Thursday, January 16, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


2 gol Pellegrini bawa Roma ke suku akhir

Posted: 16 Jan 2020 03:05 PM PST

MILAN: Pemain tengah Itali, Lorenzo Pellegrini menjaringkan kedua-dua gol untuk membawa Roma ke suku akhir Piala Itali dengan kemenangan 2-0 mengatasi Parma sebentar tadi.

Dua remaja jadi mangsa rogol 'Dato' Abhy' kerana aplikasi sembang maya

Posted: 16 Jan 2020 08:31 AM PST

KAJANG: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai merogol dua remaja perempuan berusia belasan tahun dengan cara menawarkan pekerjaan sebagai pembantu peribadi sebelum merogol mereka di sebuah rumah kedai di Bandar Baru Bangi di sini, hari ini.

MUSA lunas tunggakan gaji

Posted: 16 Jan 2020 07:44 AM PST

MELAKA: Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) sudah menyelesaikan tunggakan gaji musim 2019 membabitkan kesemua pemain tempatannya.

Tidak perlu hubungi Adhif - Abdul Rashid

Posted: 16 Jan 2020 07:39 AM PST

SHAH ALAM: Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Abdul Rashid Asari berasakan tidak ada keperluan untuknya berhubung dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Adhif Syan Abdullah.

Iran mahu berdialog, berusaha elak perang - Rouhani

Posted: 16 Jan 2020 06:55 AM PST

TEHRAN: Presiden Iran, Hassan Rouhani, menyatakan dialog menjadi keutamaan walaupun ketegangan dengan Amerika Syarikat (AS) semakin memuncak, dan menegaskan mahu 'elak mengambil tindakan ketenteraan atau perang'.

Dokumentari karya anak Malaysia calon Anugerah Akademi 2020

Posted: 16 Jan 2020 06:32 AM PST

KUALA LUMPUR: Pencalonan bagi anugerah berprestij, Anugerah Akademi 2020 yang diumumkan Isnin lalu memberi kejutan kepada dua penerbit dari Malaysia apabila St Louis Superman tersenarai dalam lima karya terbaik untuk kategori Best Documentary Short Subject.

Facebook bantu Pakistan tangani wabak polio

Posted: 16 Jan 2020 06:12 AM PST

ISLAMABAD: Facebook akan membantu Pakistan memerangi wabak polio selepas pihak berkuasa negara itu menyalahkan kandungan anti vaksin yang dikongsikan di laman sosial itu menyebabkan bilangan kes meningkat.

Bekas Ketua Polis Filipina didakwa kerana rasuah berkait dadah

Posted: 16 Jan 2020 05:57 AM PST

MANILA: Jabatan Keadilan Filipina memaklumkan Bekas Ketua Polis negara itu akan didakwa kerana melindungi anggotanya yang dikaitkan dengan jualan dadah.

Sepak mula AJFC 29 Februari

Posted: 16 Jan 2020 05:52 AM PST

KUALA LUMPUR: Kejohanan Bola Sepak Remaja Allianz (AJFC) kini kembali bagi edisi kesembilan bermula 29 Februari ini.

Kedah sedia rumah transit negeri

Posted: 16 Jan 2020 04:04 AM PST

KUBANG PASU: Kerajaan negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan enam Rumah Transit Negeri (RTN) sebagai pusat perlindungan sementara kepada golongan memerlukan.

MMC ada masa mencukupi rangka cadangan RUU

Posted: 16 Jan 2020 05:30 AM PST

KUALA LUMPUR: Tempoh dua bulan yang diberi kepada jawatankuasa sementara Majlis Media Malaysia (MMC) mencukupi untuk membuat cadangan bagi menyediakan rang undang-undang majlis itu, kata tokoh media, Datuk A Kadir Jasin.

45 juta orang di selatan Afrika perlu bantuan makanan - PBB

Posted: 16 Jan 2020 05:09 AM PST

JOHANNESBURG: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata 45 juta orang kini amat memerlukan bantuan makanan di selatan Afrika akibat kemarau, banjir dan kesukaran ekonomi.

India tidak sekat import Malaysia - Menteri Perdagangan India

Posted: 16 Jan 2020 05:03 AM PST

INDIA: India tidak berhasrat atau mengkaji sebarang sekatan ke atas import dari Malaysia dan Turki kerana negara itu menjalankan perdagangan yang adil.

TM, UMobile teroka peluang perkongsian 5G

Posted: 16 Jan 2020 05:01 AM PST

KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia Bhd (TM) dan U Mobile Sdn Bhd (UMobile) telah bekerjasama untuk meneroka peluang perkongsian rangkaian menggunakan rangkaian Projek Demonstrasi 5G (5GDP) TM sebagai platform.

Hafizh Syahrin masih cari penaja

Posted: 16 Jan 2020 03:43 AM PST

KUALA LUMPUR: Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah tetap positif biarpun sehingga kini dia masih belum mendapat penaja utama bagi mengharungi Kejohanan Motosikal Dunia musim ini.

Seminggu lagi permohonan jamin sokong LTTE

Posted: 16 Jan 2020 04:51 AM PST

KUALA LUMPUR: Tiga lelaki termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang didakwa pada Oktober tahun lalu atas tuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE, perlu menunggu seminggu lagi untuk mengemukakan permohonan jaminan masing-masing.

Ketelusan penting tangani krisis, perlu diurus dengan berhati-hati

Posted: 16 Jan 2020 03:49 AM PST

KUALA LUMPUR: Ketelusan adalah antara faktor utama yang penting dalam menangani sesuatu krisis yang berlaku di sesebuah organisasi, namun ia perlu diuruskan dengan berhati-hati.

Lebih 500 maut di Al-Hol, Syria tahun lalu

Posted: 16 Jan 2020 04:32 AM PST

SYRIA: Sekurang-kurangnya 517 orang, kebanyakannya kanak-kanak, ditemui maut tahun lalu di sebuah rumah menempatkan pengikut dan saudara mara kumpulan pejuang Islam Daesh.

Toyota labur RM1.6 bilion dalam syarikat teksi terbang

Posted: 16 Jan 2020 04:19 AM PST

TOKYO: Toyota Motor Co melabur AS$394 juta (RM1.6 bilion) dalam Joby Aviation, antara syarikat yang membangunkan teksi elektrik udara untuk kegunaan orang ramai di lebuh raya dan jalan bandar.

Latheefa Koya, pegawai kanan SPRM selesai beri keterangan

Posted: 16 Jan 2020 04:18 AM PST

PUTRAJAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya, selesai memberi keterangan kepada polis selepas hampir empat jam, berkaitan sembilan rakaman audio yang didedahkan beliau pada 8 Januari lalu.

Vietnam benar rakyat rakam kesalahan anggota trafik

Posted: 16 Jan 2020 04:13 AM PST

HANOI: Vietnam memperkenalkan peraturan membenarkan rakyatnya merakam kesalahan pegawai polis trafik selagi mereka tidak mengganggu tugasnya, menurut pekeliling terbaharu.

Habibah dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran baharu

Posted: 16 Jan 2020 03:25 AM PST

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Dasar dan Kurikulum) Kementerian Pendidikan, Dr Habibah Abdul Rahim dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran yang baharu, menggantikan Datuk Dr Amin Senin yang bersara wajib pada 21 Disember 2019.

2 pulau dijangka lenyap, banyak lagi akan tenggelam di Indonesia

Posted: 16 Jan 2020 04:07 AM PST

JAKARTA: Dua pulau kecil di Sumatera Selatan dilaporkan hilang selepas tenggelam berikutan peningkatan paras laut akibat kesan perubahan iklim manakala empat lagi bakal lenyap, menurut pertubuhan alam sekitar, Wahana Lingkungan Hidup Indonesia (WALHI).

Kementerian cari penyelesaian diplomatik India sekat import minyak sawit

Posted: 16 Jan 2020 03:51 AM PST

KUALA LUMPUR: Kementerian Industri Utama sedang mencari penyelesaian secara diplomatik berikutan langkah India mengehadkan import minyak sawit bertapis dari Malaysia.

Dua bayi positif Influenza A

Posted: 16 Jan 2020 12:27 AM PST

JOHOR BAHRU: Dua bayi masing-masing berusia sembilan bulan, disahkan positif Influenza A dan kini dalam rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Pemungut hutang lakukan 'upacara pengebumian' untuk kutip hutang

Posted: 16 Jan 2020 03:01 AM PST

SINGAPURA: Seorang pemungut hutan berlesen dengan berpakaian tradisi pengebumian kaum Cina, melakukan upacara itu di hadapan pejabat penghutang sebagai gimik mengutip bayaran.

Menteri ASEAN selaras inisiatif pelancongan bijak

Posted: 16 Jan 2020 03:28 AM PST

BRUNEI: Sokongan digital melengkapkan industri pelancongan dengan akses yang lebih meluas, keterampilan maklumat dan strategi pelancongan lebih mantap.

PLUS tidak akan dijual - PM

Posted: 15 Jan 2020 07:55 PM PST

KUALA LUMPUR: Konsesi lebuh raya kendalian PLUS Malaysia Bhd (PLUS) tidak akan dijual, sebaliknya kekal menjadi milik Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pahang ambil masa pilih import

Posted: 16 Jan 2020 03:08 AM PST

KUANTAN: Skuad Pahang tidak mahu terburu-buru dalam menyenaraikan empat pemain import baharu bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Bala ganti tempat Kim Swee

Posted: 16 Jan 2020 03:05 AM PST

JOHOR BAHRU: Penolong jurulatih Harimau Malaya, S Balachandran bakal memulakan tugas baru sebagai pengendali skuad bawah 23 tahun negara, kata Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template