Wednesday, January 29, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


26 maut bas terhumban dalam perigi

Posted: 29 Jan 2020 08:23 AM PST

MUMBAI: Seramai 26 orang terbunuh, manakala 32 lagi cedera apabila sebuah bas bertembung dengan sebuah beca bermotor dan terhumban dalam perigi.

82 rakyat Malaysia di Wuhan bebas jangkitan coronavirus

Posted: 29 Jan 2020 08:03 AM PST

KUALA LUMPUR: Seramai 82 rakyat Malaysia yang setakat ini dikenal pasti berada di Wuhan dan sekitarnya, bebas daripada jangkitan coronavirus, menurut Duta Besar Malaysia ke China, Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin.

Mahkamah Belanda tiada bidang kuasa dakwa ahli politik Israel

Posted: 29 Jan 2020 07:59 AM PST

THE HAGUE: Mahkamah Belanda tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendakwa ahli politik Israel, Benny Gantz berhubung kes dikemuka seorang lelaki yang kematian enam ahli keluarga dalam serangan udara rejim Zionis pada 2014.

265 pekerja MAPS yang diberhentikan akan terima pampasan

Posted: 29 Jan 2020 07:27 AM PST

IPOH: Semua 265 pekerja berstatus tetap dan kontrak taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS) yang diberhentikan serta-merta akan diberi pampasan.

Melaka perlu peruntukan tambahan bina projek Empangan Sungai Jernih

Posted: 29 Jan 2020 07:01 AM PST

JASIN: Kerajaan negeri memerlukan RM36 juta sebagai peruntukan tambahan kepada RM163 juta yang diluluskan kerajaan Pusat bagi melaksanakan projek Empangan Sungai Jernih di Alor Gajah, seterusnya menyelesaikan isu bekalan air di negeri itu.

KSN penghubung di antara anggota pentadbiran, penjawat awam

Posted: 29 Jan 2020 06:50 AM PST

PUTRAJAYA: Peranan Ketua Setiausaha Negara (KSN) sebagai penghubung di antara anggota pentadbiran dan penjawat awam penting supaya keputusan dan dasar kerajaan difahami dan dapat diterima, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Polis buru samseng United

Posted: 29 Jan 2020 06:41 AM PST

MANCHESTER: Polis sedang menjalankan siasatan berhubung serangan samseng ke atas kediaman Naib Pengerusi Eksekutif Manchester United, Ed Woodward berikutan kemerosotan prestasi juara 20 kali Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Saksi nafi ikut laluan parti pembangkang bangkit kemarahan penyokong

Posted: 29 Jan 2020 06:39 AM PST

KAJANG: Seorang setiausaha politik menteri hari ini menafikan beliau dan menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sengaja melalui laluan yang ditetapkan sebagai laluan parti pembangkang oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dengan tujuan provokasi mereka.

Hotel mewah di Wuhan dihantui coronavirus

Posted: 29 Jan 2020 06:14 AM PST

WUHAN: Kerusi penyambut tetamu kosong, restoran hotel lima bintang tidak lagi dikunjungi pelanggan dan kakitangan tidak kelihatan melayani tetamu.

Sekolah India berdepan tuduhan mengkritik kewarganegaraan

Posted: 29 Jan 2020 06:24 AM PST

NEW DELHI : Polis India melancarkan siasatan terhadap sebuah sekolah rendah yang dilaporkan mengkritik undang-undang kewarganegaraan, kata polis hari ini.

Pahang tempatkan mesin pengimbas haba di tiga pintu masuk antarabangsa

Posted: 29 Jan 2020 06:23 AM PST

JERANTUT: Pahang menempatkan mesin pengesan haba (thermal scanner) di tiga pintu masuk antarabangsa sebagai langkah mencegah penularan wabak coronavirus di negeri itu, kata Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Kesuma Booty meninggal dunia

Posted: 29 Jan 2020 06:01 AM PST

KUALA LUMPUR: Pengasas Booty Boys Studio, Kesuma Booty, 69, meninggal dunia dipercayai akibat komplikasi pelbagai penyakit di kediamannya di sini, pada jam 12.30 pagi tadi.

Thiem tunjuk jalan keluar kepada Nadal

Posted: 29 Jan 2020 05:59 AM PST

MELBOURNE: Pemain Austria, Dominic Thiem mengalahkan Rafael Nadal sekali gus menyingkirkan pemain nombor satu dunia itu dari kejohanan tenis Terbuka Australia.

Dua beradik panjat balkoni guna kerusi

Posted: 28 Jan 2020 10:37 PM PST

GOMBAK: Dua beradik perempuan yang terjatuh dari tingkat empat blok kuarters guru di sebuah sekolah berasrama penuh di Jalan Sungai Pusu, di sini, semalam, dipercayai memanjat balkoni menggunakan kerusi.

Bomba selamatkan mangsa banjir kilat

Posted: 29 Jan 2020 05:27 AM PST

JOHOR BAHRU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor menyelamatkan sebuah keluarga dan seorang warga tua dalam kejadian banjir kilat di Kampung Tuah Jaya, Taman Perling, di sini, petang tadi.

