BH Online - Terkini |
- NHC selaras rumah mampu milik seluruh negara
- Daftar diri di kedutaan untuk keselamatan - Saifuddin
- NATO bawa keluar anggota dari Iraq
- TERKINI: 50 terbunuh pada pengebumian Soleimani
- KPDNHEP rampas 700 tong LPG
- Kerugian jenayah CBT naik mendadak tahun lalu
- Mansuh BIPK: CUEPACS sedia himpunkan lebih 3,000 ahli
- MHL: Man Jae sasar juarai Piala Sumbangsih
- Aaron-Wooi Yik 'ajar' V Shem-Wee Kiong
- Terkejut RM42 juta masuk akaun, Najib akui tidak pulangkan
- WKB2030 mercu pencapaian Kementerian Hal Ehwal Ekonomi 2019
- 40 terbunuh ketika bersesak-sesak pada pengebumian Soleimani
- Kertas Putih FELDA banteras penyelewengan
- Indonesia kerah jet pejuang berdepan China
- Rombakan Menteri, isu kenderaan menteri, penjualan PLUS agenda Mesyuarat Kabinet
- PSS tiada dalam manifesto WARISAN - UMNO
- Gebernur Cup uji kemampuan The Fighters
- 'Jangan fokus perokok sahaja, pantau H1N1 juga'
- Operasi Helikopter Nuri ditamatkan - Panglima TUDM
- 500,000 bayi diberi dua dos vaksin pneumokokal
- WARISAN lantang bela hak rakyat Sabah - Shafie
- Siapa yang sanggup palsukan tandatangan Najib?
- Tindakan AS tidak bermoral - Dr Mahathir
- KPKT benarkan ruang khas merokok disediakan
- Harga bawang masih tinggi
- Soleimani dikebumi di kampung halaman, AS nafi keluar dari Iraq
- 'Jangan politikkan isu PSS'
- Gempa bumi 6.5 magnitud landa Puerto Rico
- Selatan Sumbawa, Indonesia dilanda gempa bumi sederhana
- 'Bung Moktar tak perlu pura-pura'
| NHC selaras rumah mampu milik seluruh negara Posted: 07 Jan 2020 12:23 AM PST PUTRAJAYA: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan menubuhkan Perbadanan Perumahan Negara (NHC) bagi menyelaraskan semua projek perumahan mampu milik yang dibangunkan Kerajaan Persekutuan dan negeri, termasuk rumah PR1MA di bawah satu agensi mulai tahun hadapan. |
| Daftar diri di kedutaan untuk keselamatan - Saifuddin Posted: 07 Jan 2020 08:21 AM PST PUTRAJAYA: Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, hari ini menasihatkan rakyat Malaysia yang menetap atau dalam perjalanan ke Asia Barat dan rantau Teluk supaya lebih berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan mereka. |
| NATO bawa keluar anggota dari Iraq Posted: 07 Jan 2020 08:19 AM PST BRUSSELS: Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) akan mengeluarkan sebahagian daripada anggotanya dari Iraq. |
| TERKINI: 50 terbunuh pada pengebumian Soleimani Posted: 07 Jan 2020 07:42 AM PST DUBAI: Angka kematian insiden kesesakan ketika berlangsungnya upacara pengebumian jeneral Iran yang terbunuh dalam serangan dron Amerika Syarikat (AS) di Iraq meningkat kepada 50 orang, lapor agensi berita Iran ISNA. |
| Posted: 07 Jan 2020 07:40 AM PST KLANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Putrajaya merampas 700 tong gas petroleum cecair (LPG) dianggar bernilai RM100,000 di sebuah premis tanpa nombor di sini, petang tadi. |
| Kerugian jenayah CBT naik mendadak tahun lalu Posted: 07 Jan 2020 07:09 AM PST KUALA LUMPUR: Jumlah kerugian berkaitan jenayah pecah amanah jenayah (CBT) di ibu negara mencatat peningkatan mendadak 297 peratus tahun lalu, membabitkan kerugian mencecah RM2.02 bilion berbanding RM509.9 juta pada 2018. |
| Mansuh BIPK: CUEPACS sedia himpunkan lebih 3,000 ahli Posted: 07 Jan 2020 12:31 AM PST KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sedia menghimpunkan lebih 3,000 ahlinya untuk mengadakan pertemuan serentak di pejabat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). |
| MHL: Man Jae sasar juarai Piala Sumbangsih Posted: 07 Jan 2020 06:17 AM PST KUALA TERENGGANU: Pemain import Pasukan Hoki Terengganu (THT), Jung Man Jae optimis skuadnya mampu mempertahankan gelaran juara Piala Sumbangsih buat kali kedua musim ini. |
| Aaron-Wooi Yik 'ajar' V Shem-Wee Kiong Posted: 07 Jan 2020 05:30 AM PST KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengakui puas apabila dapat menumbangkan senior mereka, Goh V Shem-Tan Wee Kiong 21-19, 21-18 dalam aksi pusingan pertama Masters Malaysia di Arena Axiata Bukit Jalil, hari ini. |
| Terkejut RM42 juta masuk akaun, Najib akui tidak pulangkan Posted: 07 Jan 2020 05:24 AM PST KUALA LUMPUR: Mengakui terkejut mendapat tahu wang berjumlah RM42 juta daripada SRC International Sdn Bhd dalam akaun bank miliknya, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui tidak memulangkan kepada syarikat berkenaan. |
| WKB2030 mercu pencapaian Kementerian Hal Ehwal Ekonomi 2019 Posted: 07 Jan 2020 04:50 AM PST KUALA LUMPUR: Penyediaan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) menjadi mercu tanda pencapaian Kementerian Ehwal Ekonomi (MEA) tahun 2019 dengan menjadikannya hala tuju baharu pembangunan negara. |
| 40 terbunuh ketika bersesak-sesak pada pengebumian Soleimani Posted: 07 Jan 2020 04:04 AM PST KERMAN, IRAN: Seramai 40 orang maut sementara 213 yang lain cedera selepas bersesak-sesak di bandar tenggara Kerman ketika berlangsungnya upacara pengebumian jeneral Iran yang terbunuh dalam serangan dron Amerika Syarikat (AS) di Iraq Jumaat lalu, lapor stesen televisyen tempatan. |
| Kertas Putih FELDA banteras penyelewengan Posted: 07 Jan 2020 04:43 AM PST KUALA LUMPUR: Pembentangan Kertas Putih FELDA menjadi antara pencapaian Kementerian Hal Ehwal Ekonomi pada 2019, dalam usaha membanteras penyelewengan, sekali gus membela nasib peneroka FELDA. |
| Indonesia kerah jet pejuang berdepan China Posted: 07 Jan 2020 04:39 AM PST JAKARTA: Tentera Udara Indonesia mengerahkan empat jet pejuangnya ke Laut China Selatan susulan pertikaian dengan Beijing selepas negara itu membantah pelanggaran China terhadap zon ekonomi eksklusifnya. |
| Rombakan Menteri, isu kenderaan menteri, penjualan PLUS agenda Mesyuarat Kabinet Posted: 07 Jan 2020 04:35 AM PST KUALA LUMPUR: Mesyuarat Jemaah Menteri yang pertama bagi tahun 2020 esok dijangka membincangkan beberapa perkara penting antaranya rombakan Kabinet bagi mengisi jawatan Menteri Pendidikan, isu pembelian kenderaan mewah untuk kegunaan rasmi menteri dan penjualan kepentingan PLUS. |
| PSS tiada dalam manifesto WARISAN - UMNO Posted: 07 Jan 2020 04:31 AM PST MEMBAKUT: Manifesto Parti Warisan Sabah (WARISAN) tidak menyebut isu berkaitan Pas Sementara Sabah (PSS). |
| Gebernur Cup uji kemampuan The Fighters Posted: 07 Jan 2020 04:29 AM PST KUANTAN: Gebernur Cup di Medan, Indonesia bakal menguji persediaan awal FELDA United FC bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini. |
| 'Jangan fokus perokok sahaja, pantau H1N1 juga' Posted: 07 Jan 2020 04:23 AM PST MEMBAKUT: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah diminta turun padang memantau penularan Influenza A (H1N1) yang disahkan menjangkiti seorang petugas jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis yang rancak berlangsung. |
| Operasi Helikopter Nuri ditamatkan - Panglima TUDM Posted: 07 Jan 2020 04:17 AM PST KUALA LUMPUR: Operasi 12 helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sudah ditamatkan, kata Panglima TUDM, Jeneral Datuk Seri Ackbal Abdul Samad. |
| 500,000 bayi diberi dua dos vaksin pneumokokal Posted: 07 Jan 2020 01:04 AM PST KUALA LUMPUR: Dianggarkan 500,000 bayi yang lahir pada tahun ini bakal menerima dua dos suntikan percuma vaksin pneumokokal, bermula pertengahan tahun ini. |
| WARISAN lantang bela hak rakyat Sabah - Shafie Posted: 07 Jan 2020 04:01 AM PST KIMANIS: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, komited dalam memastikan Parti Warisan Sabah (WARISAN) pimpinannya lantang menyuarakan hak rakyat negeri itu kepada kerajaan Persekutuan. |
| Siapa yang sanggup palsukan tandatangan Najib? Posted: 07 Jan 2020 03:39 AM PST KUALA LUMPUR: Pendakwaan hari ini menimbulkan persoalan berhubung pihak mana yang sanggup memalsukan tandatangan Datuk Seri Najib Razak seperti yang dinyatakan bekas Perdana Menteri itu. |
| Tindakan AS tidak bermoral - Dr Mahathir Posted: 07 Jan 2020 03:29 AM PST PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan serangan udara Amerika Syarikat (AS) yang membunuh pemimpin tertinggi tentera Iran, Qasem Soleimani di Baghdad, Iraq pada Jumaat lalu sebagai tindakan tidak bermoral. |
| KPKT benarkan ruang khas merokok disediakan Posted: 06 Jan 2020 09:14 PM PST PUTRAJAYA: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) membenarkan pemilik restoran atau kedai makan, sama ada milik persendirian atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), menyediakan kawasan khas merokok di luar premis, pada jarak sekurang-kurangnya tiga meter dari meja makan terdekat. |
| Posted: 07 Jan 2020 02:58 AM PST KUALA LUMPUR: Harga bawang merah masih tinggi dan tidak berubah sejak beberapa bulan lalu, iaitu antara RM5.50 hingga RM6 sekilogram, sekali gus memberi kesan kepada pengguna dan peniaga. |
| Soleimani dikebumi di kampung halaman, AS nafi keluar dari Iraq Posted: 07 Jan 2020 02:59 AM PST DUBAI: Jenazah komander tentera Iran yang terbunuh dalam serangan dron Amerika Syarikat (AS) di Iraq minggu lalu tiba di kampung halamannya untuk dikebumikan hari ini, ketika Setiausaha Pertahanan AS menafikan laporan tenteranya sedang bersiap menarik diri dari wilayah Iraq. |
| 'Jangan politikkan isu PSS' Posted: 07 Jan 2020 03:15 AM PST KIMANIS: Calon Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Karim Bujang, menyifatkan pembangkang sengaja mempolitikkan isu Pas Sementara Sabah (PSS) untuk meraih sokongan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis. |
| Gempa bumi 6.5 magnitud landa Puerto Rico Posted: 07 Jan 2020 01:21 AM PST WASHINGTON: Gempa bumi kuat melanda selatan Puerto Rico pada Selasa pagi, kata Suruhanjaya Geologi Amerika Syarikat. |
| Selatan Sumbawa, Indonesia dilanda gempa bumi sederhana Posted: 06 Jan 2020 05:09 PM PST KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter dilaporkan berlaku di selatan Sumbawa, Indonesia. |
| 'Bung Moktar tak perlu pura-pura' Posted: 07 Jan 2020 03:08 AM PST SANDAKAN: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dinasihatkan berhenti 'berpura-pura' peka terhadap nasib rakyat Sabah dan tidak membazir usaha kerajaan dalam menyampaikan perubahan sebenar kepada rakyat Sabah serta Sarawak. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment