Sunday, February 2, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Coronavirus: 56 kes kematian baharu

Posted: 02 Feb 2020 02:50 PM PST

BEIJING: Bandar Hubei yang menjadi lokasi penularan wabak coronavirus, semalam, merekodkan 56 kes kematian baharu, kata suruhanjaya kesihatan, hari ini.

Arteta salahkan padang di Burnley

Posted: 02 Feb 2020 02:46 PM PST

BURNLEY, United Kingdom: Mikel Arteta menyalahkan padang di Turf Moor ketika Arsenal semakin sukar memburu empat tempat teratas Liga Perdana sberikutan seri 0-0 di Burnley awal pagi tadi.

Man City tumbang di tangan Tottenham

Posted: 02 Feb 2020 02:40 PM PST

LONDON: Jaringan sulung Steven Bergwijn membantu Tottenham mencipta kemenangan 2-0 mengatasi Manchester City yang bermain 10 orang sebentar tadi dan menghidupkan kembali peluang mencabar kedudukan empat teratas Liga Perdana.

Polis tembak mati lelaki di selatan London

Posted: 02 Feb 2020 08:15 AM PST

LONDON: Polis Britain menembak mati seorang lelaki di selatan London hari ini, selepas sekurang-kurangnya dua lelaki ditikam dalam kejadian berkaitan pengganas.

Arsenal, Burnley terikat tanpa jaringan

Posted: 02 Feb 2020 08:20 AM PST

BURNLEY: Misi Arsenal untuk menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris musim ini dalam kelompok empat teratas semakin sukar selepas sekadar seri tanpa jaringan dengan Burnley, sebentar tadi.

Ronaldo makin menjadi

Posted: 02 Feb 2020 07:46 AM PST

MILAN: Cristiano Ronaldo melebarkan rekod jaringannya kepada sembilan perlawanan berturut-turut selepas meledak dua gol menerusi sepakan penalti bagi membantu Juventus menewaskan Fiorentina 3-0 dalam saingan Serie A, sebentar tadi.

Iran sokong Mohammed Tawfiq sebagai PM Iraq

Posted: 02 Feb 2020 07:42 AM PST

DUBAI: Iran menyokong penuh pelantikan Mohammed Tawfiq Allawi sebagai Perdana Menteri Iraq yang baharu.

Sekretariat Malaysia di Wuhan mula beroperasi

Posted: 02 Feb 2020 07:23 AM PST

KUALA LUMPUR: Pasukan petugas dari Kedutaan Besar Malaysia di Beijing telah mula mengoperasikan bilik sekretariat di bandar Wuhan untuk membantu proses penghantaran pulang rakyat Malaysia, susulan penularan 2019 novel koronavirus (2019-nCoV) di negara itu.

Menteri Australia letak jawatan akibat skandal dana

Posted: 02 Feb 2020 07:04 AM PST

SYDNEY: Menteri Pertanian Australia dipaksa meletak jawatan selepas beliau didapati telah menyerahkan wang awam kepada kelab-kelab sukan di kerusi yang menjadi sasaran kerajaan konservatif menjelang pilihan raya.

Tersangkut pada tiang lampu

Posted: 02 Feb 2020 06:57 AM PST

PUTRAJAYA: Seorang peserta terjunan ekstrem sempena Putrajaya Base Jump (PBJ) berdepan detik cemas apabila payung terjunnya tersangkut pada tiang lampu bangunan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat ketika cuba melakukan pendaratan.

Jangan cetus panik - TPM

Posted: 02 Feb 2020 07:00 AM PST

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, hari ini meminta rakyat tidak menyebarkan berita palsu mengenai penularan koronavirus 2019 (2019-nCoV) di beberapa negara termasuk Malaysia ketika ini.

Polis tahan 'polis'

Posted: 02 Feb 2020 06:39 AM PST

BATU PAHAT: Seorang pelajar kolej swasta ditahan selepas menyamar sebagai 'polis' dalam satu operasi trafik di sekitar Parit Raja, dekat sini, awal pagi tadi.

Terima kasih kerajaan, tak sabar nak jumpa keluarga

Posted: 02 Feb 2020 06:29 AM PST

KUALA LUMPUR: "Tak sabar rasanya nak balik dan jumpa keluarga saya. Akhirnya, hasrat saya menjadi kenyataan," demikian luahan gembira seorang pelajar Malaysia yang berada di Wuhan, China.

Koktel flu, ubat HIV bantu memerangi coronavirus - doktor Thai

Posted: 02 Feb 2020 06:08 AM PST

BANGKOK: Doktor Thailand telah berjaya mengatasi kes-kes yang teruk membabitkan coronavirus baharu dengan gabungan ubat-ubatan untuk selesema dan HIV, dengan hasil awal menunjukkan peningkatan yang besar 48 jam selepas menjalani rawatan, kata mereka semalam.

Kastam Sarawak sita satu kontena minuman keras import

Posted: 02 Feb 2020 05:50 AM PST

KUCHING: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak menyita sebuah kontena dengan muatan minuman keras (medicated samsu) diimport di Pelabuhan Senari Kuching, Khamis lalu.

Djokovic juarai Terbuka Australia

Posted: 02 Feb 2020 05:30 AM PST

MELBOURNE: Novak Djokovic dipaksa bekerja keras sebelum merekodkan gelaran kelapan Terbuka Australia hasil kemenangan ke atas Dominic Thiem dalam aksi final, sebentar tadi.

Protokol khas misi bawa pulang rakyat Malaysia

Posted: 02 Feb 2020 04:54 AM PST

KUALA LUMPUR: Misi membawa pulang rakyat Malaysia di Wuhan, China melalui pesawat khas esok akan melalui empat fasa protokol kesihatan yang ketat.

'Saya putus cinta lah, bukan pasal gimik'

Posted: 02 Feb 2020 05:21 AM PST

KUALA LUMPUR: Perkongsian rakaman video yang antara lain memaparkan dirinya menangis, pantas menarik perhatian netizen kepada penyanyi Muna Shahirah.

Hendrawan minta tolong Daren, Joo Ven

Posted: 02 Feb 2020 04:57 AM PST

KUALA LUMPUR: Jurulatih perseorangan lelaki negara, Hendrawan meminta bantuan dua bekas pemain kebangsaan, Liew Daren dan Soong Joo Ven bagi menjadi rakan sepelatih kepada Lee Zii Jia.

Amar teruja dapat mula bersekolah

Posted: 02 Feb 2020 04:25 AM PST

JITRA: Impian Muhammad Amar Farish Mohd Hafid, 7, untuk merasai alam persekolahan tercapai selepas benjolan kelenjar di ketiak kirinya dapat dibuang pada 16 Januari lalu.

Penunjuk perasaan terus protes, tolak PM baharu Iraq

Posted: 02 Feb 2020 04:32 AM PST

BAGHDAD: Penunjuk perasaan dan anti-kerajaan terus memberontak di ibu negara dan selatan Iraq bagi menolak pelantikan Perdana Menteri baharu, Mohammad Tawfiq Allawi yang diputuskan semalam.

UTK bukan seperti 'Secret Service'

Posted: 02 Feb 2020 04:41 AM PST

SUNGAI BULOH: Peranan Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah lebih meluas daripada pasukan 'Secret Service' di Amerika Syarikat (AS) yang bertanggungjawab melindungi presiden dan keluarganya.

Polis nafi 'tutup sesuatu' kes dadah babit ahli politik

Posted: 02 Feb 2020 04:19 AM PST

JOHOR BAHRU: Polis hari ini menyangkal dakwaan kononnya ada cubaan untuk 'menutup sesuatu' berhubung penahanan 17 individu dalam kes berkaitan dadah di sebuah kondominium di Jalan Puchong, Kuala Lumpur, bulan lalu.

Status tapak pembinaan PDF Lynas di Bukit Ketam belum muktamad

Posted: 02 Feb 2020 04:15 AM PST

KUANTAN: Kerajaan Pahang masih menunggu keputusan daripada kerajaan Pusat berhubung cadangan pembinaan tapak pelupusan kekal (PDF) sisa pemprosesan nadir bumi yang dikatakan dibina di Bukit Ketam, di sini.

'Kenyataan saya berpandukan taklimat, siasatan polis'

Posted: 02 Feb 2020 12:04 AM PST

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata dakwaannya bahawa insiden provokasi dan kekecohan ketika perjumpaan Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) di Ulu Tiram, Johor kelmarin dilakukan penyokong UMNO, berpandukan taklimat dan siasatan polis.

Pemandu mabuk rempuh kanak-kanak, empat maut

Posted: 02 Feb 2020 02:47 AM PST

SYDNEY: Empat kanak-kanak dan remaja maut manakala tiga lagi cedera selepas dirempuh pemandu mabuk yang memandu kenderaan pacuan empat roda di Bettington Road, Oatlands, di sini, lewat semalam.

PPSMI belum muktamad, masih dalam perbincangan awal - TPM

Posted: 01 Feb 2020 11:19 PM PST

KLANG: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, langkah untuk melaksanakan penggunaan bahasa Inggeris bagi pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah belum lagi dimuktamadkan.

Kes pertama demam babi Afrika dilaporkan di selatan Filipina

Posted: 02 Feb 2020 03:48 AM PST

MANILA: Sampel darah yang diambil dari babi di wilayah selatan di Filipina, pengguna daging babi ke-10 terbesar di dunia, diuji positif untuk virus demam babi Afrika, kata Jabatan Pertanian, hari ini.

Kelulusan permohonan hartanah dalam 24 jam

Posted: 02 Feb 2020 03:31 AM PST

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah berharap harga hartanah menjadi lebih berpatutan apabila proses kelulusan kepada pemaju diberikan dalam tempoh 24 jam menerusi sistem Kelulusan Pelan Pembangunan 24 Jam (EPP).

Sarawak cadang bawa balik rangka manusia berusia 40,000 tahun dari Amerika

Posted: 02 Feb 2020 03:29 AM PST

KUCHING: Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak bercadang membawa pulang lebih 100 rangka tulang manusia purba berusia kira-kira 40,000 tahun yang ditemui di Gua Niah dan kini disimpan di Florida, Amerika Syarikat (AS) pada bulan ini atau Mac ini.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template