Thursday, January 23, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


4 disyaki kena coronavirus disahkan negatif

Posted: 23 Jan 2020 03:44 AM PST

KUALA LUMPUR: Ujian makmal terhadap empat individu yang disyaki dijangkiti coronavirus baharu dikenali sebagai 2019-nCoV, disahkan negatif.

2 warga China di Vietnam positif wabak coronavirus

Posted: 23 Jan 2020 08:11 AM PST

HANOI: Dua warga China yang berada di Vietnam diuji positif dijangkiti wabak coronavirus dan kini sedang dirawat di hospital dekat negara itu.

Singapura catat kes koronavirus pertama

Posted: 23 Jan 2020 08:00 AM PST

SINGAPURA: Seorang warga China diuji positif sekali gus menjadi mangsa pertama wabak coronavirus di negara seberang tambak itu.

Singapura sahkan kes pertama coronavirus,  JKNJ berwaspada

Posted: 23 Jan 2020 07:03 AM PST

JOHOR BAHRU: Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mengambil langkah berwaspada selepas Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan seorang rakyat China yang sedang bercuti di republik itu positif coronavirus, malam ini.

Usaha mencari vaksin coronavirus dipergiatkan

Posted: 23 Jan 2020 06:53 AM PST

LONDON: Tiga kumpulan penyelidik berasingan akan memulakan pembangunan vaksin yang berpotensi menentang wabak coronavirus baharu yang menular dari China.

Pelancongan Thailand terjejas akibat pencemaran

Posted: 23 Jan 2020 06:49 AM PST

BANGKOK: Pencemaran udara dan pengukuhan nilai baht dijangka memberi kesan terhadap kedatangan pelancong ke Thailand.

IKEA tarik balik jualan 'cawan beracun'

Posted: 23 Jan 2020 06:41 AM PST

NEW DELHI: Peruncit produk perabot dan rumah Sweden, IKEA, menarik semula berjuta-juta cawan 'Made in India' di hampir semua gudangnya di seluruh dunia berikutan kewujudan bahan kimia berlebihan dalam produk plastik itu.

Peranan Jepun dalam Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor dapat pujian

Posted: 23 Jan 2020 06:18 AM PST

KUALA LUMPUR: Peranan utama Jepun dalam pembinaan projek terowong air mentah dari Pahang ke Selangor yang bernilai berbilion ringgit mendapat pujian daripada Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Datuk Dr Xavier Jayakumar.

Tunggu pengumuman saya - Sharnaaz

Posted: 23 Jan 2020 06:15 AM PST

KUALA LUMPUR: 'Nampak mudah tapi sebenarnya rumit.'

Wisma Putra minta rakyat Malaysia tangguh perjalanan ke Wuhan, China

Posted: 23 Jan 2020 05:59 AM PST

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya menangguhkan semua perjalanan tidak penting ke Wuhan dan wilayah lain di China yang berkemungkinan dijangkiti wabak coronavirus.

Jepun dibanjiri pekerja haram berikutan pengecualian visa

Posted: 23 Jan 2020 05:56 AM PST

TOKYO: Kira-kira 9,649 rakyat Thailand dan Indonesia dikenal pasti tinggal di Jepun secara haram sejak Julai tahun lalu, berikutan pengecualian visa bagi lawatan singkat.

Rumah Ahli Parlimen Yaman dibedil peluru berpandu

Posted: 23 Jan 2020 05:41 AM PST

DUBAI: Serangan peluru berpandu oleh pasukan pemberontak menyasarkan rumah Ahli Parlimen Yaman mengorbankan dua orang termasuk seorang kanak-kanak.

Diskaun tol sempena Tahun Baharu Cina

Posted: 22 Jan 2020 09:54 PM PST

KUALA LUMPUR: Pengguna akan menikmati diskaun tol berkadar antara 10 peratus hingga 33 peratus di enam belas (16) lebuh raya, dan 10 peratus hingga 30 peratus di tiga (3) lebuh raya dengan plaza tol tertentu sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2020.

PPM Wilayah Dua rampas minuman keras, mercun

Posted: 23 Jan 2020 05:30 AM PST

JOHOR BAHRU: Pasukan Polis Marin Wilayah Dua (PPM W2) merampas minuman keras dan mercun bernilai kira-kira RM320,000 dalam dua serbuan berasingan di Taman Skudai Baru dan Taman Nusa Jaya Mas, di sini, petang semalam.

Kanak-kanak cerdik Malaysia jadi ahli termuda Mensa UK

Posted: 23 Jan 2020 03:07 AM PST

UNITED KINGDOM: Seorang kanak-kanak Malaysia yang menetap di United Kingdom (UK) mencipta sejarah apabila dipilih menjadi ahli termuda menyertai Mensa UK, iaitu persatuan masyarakat IQ tinggi antarabangsa.

Shrewsbury pula cuba nasib tundukkan Liverpool

Posted: 23 Jan 2020 05:02 AM PST

LONDON: Pasukan divisyen ketiga, Shrewsbury Town akan cuba melakukan apa yang dilihat mustahil dicapai 39 lawan terakhir Liverpool sebelum ini dan mencipta kejutan terbesdar pada Piala FA awal pagi Isnin ini.

Jerman haramkan kumpulan neo Nazi Combat 18

Posted: 23 Jan 2020 04:58 AM PST

BERLIN: Jerman mengharamkan kumpulan neo-Nazi, Combat 18 dan menyerbu rumah ahli fahaman itu di seluruh negara.

Anak bekas presiden Angola didakwa

Posted: 23 Jan 2020 04:56 AM PST

LUANDA: Anak perempuan bekas Presiden Angola, Jose Eduardo dos Santo, didakwa atas kesalahan pengubahan wang haram dan masalah urus tadbir ketika menguruskan syarikat milik kerajaan, Sonangol.

Koronavirus: 16 di AS dalam pemerhatian

Posted: 23 Jan 2020 04:53 AM PST

WASHINGTON: Sekurang-kurangnya 16 orang dikenal pasti terdedah kepada seorang lelaki disahkan sebagai kes pertama koronavirus di Amerika Syarikat (AS) kini dalam perhatian pihak hospital.

Penjimatan hingga RM1.1 bilion daripada diskaun 18 peratus tol

Posted: 23 Jan 2020 01:06 AM PST

KUALA LUMPUR: Pemberian diskaun tol sebanyak 18 peratus mulai 1 Februari ini bagi kenderaan penumpang, bas dan teksi akan membolehkan semua pihak berkaitan meraih penjimatan secara langsung sebanyak RM1.1 bilion tahun ini.

Zii Jia kandas

Posted: 23 Jan 2020 04:47 AM PST

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan utama negara, Lee Zii Jia kembali mempamerkan aksi kurang konsisten apabila tewas pada pusingan kedua Masters Thailand, sebentar tadi.

PDRM jamin masalah gaji tak berulang

Posted: 23 Jan 2020 04:44 AM PST

KUALA LUMPUR: Kelab Bolasepak Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan masalah tunggakan gaji pemain skuad itu tidak akan berlaku lagi musim ini. 

Paras air empangan tiga negeri stabil

Posted: 23 Jan 2020 01:21 AM PST

CYBERJAYA: Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengesahkan paras air di tiga empangan iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Melaka masih dalam keadaan stabil.

Bob rebah ketika kuliah agama

Posted: 23 Jan 2020 04:32 AM PST

KUALA LUMPUR: Bekas pelawak, pengacara, pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman, 57, dirawat di Hospital Universiti Teknologi Mara (UITM) di Sungai Buluh, di sini, akibat beberapa komplikasi penyakit.

Wuhan, Huanggang dikuarantin, semua pengangkutan digantung

Posted: 23 Jan 2020 04:13 AM PST

BEIJING: China kuarantin Wuhan dan Huanggang serta menyekat semua bentuk pengangkutan keluar masuk ke bandar terbabit bagi membendung penularan wabak koronavirus baharu.

CEO PETRONAS dinobat antara tokoh Brand Guardians 2020

Posted: 23 Jan 2020 04:05 AM PST

KUALA LUMPUR: Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin sekali lagi diiktiraf sebagai satu-satunya CEO dari ASEAN dan CEO Minyak dan Gas dari Asia dalam senarai 100 tokoh global terbaik Brand Guardians 2020 oleh Brand Finance, badan penilai jenama terkemuka dunia.

Axiata lanjut kontrak CEO, umum bakal pengganti

Posted: 23 Jan 2020 04:02 AM PST

KUALA LUMPUR: Kontrak Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Axiata Group Bhd, Tan Sri Jamaludin Ibrahim, yang akan tamat pada 2 Mac ini akan dilanjutkan sehingga akhir tahun.

ICJ arah Myanmar ambil langkah awal lindungi etnik Rohingya

Posted: 22 Jan 2020 08:21 PM PST

THE HAGUE: Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengarahkan Myanmar mengambil langkah segera bagi melindungi etnik Islam Rohingya daripada dianiaya dan didakwa selain menyimpan bukti jenayah yang dilakukan terhadap mereka.

e-Testing wujudkan pemandu cekap, bebas 'lesen terbang'

Posted: 23 Jan 2020 03:37 AM PST

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan sistem ujian memandu secara automasi atau 'e-Testing' mampu mewujudkan kalangan pemandu yang lebih cekap, mengelakkan gejala 'lesen terbang' sekali gus menyumbang kepada pengurangan insiden kemalangan jalan raya.

PLUS tawar diskaun tol 20 peratus

Posted: 23 Jan 2020 03:25 AM PST

PETALING JAYA: Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berpeluang menikmati diskaun tol sebanyak 20 peratus pada 25 Januari ini sempena Tahun Baharu Cina.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template