BH Online - Terkini |
- Gangguan elektrik di Segamat pulih berperingkat
- Mat Yo bakal sertai Pathum United
- Borgward BX5 jadi tarikan Ansara Golf Masters
- Beri mandat kepada calon WARISAN teruskan pembangunan - Anwar
- Anwar ulangi pendirian peralihan kuasa perlu secara aman, teratur
- Lautan dunia paling panas pada 2019
- MGF gantung Git Kaur
- Jumlah pelajar Selangor dijangkiti influenza meningkat
- Bekalan tambahan vaksin influenza dibawa masuk bulan ini
- Momota pulang ke Jepun esok
- Kempen Semua Ong Mali Tesco tawar harga patut
- Ujian sampel klinikal terhadap Nur Dinie Damia negatif jangkitan influenza
- Polis cari saksi kes langgar lari
- Kanak-kanak 2 tahun mati dipercayai didera ibu, teman lelaki
- Keluarga mangsa gesa kerajaan adakan pungutan suara
- Penyakit seperti influenza meningkat
- Wang pampasan mangsa kren tumbang bukti keprihatinan Raja Salman - Duta Arab Saudi
- Siasatan dapati hanya Isa Samad terima suapan RM3 juta - Pegawai Penyiasat SPRM
- Tindakan perundangan terhadap Muhammed Yusoff diteruskan - Anwar
- Nur Dinie, hidap influenza selamat dikebumikan
- KPKT teliti cadangan bina loji sisa pepejal di Perak
- Bekas ahli UMNO sertai WARISAN petanda baik - Shafie Apdal
- Kes rasuah Isa Samad: Pendakwaan tutup kes, hujahan 23 Mac
- Jualan kenderaan di Malaysia diunjur meningkat
- Keputusan STAM pada 22 Januari
- KPN mohon maaf gagal bawa Jho Low pulang
- Kementerian Pengajian Tinggi mungkin wujud semula - Tun M
- Murid dijangkiti influenza dilapor kritikal
- 'Kami mahu jaga (kepentingan) kepemimpinan' rujuk kepada PM - Saksi
- RALAT: Liputan sidang media Ketua Polis Negara
| Gangguan elektrik di Segamat pulih berperingkat Posted: 14 Jan 2020 08:02 AM PST KUALA LUMPUR: Gangguan elektrik sekitar Segamat, Johor, yang berlaku berikutan masalah di pencawang masuk utama (PMU) Bukit Siput akan pulih secara berperingkat selepas bekalan disambung semula mulai jam 8.15 malam tadi. |
| Mat Yo bakal sertai Pathum United Posted: 14 Jan 2020 07:06 AM PST KUALA LUMPUR: Penyerang veteran negara, Norshahrul Idlan Talaha membuktikan 'otai masih berbisa' apabila bakal beraksi dalam saingan Liga 1 Thailand bersama pasukan Bangkok Glass Pathum United bagi musim depan. |
| Borgward BX5 jadi tarikan Ansara Golf Masters Posted: 14 Jan 2020 06:46 AM PST KUALA LUMPUR: Kenderaan utiliti sukan (SUV) Borgward BX5 SUV bakal menjadi antara tarikan utama pada acara Ansara Golf Masters anjuran Persatuan Ansara Golf Malaysia (AGAM) yang akan berlangsung di Sungai Long Golf and Country Club, Ahad ini. |
| Beri mandat kepada calon WARISAN teruskan pembangunan - Anwar Posted: 14 Jan 2020 06:34 AM PST KIMANIS: Penduduk Kimanis perlu memberi mandat kepada calon Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Karim Bujang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis Sabtu ini, bagi memastikan program pembangunan dirancang dapat terus dilaksana di kawasan berkenaan. |
| Anwar ulangi pendirian peralihan kuasa perlu secara aman, teratur Posted: 14 Jan 2020 06:23 AM PST Anwar ulangi pendirian peralihan kuasa perlu secara aman, teratur |
| Lautan dunia paling panas pada 2019 Posted: 14 Jan 2020 06:05 AM PST PARIS: Suhu lautan dunia adalah paling panas direkodkan pada 2019, kata saintis hari ini, dengan suhu laut pantas meningkat berikutan pelepasan gas daripada aktiviti manusia yang boleh meninggalkan impak buruk pada iklim bumi. |
| Posted: 14 Jan 2020 05:54 AM PST KUALA LUMPUR: Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) menggantung Timbalan Presidennya, Kau Git Kaur yang turut ditahan polis dalam satu serbuan di Puchong, Selangor baru-baru ini. |
