BH Online - Terkini |
- Tindakan Latheefa Koya dedah rakaman audio tak salah - PM
- 18 orang awam maut serangan udara di Idlib
- Komander Iran tahu peluru berpandu tembak pesawat Ukraine
- Pangku Menteri Pendidikan untuk sementara sahaja - Dr Mahathir
- Aubameyang malang, Ayew ikat Arsenal
- Mohamad Taslim dikebumikan sebelah kubur ibu, nenek
- Mayat dengan kesan tetak di EKVE
- Keputusan Liga Perdana Inggeris
- Zii Jia akur kehebatan Momota
- Pengebom berani mati serang masjid, 15 terbunuh
- Iran akui tertembak pesawat Ukraine, dunia tuntut penjelasan
- Azmin mahu tumpu tugas majukan negara
- Kebenaran akan muncul - Azmin
- 6 mangsa muntah, pening terhidu bahan kimia
- PM lakukan tinjauan udara di Langkawi
- 62 orang dijangkiti influenza di Pulau Pinang
- Tragedi berkelah: 2 penuntut UiTM dilaporkan hilang, dikhuatiri lemas
- Aktivis lapor polis rakaman audio SPRM
- PRK Parlimen Kimanis: Kempen semakin rancak
- Korea Utara hanya berunding jika AS penuhi semua tuntutan
- PSS bukan beri kewarganegaraan kepada warga asing
- Motif kuda belang di lintasan pejalan kaki Melaka
- Pelajar gadai nyawa meniti paip seberang sungai
- Hanya yang terbaik ke Piala Thomas - BAM
- Lelaki kena tumbuk ketika tidur
- AS kenakan lebih banyak sekatan terhadap Iran
- Gara-gara tersilap masuk gear kereta
- Kesali kesilapan, Zynakal mohon maaf menerusi lagu
- MP dakwa Presiden IKHLAS buat tuduhan palsu, gesa polis siasat
- Kanak-kanak hilang diserah pada ibu bapanya
| Tindakan Latheefa Koya dedah rakaman audio tak salah - PM Posted: 11 Jan 2020 08:28 AM PST LANGKAWI: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap tindakan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya, mendedahkan rakaman perbualan yang didakwa konspirasi jenayah peringkat tertinggi sebagai bukan perbuatan yang salah. |
| 18 orang awam maut serangan udara di Idlib Posted: 11 Jan 2020 08:22 AM PST BEIRUT: Serangan udara rejim di kawasan kubu kuat kumpulan pejuang Syria menyebabkan 18 orang awam terbunuh hari ini, sehari sebelum gencatan senjata yang dirancang dikuatkuasakan, kata pasukan pemerhati perang. |
| Komander Iran tahu peluru berpandu tembak pesawat Ukraine Posted: 11 Jan 2020 07:59 AM PST DUBAI: Seorang pegawai kanan pasukan Pengawal Revolusi Iran mengakui tahu peluru berpandu negara itu sudah menembak jatuh sebuah pesawat syarikat penerbangan Ukraine pada hari kejadian. |
| Pangku Menteri Pendidikan untuk sementara sahaja - Dr Mahathir Posted: 11 Jan 2020 07:40 AM PST LANGKAWI: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa beliau akan melepaskan segera jawatan Menteri Pendidikan yang dipangkunya sebaik sahaja mendapat pengganti yang sesuai. |
| Aubameyang malang, Ayew ikat Arsenal Posted: 11 Jan 2020 07:10 AM PST LONDON: Jaringan Jordan Ayew memadam kelebihan gol Pierre-Emerick Aubameyang yang kemudiannya dilayangkan kad merah pada perlawanan yang menyaksikan Crystal Palace terikat 1-1 dengan Arsenal dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Selhurst Park, sebentar tadi. |
| Mohamad Taslim dikebumikan sebelah kubur ibu, nenek Posted: 11 Jan 2020 07:02 AM PST SEKINCHAN: Jenazah mangsa kelima dalam kemalangan maut di Lebuhraya Utara Selatan dekat Sungai Buloh tengah malam semalam, selamat dikebumikan bersebelahan kubur nenek dan ibunya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu 23, Sungai Nibong, malam ini. |
| Mayat dengan kesan tetak di EKVE Posted: 11 Jan 2020 06:59 AM PST KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dipercayai warga Bangladesh ditemui mati disyaki dibunuh di kawasan pembinaan Lebuhraya Lingkaran Luar-Hubungan Timur (EKVE), Kajang, hari ini. |
| Keputusan Liga Perdana Inggeris Posted: 11 Jan 2020 06:37 AM PST LONDON: Keputusan Liga Perdana Inggeris yang berakhir sebentar tadi: |
| Posted: 11 Jan 2020 06:34 AM PST KUALA LUMPUR: Langkah cemerlang Lee Zii Jia dalam saingan Masters Malaysia akhirnya terhenti selepas dia tewas di tangan pemain nombor satu dunia, Kento Momota dalam aksi separuh akhir di Arena Axiata Bukit Jalil, sebentar tadi. |
| Pengebom berani mati serang masjid, 15 terbunuh Posted: 11 Jan 2020 06:21 AM PST QUETTA: Serangan pengebom berani mati di masjid di barat daya Pakistan ketika sembahyang Jumaat semalam mengakibatkan 15 terbunuh setakat ini. |
| Iran akui tertembak pesawat Ukraine, dunia tuntut penjelasan Posted: 11 Jan 2020 06:18 AM PST DUBAI: Iran mengakui tenteranya tersilap tembak pesawat Boeing 737-800 milik Ukraine International Airlines (UIA), mengorbankan semua 176 penumpang dan kru, sekali gus mengundang kritikan dari serata dunia. |
| Azmin mahu tumpu tugas majukan negara Posted: 11 Jan 2020 06:16 AM PST GOMBAK: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyifatkan kontroversi video intim yang mengaitkan dirinya sebagai antara pelaku adalah satu percaturan politik yang kejam. |
| Posted: 11 Jan 2020 06:12 AM PST GOMBAK: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyifatkan kontroversi video intim yang mengaitkannya sebagai antara seorang pelaku adalah satu percaturan politik yang kejam. |
| 6 mangsa muntah, pening terhidu bahan kimia Posted: 11 Jan 2020 05:57 AM PST NIBONG TEBAL: Enam pelanggan sebuah bank yang sedang beratur untuk menggunakan mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah bank di Jalan Besar Sungai Bakap, di sini, mengalami pening dan muntah selepas terhidu bahan kimia di situ. |
| PM lakukan tinjauan udara di Langkawi Posted: 11 Jan 2020 05:50 AM PST LANGKAWI: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini melakukan tinjauan udara bagi melihat sendiri pembangunan di pulau peranginan ini. |
| 62 orang dijangkiti influenza di Pulau Pinang Posted: 11 Jan 2020 05:46 AM PST GEORGETOWN: Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang merekodkan 10 kluster penyakit seperti influenza (ILI) dengan seramai 62 individu dijangkiti influenza dalam kluster itu sejak 29 Disember lalu hingga jam 12 tengah hari semalam. |
| Tragedi berkelah: 2 penuntut UiTM dilaporkan hilang, dikhuatiri lemas Posted: 11 Jan 2020 05:40 AM PST KUALA TERENGGANU: Kegembiraan 18 penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) Chendering berkelah di Pantai Pandak, di sini, berakhir tragedi apabila dua daripada mereka dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang, hari ini. |
| Aktivis lapor polis rakaman audio SPRM Posted: 11 Jan 2020 03:02 AM PST KUALA LUMPUR: Seorang aktivis membuat laporan polis bagi menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan rakaman klip audio yang didakwa perbualan Datuk Seri Najib Razak dan beberapa individu berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd (SRC). |
| PRK Parlimen Kimanis: Kempen semakin rancak Posted: 11 Jan 2020 05:05 AM PST MEMBAKUT: Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis yang kini memasuki hari kelapan, semakin rancak dengan calon Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan Barisan Nasional (BN) tidak ketinggalan mendekati pengunjung restoran serta pasar di Pekan Bongawan, di sini. |
| Korea Utara hanya berunding jika AS penuhi semua tuntutan Posted: 11 Jan 2020 04:23 AM PST SEOUL: Korea Utara menegaskan hanya akan kembali ke meja rundingan berhubung isu nuklear jika Amerika Syarikat (AS) memenuhi semua tuntutannya sebelum ini. |
| PSS bukan beri kewarganegaraan kepada warga asing Posted: 11 Jan 2020 02:41 AM PST PAPAR: Kementerian Dalam Negeri menegaskan pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS) yang dijadikan isu pembangkang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis, tiada kaitan dengan soal kewarganegaraan. |
| Motif kuda belang di lintasan pejalan kaki Melaka Posted: 11 Jan 2020 01:49 AM PST MELAKA: Lintasan pejalan kaki di Jalan Merdeka di sini menarik perhatian ramai kerana dicat berbentuk corak kuda belang. |
| Pelajar gadai nyawa meniti paip seberang sungai Posted: 10 Jan 2020 09:27 PM PST KOTA MARUDU: Lebih 30 murid sekolah rendah dan tadika bergadai nyawa setiap hari ke sekolah apabila terpaksa menyeberangi sungai berarus deras menggunakan saluran paip menghubungkan dua kampung di Kampung Muhang, di sini. |
| Hanya yang terbaik ke Piala Thomas - BAM Posted: 11 Jan 2020 04:08 AM PST KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menegaskan hanya pemain terbaik akan disenaraikan bagi membawa cabaran negara menjelang saingan Piala Thomas di Aarhus, Denmark, Mei depan. |
| Lelaki kena tumbuk ketika tidur Posted: 11 Jan 2020 04:07 AM PST KUALA BERANG: Niat baik seorang lelaki membawa ibu bapanya menziarahi kakak dan anak saudaranya di sini, bertukar malang apabila kepalanya bengkak ditumbuk abang kepada birasnya. |
| AS kenakan lebih banyak sekatan terhadap Iran Posted: 11 Jan 2020 03:53 AM PST WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) kenakan lebih banyak sekatan ke atas Iran sebagai balasan kerana menyerang tenteranya di Iraq dan berikrar menambah sekatan jika Teheran meneruskan tindakan ganas atau membangunkan bom nuklear |
| Gara-gara tersilap masuk gear kereta Posted: 11 Jan 2020 03:45 AM PST KUALA LUMPUR: Kesilapan pemandu menukar gear dipercayai punca sebuah Perodua Myvi merempuh ke dalam premis makanan di Prima Setapak 3, di sini, hari ini. |
| Kesali kesilapan, Zynakal mohon maaf menerusi lagu Posted: 11 Jan 2020 03:33 AM PST KUALA LUMPUR: Penyanyi, Zynakal, mendakwa sikap agresifnya menyerang pekerja stesen minyak dan keengganan memberikan kerjasama kepada pihak polis dalam kejadian pada Ogos tahun lalu berpunca daripada penyakit bipolar mania, bukan disebabkan pengaruh dadah. |
| MP dakwa Presiden IKHLAS buat tuduhan palsu, gesa polis siasat Posted: 11 Jan 2020 03:08 AM PST KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Dr Tan Yee Kew membuat laporan polis terhadap Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), Mohd Ridzuan Abdullah, hari ini. |
| Kanak-kanak hilang diserah pada ibu bapanya Posted: 11 Jan 2020 03:19 AM PST KUALA LUMPUR: Kanak-kanak perempuan dipercayai berusia dua tahun yang ditemui orang awam di Jalan Taman Megah 2A, Taman Megah, Kajang, sudah diserahkan kepada ibu bapanya malam tadi. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment