Monday, January 6, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Ungku Ismail bebas gosip cinta lokasi

Posted: 06 Jan 2020 05:00 PM PST

KUALA LUMPUR: Pelakon Ungku Ismail Ungku Abdul Aziz memilih untuk tidak terlalu kerap memuat naik foto bersama pelakon wanita yang digandingkan dengannya, selain mengelak keterangan gambar yang boleh menimbulkan tanda tanya kerana enggan terjerat gosip cinta.

Kami akan patuhi undang-undang konflik bersenjata - Setiausaha Pertahanan AS

Posted: 06 Jan 2020 04:46 PM PST

WASHINGTON: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Mark Esper, menegaskan tentera negara itu tidak akan melanggar undang-undang konflik bersenjata dengan menyerang lokasi kebudayaan Iran, langkah yang diancam oleh Presiden Donald Trump.

Plastrade Group beli perniagaan EA Comtronix

Posted: 06 Jan 2020 04:45 PM PST

KUALA LUMPUR: Plastrade Technology Bhd dan anak syarikat milik penuhnya, Artronix Sdn Bhd, memeterai perjanjian penjualan perniagaan bagi membeli usaha niaga EA Comtronix Sdn Bhd, termasuk beberapa aset dan liabiliti yang dikenal pasti, pada pertimbangan RM12 juta.

Lukaku, Ronaldo bayangi kepulangan Ibrahimovic

Posted: 06 Jan 2020 04:38 PM PST

MILAN: Romelu Lukaku meledak dua kali bagi membantu Inter Milan kekal di puncak Serie A dengan kemenangan 3-1 ke atas Napoli, sambil memberi tekanan ke atas Juventus yang sebelum itu membelasah Cagliari 4-0 dengan hatrik pertama Cristiano Ronaldo di liga Itali.

Arteta pening prestasi Arsenal

Posted: 06 Jan 2020 04:15 PM PST

LONDON: Mikela Arteta berkata dia melihat dua sisi berbeza Arsenal selepas persembahan jauh lebih baik di babak kedua memberikan kemenangan 1-0 ke atas Leeds dalam aksi pusingan ketiga Piala FA.

Laluan Malaysia-Hong Kong tidak terjejas - Cathay Pacific

Posted: 06 Jan 2020 04:15 PM PST

GEORGE TOWN: Cathay Pacific Airways Ltd (Cathay Pacific) tidak mengurangkan kekerapan penerbangannya bagi laluan Hong Kong dan Malaysia walaupun bantahan di wilayah separa autonomi China itu masih berlanjutan.

Wall Street ditutup tinggi

Posted: 06 Jan 2020 03:55 PM PST

NEW YORK: Saham Amerika Syarikat (AS) ditutup lebih tinggi, pulih daripada penyusutan Jumaat apabila pelabur mengetepikan kebimbangan berhubung peningkatan ketegangan di Asia Barat, sementara saham Alphabet dan syarikat internet lain menokok.

Pemimpin EU gesa tidak tingkatkan krisis demi kepentingan Iran, Iraq

Posted: 06 Jan 2020 02:59 PM PST

SEEON (JERMAN): Pemimpin Kesatuan Eropah (EU), Ursula von der Leyen, menggesa Iran dan Iraq agar tidak meningkatkan lagi krisis di rantau itu ketika ketegangan dengan Washington memuncak berikutan serangan dron Amerika Syarikat yang membunuh jeneral berpengaruh Iran.

Keputusan Serie A

Posted: 06 Jan 2020 03:17 PM PST

MILAN: Berikut keputusan Serie A:

Keputusan Piala FA Inggeris

Posted: 06 Jan 2020 03:12 PM PST

LONDON: Berikut keputusan pusingan ketiga Piala FA Inggeris:

Pelajar Indonesia dipenjara seumur hidup terhadap 136 kes rogol

Posted: 06 Jan 2020 08:54 AM PST

LONDON: Seorang pelajar Indonesia disifatkan sebagai 'perogol paling prolifik' di Britain selepas disabit dengan lebih 150 kesalahan, termasuk 136 kes rogol.

Jakarta gerakkan nelayan 'pertahan perairan'

Posted: 06 Jan 2020 08:19 AM PST

JAKARTA: Indonesia akan 'menggerakkan' nelayannya untuk menyertai kapal perangnya di Laut China Selatan dalam usaha membantu mempertahan perairannya dari kapal China.

SARS: Saringan di pintu masuk antarabangsa dikuatkuasa serta-merta

Posted: 05 Jan 2020 11:31 PM PST

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan melaksanakan prosedur saringan dan pemantauan di setiap pintu masuk antarabangsa, berkuat kuasa serta-merta susulan penularan virus selsema yang dilaporkan mempunyai persamaan dengan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS).

Ada kerja dilakukan untuk Lebuhraya Pan Borneo

Posted: 06 Jan 2020 12:47 AM PST

BONGAWAN: Di sebalik tuduhan pembangkang kononnya projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah terbengkalai, tinjauan mendapati masih ada kontraktor melakukan kerja.

Lanun bunuh 4 anggota tentera Nigeria, culik 3 pelaut

Posted: 06 Jan 2020 07:23 AM PST

WARRI, NIGERIA: Sekumpulan lanun membunuh empat anggota tentera laut Nigeria dan menculik tiga pelaut asing dalam serangan ke atas sebuah kapal cari gali minyak minggu lalu, kata sumber keselamatan.

Mengarut Jho Low jadi mangsa - Peguam

Posted: 06 Jan 2020 07:14 AM PST

KUALA LUMPUR: Dakwaan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali dengan nama Jho Low bahawa beliau adalah mangsa dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah mengarut.

Bola sepak Jerman hilang Hans Tilkowski

Posted: 06 Jan 2020 07:09 AM PST

BERLIN: Bekas penjaga gol Jerman Barat, Hans Tilkowski, yang beraksi di final Piala Dunia 1966 menentang England yang muncul juara, meninggal dunia pada usia 84 tahun, umum keluarganya kepada media Jerman, hari ini.

Stok ubat rawatan influenza mencukupi

Posted: 06 Jan 2020 07:00 AM PST

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan menyangkal dakwaan dan khabar angin yang menyatakan stok ubat-ubatan bagi merawat jangkitan influenza di fasiliti kementerian tidak mencukupi atau sudah kehabisan stok.

AS ancam serangan hebat, Iran tawar RM320 juta untuk kepala Trump

Posted: 05 Jan 2020 04:45 PM PST

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memberi amaran akan menyerang dengan lebih hebat sekiranya Iran membalas dendam atas pembunuhan pemimpin tentera, Qasem Soleimani.

Ali Khamenei menangis ketika solat jenazah

Posted: 06 Jan 2020 06:26 AM PST

DUBAI: Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, menangis ketika mengimamkan solat jenazah komander tentera Iran, Qassem Soleimani yang terbunuh dalam serangan dron Amerika Syarikat (AS) di Iraq.

Zaqhwan tekad beri tumpuan di ARRC

Posted: 06 Jan 2020 06:21 AM PST

KUALA LUMPUR: Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) menjadi fokus utama pelumba negara, Zaqhwan Zaidi bagi musim 2020 yang turut menyaksikan dirinya bakal menggunakan jentera baharu Honda, CBR1000RR-R dalam kelas ASB1000cc.

Thailand lancar klinik perubatan tradisional berasaskan kanabis

Posted: 06 Jan 2020 06:16 AM PST

BANGKOK: Thailand hari ini membuka klinik sepenuh masa pertamanya yang mengkhusus kepada perubatan tradisional dan alternatif berasaskan ganja sebagai sebahagian langkah negara itu membangunkan industri berkenaan.

Hanya mereka dalam senarai 80 individu akan didakwa

Posted: 05 Jan 2020 09:50 PM PST

KUALA LUMPUR: Tiada senarai baharu yang akan didakwa di mahkamah kecuali sebahagian daripada 80 individu dan entiti yang didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya memulangkan semula dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bekas tentera ditahan kerana samun

Posted: 06 Jan 2020 05:09 AM PST

TAMPIN: Seorang bekas tentera berusia 50-an diberkas selepas dipercayai terbabit melakukan samun ke atas seorang wanita yang sarat mengandung di sebuah premis pajak gadai di Gemencheh, di sini, Jumaat lalu.

Khamenei mengimamkan solat pengebumian Soleimani

Posted: 05 Jan 2020 10:59 PM PST

DUBAI: Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei memimpin solat pada majlis pengebumian komander tentera Qassem Soleimani, yang terbunuh dalam serangan dron Amerika Syarikat (AS) di Iraq.

Prosiding kes SRC di tahun baru bermula dengan 'berbalas kata'

Posted: 06 Jan 2020 04:55 AM PST

KUALA LUMPUR: Hari pertama prosiding bela diri kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd dihadapi Datuk Seri Najib Razak pada tahun ini, bermula dengan episod berbalas kata di antara Timbalan Pendakwa Raya Datuk V Sithambaram dan bekas Perdana Menteri.

Ops Libero Purus khusus kesan penjawat awam terbabit dadah

Posted: 06 Jan 2020 04:52 AM PST

KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melancarkan Operasi Libero Purus (Ops Libero Purus) khusus untuk menangani penyalahgunaan dadah dalam kalangan penjawat awam.

Pesakit merokok punca pusat jagaan terbakar

Posted: 06 Jan 2020 04:46 AM PST

CHOJNICE, Poland: Empat maut dan lebih 20 mangsa cedera dalam kebakaran di sebuah pusat jagaan Poland awal hari ini, berkemungkinan disebabkan seorang pesakit yang merokok, menurut laporan rasmi.

Ditahan ketika cuba jual kulit harimau Sumatera

Posted: 06 Jan 2020 04:41 AM PST

BANDA ACEH: Seorang rakyat Indonesia ditahan ketika cuba menjual kulit harimau Sumatera, yang menjadi masalah penyeludupan haiwan utama di negara Asia Tenggara.

Indonesia berdepan hujan lebat lebih tinggi

Posted: 06 Jan 2020 04:37 AM PST

JAKARTA: Penduduk Indonesia dimaklumkan mengenai hujan lebat lebih tinggi akan turun selepas hujan sebelum ini yang mengakibatkan banjir dan tanah runtuh sehingga dilaporkan membunuh 66 orang di sekitar bandaraya itu.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template