Saturday, January 25, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Kes baru coronavirus dikesan

Posted: 25 Jan 2020 07:56 AM PST

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengesahkan satu lagi kes terbaru 2019 Novel Coronavirus atau 2019-nCoV membabitkan seorang lelaki rakyat China.

Penularan Coronavirus bertambah cepat - Presiden China

Posted: 25 Jan 2020 06:21 AM PST

BEIJING: Presiden China, Xi Jinping, memberi amaran bahawa negaranya menghadapi keadaan yang berbahaya berikutan penularan coronavirus yang bertambah cepat.

Dakwaan coronavirus dikesan di Ipoh tidak benar - Dr Noor Hisham

Posted: 25 Jan 2020 05:36 AM PST

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, menafikan berita yang tular dalam media sosial kononnya kes novel koronavirus (2019-nCoV) dikesan di Ipoh.

Dua penyerang pemandu bas sudah ditahan polis Johor

Posted: 25 Jan 2020 04:52 AM PST

KUALA LUMPUR: Dua lelaki yang video mereka menyerang seorang pemandu bas pelancong di Gelang Patah, Johor viral menerusi media sosial hari ini, sebenarnya sudah ditahan polis sejak petang semalam.

JAKIM anjur solat hajat malam ini

Posted: 25 Jan 2020 05:12 AM PST

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengadakan solat hajat dan doa selamat malam ini, susulan pengesanan kes jangkitan coronavirus di negara ini.

Coronavirus: Kakitangan KTMB diarah patuh garis panduan KKM

Posted: 25 Jan 2020 04:50 AM PST

KUALA LUMPUR: Semua kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) diarah mematuhi garis panduan dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam mengekang penularan wabak coronavirus 2019-nCoV.

Segera agih alatan cegah jangkitan kepada petugas pintu masuk negara - CUEPACS

Posted: 25 Jan 2020 04:01 AM PST

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu semua pegawai dan anggota penguat kuasa yang memeriksa warga asing khususnya dari China di setiap pintu masuk negara, segera dibekalkan peralatan pencegahan bagi mengelak sebarang jangkitan coronavirus.

Cara jangkitan coronavirus 2019-nCOV belum jelas

Posted: 25 Jan 2020 03:28 AM PST

KUALA LUMPUR: Cara jangkitan coronavirus 2019-nCoV belum diketahui secara jelas, meskipun kes dikesan setakat ini mempunyai gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk dan kesukaran untuk bernafas.

LHDN bangun Pelan Transformasi Hasil kesan aktiviti elak cukai

Posted: 24 Jan 2020 08:26 PM PST

KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sedang membangunkan Pelan Transformasi Hasil dengan keupayaan data besar, analitik dan kepintaran buatan yang dijangka mampu mengesan aktiviti ekonomi bayangan, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Dr Sabin Samitah.

Ee Yi-Yew Sin ke final Masters Thailand

Posted: 25 Jan 2020 03:12 AM PST

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki profesional, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin semakin 'berbisa' apabila mengesahkan tempat ke final Masters Thailand di Bangkok, hari ini.

120 rakyat kita di Wuhan berkurung, masih bebas jangkitan coronavirus

Posted: 25 Jan 2020 12:30 AM PST

KUALA LUMPUR: Kira-kira 120 rakyat Malaysia terdiri daripada mahasiswa dan golongan profesional yang berada di Wuhan dan kini menjalani perintah berkurung susulan penularan coronavirus di bandar raya itu, masih bebas daripada jangkitan wabak berkenaan.

TERKINI: Hanya tinggal 28 warga Malaysia di Wuhan

Posted: 25 Jan 2020 03:36 AM PST

KUALA LUMPUR: Seramai 28 rakyat Malaysia terdiri daripada mahasiswa dan golongan profesional, masih berada di Wuhan dan kini menjalani perintah berkurung susulan penularan coronavirus 2019-nCOV di bandar raya itu.

HK isytihar penularan wabak di Wuhan sebagai 'darurat'

Posted: 25 Jan 2020 01:22 AM PST

HONG KONG: Hong Kong mengisytiharkan penularan wabak coronavirus di Wuhan, China sebagai 'darurat' iaitu tahap amaran tertinggi bandar raya itu.

China bina hospital kedua rawat pesakit coronavirus

Posted: 25 Jan 2020 01:58 AM PST

BEIJING: China akan membina hospital kedua di Wuhan, bandar yang menjadi pusat penularan wabak koronavirus, khusus bagi merawat pesakit dijangkiti virus itu.

Tiga langkah lindungi diri daripada coronavirus

Posted: 24 Jan 2020 09:34 PM PST

KUALA LUMPUR: Mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi adalah antara langkah perlindungan boleh dilakukan orang ramai untuk mencegah jangkitan coronavirus 2019-nCoV.

Ogy suka suara Khai Bahar

Posted: 25 Jan 2020 02:00 AM PST

KUALA LUMPUR: Biarpun usaha artis versatil popular, Fauziah Ahmad Daud mendidik artis baharu umpama mencurah air di daun keladi, tetapi tidak menghalangnya menjadi pendidik.

KKM kerah aktiviti pengesanan di lapangan

Posted: 24 Jan 2020 08:35 PM PST

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) mengaktifkan serta merta Pasukan Bertindak Cepat (RRT) dan Pasukan Penilaian Cepat (RAT) yang ditugaskan menjalankan aktiviti pengesanan di lapangan, sejurus tiga kes positif jangkitan coronavirus 2019-nCoV disahkan di negara ini.

Tiga pelancong China positif coronovirus 2019-nCOV di Malaysia

Posted: 24 Jan 2020 07:55 PM PST

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan, tiga kes jangkitan coronavirus 2019-nCoV di negara ini, membabitkan pelancong warga China yang juga ahli keluarga kes positif yang dikesan di Singapura.

Pengecualian visa pelancong China tidak dihentikan - PM

Posted: 24 Jan 2020 09:27 PM PST

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang menghentikan pengecualian visa selama 15 hari, yang diperuntukkan untuk pelancong dari China, meskipun Malaysia berdepan ancaman coronavirus, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pelancong Wuhan di Boracay diterbangkan pulang ke China

Posted: 25 Jan 2020 02:44 AM PST

ILOILO CITY: Ratusan pelancong China dari Wuhan yang sedang bercuti di Pulau Boracay, Filipina akan diterbangkan pulang berikutan perintah berkurung dikenakan terhadap Wuhan.

Penumpang antarabangsa, kru pesawat diimbas untuk coronavirus di lapangan terbang - MAHB

Posted: 24 Jan 2020 10:38 PM PST

KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan bagi memeriksa penumpang antarabangsa di lapangan terbang pintu masuk utama di seluruh negara susulan penularan wabak coronavirus di Wuhan, China.

Coronavirus: Mufti ajak umat Islam solat hajat lindungi Malaysia

Posted: 24 Jan 2020 10:41 PM PST

KUALA LUMPUR: Umat Islam negara ini disaran melakukan solat hajat, memohon doa supaya Malaysia terselamat daripada sebarang wabak penyakit.

Dua cedera angkara pemandu mabuk

Posted: 25 Jan 2020 02:52 AM PST

GEORGETOWN: Dua cedera termasuk seorang cedera parah, selepas kenderaan dinaiki mereka dirempuh pemandu mabuk dalam kejadian di Jalan Ayer Itam, di sini, awal pagi tadi.

China kerah pakar perubatan, tentera tangani coronavirus

Posted: 25 Jan 2020 02:22 AM PST

WUHAN: Tentera China mengerahkan pakar perubatannya menangani penularan wabak coronavirus yang sehingga kini meragut 41 nyawa dan turut tersebar ke beberapa negara.

Dulu jurutera, kini tauke 'nasi budak gemok slim'

Posted: 25 Jan 2020 02:01 AM PST

SLIM RIVER: Bekas jurutera elektrik sebuah syarikat petroleum, mencipta kelainan dengan menggunakan nama menu yang unik dan pelik demi melariskan jualan trak makanan yang beliau usahakan di sini.

Polis tembak tayar kereta halang pengedar lolos

Posted: 25 Jan 2020 01:44 AM PST

ALOR GAJAH: Polis terpaksa melepaskan dua das tembakan ke arah tayar kereta dipandu seorang lelaki disyaki pengedar dadah, apabila cuba melanggar pegawai polis yang mahu menahannya di perkarangan Klinik Kesihatan Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah di sini, petang semalam.

20 bandar sekitar China 'ditutup'

Posted: 25 Jan 2020 01:40 AM PST

PARIS: China 'menutup' hampir 20 bandar dalam usaha republik itu membendung penularan coronavirus baharu dikenali sebagai 2019-nCoV, yang sehingga kini mengorbankan puluhan rakyatnya sejak 11 Januari lalu.

Australia sahkan kes coronavirus

Posted: 25 Jan 2020 01:38 AM PST

SYDNEY: Australia sahkan empat kes coronavirus di negara itu, yang setakat ini mengorbankan 41 mangsa di China selain makin menular ke serata negara.

Pelan damai ciptaan Amerika Syarikat mahu hapus perjuangan kemerdekaan Palestin - Hamas

Posted: 25 Jan 2020 01:25 AM PST

PUTRAJAYA: Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh, menyifatkan pelan damai yang dikemukakan Amerika Syarikat (AS) jelas mahu menghapuskan perjuangan Palestin menuntut kemerdekaan.

Gempa berukuran 6.8 pada skala Richter landa Turki

Posted: 25 Jan 2020 12:54 AM PST

ELAZIG: Sekurang-kurangnya 21 maut dan lebih 1,000 cedera akibat gempa bumi kuat yang melanda timur Turki dengan pasukan keselamatan masih meneruskan operasi mencari mangsa yang selamat di bawah runtuhan bangunan.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template