BH Online - Terkini |
- Selangor kalah penalti
- Malaysia sedia laksana teknologi 5G secara komersial suku ketiga - PM
- Cadangan perkenalkan skim perlindungan kepada pekerja Malaysia di Singapura
- Tragedi Pantai Teluk Bidara: Keluarga reda 'pemergian' mangsa
- Liga M3 dirombak, 20 pasukan bertanding
- 5 nelayan Indonesia diculik militan Abu Sayyaf: Tentera Filipina
- Trauma gugur, Fasha tak mahu cakap banyak
- Langkawi tapak perintis teknologi 5G
- Ratusan cedera akibat keganasan tunjuk perasaan Lebanon
- Ulser mulut petanda awal kanser
- <img src="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png" srcset="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png 1x, https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus%402x.png 2x" alt="BHPLUS"> Peranti perubatan patuh syariah
- Penuntut terbunuh, kembar cedera motosikal rempuh lori
- China lapor 17 kes baharu virus misteri
- Pegawai kanan syarikat milik Kementerian Pendidikan didakwa
- Ombak tenang boleh menjadi 'perangkap maut' - Pakar Oseanografi
- PRK bukan pengukur prestasi PH - Guan Eng
- Kekalahan WARISAN disebabkan isu legasi - Mohamed Azmin
- Bank Islam perkenal khidmat gpi SWIFT
- Salji lebat jejas misi mencari 7 mangsa hilang
- Polis guna gas pemedih mata surai penunjuk perasaan
- Amaran angin kencang, laut bergelora hingga Rabu
- 36 anak yatim, ibu tunggal terima faedah PERKESO, duit raya Tahun Baharu Cina
- Dewan Negara UK dipindahkan ke York
- 'Post mortem' rungkai punca kekalahan, kembalikan sokongan rakyat - ARMADA
- PH ambil iktibar keputusan PRK Kimanis
- Kehijauan rimba di tengah kota
- Malaysia bukan negara sekular
- Ribut salji di Newfoundland: Kanada akan atur bantuan
- Episod baharu Brexit: Perjanjian perdagangan 'mustahil'
- Tiada cadangan lanjut tarikh daftar insentif e-dompet - Guan Eng
| Posted: 19 Jan 2020 06:37 AM PST SHAH ALAM: Hajat Selangor untuk menjuarai Piala Cabaran Asia (ACC) 2020 tidak kesampaian selepas tewas 2-4 menerusi penentuan sepakan penalti kepada kelab Thailand, True Bangkok United FC di Stadium Shah Alam, sebentar tadi. |
| Malaysia sedia laksana teknologi 5G secara komersial suku ketiga - PM Posted: 19 Jan 2020 06:39 AM PST LANGKAWI: Teknologi Mudah Alih Generasi Kelima (5G) bakal menjadi komponen penting kepada Malaysia dalam mencapai status negara maju. |
| Cadangan perkenalkan skim perlindungan kepada pekerja Malaysia di Singapura Posted: 19 Jan 2020 01:30 AM PST JOHOR BAHRU: Kementerian Sumber Manusia bercadang memperkenalkan skim perlindungan keselamatan sosial kepada kira-kira 300,000 rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura. |
| Tragedi Pantai Teluk Bidara: Keluarga reda 'pemergian' mangsa Posted: 19 Jan 2020 05:01 AM PST DUNGUN: "Itu memang mayat adik saya kerana dia ada tanda lahir di pinggul serta seluar yang dipakainya itu adalah seluar saya," kata Mohamad Shafiq Mohamed Sabarudin, 29. |
| Liga M3 dirombak, 20 pasukan bertanding Posted: 19 Jan 2020 05:24 AM PST KUALA LUMPUR: Standard saingan Liga M3 akan distrukturkan semula musim ini sebagai langkah persediaan Liga Bola Sepak Amatur (AFL) menyiapkan peralihan pasukan amatur kepada semipro menjelang musim 2021. |
| 5 nelayan Indonesia diculik militan Abu Sayyaf: Tentera Filipina Posted: 19 Jan 2020 05:10 AM PST MANILA: Tentera Filipina hari ini berkata, ia telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat bagi lima nelayan Indonesia yang diculik oleh kumpulan militan Abu Sayyaf di perairan Malaysia minggu lalu. |
| Trauma gugur, Fasha tak mahu cakap banyak Posted: 19 Jan 2020 04:45 AM PST KUALA LUMPUR: Spekulasi kehamilan Fasha Sandha terjawab apabila aktres jelita itu mengesahkan dirinya berbadan dua. |
| Langkawi tapak perintis teknologi 5G Posted: 19 Jan 2020 04:30 AM PST LANGKAWI: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam melawat lokasi projek demonstrasi 5G di Hospital Sultanah Maliha, di sini yang menjalankan percubaan teknologi itu dalam sektor perubatan. |
| Ratusan cedera akibat keganasan tunjuk perasaan Lebanon Posted: 19 Jan 2020 04:23 AM PST BEIRUT: Pertembungan antara peserta tunjuk perasaan oleh pergerakan antikerajaan Lebanon dan pasukan keselamatan merekodkan angka mangsa tercedera paling ramai menjangkau 400 orang, sejak insiden terbabit tercetus tiga bulan lalu. |
| Ulser mulut petanda awal kanser Posted: 19 Jan 2020 04:24 AM PST KANSER atau ketumbuhan luar kawal berlaku di dalam badan, perlukan rawatan segera bagi mengelak pelbagai komplikasi kesihatan hingga boleh meragut nyawa. |
| Posted: 19 Jan 2020 04:00 AM PST KUALA LUMPUR: Satu standard khusus memperakukan peranti perubatan patuh syariah berjaya dibangunkan oleh Jabatan Standard Malaysia (JSM), sekali gus dapat menghapuskan rasa was-was pengguna Islam dalam mendapatkan rawatan kesihatan. |
| Penuntut terbunuh, kembar cedera motosikal rempuh lori Posted: 19 Jan 2020 04:04 AM PST KOTA BHARU: Seorang penuntut sebuah universiti di Bandung, Indonesia, maut selepas motosikal yang diboncengnya terperosok di bawah lori hari ini. |
| China lapor 17 kes baharu virus misteri Posted: 18 Jan 2020 06:59 PM PST BEIJING: China melaporkan 17 kes baharu virus misteri mirip Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) termasuk tiga kes kronik. |
| Pegawai kanan syarikat milik Kementerian Pendidikan didakwa Posted: 19 Jan 2020 02:45 AM PST KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mendakwa seorang pegawai kanan syarikat milik Kementerian Pendidikan di Mahkamah Khas Rasuah Johor Bahru, esok. |
| Ombak tenang boleh menjadi 'perangkap maut' - Pakar Oseanografi Posted: 18 Jan 2020 11:49 PM PST KUALA TERENGGANU: Ombak yang beralun tenang di permukaan laut bukanlah petanda pantai itu selamat untuk aktiviti mandi manda kerana ada beberapa faktor yang boleh mengancam keselamatan pengunjungnya, kata seorang pakar oseanografi. |
| PRK bukan pengukur prestasi PH - Guan Eng Posted: 18 Jan 2020 09:15 PM PST BUTTERWORTH: Prestasi Pakatan Harapan (PH) tidak boleh dinilai berdasarkan keputusan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) saja, tetapi ia perlu dilihat dalam skop lebih besar, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. |
| Kekalahan WARISAN disebabkan isu legasi - Mohamed Azmin Posted: 18 Jan 2020 07:19 PM PST AMPANG: Kekalahan Parti Warisan Sabah (WARISAN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis, semalam, disebabkan isu legasi walaupun kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sudah melakukan yang terbaik. |
| Bank Islam perkenal khidmat gpi SWIFT Posted: 18 Jan 2020 10:14 PM PST KUALA LUMPUR: Bank Islam Malaysia Bhd menyasarkan jumlah kiriman wang ke luar negara meningkat sekurang-kurangnya 15 peratus dalam tempoh 12 bulan akan datang dengan pelaksanaan perkhidmatan Inovasi Pembayaran Global (gpi) SWIFT. |
| Salji lebat jejas misi mencari 7 mangsa hilang Posted: 19 Jan 2020 02:44 AM PST KATHMANDU: Salji lebat, angin sejuk dan jarak penglihatan terhad menjejaskan misi mencari tujuh mangsa, membabitkan warga Korea Selatan dan rakyat Nepal yang hilang dalam insiden runtuhan salji di Annapura, dekat wilayah Himalaya. |
