Friday, January 31, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Kadar tol PLUS lebih murah mulai tengah malam ini

Posted: 31 Jan 2020 08:27 AM PST

Kuala Lumpur: Bermula tengah malam ini, jutaan pengguna di semua lebuh raya Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) akan menikmati pengurangan kadar tol sebanyak 18 peratus bagi penggunaan kenderaan persendirian.

Coronavirus: Tiada pesakit di Hospital Ampang - KKM

Posted: 31 Jan 2020 07:57 AM PST

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan terdapat seorang pesakit dijangkiti 2019 novel coronavirus (2019-nCoV) di Hospital Ampang yang videonya tular di media sosial, hari ini.

Teater Semarak Pertiwiku anjuran SPRM dapat sambutan hangat

Posted: 31 Jan 2020 06:24 AM PST

KUALA LUMPUR: Tepukan gemuruh lebih 1,000 hadirin bergema di Istana Budaya, sebaik pementasan teater muzikal Semarak Pertiwiku anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melabuhkan tirai, malam tadi.

Wanita maut: kereta terbabas, terbalik dalam parit

Posted: 31 Jan 2020 06:42 AM PST

BATU PAHAT: Seorang wanita maut dipercayai akibat lemas selepas kereta dinaikinya terbabas sebelum terbalik ke dalam sebuah parit di Kilometer 7 Jalan Bukit Pasir Tongkang Pechah, dekat Bindu, di sini, petang tadi.

Pemimpin agama Indonesia jual dadah kepada murid

Posted: 31 Jan 2020 03:49 AM PST

MADURA: Seorang pemimpin agama di Indonesia ditahan kepada menjual methamphetamine kepada pelajar, dengan mendakwa ia halal dan dibenarkan di bawah undang-undang Islam.

PBB digesa lulus resolusi kecam 'Deal of the Century'

Posted: 31 Jan 2020 01:05 AM PST

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) digesa mengadakan mesyuarat tergempar untuk meluluskan resolusi mengecam 'Deal of the Century' tajaan Amerika Syarikat (AS) yang disifatkan sebagai pencabulan hak rakyat Palestin.

Jemaah haji muassasah kekal bayar RM9,980 tahun ini - Mujahid

Posted: 31 Jan 2020 01:12 AM PST

KUALA LUMPUR: Jemaah haji muassasah kekal membayar RM9,980 bagi musim haji 1441H/2020M daripada kos sebenar haji sebanyak RM22,900, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof.

Coronavirus: Russia, Britain sahkan kes pertama, Thailand sahkan jangkitan antara manusia

Posted: 31 Jan 2020 06:02 AM PST

LONDON: Britain mengesahkan dua pesakit daripada keluarga yang sama disahkan positif untuk coronavirus (2019-nCoV) manakala Russia turut melaporkan kes pertama membabitkan dua warga China.

Warga emas mati di tengah kota 'sepi' Wuhan

Posted: 31 Jan 2020 05:10 AM PST

WUHAN: Gambar seorang warga emas mati terbaring di siar kaki, lengkap memakai topeng muka dan memegang beg plastik, di tengah bandar sudah cukup bagi menggambarkan betapa seriusnya ancaman coronavirus (2019-nCOV) dihadapi China.

Sebar berita palsu coronavirus, Zed Zaidi dipanggil beri keterangan

Posted: 31 Jan 2020 05:52 AM PST

Cyberjaya: Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Rozaidi Jamil, hari ini, hadir memberi keterangan lebih dua jam di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung tindakannya berkongsi berita palsu mengenai jangkitan 2019 novel coronavirus.

Coronovirus: 117 penerbangan terbabit Sabah digantung sementara dari China

Posted: 31 Jan 2020 05:49 AM PST

KOTA KINABALU: Sebanyak 117 penerbangan seminggu dari 15 bandar raya di China dan Taiwan terbabit dengan keputusan kerajaan negeri semalam untuk menggantung sementara semua penerbangan berjadual dan dicarter dari negara itu ke Sabah berkuat kuasa serta-merta sehingga diberitahu kelak.

USM minta pelajar pulang dari China buat pemeriksaan kesihatan

Posted: 31 Jan 2020 05:28 AM PST

GEORGETOWN: Universiti Sains Malaysia (USM) meminta pelajarnya yang kembali daripada cuti semester atau baru pulang dari China untuk menjalani saringan kesihatan setempat sebelum meneruskan aktiviti masing-masing.

OKU usahakan kedai runcit sendiri

Posted: 31 Jan 2020 05:27 AM PST

KOTA BHARU: Walaupun bergelar Orang Kurang Upaya (OKU), kekurangan itu tidak menjadi penghalang seorang lelaki bagi membangun dan mengusahakan kedai runcitnya sendiri untuk menyara diri dan keluarga.

Thiem lebur impian Zverev

Posted: 31 Jan 2020 05:18 AM PST

MELBOURNE: Dominic Thiem bangkit daripada ketinggalan satu set untuk mengatasi pemain Jerman, Alexander Zverev dan mara ke Terbuka Australia buat kali pertama sebentar tadi seterusnya menempah pertemuan dengan juara tujuh kali, Novak Djokovic.

Tiga maut kereta langgar treler

Posted: 31 Jan 2020 12:59 AM PST

KUALA LUMPUR: Tiga beranak termasuk seorang kanak-kanak berusia dua tahun maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan treler di Kilometer 457.9 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Sierramas West, Sungai Buloh, hari ini.

3 doktor didakwa lakukan euthanasia bebas tuduhan

Posted: 31 Jan 2020 04:25 AM PST

BRUSSELS: Mahkamah Belgium membebaskan tiga doktor yang didakwa melakukan euthanasia dengan membantu seorang wanita membunuh diri.

Ringgit teruskan penurunan

Posted: 31 Jan 2020 04:21 AM PST

KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan penyusutannya ketika ditutup hari ini berikutan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan jangkitan coronavirus sebagai darurat kesihatan awam yang mencetuskan kebimbangan ekonomi di peringkat global.

Tok Gajah ikat Reed, Carlos

Posted: 31 Jan 2020 04:10 AM PST

KUANTAN: Ivan Carlos dan Adam Reed, masing-masing dari Brazil dan Filipina sah menyertai skuad Pahang bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini. 

Zidane masih 'sayang' Bale

Posted: 31 Jan 2020 03:51 AM PST

MADRID: Zinedine Zidane berkata hari ini dia "tidak terfikir" Gareth Bale akan meninggalkan Real Madrid sebelum tamat perpindahan Januari ini.

Sains dan Matematik diajar semula dalam bahasa Inggeris

Posted: 30 Jan 2020 11:25 PM PST

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, bahasa Inggeris akan digunakan semula untuk pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah.

Darjah kebesaran N Sembilan Pengarah Urusan Ritz Corporate Holding ditarik balik

Posted: 30 Jan 2020 07:26 PM PST

SEREMBAN: Mesyuarat Khas Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Sembilan yang berlangsung pada Rabu lalu memutuskan pengurniaan darjah kepada Pengarah Urusan Ritz Corporate Holding Berhad, Ibrahim Yahaya ditarik balik berkuat kuasa serta-merta.

Kebakaran belukar hampiri Canberra: Australia isytihar darurat

Posted: 31 Jan 2020 03:42 AM PST

SYDNEY: Pihak berkuasa di Canberra mengisytiharkan perintah darurat pertama dalam tempoh dua dekad, selepas kebakaran belukar dilaporkan kini merebak dan semakin menghampiri ibu kota Australia itu.

Dua beranak maut ketika melintas di Lebuh AMJ

Posted: 31 Jan 2020 03:37 AM PST

JASIN: Seorang lelaki warga emas dan anak perempuannya berusia 16 tahun maut selepas motosikal yang mereka naiki dirempuh sebuah kereta ketika melintas di Kilometer 5, Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) di Batu Gajah, Merlimau sini, hari ini.

Toh Puan Uma Sambanthan meninggal dunia

Posted: 31 Jan 2020 03:35 AM PST

KUALA LUMPUR: Isteri kepada mendiang bekas menteri dan Presiden MIC, Tun VT Sambanthan, iaitu Toh Puan Uma Sambanthan meninggal dunia kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi.

Nafuzi tertawan aksi Darren

Posted: 31 Jan 2020 03:31 AM PST

Kuala Terengganu: Tertarik dengan corak permainan penyerang Harimau Malaya, Darren Lok membuatkan pengendali Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain tidak menunggu lama untuk merantai pemain itu.

Pemangsa seks bawah umur dipenjara 35 tahun

Posted: 31 Jan 2020 03:29 AM PST

SINGAPURA: Warga Australia yang melakukan penderaan seksual terhadap beberapa budak lelaki di Asia Tenggara ketika bekerja di sini, dijatuhkan hukuman penjara 35 tahun.

Pam berperingkat atasi masalah air di Merbok

Posted: 31 Jan 2020 03:19 AM PST

SUNGAI PETANI: Kerajaan merancang membina pam berperingkat bagi mengatasi masalah air yang berlarutan lebih 10 tahun di kawasan Merbok.

Pemilihan BERSATU: Elak politik wang

Posted: 31 Jan 2020 03:16 AM PST

PAGOH: Pemimpin dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) diingatkan supaya mengelak amalan politik wang jika tidak mahu pemilihan mereka nanti diisytiharkan sebagai tidak sah.

Polis tahan dua lelaki, rampas 67.4 kg daun ketum

Posted: 31 Jan 2020 03:15 AM PST

KENINGAU: Dua lelaki ditahan bersama-sama 67.4 kilogram daun ketum yang disimpan dalam guni dan plastik hitam dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Narayat, di sini, kelmarin.

Datasonic terima tawaran kontrak bekal cip pasport

Posted: 31 Jan 2020 03:04 AM PST

KUALA LUMPUR: Datasonic Technologies Sdn Bhd, anak syarikat Datasonic Group Bhd menerima Surat Perubahan Skop (LOCS) untuk membekalkan kontrak cip pasport Malaysia daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN), tanpa perubahan dalam nilai kontrak .

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template