Wednesday, February 12, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


COVID-19 : Dapatkan fakta daripada sumber sahih

Posted: 12 Feb 2020 08:04 AM PST

KUALA LUMPUR: Penting bagi semua pihak mendapatkan kebenaran dan fakta daripada sumber yang sahih berhubung penularan COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Singapura sahkan tiga kes COVID-19, enam dibenarkan pulang

Posted: 12 Feb 2020 07:31 AM PST

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura mengesahkan tiga lagi kes baharu COVID-19 dikesan di republik itu, menjadikan jumlahnya kepada 50 kes.

Malaysia negara pertama perkenalkan Rahmatan Lil Alamin

Posted: 12 Feb 2020 07:24 AM PST

KUALA LUMPUR: Malaysia akan menjadi negara pertama memperkenalkan konsep Rahmatan Lil Alamin yang menekankan Islam sebagai agama rahmah dan memberikan kebaikan kepada semua.

Sajat sedia bertemu JAKIM

Posted: 12 Feb 2020 06:43 AM PST

KUALA LUMPUR: Usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Sajat sedia bertemu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyelesaikan isu identiti dirinya melalui saluran rasmi, selepas kontroversi yang tercetus ketika mengerjakan umrah.

Pengalaman lepas jadikan Malaysia bersiap sedia tangani COVID-19

Posted: 12 Feb 2020 07:12 AM PST

KUALA LUMPUR: Pengalaman Malaysia berdepan dengan krisis kesihatan seperti virus Zika, Influenza dan Nipah pada masa lalu membolehkan negara ini sentiasa dalam keadaan bersiap sedia menghadapi sebarang penularan penyakit berjangkit.

MOTAC henti daftar penginapan kediaman jangka pendek

Posted: 12 Feb 2020 07:07 AM PST

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan memberhentikan pendaftaran Penginapan Kediaman Jangka Pendek (STRA), mulai Sabtu ini bagi memudahkan pengawalseliaan aktiviti STRA di negara ini.

JTK keluar 222 notis pematuhan di Terengganu

Posted: 12 Feb 2020 06:05 AM PST

CHUKAI: Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Terengganu mengeluarkan 222 notis pematuhan membabitkan 2,079 pemeriksaan audit berkanun ke atas majikan yang melanggar undang-undang perburuhan di negeri ini, sepanjang tahun lalu.

COVID-19: UIAM tangguh sesi kuliah 10 hari

Posted: 12 Feb 2020 05:56 AM PST

KUALA LUMPUR: Sesi kuliah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kampus Gombak ditangguhkan selama 10 hari bermula esok sebagai langkah awal pencegahan coronavirus baharu atau COVID-19.

AS serang balas mempertahankan tenteranya di Syria

Posted: 12 Feb 2020 05:41 AM PST

BEIRUT: Pasukan tentera bersekutu diketuai Amerika Syarikat (AS) di timur laut Syria membalas serangan pejuang bersenjata selepas pasukannya diserang dekat bandar Qamishli.

India ujian sebenar skuad badminton negara

Posted: 12 Feb 2020 05:34 AM PST

KUALA LUMPUR: Skuad badminton lelaki negara akan berdepan ujian sebenar apabila bertemu India dalam aksi terakhir Kumpulan B Kejohanan Berpasukan Asia di Manila, Filipina, esok.

Remaja lelaki dikhuatiri lemas dibawa arus beting pasir Pulau Giam

Posted: 12 Feb 2020 05:24 AM PST

PANGKOR: Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus ketika melakukan aktiviti laut di Pulau Giam berhampiran pantai Teluk Nipah, Pulau Pangkor, hari ini.

BAM tawar diskaun pembeli awal tiket Terbuka Malaysia 2020

Posted: 12 Feb 2020 05:25 AM PST

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menawarkan diskaun 15 peratus bagi pembelian tiket awal menyaksikan Terbuka Malaysia 2020 bermula esok hingga 23 Februari dan diskaun 10 peratus dari 24 hingga 29 Februari.

Berebut teman wanita, pelajar dipukul

Posted: 12 Feb 2020 05:24 AM PST

PASIR MAS: Polis sedang mengesan sekumpulan 12 pelajar dari dua sekolah di sini bagi membantu siasatan seorang pelajar lelaki Tingkatan Tiga lebam di muka dan badan selepas dipukul, dipercayai berebut teman wanita, Ahad lalu.

Sarawak ambil alih pengagihan gas domestik

Posted: 12 Feb 2020 05:01 AM PST

KUCHING: Sarawak melalui syarikat minyaknya, Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) kini mengambil alih pengagihan gas domestik daripada PETRONAS.

'Benda dah jadi...'

Posted: 12 Feb 2020 04:50 AM PST

KUALA LUMPUR: 'Tiada apa yang perlu dikesalkan... Benda sudah berlaku.'

Kulasegaran tak boleh lepas tangan isu jaga warga Pakistan - MTUC

Posted: 12 Feb 2020 12:02 AM PST

KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran tidak sepatutnya lepas tangan daripada isu dakwaan mengatakan lebih 100,000 pekerja Pakistan akan dibawa ke Malaysia sebagai pengawal keselamatan, bagi menggantikan pekerja warga Nepal.

Hanya warga Nepal dibenarkan bekerja sebagai pengawal keselamatan - KDN

Posted: 12 Feb 2020 03:05 AM PST

PUTRAJAYA: Hanya pengawal keselamatan warga Nepal dibenarkan bekerja dengan syarikat kawalan keselamatan swasta yang berlesen ketika ini, kata Kementerian Dalam Negeri (KDN).

PETRONAS komited sokong industri minyak dan gas Sarawak

Posted: 12 Feb 2020 04:39 AM PST

KUCHING: PETRONAS komited untuk menyokong aspirasi kerajaan negeri dalam membangunkan industri minyak dan gas untuk manfaat rakyat Sarawak dan negara.

Klip audio SPRM: Polis panggil Najib, Rosmah minggu depan

Posted: 12 Feb 2020 04:28 AM PST

KUALA LUMPUR: Polis dijangka memanggil Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor minggu depan untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan susulan pendedahan klip audio oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ekonomi negara 2020 dijangka kekal kukuh dipacu perbelanjaan swasta

Posted: 12 Feb 2020 04:13 AM PST

KUALA LUMPUR: Perbelanjaan swasta yang kukuh akan terus menyokong pertumbuhan ekonomi negara tahun ini meskipun prestasi suku pertama 2020 dijangka terkesan oleh COVID-19 (coronavirus).

JDT mula langkah kiri

Posted: 12 Feb 2020 04:07 AM PST

KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta'zim (JDT) membuka kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini dengan langkah kiri selepas tewas 1-5 kepada Vissel Kobe di Stadium Park Misaki, sebentar tadi.

KDNK Malaysia tahun ini dijangka berkembang 4.0 hingga 4.5 peratus - Penganalisis

Posted: 12 Feb 2020 03:51 AM PST

KUALA LUMPUR: Penganalisis ekonomi menjangkakan pertumbuhan ekonomi Malaysia tahun ini pada kadar 4.0 hingga 4.5 peratus.

Ringgit ditutup rendah

Posted: 12 Feb 2020 03:50 AM PST

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan kekurangan pembeli, kata seorang peniaga.

KWSP bukan lagi pemegang saham utama AirAsia

Posted: 12 Feb 2020 03:43 AM PST

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak lagi menjadi pemegang saham utama AirAsia Group Bhd.

Letupan bom gegar Amsterdam, Kerkrade

Posted: 12 Feb 2020 03:32 AM PST

ANKARA: Dua kejadian letupan bom menggegarkan bandar raya berasingan di Belanda pada awal pagi hari ini Rabu, menurut polis tempatan.

Mahkamah Rayuan benar permohonan Ku Nan supaya hakim tarik diri

Posted: 12 Feb 2020 03:31 AM PST

PUTRAJAYA: Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan di sini hari ini agar Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes rasuah RM1 juta yang dihadapinya.

Yayasan Akalbudi tidak pernah diaudit

Posted: 12 Feb 2020 12:31 AM PST

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu, Yayasan Akalbudi yang dimiliki bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak pernah memfailkan Laporan Mesyuarat Tahunan (AGM) dan Laporan Audit Tahunan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Mahdzir tolak cadangan beliau tidak konsisten

Posted: 12 Feb 2020 03:22 AM PST

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid mempertahankan dirinya di mahkamah apabila barisan pembelaan Datin Seri Rosmah Mansor mencadangkan bahawa keterangannya di Mahkamah Tinggi sebagai tidak konsisten.

4 mangsa hanyut 32 hari di lautan Pasifik hidup dengan makan kelapa

Posted: 12 Feb 2020 03:19 AM PST

WELLINGTON: Empat mangsa hanyut yang ditemui di laut Pasifik, selamat berjuang untuk hidup dengan memakan kelapa dan minum air hujan selama lebih sebulan.

MHB catat kerugian lebih rendah

Posted: 12 Feb 2020 03:17 AM PST

KUALA LUMPUR: Malaysia Marine & Heavy Engineering Holdings Bhd (MHB) mengurangkan kerugian bagi tahun kewangan 2019 dengan kerugian bersih sebanyak RM34.22 juta berbanding RM122.69 juta pada tahun kewangan 2018.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template