| Polis guna gas pemedih mata surai penunjuk perasaan Posted: 19 Jan 2020 02:39 AM PST HONG KONG: Polis terpaksa menggunakan gas pemedih mata bagi menyuraikan ribuan penunjuk perasaan antikerajaan yang berhimpun di tengah taman di Hong Kong, tetapi kemudian berarak di jalanan, sekali gus melanggar arahan pihak berkuasa. |
| Amaran angin kencang, laut bergelora hingga Rabu Posted: 19 Jan 2020 02:37 AM PST KUALA LUMPUR: Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan antara 50 hingga 60 kilometer (km) sejam dan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka melanda kawasan perairan Condore bermula esok sehingga Rabu. |
| 36 anak yatim, ibu tunggal terima faedah PERKESO, duit raya Tahun Baharu Cina Posted: 19 Jan 2020 02:29 AM PST JOHOR BAHRU: Seramai 36 anak yatim, ibu tunggal dan penerima Faedah Hilang Upaya Kekal diraikan pada sambutan Tahun Baharu Cina Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) peringkat kebangsaan, di sini, hari ini. |
| Dewan Negara UK dipindahkan ke York Posted: 19 Jan 2020 02:18 AM PST LONDON: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson, sedang merangka percaturan untuk memindahkan Dewan Negara ke bandar di utara England, York, lapor Sunday Times. |
| 'Post mortem' rungkai punca kekalahan, kembalikan sokongan rakyat - ARMADA Posted: 18 Jan 2020 07:09 PM PST MELAKA: Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), berharap 'post mortem' terhadap keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis, semalam, dapat merungkai punca kekalahan calon Parti Warisan Sabah (WARISAN). |
| PH ambil iktibar keputusan PRK Kimanis Posted: 19 Jan 2020 01:47 AM PST KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) mengambil iktibar keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis dan akan perbaiki keadaan bagi meraih sokongan rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. |
| Kehijauan rimba di tengah kota Posted: 18 Jan 2020 06:21 PM PST TIDAK perlu ke hutan belantara untuk aktiviti pendakian santai, terutama bagi mereka yang tiada masa atau mempunyai rutin kerja tidak menentu. |
| Posted: 18 Jan 2020 09:46 PM PST PERDEBATAN sama ada Malaysia negara sekular timbul sekali lagi dalam forum anjuran G25 baru-baru ini. Dalam laporan berjudul Administration of Matters Pertaining to Islam, ia menganggap Malaysia negara sekular kerana laporan Kertas Putih Suruhanjaya Reid bermaksud sedemikian. |
| Ribut salji di Newfoundland: Kanada akan atur bantuan Posted: 19 Jan 2020 02:06 AM PST OTTAWA: Kerajaan Kanada akan menyalurkan bantuan berkaitan kepada Newfoundland yang dilanda ribut salji sehingga 'menenggelamkan' deretan kereta dan ribuan penduduknya berdepan gangguan bekalan elektrik. |
| Episod baharu Brexit: Perjanjian perdagangan 'mustahil' Posted: 19 Jan 2020 02:06 AM PST BRUSSELS: Tempoh dua minggu sebelum Britain meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) atau dikenali sebagai Brexit, diplomat Eropah bersedia untuk ke fasa seterusnya membabitkan rundingan tegang dalam membincangkan masa depan negara itu selepas keluar daripada EU. |
| Tiada cadangan lanjut tarikh daftar insentif e-dompet - Guan Eng Posted: 19 Jan 2020 01:46 AM PST IPOH: Kerajaan tidak bercadang melanjutkan tempoh pemberian insentif RM30 kepada rakyat yang mendaftar menggunakan aplikasi pembayaran digital e-dompet berakhir 9 Mac depan. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment