BH Online - Terkini |
- Mohammed Tawfiq dilantik PM Iraq baharu
- Chelsea, Leicester terikat di King Power
- McDowell mendahului, Gavin ketiga
- Wartawan, jurugambar NSTP menang anugerah APKT
- Coronavirus: Pemain Badminton Malaysia ambil langkah berjaga-jaga
- Kanak-kanak maut tercekik buah mangga
- Air Asia nafi dakwaan salah laku
- Sembilan kakitangan Polis Marin ditahan SPRM
- Liga Arab tolak pelan damai Trump
- Warga negara China, asing disekat masuk Sarawak
- AMANAH tolak pelaksanaan PPSMI
- Pertembungan tiga jawatan utama jadi perhatian
- Palestin putuskan hubungan dengan Israel, AS
- Kedutaan gerakkan pasukan bawa pulang rakyat Malaysia di Wuhan
- Maldives kembali anggotai Komanwel
- Sabah tetap halang pelancong China buat sementara waktu
- Tolak polemik kebencian antara kaum
- Rakyat Malaysia di Wuhan, dibenarkan pulang ke tanah air
- Polis buru penyebar berita Forest City ditutup 2 minggu
- Apa yang saya fikir ialah keselamatan mangsa...
- Kecoh di majlis ARMADA: 2 ditahan
- <img src="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png" srcset="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png 1x, https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus%402x.png 2x" alt="BHPLUS"> Lonjak sektor koperasi ke peringkat lebih tinggi
- Kenin juarai Terbuka Australia
- Pelan damai AS terus dibantah
- SPRM siasat Airbus, AirAsia terbabit rasuah
- China minta pengantin tangguh majlis kahwin
- PH komited lawan rasuah, salah guna kuasa
- Gelaran Datuk hargai jasa Salwani simpan bukti pindaan laporan 1MDB
- 'Tahniah sayangku'
- Provokasi perjumpaan ARMADA budaya samseng
| Mohammed Tawfiq dilantik PM Iraq baharu Posted: 01 Feb 2020 07:37 AM PST BAGHDAD: Presiden Iraq, Barham Salih, hari ini melantik Mohammed Tawfiq Allawi sebagai Perdana Menteri yang baharu. |
| Chelsea, Leicester terikat di King Power Posted: 01 Feb 2020 07:09 AM PST LONDON: Antonio Rudiger menyelamatkan maruah Chelsea selepas meledak dua gol peribadi bagi membantu The Blues mencatat keputusan seri 2-2 dengan Leicester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris, sebentar tadi. |
| McDowell mendahului, Gavin ketiga Posted: 01 Feb 2020 07:47 AM PST JEDDAH: Graeme McDowell akan kembali bersatu bersama pasangannya ketika saingan Piala Ryder, Victor Dubuisson selepas mendahului dengan satu pukulan menjelang pusingan akhir Kejuaraan Golf Antarabangsa Saudi 2020, esok. |
| Wartawan, jurugambar NSTP menang anugerah APKT Posted: 01 Feb 2020 07:41 AM PST KUALA TERENGGANU: Wartawan BH, Nurul Fatihah Sulaini dan Jurugambar The News Straits Time Press (NSTP), Ghazali Kori memenangi Anugerah Pelancongan dan Kebudayaan Terengganu (APKT) 2018/2019, di sini malam tadi. |
| Coronavirus: Pemain Badminton Malaysia ambil langkah berjaga-jaga Posted: 01 Feb 2020 07:39 AM PST KUALA LUMPUR: Pemain badminton wanita negara yang sedang menjalani latihan di Bangkok, Thailand mengambil langkah berjaga-jaga berikutan penularan coronavirus 2019. |
| Kanak-kanak maut tercekik buah mangga Posted: 01 Feb 2020 07:16 AM PST DUNGUN: Kanak-kanak perempuan berusia empat tahun disahkan maut dipercayai tercekik buah mangga, di rumahnya di Taman Limbong Jaya Idaman, Paka petang tadi. |
| Air Asia nafi dakwaan salah laku Posted: 01 Feb 2020 06:50 AM PST KUALA LUMPUR: AirAsia menjelaskan tidak terbabit dengan sebarang siasatan mengenai Airbus yang dikendalikan oleh Serious Fraud Office (SFO) United Kingdom (UK). |
| Sembilan kakitangan Polis Marin ditahan SPRM Posted: 01 Feb 2020 06:45 AM PST KUALA LUMPUR: Sembilan kakitangan Pasukan Polis Marin (PPM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pada Rabu lalu. |
| Liga Arab tolak pelan damai Trump Posted: 01 Feb 2020 06:42 AM PST KAHERAH: Liga Arab menolak pelan damai Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, dengan menyifatkannya tidak membawa kepada keamanan. |
| Warga negara China, asing disekat masuk Sarawak Posted: 01 Feb 2020 06:40 AM PST KUCHING: Semua warga China dan warga asing yang mengunjungi China dalam tempoh 14 hari lepas akan disekat daripada memasuki Sarawak berkuat kuasa serta-merta sehingga dimaklumkan kelak. |
| AMANAH tolak pelaksanaan PPSMI Posted: 01 Feb 2020 01:12 AM PST KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (AMANAH) menolak cadangan pelaksanaan semula Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang diusulkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. |
| Pertembungan tiga jawatan utama jadi perhatian Posted: 01 Feb 2020 05:50 AM PST KUALA TERENGGANU: Pertembungan tiga jawatan utama menarik perhatian umum apabila menyaksikan pertandingan tiga penjuru pada mesyuarat pemilihan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bahagian Dungun, pertengahan bulan ini. |
| Palestin putuskan hubungan dengan Israel, AS Posted: 01 Feb 2020 05:19 AM PST KAHERAH: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, hari ini memutuskan semua ikatan dengan Israel dan Amerika Syarikat (AS), termasuk kerjasama keselamatan. |
| Kedutaan gerakkan pasukan bawa pulang rakyat Malaysia di Wuhan Posted: 01 Feb 2020 05:29 AM PST KUALA LUMPUR: Pasukan awal Kedutaan Besar Malaysia di Beijing sudah digerakkan ke Wuhan, China pagi tadi untuk membawa pulang rakyat Malaysia di bandar yang menjadi pusat penularan coronavirus. |
| Maldives kembali anggotai Komanwel Posted: 01 Feb 2020 05:23 AM PST COLOMBO: Pertubuhan Komanwel kembali menerima Maldives sebagai anggota, 40 bulan selepas negara itu keluar susulan kritikan terhadap rekod hak asasi manusianya di bawah pemerintahan Presiden Abdulla Yameen. |
| Sabah tetap halang pelancong China buat sementara waktu Posted: 01 Feb 2020 05:17 AM PST KOTA KINABALU: Kerajaan negeri tetap dengan pendirian menghalang kemasukan pelancong China buat sementara waktu sebagai langkah pencegahan coronavirus di negeri ini. |
| Tolak polemik kebencian antara kaum Posted: 01 Feb 2020 05:11 AM PST TAWAU: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat supaya menolak polemik kebencian antara kaum yang boleh merosakkan perpaduan. |
| Rakyat Malaysia di Wuhan, dibenarkan pulang ke tanah air Posted: 01 Feb 2020 01:30 AM PST KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa China memberikan kebenaran kerajaan Malaysia membawa kesemua rakyat negara ini yang terperangkap di Wuhan, Wilayah Hubei, China, pulang ke tanah air berikutan penularan coronavirus (2019-nCov). |
| Polis buru penyebar berita Forest City ditutup 2 minggu Posted: 01 Feb 2020 04:55 AM PST JOHOR BAHRU: Polis Johor sedang mengesan individu yang menyebarkan berita palsu menerusi Facebook dengan nama 'Haziq Fahami', kononnya semua kawasan di Forest City, di sini, dikuarantin dan ditutup kepada umum hingga minggu hadapan berikutan penularan coranavirus. |
| Apa yang saya fikir ialah keselamatan mangsa... Posted: 01 Feb 2020 04:26 AM PST BATU PAHAT: "Melihat sahaja kereta Perodua Myvi itu terjatuh ke dalam parit, saya tidak fikirkan apa-apa lagi dan terus arahkan anggota terjun untuk membantu." |
| Kecoh di majlis ARMADA: 2 ditahan Posted: 01 Feb 2020 03:32 AM PST KUALA LUMPUR: Polis menahan dua individu disyaki menjadi dalang di sebalik provokasi dan kekecohan ketika perjumpaan Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) semalam. |
| Posted: 01 Feb 2020 04:00 AM PST KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan untuk menggabungkan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Institut Koperasi Malaysia (IKM) berupaya membentuk satu agensi tunggal yang lebih cekap serta menyeluruh dari segi kos dan tadbir urus. |
| Kenin juarai Terbuka Australia Posted: 01 Feb 2020 03:30 AM PST MELBOURNE: Pemain Amerika Syarikat (AS), Sofia Kenin mencipta kejutan apabila menewaskan juara major dua kali, Garbine Muguruza untuk menjuarai saingan Terbuka Australia pada penampilan pertamanya di pentas final Grand Slam, sebentar tadi. |
| Posted: 01 Feb 2020 03:26 AM PST AMMAN: Kira-kira 3,000 penduduk Jordan berhimpun di sini bagi membantah pelan damai Asia Barat yang diatur Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, sambil membakar bendera Israel, semalam. |
| SPRM siasat Airbus, AirAsia terbabit rasuah Posted: 01 Feb 2020 02:19 AM PST KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan sudah menjalankan siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan Airbus dan dua eksekutif dari AirAsia, seperti didedahkan portal United Kingdom (UK) semalam. |
| China minta pengantin tangguh majlis kahwin Posted: 01 Feb 2020 03:07 AM PST BEIJING: Kerajaan China meminta pasangan pengantin menangguhkan majlis dari tarikh perkahwinan popular, selain menasihatkan keluarga mengurangkan perkhidmatan pengebumian bagi membantu memperlahankan penyebaran coronavirus. |
| PH komited lawan rasuah, salah guna kuasa Posted: 01 Feb 2020 03:03 AM PST KUCHING: Pakatan Harapan (PH) sentiasa fokus untuk menegakkan prinsip amalan tadbir urus yang baik dengan sedaya upaya memerangi segala bentuk rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam pentadbiran negara. |
| Gelaran Datuk hargai jasa Salwani simpan bukti pindaan laporan 1MDB Posted: 01 Feb 2020 03:01 AM PST KUALA LUMPUR: Pengarah Sektor Audit Tadbir Urus Jabatan Audit Negara, Nor Salwani Muhammad dianugerahkan gelaran Datuk hari ini, bagi menghargai jasanya menyimpan bukti pindaan ke atas laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB). |
| Posted: 01 Feb 2020 02:55 AM PST LONDON: Isteri Cedric Soares, Filipa Brandao menerusi laman Instagram miliknya mengucapkan tahniah kepada suaminya itu selepas melengkapkan perpindahan ke Arsenal. |
| Provokasi perjumpaan ARMADA budaya samseng Posted: 01 Feb 2020 02:51 AM PST KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (AMANAH) menyifatkan provokasi dan kekecohan ketika perjumpaan Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) semalam, sebagai tindakan ganas dan samseng. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment