Sunday, January 5, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


KPDNHEP siasat pemilik stesen minyak

Posted: 05 Jan 2020 08:32 AM PST

JOHOR BAHRU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengarahkan pemilik stesen minyak yang video tular membabitkan kenderaan asing mengisi petrol RON95, hadir membantu siasatan.

Tiga maut dalam kemalangan di Kuala Kangsar

Posted: 05 Jan 2020 08:24 AM PST

IPOH: Tiga maut, manakala sembilan cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah treler, empat kereta dan dua motosikal di KM 246.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah Selatan di Kuala Kangsar dekat sini, malam ini.

1,484 saman dikeluarkan hasil operasi bersepadu

Posted: 05 Jan 2020 08:19 AM PST

KUALA TERENGGANU: Polis mengeluarkan sebanyak 1,484 saman membabitkan pelbagai kesalahan lalu lintas, hasil Operasi Bersepadu Sempena Perayaan Krismas dan Tahun Baru 2020 bermula 18 Disember hingga malam ini.

Keputusan Piala FA

Posted: 05 Jan 2020 08:17 AM PST

LONDON: Berikut keputusan pusingan ketiga Piala FA Inggeris sebentar tadi:

Farah tak sanggup berdiam diri lagi

Posted: 04 Jan 2020 10:31 PM PST

KUALA LUMPUR: Isteri kepada pengarah filem, Allahyarham Mohd Firdaus Mohd Hanif, Farah Ahmad akan mengambil tindakan terhadap beberapa individu yang meninggalkan komen biadap dan keterlaluan di laman sosial.

Pengguna di Muar terima bekalan air sepenuhnya

Posted: 05 Jan 2020 07:53 AM PST

JOHOR BAHRU: Kira-kira 35,000 pengguna di sebahagian daerah Muar mula menerima bekalan air bersih sejak petang tadi, selepas pencemaran ammonia yang menjejaskan Loji Rawatan Air (LRA) Panchor 3, Selasa lalu dapat dikawal.

Malaysia tawar bantuan kepada Australia padam kebakaran

Posted: 05 Jan 2020 07:47 AM PST

KUALA LUMPUR: Malaysia bersiap sedia untuk menghulur bantuan yang perlu bagi membantu Australia yang kini berhadapan dengan krisis kebakaran hutan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

AS sasar serangan balas di 52 lokasi di Iran

Posted: 04 Jan 2020 04:14 PM PST

WASHINGTON: Presiden Donald Trump, hari ini memberi amaran Amerika Syarikat menyasarkan 52 lokasi di Iran dan akan menyerang ia dengan 'amat pantas dan amat keras' jika republik itu menyerang rakyat atau aset AS.

137 guru tabika keracunan makanan ketika berkursus

Posted: 04 Jan 2020 10:23 PM PST

KUALA LUMPUR: Seramai 137 guru tabika yang menyertai kursus selama dua hari di sebuah pusat latihan di Cheras, di sini mengalami keracunan makanan awal pagi tadi.

Kereta hangus gara-gara tertinggal 'power bank'

Posted: 05 Jan 2020 02:16 AM PST

ARAU: Seorang pelajar Universiti Awam mengalami kerugian ribuan ringgit apabila kereta PERODUA Kancil miliknya musnah dalam kebakaran dipercayai berpunca daripada 'power bank' yang ditinggalkan di dalam kereta di Taman Bersatu di sini, hari ini.

Ayam masak lemak punca keracunan

Posted: 05 Jan 2020 07:06 AM PST

KUALA LUMPUR: Ayam masak lemak yang disediakan kafeteria di pusat latihan disyaki penyebab kejadian keracunan makanan peserta kursus di Cheras.

Lazio teruskan rentak kemenangan

Posted: 05 Jan 2020 07:01 AM PST

BRESCIA, Itali: Dua gol daripada penjaring terbanyak Serie A, Ciro Immobile memberikan pasukan tangga ketiga, Lazio kemenangan dramatik 2-1 berdepan Brescia yang bermain 10 orang sebentar tadi seterusnya memberikan pasukan itu kemenangan kesembilan berturut-turut dalam liga.

Kebakaran hutan perlu ditangani bersama

Posted: 05 Jan 2020 06:42 AM PST

KUALA LUMPUR: Komitmen lebih jitu bagi menggubal dasar yang lebih lestari dan tindakan bersama membabitkan semua negara diperlukan bagi menangani perubahan iklim.

Bangkai Tapir Malaya ditemui di tepi jalan

Posted: 05 Jan 2020 04:58 AM PST

JOHOR BAHRU: Seekor Tapir Malaya betina ditemui mati di Batu 20, Jalan Kota Tinggi-Mersing, awal pagi tadi, dipercayai akibat dilanggar kenderaan berat.

Misbun ada kualiti - BAM

Posted: 05 Jan 2020 05:14 AM PST

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak menafikan Datuk Misbun Sidek memiliki kualiti diperlukan bagi mengetuai struktur kejurulatihan skuad remaja negara sebagai pengarah teknikal.

WARISAN, KDM tidak terbabit anjur majlis Krismas di Membakut

Posted: 05 Jan 2020 05:43 AM PST

KIMANIS: Naib Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Peter Anthony menjelaskan sambutan Krismas di Membakut semalam, bukanlah program anjuran parti itu, mahupun Pertubuhan Kadazan Dusun Murut (KDM) Malaysia.

Mazlan pertahan Shapawi

Posted: 05 Jan 2020 05:59 AM PST

KUALA LUMPUR: Kenapa perlu letak jawatan sedangkan Sukan SEA 2019 Filipina bukanlah kali pertama menyaksikan kontinjen negara gagal mencapai sasaran pingat. 

<img src="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png" srcset="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png 1x, https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus%402x.png 2x" alt="BHPLUS"> Kumbang &#039;kurma&#039; ancam pokok sawit

Posted: 05 Jan 2020 04:00 AM PST

KUALA LUMPUR: Usaha membawa masuk pokok kurma ke negara ini, sama ada ditanam untuk buah atau hiasan, dikesan menyumbang kepada kemasukan serangga perosak, kumbang merah palma, yang bersifat menyerang tumbuhan palma tempatan terutamanya kelapa dan sawit.

Parlimen Iraq bersidang untuk usir tentera AS

Posted: 05 Jan 2020 04:43 AM PST

BAGHDAD: Ramai ahli parlimen Iraq menyatakan hasrat menggunakan sidang khas, hari ini, untuk mendesak pengundian resolusi mengarahkan kerajaan negara itu meminta Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan tenteranya dari negara terbabit.

Bekas duta Jepun sedih dengan jumlah kematian membabitkan motosikal 

Posted: 05 Jan 2020 04:40 AM PST

KUALA LUMPUR: Kadar kematian yang amat tinggi membabitkan penunggang motosikal dalam kemalangan jalan raya di Malaysia menimbulkan kebimbangan kepada bekas Duta Jepun ke Malaysia.

Watak &#039;bimbo&#039; bawa tuah

Posted: 05 Jan 2020 04:10 AM PST

KUALA LUMPUR: Lebih dua tahun mengatur langkah, pelakon baharu, Riena Diana, mengakui drama Kampung People yang sedang disiarkan menerusi slot Lestary di TV3 meninggalkan impak besar buat dirinya.

Perokok dakwa keliru jarak tiga meter

Posted: 05 Jan 2020 04:36 AM PST

KUALA LUMPUR: Perokok yang ditemui di kedai makan sekitar ibu negara mendakwa mereka masih tidak jelas dengan ketetapan larangan merokok pada jarak tiga meter dari premis.

Polis Johor rampas dadah dianggarkan bernilai lebih RM287,000

Posted: 05 Jan 2020 03:06 AM PST

JOHOR BAHRU: Polis melumpuhkan kegiatan pengedaran dadah dipercayai tertumpu kepada kelab malam dan pusat hiburan sekitar bandar raya ini, apabila merampas bahan terlarang itu dianggarkan bernilai lebih RM287,000, kelmarin.

Manusia tertua dunia sambut ulang tahun ke-117

Posted: 05 Jan 2020 03:32 AM PST

TOKYO: Manusia tertua dunia, Kane Tanaka, menyambut ulang tahun kelahiran ke-117 di rumah kebajikan di Fukuoka, selatan Jepun.

Enam maut, 11 cedera dirempuh kereta di Itali

Posted: 05 Jan 2020 03:29 AM PST

ROME: Enam warga Jerman terbunuh sementara 11 mangsa lain cedera, selepas dirempuh sebuah kereta, ketika mereka keluar dari kelab malam di Alps, Itali, hari ini.

Lagu jadi tarikan rayu undi PRK Kimanis

Posted: 05 Jan 2020 03:22 AM PST

BONGAWAN: Lagu berjudul 'Pembayaran Ansur-Ansur' oleh artis tempatan, Thomas Intiang, dipilih sebagai lagu kempen Parti Warisan Sabah (WARISAN) sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis.

1,000 pelancong terkandas di French Alps susulan cuaca buruk

Posted: 05 Jan 2020 03:20 AM PST

GRENOBLE: Hampir 1,000 pelancong, kebanyakannya rakyat Britain, terkandas di French Alps semalam selepas penerbangan mereka dibatalkan susulan cuaca buruk, kata pihak berkuasa.

Penjawat awam perlu &#039;neutral&#039;, setia kepada kerajaan

Posted: 05 Jan 2020 03:04 AM PST

KUALA LUMPUR: Semua penjawat awam terutama mereka yang memegang jawatan tinggi di agensi atau jabatan kerajaan tidak boleh aktif berpolitik demi menjaga tahap profesionalisme dan mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat tanpa memihak kepada mana-mana kumpulan.

Pemuda PH dekati anak muda Kimanis

Posted: 05 Jan 2020 03:04 AM PST

BONGAWAN: Jentera Pemuda Pakatan Harapan (PH) menggunakan pendekatan politik berkhidmat untuk mendekati kira-kira 6,000 pengundi muda berumur bawah 35 tahun di Parlimen Kimanis.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template