Thursday, February 13, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Jurupandu arah meninggal dunia ketika mendaki di Jeli

Posted: 13 Feb 2020 08:27 AM PST

JELI: Seorang jurupandu arah berusia 43 tahun meninggal dunia dipercayai akibat sesak nafas ketika melakukan aktiviti pendakian bersama tiga pendaki lain di Gua Baso, Bukit Selor, Kuala Balah di sini.

Lima maut nahas dua kenderaan

Posted: 13 Feb 2020 07:58 AM PST

SUNGAI SIPUT: Lima termasuk seorang bayi maut, manakala seorang lagi parah dalam nahas membabitkan sebuah kereta dengan sebuah treler berdekatan Kampung Salak Stesen, di sini, malam ini.

Tun M hadir mesyuarat BERSATU Langkawi

Posted: 13 Feb 2020 06:56 AM PST

LANGKAWI: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempengerusikan mesyuarat tertutup Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Langkawi yang berlangsung di sini, malam ini.

Polis masih tunggu laporan patologi kes parti dadah

Posted: 13 Feb 2020 05:33 AM PST

KUALA LUMPUR: Polis masih menunggu laporan ujian saringan air kencing kali kedua daripada pakar patologi berhubung kes 17 individu, termasuk seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ditahan di sebuah kondominium di Jalan Puchong, 12 Januari lalu.

Sokong usul MA63 jika PAS ikhlas sokong kepemimpinan Dr Mahathir - Vui Keong

Posted: 13 Feb 2020 07:41 AM PST

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Liew Vui Keong meminta parti pembangkang, terutamanya PAS, menyokong pindaan perlembagaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sekiranya mereka benar-benar ikhlas menyokong kepemimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kanak-kanak disyaki COVID-19 dibawa pulang keluarga - JKNJ

Posted: 13 Feb 2020 07:32 AM PST

JOHOR BAHRU: Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menafikan polis menahan seorang pelajar positif coronavirus (COVID-19) di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Kulai Besar, Kulai, seperti yang tular di media sosial petang tadi.

Empat lelaki ditahan, dadah bernilai RM1.3 juta dirampas

Posted: 13 Feb 2020 07:22 AM PST

KUALA LUMPUR: Empat lelaki ditahan kerana disyaki mengedar pelbagai jenis dadah lebih 16 kilogram (kg) dengan anggaran nilai RM1.3 juta di sekitar ibu kota, pada Isnin dan Selasa lalu.

Hariff menang Peringkat 7

Posted: 12 Feb 2020 10:04 PM PST

ALOR SETAR: Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Harrif Saleh melakar kemenangan keduanya pada edisi ke-25 PETRONAS Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020, sebentar tadi.

Empat nelayan dikhuatiri hilang

Posted: 13 Feb 2020 07:10 AM PST

KUALA TERENGGANU: Empat nelayan dikhuatiri hilang di laut apabila tidak pulang selepas keluar menangkap ikan pada 7 Februari lalu.

Saya juga boleh dipecat - Guardiola

Posted: 13 Feb 2020 06:59 AM PST

MANCHESTER: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola berkata tugasnya dalam Liga Perdana mungkin berakhir jika gagal menang Liga Juara-Juara musim ini.

Tiga lemas di tasik

Posted: 13 Feb 2020 05:45 AM PST

JOHOR BAHRU: Kegembiraan empat sahabat mandi di sebuah kolam berhampiran pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) Taman Sri Amar, Majidee, di sini, berakhir tragedi apabila tiga daripada mereka lemas kira-kira jam 7 malam ini.

Polis buru lelaki baling parang ke kereta peguam

Posted: 13 Feb 2020 06:29 AM PST

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dikatakan membaling parang ke cermin kereta seorang peguam di kawasan parkir Mahkamah Jalan Duta, di sini, hari ini.

Pulau Pinang rancang tujuh projek tebatan banjir RM6.7 juta tahun ini

Posted: 13 Feb 2020 06:51 AM PST

GEORGETOWN: Kerajaan Pulau Pinang merancang untuk melaksanakan tujuh projek tebatan banjir pada tahun ini dengan anggaran perbelanjaan bernilai RM6.7 juta.

Lontaran mortar di sekolah cederakan 20 kanak-kanak

Posted: 13 Feb 2020 06:50 AM PST

YANGON: Kira-kira 20 kanak-kanak cedera hari ini apabila api mortar mengenai sekolah rendah di pinggir utara negeri Rakhine, kawasan di mana tentera terbabit dalam pertempuran dengan pemberontak Arakan (AA).

Gadis Tionghua pencinta busana tradisional Melayu

Posted: 13 Feb 2020 06:13 AM PST

TELUK INTAN: Manis menggayakan kurung songket moden berona pastel dengan disusuli tutur bicaranya lembut, ternyata membangkitkan aura 'anak dara' Melayu pada wanita berketurunan Tionghua ini yang turut memiliki lebih 100 pasang baju kurung tradisional.

Menteri Kewangan Britain lepaskan jawatan dalam rombakan Kabinet

Posted: 13 Feb 2020 05:58 AM PST

LONDON: Menteri Kewangan Britain, Sajid Javid mengambil tindakan mengejut dengan meletakkan jawatannya hari ini, sekali gus memberi tamparan hebat kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Boris Johnson.

Cadang penjara 20 tahun kepada pemandu mabuk

Posted: 13 Feb 2020 02:56 AM PST

PUTRAJAYA: Kerajaan akan meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mengenakan hukuman lebih berat bagi kesalahan memandu secara berbahaya dan di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian.

Selera besar TFC

Posted: 13 Feb 2020 05:37 AM PST

KUALA TERENGGANU: Biarpun sedar saingan hebat bakal dilalui dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini, Terengganu FC (TFC) tekad untuk 'menyapu bersih' tiga piala dipertandingkan termasuk Liga Super, Piala Malaysia dan Piala FA.

Gempa bumi kuat landa Kepulauan Kuril

Posted: 13 Feb 2020 05:25 AM PST

KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat bermagnitud 6.6 pada skala Richter melanda Kepulauan Kuril pada jam 6.33 petang tadi.

Polis patah kaki dilanggar lari

Posted: 13 Feb 2020 05:23 AM PST

KULIM: Seorang anggota polis dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB) patah paha kanan selepas dilanggar lari di lampu isyarat simpang empat Paya Besar, di sini awal pagi tadi.

Skuad lelaki bertemu Korea, wanita menentang Taiwan

Posted: 13 Feb 2020 05:20 AM PST

KUALA LUMPUR: Skuad badminton lelaki negara diundi bertemu Korea Selatan pada aksi suku akhir Kejohanan Berpasukan Asia di Manila, Filipina, esok.

Azizulhasni sasar emas di Tokyo 2020

Posted: 13 Feb 2020 05:13 AM PST

NILAI: Jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang menyasarkan pingat emas pada saingan di Sukan Olimpik Tokyo nanti.

Pesona Iniesta musnahkan JDT

Posted: 13 Feb 2020 05:11 AM PST

JOHOR BAHRU: Terlalu menghormati lawan menjadi punca Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal menyaingi Vissel Kobe selepas tewas 1-5 pada aksi Kumpulan G saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Park Misaki, semalam.

Mesyuarat penting di Riyadh

Posted: 09 Feb 2020 07:55 PM PST

KUALA LUMPUR : Satu mesyuarat penting diatur di istana di Riyadh di antara Raja Abdullah bin Abdul Aziz Al-Saud dan Datuk Seri Najib Razak pada 11 Januari 2010.

Kes rakaman audio, 12 sudah dirakam percakapan

Posted: 10 Feb 2020 12:38 AM PST

KUALA LUMPUR: Polis sudah merakam percakapan 12 daripada 20 individu yang disebut dalam sembilan set rakaman audio berdurasi 45 minit yang didedahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Najib sendiri beritahu tujuan derma: Bekas Duta Arab Saudi

Posted: 10 Feb 2020 03:27 AM PST

KUALA LUMPUR: Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hanya mengetahui daripada Datuk Seri Najib Razak sendiri mengenai derma yang disalurkan dan tujuan ia diberikan oleh Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud.

Sumbangan kepada akuan peribadi Najib atas beberapa alasan tertentu

Posted: 10 Feb 2020 06:56 PM PST

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu sumbangan daripada Raja Arab Saudi, Allahyarham Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud disalurkan kepada satu akaun persendirian Datuk Seri Najib Razak atas beberapa alasan tertentu.

SPRM keluar waran tangkap Jho Low, 2 pengarah PetroSaudi

Posted: 10 Feb 2020 09:13 PM PST

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mengeluarkan waran tangkap dan menghubungi Interpol untuk mengeluarkan Notis Merah terhadap ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau lebih dikenali Jho Low serta dua yang lain berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Siasatan rakaman audio dijangka selesai lagi dua minggu

Posted: 11 Feb 2020 12:23 AM PST

PUTRAJAYA: Siasatan terhadap rakaman audio berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd (SRC) yang didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bulan lalu dijangka diselesaikan dalam tempoh dua minggu lagi.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template