Friday, January 10, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Sarjan maut motosikal berlanggar dengan lori

Posted: 10 Jan 2020 08:31 AM PST

ALOR GAJAH: Seorang sarjan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah, di sini, maut apabila motosikal ditunggang terbabit kemalangan dengan sebuah lori membawa muatan kelapa sawit di Jalan Machap, semalam.

Suami isteri maut kemalangan

Posted: 10 Jan 2020 08:19 AM PST

JOHOR BAHRU: Sepasang suami isteri maut dalam nahas membabitkan sebuah kereta dengan lori di Kilometer 122 Jalan Johor Bahru-Melaka, Tanjung Labuh dekat Batu Pahat, semalam.

KPM beri sepenuh sokongan, kerjasama padu kepada Dr Mahathir

Posted: 10 Jan 2020 08:07 AM PST

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) akan memberi sepenuh sokongan dan kerjasama padu kepada kepemimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam melaksanakan inisiatif meningkatkan kualiti pendidikan negara.

Syed Saddiq gembira pelaksanaan pemansuhan BIPK ditangguhkan

Posted: 10 Jan 2020 08:01 AM PST

PUTRAJAYA: Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, gembira dengan keputusan kerajaan menangguhkan pemansuhan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) yang dijadualkan bermula 1 Januari lalu.

Passat 2.0TSI Elegance baharu RM187,990

Posted: 10 Jan 2020 04:31 AM PST

PUCHONG: Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) memperkenalkan model sedan segmen-D, Passat 2.0TSI Elegance baharu ke pasaran Malaysia.

10 maut bom meletup dalam masjid di Pakistan

Posted: 10 Jan 2020 07:35 AM PST

QUETTA: Sekurang-kurangnya 10 orang dilaporkan maut, manakala 16 lagi cedera, selepas bom meletup dalam sebuah masjid di selatan barat Pakistan, hari ini.

Kanak-kanak ditemui orang awam, polis sedang kesan penjaga

Posted: 10 Jan 2020 07:05 AM PST

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan ibu bapa atau penjaga kepada seorang kanak-kanak perempuan yang ditemui orang awam di Jalan Taman Megah 2A, Taman Megah, Kajang, kira-kira jam 2 petang tadi.

Polis berkas 5 ahli Geng Ah Wai, rampas hasil samun lebih RM1 juta

Posted: 10 Jan 2020 06:56 AM PST

KUALA LUMPUR: Polis menahan lima ahli kumpulan Geng Ah Wai disyaki aktif melakukan samun dan pecah rumah di sekitar Lembah Klang, Johor serta Pulau Pinang, dan merampas hasil jenayah mereka dianggarkan bernilai lebih RM1 juta.

UniKL julang Piala Sumbangsih

Posted: 10 Jan 2020 06:27 AM PST

KUALA LUMPUR: Pasukan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) merampas kejuaraan Piala Sumbangsih selepas menumpaskan Pasukan Hoki Terengganu (THT) 3-2 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

YUTP raih kutipan lebih RM700,000 hasil majlis makan malam amal

Posted: 10 Jan 2020 06:20 AM PST

KUALA LUMPUR: Yayasan Universiti Teknologi PETRONAS (YUTP) meraih kutipan lebih RM700,000 hasil penganjuran majlis makan malam amal 'The Tapestry of Colours'.

Eropah cari jalan tenangkan Iran

Posted: 10 Jan 2020 06:11 AM PST

BRUSSELS: Eropah akan mencari jalan bagi mengelak Amerika Syarikat (AS) dan Iran terjebak dalam konflik terbuka yang boleh mendorong kepada peperangan serta krisis nuklear lebih serius.

Kementerian Kesihatan pantau perkembangan kes pneumonia di Wuhan

Posted: 10 Jan 2020 05:58 AM PST

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan akan terus memantau perkembangan kes pneumonia di Wuhan, China, yang dilaporkan mungkin berpunca daripada kemunculan kumpulan virus baharu.

Iraq minta AS selaras mekanisme pengunduran tentera

Posted: 10 Jan 2020 05:54 AM PST

WASHINGTON: Perdana Menteri Iraq, Adel Abdul Mahdi, meminta Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo, menyelaras mekanisme pengunduran tenteranya dari negara itu.

Ejen Ali pungut RM30 juta

Posted: 10 Jan 2020 05:44 AM PST

KUALA LUMPUR: Filem animasi, Ejen Ali The Movie, membuka tirai 2020 dengan penuh bergaya apabila meraih kutipan sebanyak RM30 juta dalam tempoh enam minggu tayangan.

'Yang Biasa' baik-baik sahaja – Klopp

Posted: 10 Jan 2020 05:36 AM PST

LONDON: Jurgen Klopp sudah bersedia untuk berdepan Jose Mourinho 'Yang Teristimewa' namun pengendali Liverpool itu menganggap dirinya sebagai 'Yang Biasa.'

63 pengganas, 25 anggota tentera di Niger terbunuh

Posted: 10 Jan 2020 05:30 AM PST

NIAMEY: Kumpulan pengganas disyaki membunuh 25 anggota tentera dan mencederakan enam lagi dalam serangan di pos tentera di barat Niger berdekatan sempadan Mali.

Suami isteri, bayi maut nahas kereta dengan lori

Posted: 10 Jan 2020 04:43 AM PST

TEMERLOH: Sepasang suami isteri bersama bayi perempuan mereka berusia empat bulan, maut dalam nahas membabitkan sebuah kereta dan dua lori di Kilometer 145 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan, dekat sini, hari ini.

Wanita menyamar lelaki perdaya gadis untuk seks

Posted: 10 Jan 2020 05:13 AM PST

WINCHESTER: Seorang wanita menyamar sebagai remaja lelaki bagi menipu berpuluh gadis melakukan hubungan seksual dengannya berdepan hukuman penjara.

Atlet 17 tahun positif steroid

Posted: 10 Jan 2020 05:08 AM PST

KUALA LUMPUR: Atlet pecut muda negara berusia 17 tahun bakal berdepan hukuman penggantungan selama empat tahun selepas didapati positif doping ketika menyertai Kejohanan Tertutup Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) 2019, Ogos tahun lalu.

Harga meningkat, peniaga enggan jual bawang merah elak beban pengguna

Posted: 10 Jan 2020 05:06 AM PST

KUALA LUMPUR: Peningkatan harga bawang merah yang berlaku di seluruh negara berikutan kekurangan bekalan, menyebabkan ada segelintir peniaga menghentikan penjualannya pada masa ini kerana enggan membebankan pengguna.

Penduduk rayu lampu isyarat

Posted: 10 Jan 2020 05:03 AM PST

ALOR GAJAH : Penduduk Kampung Ayer Hitam Darat dan Tanjung Bidara, Masjid Tanah dekat sini merayu Jabatan Kerja Raya (JKR) segera memasang lampu isyarat di simpang empat Jalan Kampung Solok Duku-Tanjung Bidara berikutan keadaannya yang didakwa berbahaya.

Malaysia, Singapura bakal muktamad perjanjian RTS

Posted: 10 Jan 2020 05:00 AM PST

SINGAPURA: Malaysia dan Singapura komited memuktamadkan perjanjian membabitkan projek Sistem Transit Rapid (RTS) menjelang April ini, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

NUTP mohon Influenza A disenaraikan penyakit diberi cuti kuarantin

Posted: 10 Jan 2020 04:56 AM PST

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) meminta kerajaan mempertimbang untuk memasukkan Influenza A ke dalam senarai jenis penyakit berjangkit diberikan kemudahan cuti kuarantin.

Putera Harry, Meghan boleh jadikan Obama sebagai model untuk berjaya

Posted: 10 Jan 2020 04:51 AM PST

NEW YORK: Selepas mengumumkan pengunduran daripada tugas rasmi, Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle, berpeluang menjana pendapatan sendiri menerusi fesyen, ceramah atau membuka syarikat produksi.

Shi Yuqi mangsa terbaru Zii Jia

Posted: 10 Jan 2020 04:47 AM PST

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia membuktikan statusnya sebagai 'pembunuh gergasi' selepas dia menumbangkan naib juara dunia 2018, Shi Yuqi dari China dalam aksi suku akhir Masters Malaysia, sebentar tadi.

Guna pesawat sewaan ganti Nuri - Menteri

Posted: 10 Jan 2020 02:27 AM PST

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan belum memutuskan pesawat yang akan menggantikan helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang ditamatkan operasinya, baru-baru ini.

Hasil hala tuju kerajaan dalam dua tahun - PM

Posted: 10 Jan 2020 03:35 AM PST

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, keberkesanan perancangan dan hala tuju kerajaan berteraskan perindustrian baharu dengan sokongan pelan pertanian baharu dapat dilihat hasilnya dalam tempoh dua tahun.

Mayat pemancing ditemui dengan kesan gigitan buaya

Posted: 08 Jan 2020 10:19 PM PST

TAWAU: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika memancing di Sungai Kalumpang petang semalam, ditemui mati dengan kesan kecederaan dipercayai akibat gigitan buaya, hari ini.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template