Saturday, January 4, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Wan Khadijah bawa pulang hadiah RM2 juta

Posted: 04 Jan 2020 04:52 AM PST

KUALA LUMPUR: Bank Simpanan Nasional (BSN) hari ini mengumumkan pemenang Cabutan Istimewa BSN SSP (Sijil Simpanan Premium) Jutawan ke-12 atau 'Super Jutawan' yang julung kalinya membawa pulang hadiah berjumlah RM2 juta.

82 notis kesalahan merokok dikeluarkan di Kelantan

Posted: 04 Jan 2020 07:47 AM PST

KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan mengeluarkan 82 notis kesalahan merokok di tempat makan dengan nilai kompaun berjumlah RM18,309 dari 1 hingga 3 Januari.

Tiga penuntut Malaysia cedera dalam rompakan di Afrika Selatan

Posted: 04 Jan 2020 07:15 AM PST

KUALA LUMPUR: Tiga penuntut Malaysia di University of Newcastle cedera dalam rompakan di Newcastle, Durban, Afrika Selatan pada Jumaat.

Misbun calon utama pengarah teknikal skuad remaja

Posted: 04 Jan 2020 06:44 AM PST

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dijangka melakukan rombakan dalam struktur kejurulatihan skuad kebangsaan dengan tumpuan terarah kepada peralihan jawatan membabitkan tugas Datuk Misbun Sidek.

China desak AS tidak guna kekerasan

Posted: 04 Jan 2020 06:34 AM PST

BEIJING: Amerika Syarikat (AS) tidak sepatutnya "menyalahgunakan kekerasan" dan sebaliknya mencari penyelesaian melalui dialog, kata Menteri Luar China, Wang Yi ketika menghubungi rakan sejawatan beliau dari Iran, hari ini.

MBM mahu sediakan zon merokok di luar premis makan

Posted: 04 Jan 2020 05:56 AM PST

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) akan menyediakan zon merokok di luar premis makan dalam kawasan pentadbirannya, tidak lama lagi.

DAP minta bincang pengganti Dr Maszlee

Posted: 03 Jan 2020 11:03 PM PST

BUTTERWORTH: DAP berharap perbincangan dapat diadakan antara parti dalam Pakatan Harapan (PH) sebelum memutuskan bakal pengganti Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan.

Hormati prerogatif PM lantik Menteri Pendidikan baharu

Posted: 04 Jan 2020 05:25 AM PST

KUALA LUMPUR: Pemilihan Menteri Pendidikan baharu tidak perlu dibuat melalui mesyuarat Pakatan Harapan (PH) kerana Perdana Menteri ada hak budi bicara untuk membuat keputusan berhubung perkara itu.

'Saya bukan di zaman purba'

Posted: 04 Jan 2020 05:29 AM PST

LONDON: Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer membalas kritikan terhadap gaya pengurusannya daripada bekas penyerang Red Devils, Robin Van Persie sambil berkata: "Saya bukan berada di zaman purba."

MSN tak ada kepakaran akademik - Zolkples

Posted: 04 Jan 2020 05:27 AM PST

KUALA LUMPUR: "Cukuplah Majlis Sukan Negara (MSN) jaga sukan sahaja."

Pelajar maut motosikal rempuh pikap

Posted: 04 Jan 2020 05:21 AM PST

SRI AMAN: Seorang pelajar maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 30, Jalan Sri Aman-Lingga hari ini.

Lelaki rampas lori sampah, rempuh rumah polis

Posted: 04 Jan 2020 05:19 AM PST

KUCHING: Seorang lelaki merampas sebuah lori sampah sebelum merempuh rumah anggota polis di Batu Kawa, di sini, hari ini.

Kebakaran hutan Australia terus marak, 23 maut

Posted: 04 Jan 2020 04:39 AM PST

SYDNEY: Kebakaran hutan meluas merebak secara tidak terkawal di pantai timur Australia, hari ini, ekoran suhu tinggi dan angin kencang sehingga menyebabkan pasukan bomba bertungkus lumus berjuang menyelamatkan nyawa dan harta benda penduduk.

Pilih calon WARISAN bagi lancarkan pembangunan - Zuraida

Posted: 04 Jan 2020 04:13 AM PST

KIMANIS: Penduduk Kimanis perlu memilih wakil rakyat dalam kalangan parti pemerintah bagi memudahkan usaha kerajaan membawa pembangunan di kawasan ini, kata Ketua Wanita Pakatan Harapan (PH), Zuraida Kamaruddin.

Tafsiran soalan di luar konteks - UniMAP

Posted: 04 Jan 2020 04:09 AM PST

KANGAR: Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengakui pihaknya mentafsir di luar konteks dalam isu kertas soalan kursus Hubungan Etnik (UUW235) yang mengaitkan pendakwah dari India, Dr Zakir Naik dan tular baru-baru ini.

Kerajaan Johor baik pulih rumah keluarga Muhammad Ata

Posted: 04 Jan 2020 04:06 AM PST

JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor akan membaik pulih kediaman keluarga atlet angkat berat OKU yang musnah dalam kebakaran di Taman Pagoh Jaya, pagi tadi.

8 lagi BBP baharu akan dibina di Sabah tahun ini

Posted: 04 Jan 2020 03:50 AM PST

KIMANIS: Lapan lagi balai bomba dan penyelamat (BBP) baharu akan dibina di Sabah, tahun ini, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Menteri Pendidikan baharu perlu ada hala tuju jelas ke arah IR4.0

Posted: 04 Jan 2020 03:48 AM PST

KUCHING: Menteri Pendidikan baharu yang dilantik kelak perlu ada hala tuju jelas untuk menyediakan pelajar di negara ini ke arah ekonomi berasaskan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0).

MPM ucap takziah kematian Muhammad Ata

Posted: 04 Jan 2020 03:35 AM PST

KUALA LUMPUR: Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Muhammad Ata Maarof yang maut dalam tragedi kebakaran di Taman Pagoh Jaya, Muar, pagi tadi.

Jeneral Iran dikebumi di kampung halaman, Selasa depan

Posted: 04 Jan 2020 03:32 AM PST

TEHRAN: Panglima tentera Iran, Qasem Soleimani akan dikebumikan di tempat lahirnya di Kerman, sebahagian daripada tiga hari upacara berkabung di seluruh negara itu, menurut Pengawal Revolusi.

<img src="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png" srcset="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png 1x, https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus%402x.png 2x" alt="BHPLUS"> Majoriti penjawat awam duduk menyewa

Posted: 04 Jan 2020 03:08 AM PST

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mendapati 53 peratus daripada kakitangan awam yang menjadi responden dalam kaji selidik yang dijalankannya belum memiliki kediaman sendiri.

Pembangunan industri perfileman dan usahawan e-dagang antara tumpuan KKMM

Posted: 04 Jan 2020 03:01 AM PST

KUALA LUMPUR: Menarik syarikat luar melabur dalam industri penerbitan filem, memasarkan filem-filem tempatan ke pasaran asing, kadar bayaran lebih tinggi bagi program-program yang diterbitkan oleh vendor untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) antara pencapaian Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sepanjang 2019.

Maritim Selangor tahan dua bot nelayan

Posted: 04 Jan 2020 02:59 AM PST

PELABUHAN KLANG: Dua bot nelayan kelas A dan B1 ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor selepas disyaki melakukan beberapa kesalahan, semalam.

Amaran buat pemain BAM

Posted: 04 Jan 2020 02:50 AM PST

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) membuat keputusan tepat apabila menggugurkan tujuh pemain daripada skuad kebangsaan, semalam selepas dikatakan gagal menampilkan prestasi ditetapkan.

Saya tak nak aibkan sesiapa - Zain Saidin

Posted: 04 Jan 2020 02:53 AM PST

KUALA LUMPUR: "Saya tidak mahu membuka aib dia. Perkara ini adalah cerita peribadi yang tidak patut pun didedahkan di laman sosial mahupun media."

Peluang Aaliyah duduki podium di Florida

Posted: 04 Jan 2020 02:53 AM PST

KUALA LUMPUR: Memasuki tahun baharu dengan menduduki ranking ketiga keseluruhan remaja dunia, atlet ski air negara, Aaliyah Yong Hanifah berada dalam kedudukan baik bagi mencipta podium pada Kejohanan Remaja Dunia 2020 di Florida, Amerika Syarikat Ogos ini.

LKIM harap nelayan sambut peluang dilindungi PERKESO

Posted: 04 Jan 2020 02:47 AM PST

TUMPAT: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) berharap golongan nelayan akan menyambut peluang untuk melindungi diri dan keluarga sekiranya kerajaan bersetuju memperluaskan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri meliputi golongan itu.

Hanya 11.6 peratus kawasan tanaman sawit PKP di Sabah dapat pensijilan MSPO

Posted: 04 Jan 2020 02:46 AM PST

MEMBAKUT: Hanya 11.6 peratus daripada 215,000 hektar tanaman sawit yang diusahakan pekebun kecil persendirian (PKP) di Sabah, mendapat pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO), setakat akhir tahun lalu.

Dr Maszlee tumpu kawasan Parlimen

Posted: 04 Jan 2020 02:41 AM PST

KLUANG: Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik akan memberikan lebih banyak tumpuan di kawasan Parlimennya bagi berkhidmat dengan lebih baik kepada masyarakat dan negeri ini.

Kayuhan Aiman julang nama Sapura di Kemboja

Posted: 04 Jan 2020 02:28 AM PST

KUALA LUMPUR: Selepas cemerlang menyarung jersi putih selaku pelumba muda terbaik Tour de Selangor 2019 yang berlangsung bulan lalu, pelumba Sapura, Muhamad Nur Aiman Mohd Zariff meneruskan kehebatannya apabila berjaya menempatkan diri di tempat kedua peringkat pertama perlumbaan Cambodia Bay Cycling Tour 2020 hari ini.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template