Isteri halang Rakitic ke United 

Posted: 29 Jan 2020 05:22 AM PST

BARCELONA: Usaha Manchester United menandatangani Ivan Rakitic dihalang oleh isteri perancang tengah itu yang mahu kekal di Barcelona, menurut laporan akhbar tempatan.

Banjir kilat landa Tanjung Malim

Posted: 29 Jan 2020 05:14 AM PST

TANJUNG MALIM: Kira-kira 75 penduduk Kampung Behrang Ulu dan Kampung Sungai Sekiah di sini, dipindahkan ke dewan orang ramai susulan banjir kilat melanda kira-kira jam 6 petang tadi.

Semua perniagaan milik 'king pin' dadah disiasat

Posted: 29 Jan 2020 05:11 AM PST

KUALALUMPUR: Semua entiti perniagaan milik seorang ahli perniagaan yang juga 'king pin' dadah yang kini dalam buruan polis selepas disyaki menjadi dalang besar kegiatan pengedaran dadah di negara ini akan disiasat.

Indonesia tamatkan perjanjian dengan WWF

Posted: 29 Jan 2020 05:08 AM PST

JAKARTA: Kementerian Perhutanan dan Alam Sekitar Indonesia menamatkan perjanjian pemuliharaan dengan Tabung Hidupan Liar (WWF) selepas mendakwa agensi itu membiarkan hutan yang diserahkan bagi tujuan pemuliharaan terbakar.

Safawi sebaris Mbappe

Posted: 29 Jan 2020 05:05 AM PST

KUALA LUMPUR: Nama penyerang Harimau Malaya, Safawi Rasid terus melonjak selepas disenaraikan sebagai antara 'future wonderkid' dalam arena bola sepak dunia.

Lima warga asing ditahan kes pecah rumah

Posted: 29 Jan 2020 04:52 AM PST

KOTA TINGGI: Lima lelaki warga Indonesia ditahan selepas dipercayai terbabit kes pecah rumah dalam serbuan di sebuah pondok di Kampung Sri Makam Tujuh, Jalan Bandar Tenggara - Sungai Sayong di sini, petang semalam.

Coronavirus - pertumbuhan ekonomi China dijangka bawah 5.0 peratus

Posted: 29 Jan 2020 04:55 AM PST

BEIJING: Pertumbuhan ekonomi China berkemungkinan berkembang pada kadar lebih rendah iaitu di bawah 5.0 peratus pada suku pertama tahun ini ekoran penularan coronavirus.

Hukuman lebih berat bagi pemandu mabuk

Posted: 29 Jan 2020 01:35 AM PST

PUTRAJAYA: Kabinet bersetuju untuk meminda undang-undang sedia ada berkaitan kesalahan memandu kenderaan dalam keadaan mabuk, pengaruh dadah serta memandu secara bahaya.

Coronavirus - Pengeluar sarung tangan getah terima tempahan berganda

Posted: 29 Jan 2020 04:36 AM PST

KUALA LUMPUR: Peneraju pengeluaran sarung tangan getah terbesar dunia, Top Glove Corporation, mampu mengatasi antara 10 hingga 15 peratus sasaran jualan yang ditetapkannya sebelum ini berikutan penularan coronavirus di China, kata Pengerusi Eksekutif syarikat itu.

Empat lagi ditahan kes berita palsu coronavirus

Posted: 29 Jan 2020 04:29 AM PST

KUALA LUMPUR: Empat lagi individu disyaki menyebarkan kandungan berita palsu mengenai penularan wabak coronavirus 2019-nCov ditahan dalam operasi berasingan sekitar Melaka, Kedah dan Pahang hari ini.

Brexit akan disahkan menerusi undi terakhir Brussels

Posted: 29 Jan 2020 04:26 AM PST

BRUSSELS : Hari Britain keluar dari Kesatuan Eropah (EU) atau dikenali sebagai Brexit akan disahkan hari ini apabila Parlimen Eropah di Brussels membuat undi mengesahkan syarat perjanjian perpisahan Britain dari EU.

Tiada makanan panas, selimut atau akhbar

Posted: 29 Jan 2020 04:24 AM PST

BANGKOK: Penumpang beberapa penerbangan ke China tidak akan diberikan makanan panas, selimut atau akhbar, semasa di dalam pesawat.

Mahkamah tolak permohonan ikat jamin ADUN Gadek

Posted: 29 Jan 2020 02:15 AM PST

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menolak permohonan ikat jamin Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek, G Saminathan, yang didakwa atas tuduhan memiliki item dan memberi sokongan berkaitan kumpulan pengganas LTTE.

Hanya penerbangan Malaysia-Wuhan digantung

Posted: 29 Jan 2020 04:14 AM PST

PUTRAJAYA: Hanya penerbangan pergi dan balik Malaysia-Wuhan digantung susulan tercetus jangkitan koronavirus di China sehingga kini, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Tengku Hassanal bantu mangsa kemalangan dalam hujan

Posted: 29 Jan 2020 01:56 AM PST

KUANTAN: Hujan lebat bukan penghalang Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah membantu mangsa kemalangan.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template