskan misi bulan ke-3

Posted: 01 Jan 2020 01:56 AM PST

BENGALURU: India meluluskan misi bulan ketiga hanya beberapa bulan selepas misi terdahulunya gagal mendarat di bulan, menurut agensi angkasa negara itu, hari ini, dalam usaha terbaharu cita-citanya menjadi kuasa angkasa kos rendah.

Imtiyaz kongsi kejayaan dengan murid miskin

Posted: 01 Jan 2020 01:55 AM PST

KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat perunding, Imtiyaz Sdn Bhd (Imtiyaz), berkongsi kejayaannya sebagai agensi pemasaran insurans terulung dengan menyalurkan sumbangan persekolahan kepada 30 murid Sekolah Kebangsaan Setiawangsa (SKS), di sini.

'SUHAKAM perlu kenali pelampau sebenar'

Posted: 01 Jan 2020 01:54 AM PST

KUALA LUMPUR: PAS membidas Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) yang didakwa gagal mengenali kelompok pelampau dalam isu tulisan Jawi.

Status bebas cukai Pulau Pangkor bermula hari ini

Posted: 01 Jan 2020 01:52 AM PST

IPOH: Pulau Pangkor, destinasi pelancongan terkemuka di Perak dan di Malaysia mencipta sejarah apabila menjadi Pulau Bebas Cukai (PBC) berkuat kuasa hari ini.

RM3.3j dibelanja bagi program kebajikan di Pulai

Posted: 01 Jan 2020 01:46 AM PST

KUALA LUMPUR: Sejumlah RM3.3 juta peruntukan dibelanjakan untuk kawasan Parlimen Pulai, Johor bagi pelbagai program kebajikan dan kemakmuran penduduk kawasan itu sejak Mei 2018 hingga Disember lalu.

Vellfire untuk menteri: Tunggu mesyuarat Kabinet - Guan Eng

Posted: 31 Dec 2019 09:17 PM PST

GEORGETOWN: Kerajaan masih belum membuat keputusan berhubung pemberian kontrak kenderaan mewah untuk kegunaan menteri dan pegawai tinggi kerajaan.

Alat pengimbas rosak punca PTP jadi tumpuan penyeludup

Posted: 01 Jan 2020 01:40 AM PST

ISKANDAR PUTERI: Kerosakan alat pengimbas kontena bernilai RM12 juta dipercayai menjadi penyebab Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Gelang Patah, dekat sini, kini dijadikan laluan pintu masuk penyeludup menyeludup barang larangan ke negara ini, akhir-akhir ini.

Hanya lima murid Tahun Satu di SK Dusun

Posted: 01 Jan 2020 01:39 AM PST

KUALA BERANG: Saban tahun, bilangan murid Tahun Satu yang mendaftar di Sekolah Kebangsaan (SK) Dusun di sini, sememangnya kecil dan ia kelihatan semakin berkurangan tahun ini dengan hanya lima murid.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template