BH Online - Terkini |
- Coronavirus: WHO isytihar kecemasan global
- Rossi menyamar tonton perlawanan Roma
- NACP: Kikis imej kleptokrat, integriti Malaysia kembali dihormati
- Tiga warga Jepun dari Wuhan positif coronavirus
- Berita palsu coronavirus, kerani bank ditahan
- Pulau Pinang tiada kes coronavirus
- Ada 56 lagi rakyat Malaysia di Syria
- Coronavirus: Kementerian Pendidikan tangguh pendaftaran pelajar China
- Jururawat Jerman racun lima bayi dengan morfin
- Lebih 6,000 terperangkap kapal persiaran Itali dikuarantin
- Penduduk 'sapu' 5 juta topeng muka dalam sejam
- Penganjur MIFF jamin Malaysia kekal sebagai destinasi perjalanan selamat
- 10 arca ukiran Dali dicuri di Stockholm
- Presiden persatuan sukan sah dicekup SPRM
- India, Filipina lapor kes pertama coronavirus
- 183 maut sepanjang 12 hari Ops Selamat 16
- Tembakan dilepaskan semasa tunjuk perasaan di Delhi
- Battersea Power Station guna produk, perkhidmatan Malaysia
- Jabatan Kesihatan Pulau Pinang gesa henti sebar video palsu
- Djokovic mudah benam Federer
- Dendam punca serang, samun di premis niaga
- Genting taja RM5 juta LTdL 2020
- Tapak pelupusan kekal Lynas dilulus di Pahang
- Jepun pantas sahut permintaan Tun M tingkat kerjasama tangani tumpahan minyak
- Lapan didakwa edar 4.98kg dadah
- Episod terburuk China dalam perang menangani coronavirus
- 14 warga China diarahkan pulang ke negara asal
- Tak perlu sekat semua pesawat dari China
- Ringgit ditutup rendah
- Presiden persatuan ditahan, Syed Saddiq serah kepada SPRM
| Coronavirus: WHO isytihar kecemasan global Posted: 30 Jan 2020 02:58 PM PST BEIJING/GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini mengumumkan coronavirus yang telah membunuh 170 orang di China sebagai kecemasan global apabila ia telah merebak ke 18 negara. |
| Rossi menyamar tonton perlawanan Roma Posted: 30 Jan 2020 06:16 AM PST ROME: Bekas pemain AS Roma, Daniele de Rossi sudah beraksi dalam pelbagai siri perlawanan tetangga menentang Lazio termasuk menjadi kapten buat skuad Giallorossi. |
| NACP: Kikis imej kleptokrat, integriti Malaysia kembali dihormati Posted: 30 Jan 2020 08:43 AM PST KUALA LUMPUR: Setahun selepas pelancaran Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023, imej kleptokrat yang dikaitkan dengan Malaysia sebelum ini, berjaya dikikis sekaligus meletakkan integriti negara kembali dihormati, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. |
| Tiga warga Jepun dari Wuhan positif coronavirus Posted: 30 Jan 2020 08:10 AM PST TOKYO: Tiga warga Jepun yang dibawa keluar dari pusat wabak coronavirus baharu disahkan positif jangkitan itu, kata kerajaan Jepun hari ini, yang berdepan kritikan kerana melaksanakan langkah kuarantin secara minimum. |
| Berita palsu coronavirus, kerani bank ditahan Posted: 30 Jan 2020 04:52 AM PST KUALA LUMPUR: Seorang kerani bank ditahan kerana disyaki menyebarkan kandungan berita palsu mengenai penularan novel coronavirus (2019-nCov). |
| Pulau Pinang tiada kes coronavirus Posted: 30 Jan 2020 07:58 AM PST KUALA LUMPUR: Jabatan Kesihatan Pulau Pinang mengesahkan tiada sebarang kes positif coronavirus baharu (2019-nCoV) dikesan di Pulau Pinang, setakat hari ini. |
| Ada 56 lagi rakyat Malaysia di Syria Posted: 30 Jan 2020 07:33 AM PST PEKAN: Seramai 56 rakyat Malaysia masih di Syria, termasuk sembilan yang dipercayai terbabit dengan aktiviti keganasan berada di penjara Al-Hasakah di negara terbabit. |
| Coronavirus: Kementerian Pendidikan tangguh pendaftaran pelajar China Posted: 30 Jan 2020 06:39 AM PST KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan menangguhkan sementara pendaftaran pelajar dari bandar Wuhan dan wilayah Hubei serta kawasan sekitarnya di semua institusi pendidikan di negara ini, berikutan penularan coronavirus (2019-nCoV). |
| Jururawat Jerman racun lima bayi dengan morfin Posted: 30 Jan 2020 06:44 AM PST FRANKFURT: Seorang jururawat di Jerman ditahan kerana disyaki meracun lima bayi pra matang dengan morfin, tetapi polis memaklumkan semua bayi itu dalam keadaan selamat. |
| Lebih 6,000 terperangkap kapal persiaran Itali dikuarantin Posted: 30 Jan 2020 06:35 AM PST CIVITAVECCHIA: Lebih 6,000 pelancong terperangkap di atas kapal persiaran di Itali, hari ini apabila kapal itu dikuarantin susulan dua individu disyaki dijangkiti coronavirus. |
| Penduduk 'sapu' 5 juta topeng muka dalam sejam Posted: 30 Jan 2020 06:32 AM PST SINGAPURA: Penduduk republik ini membeli lima juta topeng muka sejam, menghabiskan stok yang dikeluarkan kerajaan kepada peruncit sepanjang sembilan hari lalu. |
| Penganjur MIFF jamin Malaysia kekal sebagai destinasi perjalanan selamat Posted: 30 Jan 2020 06:19 AM PST KUALA LUMPUR: Penganjur Pameran Perabot Antarabangsa Malaysia (MIFF) memberi jaminan kepada peserta MIFF 2020 pada Mac ini bahawa Malaysia kekal sebagai destinasi perjalanan yang selamat berikutan penularan coronavirus. |
| 10 arca ukiran Dali dicuri di Stockholm Posted: 30 Jan 2020 06:09 AM PST STOCKHOLM: Pencuri melarikan 10 arca ukiran artis Salvador Dali dari sebuah galeri di Stockholm awal pagi tadi. |
| Presiden persatuan sukan sah dicekup SPRM Posted: 30 Jan 2020 05:15 AM PST KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang presiden persatuan sukan kebangsaan kerana disyaki menyalah guna kuasa, semalam. |
| India, Filipina lapor kes pertama coronavirus Posted: 30 Jan 2020 05:39 AM PST BENGALURU: India dan Filipina hari ini mengesahkan kes pertama coronavirus baharu (019-nCoV) di negara masing-masing, yang setakat ini sudah mengorbankan 170 mangsa di China. |
| 183 maut sepanjang 12 hari Ops Selamat 16 Posted: 30 Jan 2020 05:33 AM PST KUALA LUMPUR: Sejumlah 17 lagi kematian akibat kemalangan jalan raya direkodkan pada hari ke-12 Ops Selamat 16 semalam, yang dijalankan sempena perayaan Tahun Baharu Cina. |
| Tembakan dilepaskan semasa tunjuk perasaan di Delhi Posted: 30 Jan 2020 05:32 AM PST NEW DELHI: Seorang lelaki tidak dikenali melepaskan tembakan yang mencederakan seorang individu semasa protes terhadap undang-undang baharu kewarganegaraan India yang didakwa menganiaya umat Islam. |
| Battersea Power Station guna produk, perkhidmatan Malaysia Posted: 30 Jan 2020 05:25 AM PST KUALA LUMPUR: Battersea Power Station menyasarkan nilai sehingga RM160.5 juta dan RM213.5 juta dalam produk serta perkhidmatan profesional Malaysia yang akan dipakai dalam fasa projek yang akan datang. |
| Jabatan Kesihatan Pulau Pinang gesa henti sebar video palsu Posted: 30 Jan 2020 05:24 AM PST GEORGETOWN: Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) menafikan terdapat pelancong dari China yang dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) akibat penularan coronavirus. |
| Posted: 30 Jan 2020 05:11 AM PST MELBOURNE: Novak Djokovic menyingkirkan Roger Federer yang cedera secara straight set sekali gus mara ke final Terbuka Australia buat kali kelapan. |
| Dendam punca serang, samun di premis niaga Posted: 30 Jan 2020 05:09 AM PST KUALA LUMPUR: Dendam dipercayai menjadi motif kes seorang lelaki diserang dan disamun di luar premis ruang pamer kenderaan di pusat bandar Puchong, dekat sini, Jumaat lalu. |
| Genting taja RM5 juta LTdL 2020 Posted: 30 Jan 2020 04:12 AM PST PUTRAJAYA: Pendakian getir berstatus Hors ke puncak Genting Highlands pada perlumbaan PETRONAS Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 bukan sahaja menjanjikan persaingan sengit merebut jersi kuning serta juara keseluruhan. |
| Tapak pelupusan kekal Lynas dilulus di Pahang Posted: 30 Jan 2020 04:54 AM PST KUALA LUMPUR: Kerajaan Pahang meluluskan tapak pelulusan kekal rawatan sisa buangan firma Australia, Lynas Corp Ltd, yang memenuhi salah satu syarat utama meneruskan operasinya di negara ini. |
| Jepun pantas sahut permintaan Tun M tingkat kerjasama tangani tumpahan minyak Posted: 30 Jan 2020 04:48 AM PST KUALA LUMPUR: Jepun mengambil tindakan segera permintaan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada rakan sejawatannya, Shinzo Abe untuk menjalin kerjasama antara kedua-dua negara dalam menangani insiden tumpahan minyak, terutama di Laut China Selatan. |
| Lapan didakwa edar 4.98kg dadah Posted: 30 Jan 2020 04:37 AM PST BUKIT MERTAJAM: Lapan lelaki termasuk seorang pengerusi syarikat senaraian awam, didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan mengedar 4.9 kilogram (kg) methamphetamine awal bulan ini. |
| Episod terburuk China dalam perang menangani coronavirus Posted: 30 Jan 2020 04:00 AM PST WUHAN: Kerajaan China hari ini melaporkan 38 kematian akibat coronavirus dalam tempoh 24 jam lalu, kadar tertinggi sejak penularan virus itu bermula Disember lalu. |
| 14 warga China diarahkan pulang ke negara asal Posted: 29 Jan 2020 08:41 PM PST KUALA LUMPUR: Seramai 14 warga China berasal dari Wuhan yang menaiki pesawat dan mendarat di lapangan terbang negara ini kelmarin, sudah dihantar pulang ke negara asal. |
| Tak perlu sekat semua pesawat dari China Posted: 30 Jan 2020 12:56 AM PST PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap belum ada keperluan untuk menyekat kemasukan semua pesawat dari China mendarat di negara ini bagi mengawal penularan novel coronavirus (2019-nCoV). |
| Posted: 30 Jan 2020 04:16 AM PST KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah hari ini berikutan pelabur kembali kepada mata wang selamat selepas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) mengekalkan kadar faedahnya pada mesyuarat pertamanya pada tahun ini. |
| Presiden persatuan ditahan, Syed Saddiq serah kepada SPRM Posted: 30 Jan 2020 03:30 AM PST PUTRAJAYA: Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak pasti mengenai kesahihan laporan sebuah portal yang mendakwa seorang pemimpin persatuan sukan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pagi tadi. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment