Thursday, February 20, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Rompak kedai serbaneka, 3 dipenjara 55 tahun

Posted: 20 Feb 2020 12:40 AM PST

KLUANG: Tiga lelaki masing-masing dihukum penjara berjumlah 55 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas mengaku salah merompak lima kedai serbaneka 24 jam di sekitar bandar ini, pada 30 Januari lalu.

Rizalman bersara dari dunia fesyen

Posted: 20 Feb 2020 08:19 AM PST

KUALA LUMPUR: Pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim mengumumkan mengundurkan diri dari dunia fesyen selepas 30 tahun membina jenamanya.

TPM cadang tubuh Suruhanjaya Amal

Posted: 20 Feb 2020 08:16 AM PST

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata sudah tiba masanya Suruhanjaya Amal diwujudkan bagi menambah baik kecekapan, ketelusan dan tadbir urus baik dalam sektor kewangan sosial.

Dr Afif Bahardin diberi surat tunjuk sebab, didakwa sabotaj kongres

Posted: 20 Feb 2020 08:10 AM PST

GEORGETOWN: Bekas Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr Afif Bahardin semalam menerima surat tunjuk sebab atas dakwaan melakukan sabotaj dengan terbabit dalam kekacauan pada Kongres AMK di Melaka, Disember lalu.

Kementerian urus permohonan PPR di Sabah

Posted: 20 Feb 2020 07:40 AM PST

SANDAKAN: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengendalikan proses permohonan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Sabah berikutan kewujudan 'konco-konco' yang menjadi dalang penipuan permohonan projek terbabit di negeri itu.

Tiada arahan tarik kemenangan Naim Daniel

Posted: 20 Feb 2020 06:58 AM PST

KUALA LUMPUR: Ketua Juri, Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34, Ajai mengesahkan belum menerima arahan daripada pihak TV3 berhubung kontroversi lagu Sumpah nyanyian Naim Daniel yang diangkat juara AJL34.

Naim pertahan mahu bukti, keluarga Dayana tersinggung

Posted: 20 Feb 2020 03:44 AM PST

KUALA LUMPUR: Syarikat pengurusan Naim Daniel, World Peace (WP) Entertainment Sdn Bdn mahu wanita yang mendakwa dirinya bekas kekasih penyanyi itu, mengemukakan bukti kukuh lagu Sumpah adalah milik dirinya dan artis naungan mereka.

Kabinet bincang cadangan sekat pelancong China

Posted: 20 Feb 2020 01:29 AM PST

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Kabinet semalam membincangkan cadangan untuk melarang pelancong dari China untuk memasuki Malaysia.

Netanyahu umum penempatan baharu di timur Baitulmaqdis

Posted: 20 Feb 2020 06:20 AM PST

BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengumumkan pelan untuk membina ribuan rumah baharu bagi penduduk Yahudi di timur Baitulmaqdis, dua minggu sebelum pilihan raya.

Guarana berpotensi besar alternatif sawit, getah

Posted: 19 Feb 2020 11:56 PM PST

KUALA LUMPUR: Malaysia berpotensi menjadi pengeluar tunggal produk guarana di Asia Tenggara jika ia dibangunkan sebagai tanaman alternatif bagi komoditi getah dan sawit.

Penumpang MV Genting Dream tiada gejala COVID-19

Posted: 20 Feb 2020 01:04 AM PST

KUALA LUMPUR: Seramai 678 penumpang dan 445 kru kapal persiaran MV Genting Dream yang berlabuh di Pelabuhan Klang, Selangor, tengah hari tadi, disahkan tidak mempunyai gejala jangkitan kluster COVID-19.

Ahli perniagaan mabuk langgar pintu kaca bank

Posted: 20 Feb 2020 06:03 AM PST

BUKIT MERTAJAM: Seorang ahli perniagaan yang memandu dalam keadaan mabuk melanggar cermin kaca pintu hadapan sebuah bank di Jalan Kampung Baru, di sini, ketika ingin memarkir kereta Toyota Hilux untuk ke sebuah kedai serbaneka di situ, tengah malam tadi.

Juruteknik hadapi 110 tuduhan tipu projek padang futsal

Posted: 20 Feb 2020 12:49 AM PST

MELAKA: Seorang juruteknik pendawaian mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas 110 pertuduhan memperdaya seorang pembantu operasi sebuah sekolah berjumlah RM543,850 bagi urusan pelaburan perniagaan padang futsal, tiga tahun lalu.

Leher ibu hampir putus: Anak mangsa

Posted: 19 Feb 2020 10:05 PM PST

SERDANG: "Saya tidak sangka ibu saya dibunuh dalam keadaan ngeri dengan lehernya hampir putus," kata anak kepada wanita yang ditemui mati, dipercayai dibunuh di tempat letak kereta Jalan Merbah, Pusat Bandar Puchong Jaya, di sini, malam tadi.

6 pekerja terperangkap bawah tanah diselamatkan

Posted: 20 Feb 2020 05:50 AM PST

MONDA: Polis menyelamatkan enam pekerja terperangkap dalam kilang bawah tanah di sebuah perkampungan di kaki gunung di Sepanyol.

Wanita ditemukan mati dengan kesan kelar

Posted: 19 Feb 2020 07:49 PM PST

KUALA LUMPUR: Seorang wanita ditemui mati dengan kesan kelar di beberapa bahagian badan di tempat letak kenderaan Jalan Merbah, Pusat Bandar Puchong Jaya, Puchong dekat sini, malam tadi.

Kes wanita dikelar, bekas suami ditahan

Posted: 20 Feb 2020 04:57 AM PST

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes penemuan mayat seorang wanita di tempat letak kenderaan di Pusat Bandar Puchong Jaya, dekat sini, malam tadi.

'Tolong padamkan sekarang!'

Posted: 19 Feb 2020 06:12 PM PST

KUALA LUMPUR: Baru dilancarkan tengah malam tadi, single Datuk Seri Siti Nurhaliza berjudul 7 Nasihat didakwa dimuat naik beberapa individu di laman YouTube peribadi mereka.

Emma Maembong sah isteri juruterbang

Posted: 19 Feb 2020 08:00 PM PST

KUALA LUMPUR: Dengan sekali lafaz, Emma Maembong, 27, sah bergelar isteri kepada juruterbang, Muhammad Shazli Azhar, 32, pada majlis tertutup di sebuah premis acara di Bukit Damansara, di sini, jam 11.58 pagi tadi.

Alvin Chong simpan rahsia Emma

Posted: 19 Feb 2020 11:12 PM PST

KUALA LUMPUR: Tiba-tiba disatukan dalam majlis diatur indah, rupa-rupanya, Alvin Chong menjadi antara individu yang merahsiakan tarikh pernikahan Emma Maembong dengan jejaka pilihan hati si 'Mr Pilot', pagi tadi.

Zizan doakan Emma bahagia ke akhir hayat

Posted: 19 Feb 2020 10:25 PM PST

PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak, Zizan Razak mengucapkan tahniah kepada Emma Maembong yang bernikah dengan pasangannya, Muhammad Shazli Azhar, di ibu negara, pagi tadi.

Malaysia, Singapura tingkat kerjasama di Tambak Johor tangani COVID-19

Posted: 20 Feb 2020 05:37 AM PST

VIENTIANE: Malaysia dan Singapura akan mempertingkatkan kerjasama di Tambak Johor yang mempunyai pergerakan manusia dan kenderaan yang tinggi dalam usaha menangani penularan jangkitan coronavirus (COVID-19).

Mahkamah Rayuan tolak rayuan bekas Lans Koperal

Posted: 20 Feb 2020 05:12 AM PST

PUTRAJAYA: Seorang bekas anggota polis berpangkat Lans Koperal terpaksa meringkuk dalam penjara selama 20 tahun dan berdepan 15 sebatan kerana merogol, melakukan seks luar tabii dan memeras ugut seorang pelajar kolej berusia 18 tahun pada 2015, selepas gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan, hari ini.

India keluar lesen import 1.1 juta minyak sawit bertapis Indonesia

Posted: 20 Feb 2020 05:12 AM PST

MUMBAI: India keluarkan lesen import untuk 1.1 juta tan minyak sawit bertapis dari Indonesia, menurut sumber kerajaan dan perdagangan.

Najib putuskan lulus permohonan Jepak Holdings

Posted: 20 Feb 2020 02:58 AM PST

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, diberitahu bahawa kelulusan bagi permohonan projek solar hibrid oleh Jepak Holdings Sdn Bhd diputuskan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan ketika itu.

Olimpik Tokyo: KBS sedia RM22.5 juta

Posted: 20 Feb 2020 04:51 AM PST

PUTRAJAYA: Sebanyak RM22.5 juta diperuntukkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebagai persiapan atlet ke temasya Sukan Olimpik Tokyo, bermula Julai ini.

Hospital Medan Malaysia kekal hingga Disember 2021

Posted: 20 Feb 2020 04:55 AM PST

KUALA LUMPUR: Hospital Medan Malaysia di Cox's Bazar, Bangladesh, yang beroperasi sejak 2018, akan dilanjutkan tempoh perkhidmatannya sehingga Disember 2021.

Socar terima suntikan modal RM74.89 juta dari pelabur asing

Posted: 20 Feb 2020 04:50 AM PST

KUALA LUMPUR: Syarikat pemula niaga perkongsian kereta, SOCAR Mobility Malaysia (SOCAR), menerima suntikan modal baharu berjumlah AS$18 juta (RM74.89 juta) daripada dua syarikat, Eugene Private Equity Co Ltd dan KH Energy Co Ltd.

Kereta api Sydney-Melbourne tergelincir, 2 terbunuh

Posted: 20 Feb 2020 04:49 AM PST

SYDNEY: Dua orang terbunuh dan beberapa lagi cedera apabila sebuah kereta api antara negeri di Australian tergelincir dari landasan di luar Melbourne hari ini.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template