| Jumlah pelajar Selangor dijangkiti influenza meningkat Posted: 14 Jan 2020 05:14 AM PST SHAH ALAM: Seramai 245 pelajar daripada 105 sekolah di Selangor dijangkiti Influenza A, meningkat berbanding 231 pelajar di 97 sekolah sebelum ini. |
| Bekalan tambahan vaksin influenza dibawa masuk bulan ini Posted: 14 Jan 2020 04:11 AM PST KUALA LUMPUR: Bekalan tambahan vaksin influenza sebanyak 99,470 dos akan dibawa masuk, bulan ini, untuk memenuhi peningkatan permintaan yang mendadak sejak akhir tahun lalu. |
| Posted: 14 Jan 2020 05:00 AM PST PUTRAJAYA: Pemain badminton nombor satu dunia, Kento Momota yang mengalami kemalangan jalanraya baru-baru ini dijadual dibenarkan pulang ke Jepun bersama dua pegawai sokongannya, esok. |
| Kempen Semua Ong Mali Tesco tawar harga patut Posted: 13 Jan 2020 12:08 AM PST KEPONG: Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd menganjurkan kempen Semua ONG Mali 2020 bersempena sambutan Tahun Baharu Cina kali ini dengan menawarkan pelbagai barangan pada harga berpatutan. |
| Ujian sampel klinikal terhadap Nur Dinie Damia negatif jangkitan influenza Posted: 14 Jan 2020 04:36 AM PST KUALA LUMPUR: Ujian sampel klinikal terhadap murid Tahun Satu, Nur Dinie Damia Muhammad Noor Ain, yang sebelum ini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor adalah negatif bagi jangkitan influenza. |
| Polis cari saksi kes langgar lari Posted: 14 Jan 2020 04:33 AM PST KUALA LUMPUR: Seorang pekerja kilang wanita maut dalam kemalangan dipercayai langgar lari di Jalan USJ 1/1 Subang Jaya dekat sini, awal pagi semalam. |
| Kanak-kanak 2 tahun mati dipercayai didera ibu, teman lelaki Posted: 14 Jan 2020 04:54 AM PST JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun meninggal dunia, dipercayai didera ibu kandung dan teman lelakinya, tengah hari semalam. |
| Keluarga mangsa gesa kerajaan adakan pungutan suara Posted: 14 Jan 2020 04:52 AM PST PUTRAJAYA: Keluarga Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya, mendiang Datuk Anthony Kevin Morais dan Annie Kok Yin Cheng menggesa kerajaan mengadakan pungutan suara pada peringkat nasional atau referendum sebelum mengambil keputusan menghapuskan hukuman mati mandatori. |
| Penyakit seperti influenza meningkat Posted: 14 Jan 2020 04:05 AM PST KUALA LUMPUR: Kejadian wabak penyakit seperti influenza (ILI) ketika ini dalam keadaan terkawal walaupun wujud peningkatan di 10 negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya, sejak hujung tahun lalu. |
| Wang pampasan mangsa kren tumbang bukti keprihatinan Raja Salman - Duta Arab Saudi Posted: 14 Jan 2020 04:49 AM PST KUALA LUMPUR: Pembayaran wang pampasan bagi jemaah haji yang terkorban dan cedera dalam kejadian kren tumbang di Masjidil Haram, Makkah pada 2015, membuktikan keprihatinan Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, terhadap mangsa dan waris insiden berkenaan, kata duta negara itu ke Malaysia, Datuk Dr Mahmoud Hussien Saeed Qattan. |
| Siasatan dapati hanya Isa Samad terima suapan RM3 juta - Pegawai Penyiasat SPRM Posted: 14 Jan 2020 04:29 AM PST KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini diberitahu bahawa siasatan mendapati hanya bekas pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad menerima wang suapan RM3 juta daripada bekas Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Syarikat Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd (GAPSB), Ikhwan Zaidel. |
| Tindakan perundangan terhadap Muhammed Yusoff diteruskan - Anwar Posted: 14 Jan 2020 04:21 AM PST KUALA LUMPUR: Tindakan undang-undang terhadap bekas penyelidik PKR, Muhammed Yusoff Rawther, akan diteruskan, tegas Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. |
| Nur Dinie, hidap influenza selamat dikebumikan Posted: 13 Jan 2020 07:40 PM PST PONTIAN: Murid Tahun Satu, Nur Dinie Damia Muhammad Noor Ain,7, yang disyaki dijangkiti influenza selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Haji Sirat Darat, Kayu Ara Pasong, dekat sini, kira-kira jam 10.05 pagi tadi. |
| KPKT teliti cadangan bina loji sisa pepejal di Perak Posted: 14 Jan 2020 04:32 AM PST IPOH: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan meneliti cadangan membina loji sisa pepejal di negeri ini bagi memastikan pengurusan sisa pepejal menjadi lebih sistematik. |
| Bekas ahli UMNO sertai WARISAN petanda baik - Shafie Apdal Posted: 14 Jan 2020 04:27 AM PST KIMANIS: Tindakan beramai-ramai bekas ahli UMNO serta ahli baharu menyertai Parti Warisan Sabah (WARISAN) sepanjang 11 hari berkempen, memberi petanda baik kepada parti itu menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis, Sabtu ini. |
| Kes rasuah Isa Samad: Pendakwaan tutup kes, hujahan 23 Mac Posted: 14 Jan 2020 04:22 AM PST KUALA LUMPUR: Selepas 15 hari perbicaraan dengan 22 saksi dipanggil memberi keterangan, pihak pendakwaan hari ini menutup kes bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang menghadapi satu pertuduhan pecah amanah dan sembilan pertuduhan menerima rasuah berjumlah lebih RM3 juta, antara 2014 dan 2015. |
| Jualan kenderaan di Malaysia diunjur meningkat Posted: 14 Jan 2020 04:20 AM PST KUALA LUMPUR: Jualan kenderaan di Malaysia dijangka meningkat sebanyak satu peratus tahun ini kepada 608,790 unit, demikian menurut firma perunding Frost & Sullivan. |
| Keputusan STAM pada 22 Januari Posted: 14 Jan 2020 04:09 AM PST PUTRAJAYA: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2019 akan dikeluarkan pada 22 Januari ini (Rabu). |
| KPN mohon maaf gagal bawa Jho Low pulang Posted: 13 Jan 2020 02:08 AM PST KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador memohon maaf atas kegagalan membawa pulang ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, sebelum akhir tahun lalu. |
| Kementerian Pengajian Tinggi mungkin wujud semula - Tun M Posted: 13 Jan 2020 02:15 AM PST HULU SELANGOR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau akan mengambil kira pandangan kemungkinan memecahkan Kementerian Pendidikan dengan mewujudkan Kementerian Pengajian Tinggi. |
| Murid dijangkiti influenza dilapor kritikal Posted: 13 Jan 2020 02:36 AM PST JOHOR BAHRU: Murid Tahun Satu, Nur Dinie Damia, yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) selepas disyaki dijangkiti influenza, dilaporkan dalam keadaan kritikal. |
| 'Kami mahu jaga (kepentingan) kepemimpinan' rujuk kepada PM - Saksi Posted: 14 Jan 2020 03:48 AM PST KUALA LUMPUR: Kenyataan 'kami mahu menjaga (kepentingan) kepimpinan kami' oleh bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa dalam satu mesyuarat pada 2016, merujuk kepada Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak. |
| RALAT: Liputan sidang media Ketua Polis Negara Posted: 14 Jan 2020 03:54 AM PST Merujuk kepada paparan berita awal akaun Facebook Berita Harian Online pada 13 Januari 2020, yang memetik Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador, sebagai berkata 'Identiti individu ditahan dalam serbuan dadah di Puchong belum dapat disahkan', adalah dimaklumkan telah berlaku salah tafsiran di pihak akhbar ini. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment