Monday, February 17, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Pakistan sahkan bekas pemimpin Taliban yang menembak pemenang anugerah Nobel melarikan diri

Posted: 17 Feb 2020 08:14 AM PST

ISLAMABAD: Pakistan mengesahkan bekas pemimpin Taliban yang melakukan serangan ke atas aktivis sosial yang juga pemenang Nobel remaja, Malala Yousafzai pada 2012 telah melarikan diri dari tahanan.

Singapura arah Facebook sekat laman anti-kerajaan

Posted: 17 Feb 2020 07:36 AM PST

SINGAPURA: Singapura hari ini mengarahkan Facebook untuk menyekat laman anti-kerajaan di negara itu, penggunaan terbaru undang-undang terhadap maklumat salah dalam talian, yang disifatkan pengkritik sebagai menyekat kebebasan bersuara.

Eurogroup jangka COVID-19 beri kesan sementara pada ekonomi Eropah

Posted: 17 Feb 2020 07:14 AM PST

BRUSSELS: Ketua Eurogroup, Mario Centeno hari ini menegaskan kesan wabak coronavirus (COVID-19) terhadap ekonomi Eropah hanyalah sementara meskipun meninggalkan impak yang besar pada China.

Gula-gula tenaga mengandungi racun berjadual

Posted: 16 Feb 2020 09:56 PM PST

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengesahkan produk viral menerusi media sosial, Energy Candy, mengandungi racun berjadual tadafil yang digunakan untuk pesakit yang mengalami mati pucuk (Erectile Dysfunction).

Pegawai penyiasat 1MDB tidak mahu jumpa peguam Najib

Posted: 16 Feb 2020 11:37 PM PST

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu, pegawai penyiasat kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Asisten Komisioner Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Nasharudin Amir, enggan ditemubual oleh peguam yang mewakili bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Periksa barangan disita: Pendakwaan dapat lanjutan masa

Posted: 16 Feb 2020 11:38 PM PST

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk melanjutkan masa bagi melaksanakan perintah mahkamah yang membenarkan Datuk Seri Najib Razak dan keluarga memeriksa barangan yang disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tabik wira tak didendang

Posted: 16 Feb 2020 10:12 PM PST

KETIKA ruangan ini ditulis, lebih 67,000 kes jangkitan COVID-19 dilaporkan di seluruh dunia dengan jumlah korban akibat virus melepasi 1,500 nyawa dan terus meningkat setiap hari. COVID-19 adalah mimpi ngeri bukan sahaja untuk China, tetapi buat seluruh dunia.

Davies pelaburan terbaik - TMJ

Posted: 16 Feb 2020 11:25 PM PST

JOHOR BAHRU: Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan penyertaan Matthew Davies dalam skuad Harimau Selatan sebagai satu pelaburan terbaik.

'Bagai mimpi dapat kahwin wanita Itali'

Posted: 16 Feb 2020 10:46 PM PST

KUALA TERENGGANU: "Saya bagaikan bermimpi apabila memperisterikan wanita Itali," kata Mohamad Khalies Hami Hamzah, 35, dari Kampung Kubang Tangga, ketika dihubungi, hari ini.

Bila dah takut dan panik, huruf S pun disangka ular

Posted: 17 Feb 2020 04:19 AM PST

KOTA BHARU: Panggilan kecemasan mengenai ancaman ular berbisa, menyebabkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Tumboh di sini, bergegas ke Kampung Chica, Kubang Kerian, malam tadi.

Bujang Basar buaya terbesar dalam kurungan

Posted: 17 Feb 2020 01:45 AM PST

LANGKAWI: Buaya tembaga jantan gergasi, Bujang Basar diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai buaya terbesar dalam kurungan di negara ini.

Aiman, Zahirah nikah Khamis ini?

Posted: 17 Feb 2020 03:23 AM PST

PETALING JAYA: 'Tunggu Khamis ini.'

Bukit Aman tumpaskan geng kongsi gelap "Ayah Yie Tiger 99"

Posted: 17 Feb 2020 12:11 AM PST

KUALA LUMPUR: Kumpulan kongsi gelap 'Geng Ayah Yie Tiger 99' yang disyaki menembak bekas pemandu kepada mantan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, pada tahun 2017 tumpas selepas Polis Bukit Aman, menahan 12 anggota kumpulan itu termasuk ketuanya berusia 39 tahun.

Zidane 'makan' but Aidoo

Posted: 17 Feb 2020 06:09 AM PST

LONDON: Zinedine Zidane di sepak di bahagian mukanya ketika Real Madrid mencatat keputusan seri 2-2 dengan Celta Vigo, awal pagi tadi.

3 ditahan terbabit kes samun

Posted: 17 Feb 2020 06:04 AM PST

JOHOR BAHRU: Polis menahan tiga lelaki tempatan selepas dipercayai terbabit dengan kegiatan samun di sebuah kilang binaan dalam serbuan di Jalan Perak 1, Taman Bersatu Kulai, di sini.

AS, Taliban dijangka meterai perjanjian damai hujung bulan

Posted: 17 Feb 2020 06:01 AM PST

ISLAMABAD: Rundingan damai dengan Amerika Syarikat (AS) sudah selesai dan perjanjian dijangka ditandatangani pada akhir Februari, lapor agensi berita Anadolu memetik kenyataan seorang pemimpin Taliban.

Bicara 1MDB ditangguh ke 2 Mac

Posted: 17 Feb 2020 02:59 AM PST

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana RM2.3 bilion 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dihadapi Datuk Seri Najib Razak yang sepatutnya bersambung esok dan Jumaat ini, ditangguhkan ke Mac depan.

Pesakit tempatan pertama positif COVID-19 pulih sepenuhnya

Posted: 17 Feb 2020 03:18 AM PST

PUTRAJAYA: Seorang lelaki tempatan yang menjadi mangsa pertama positif coronavirus COVID-19 di negara ini, sudah dibenarkan pulang.

Singapura sahkan dua lagi kes positif COVID-19

Posted: 17 Feb 2020 05:54 AM PST

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) hari ini mengesahkan dua lagi kes positif jangkitan COVID-19 di republik itu, menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini ialah 77.

Pelaksanaan projek solar hibrid arahan Najib - Saksi

Posted: 16 Feb 2020 11:06 PM PST

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan projek solar hibrid Jepak adalah di atas arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bukan inisiatif Kementerian Pendidikan sendiri.

Wilayah Hubei ditutup sepenuhnya

Posted: 17 Feb 2020 05:19 AM PST

BEIJING: Wilayah Hubei yang menjadi pusat penularan COVID-19, semalam mengumumkan akan melaksanakan sekatan perjalanan lebih ketat terhadap semua penduduknya bagi menghalang wabak itu merebak.

SAR lelaki lemas giat dilakukan

Posted: 17 Feb 2020 05:46 AM PST

KUALA LUMPUR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus di Sungai Puchong berhampiran Taman Angkasa, di sini, pagi tadi, masih giat dilakukan.

Ramadan, Aidilfitri tarikh baharu Sukan Para ASEAN

Posted: 17 Feb 2020 05:37 AM PST

KUALA LUMPUR: Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) mahu bertemu 'empat mata' dengan Persekutuan Sukan Para ASEAN (APSF) bagi membincangkan tarikh Sukan Para ASEAN 2020 di Filipina yang masih belum diputuskan.

Siasat tanggungjawab majikan

Posted: 17 Feb 2020 05:36 AM PST

KUALA LUMPUR: Proses siasatan standard bagi kejadian runtuhan struktur kondominium di Taman Desa di sini, baru-baru ini, dijangka dapat dilengkapkan dalam tempoh sebulan.

Inap desa 40 bilik diroboh kerana ceroboh tanah kerajaan

Posted: 17 Feb 2020 04:08 AM PST

SUNGAI PETANI: Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kedah hari ini, menyita kawasan inap desa seluas 1.13 hektar di bandar ini, selepas mendapati pemiliknya menceroboh tanah kerajaan.

'PKS dapat manfaat pakej rangsangan ekonomi'

Posted: 17 Feb 2020 05:28 AM PST

KUALA LUMPUR: Pakej rangsangan ekonomi yang bertujuan untuk mengurangkan impak ekonomi luaran daripada penularan jangkitan COVID-19 akan turut memberi manfaat kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS), terutama dalam sektor pelancongan dan pembuatan.

Murid 7 tahun terbabit jenayah pecah rumah

Posted: 17 Feb 2020 05:25 AM PST

KUALA TERENGGANU: Murid semuda tujuh tahun antara yang ditahan kerana terbabit dalam jenayah pecah rumah di negeri ini sepanjang tahun lalu.

Malaysia terawal umum pakej rangsangan

Posted: 17 Feb 2020 05:16 AM PST

CYBERJAYA: Malaysia adalah antara negara terawal akan melaksanakan pakej rangsangan ekonomi bagi menangani impak penularan wabak COVID-19.

Beijing bangunkan kilang topeng baharu dalam enam hari

Posted: 17 Feb 2020 05:17 AM PST

BEIJING: Ibu negara China, Beijing akan menubuhkan sebuah kilang topeng baru dalam masa enam hari untuk memenuhi permintaan yang tinggi terhadap peralatan perlindungan COVID-19, kata agensi berita Xinhua hari ini.

Beijing Autoshow ditunda berikutan COVID-19

Posted: 17 Feb 2020 05:05 AM PST

BEIJING: Penganjur pameran kereta terbesar di China hari ini mengumumkan acara itu adalah yang terbaru ditangguhkan disebabkan oleh wabak COVID-19.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template