BH Online - Terkini |
- Liverpool menang lagi, samai rekod City
- BERSATU nafi Ahli Parlimen, pemimpinnya keluar parti
- Tun M boleh teruskan tugas sebagai Perdana Menteri tanpa sekatan
- BERSATU tolak peletakan jawatan Tun M
- Mesyuarat tergempar BERSATU dihadiri tetamu istimewa
- Anwar, Wan Azizah dijadual menghadap Agong, DAP adakan mesyuarat tergempar
- PAS Kedah enggan gopoh
- 'Kami bukan pengkhianat tapi gagalkan konspirasi'
- GPS minta Najib jadi orang tengah
- Tiada had tempoh jawatan PM interim - Peguam Negara
- Bahrain batal aksi menentang Harimau Malaya
- Kedah, Pahang jumpa di pusingan kedua
- Pelantikan semua menteri, timbalan menteri terbatal - KSN
- Jangan sebar berita palsu - KPN
- Tun M senyum selepas 90 minit jumpa Agong
- Puluhan ribu rakyat India sambut Trump
- 'MCA akur, semua ini di luar jangka'
- Untung bersih UEM Sunrise RM223.8 juta
- Pulau Pinang komited terhadap PH
- Azmin bincang tubuh parti baharu?
- Pacuan empat roda terapung di Pantai Batu Laut
- Kerajaan PH N9 tidak tergugat
- Skuad wanita Hockademy dapat ganjaran
- Guru disabitkan tuduhan kematian 10 pelajar angkara banjir
- 'Ibu kota kekal tenang'
- Kadar dividen KWSP bergantung ekonomi global
- 'Tumpu pulihkan keyakinan pelabur'
- WARISAN sokong Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri
- SKMM pantau berita palsu
- Ringgit ditutup rendah, cecah RM4.22 sedolar
| Liverpool menang lagi, samai rekod City Posted: 24 Feb 2020 04:08 PM PST LIVERPOOL: Liverpool merekodkan kemenangan ke-18 berturut-turut dalam dalam saingan Liga Perdana Inggeris apabila kembali bangkit bagi menewaskan West Ham United 3-2, awal pagi tadi. |
| BERSATU nafi Ahli Parlimen, pemimpinnya keluar parti Posted: 24 Feb 2020 09:23 AM PST PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menafi dan menolak dakwaan ada Ahli Parlimen dan pemimpin parti itu keluar parti susulan keputusan Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai Pengerusi parti itu. |
| Tun M boleh teruskan tugas sebagai Perdana Menteri tanpa sekatan Posted: 24 Feb 2020 05:07 AM PST KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad masih boleh menjalankan tugasnya sebagai Perdana Menteri mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan dan tiada sekatan walaupun lantikan itu bersifat interim. |
| BERSATU tolak peletakan jawatan Tun M Posted: 24 Feb 2020 08:07 AM PST PETALING JAYA: Mesyuarat tergempar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) memutuskan menolak peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi parti itu. |
| Mesyuarat tergempar BERSATU dihadiri tetamu istimewa Posted: 24 Feb 2020 05:56 AM PST PETALING JAYA: Mesyuarat tergempar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) malam ini diadakan tanpa kehadiran bekas Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad. |
| Anwar, Wan Azizah dijadual menghadap Agong, DAP adakan mesyuarat tergempar Posted: 23 Feb 2020 04:59 PM PST KUALA LUMPUR: Desas-desus berhubung kemungkinan pengaturan semula politik yang menggemparkan negara, semalam, masih belum berakhir dan isu berkenaan dijangka berterusan pada hari ini. |
| Posted: 24 Feb 2020 07:45 AM PST ALOR SETAR: PAS Kedah tidak mahu bertindak gopoh dan gelojoh berhubung perkembangan semasa kerajaan Pusat susulan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri. |
| 'Kami bukan pengkhianat tapi gagalkan konspirasi' Posted: 24 Feb 2020 07:24 AM PST KUALA LUMPUR: Kumpulan 11 bekas Ahli Parlimen PKR yang keluar daripada parti itu dan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk gabungan baharu, menegaskan mereka bukan pengkhianat seperti dituduh beberapa pihak. |
| GPS minta Najib jadi orang tengah Posted: 24 Feb 2020 07:24 AM PST KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengadakan pertemuan dengan pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) di sebuah lokasi tidak didedahkan di ibu negara malam ini. |
| Tiada had tempoh jawatan PM interim - Peguam Negara Posted: 24 Feb 2020 07:11 AM PST PUTRAJAYA: Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, berkata tiada had tempoh bagi jawatan Perdana Menteri interim, untuk menggunakan kuasa budi bicaranya bagi melantik Menteri Kabinet yang baharu. |
| Bahrain batal aksi menentang Harimau Malaya Posted: 24 Feb 2020 07:07 AM PST KUALA LUMPUR: Skuad kebangsaan terlepas peluang untuk aksi pemanas badan sebelum mengharungi Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 apabila perlawanan menentang Bahrain terpaksa dibatalkan. |
| Kedah, Pahang jumpa di pusingan kedua Posted: 24 Feb 2020 06:36 AM PST KUALA LUMPUR: Aksi pusingan kedua Piala FA 2020 menjanjikan pertembungan menarik selepas dua pasukan 'heavyweight' dalam kancah bola sepak tempatan diundi bertemu sesama sendiri. |
| Pelantikan semua menteri, timbalan menteri terbatal - KSN Posted: 24 Feb 2020 05:52 AM PST KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini membatalkan pelantikan semua menteri atas nasihat Perdana Menteri. |
| Jangan sebar berita palsu - KPN Posted: 24 Feb 2020 03:06 AM PST KUALA LUMPUR: Polis memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak membuat spekulasi dan berita palsu mengenai keadaan politik negara semasa. |
| Tun M senyum selepas 90 minit jumpa Agong Posted: 24 Feb 2020 02:38 AM PST KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad meninggalkan Istana Negara selepas kira-kira 90 minit, menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara, sebentar tadi. |
| Puluhan ribu rakyat India sambut Trump Posted: 24 Feb 2020 05:07 AM PST AHMEDABAD: Puluhan ribu rakyat India membanjiri stadium bagi menyambut Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yang memulakan lawatan rasmi dua hari ke negara itu bagi memperkukuhkan hubungan dua hala. |
| 'MCA akur, semua ini di luar jangka' Posted: 24 Feb 2020 04:56 AM PST KUALA LUMPUR: MCA akur dengan sebarang keputusan ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah susulan perkembangan semasa politik negara. |
| Untung bersih UEM Sunrise RM223.8 juta Posted: 24 Feb 2020 04:55 AM PST KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih UEM Sunrise Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019 susut kepada RM223.80 juta daripada RM279.99 juta bagi tempoh sama, sebelum ini. |
| Pulau Pinang komited terhadap PH Posted: 24 Feb 2020 04:52 AM PST GEORGETOWN: Kerajaan Pulau Pinang komited terhadap gagasan Pakatan Harapan (PH) dan akan terus menggalas tanggungjawab mentadbir negeri itu. |
| Azmin bincang tubuh parti baharu? Posted: 24 Feb 2020 04:36 AM PST KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Presiden PKR yang dipecat hari ini, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan bekas pemimpin yang menyokongnya, ketika ini sedang bermesyuarat di sebuah hotel dekat Damansara di sini. |
| Pacuan empat roda terapung di Pantai Batu Laut Posted: 24 Feb 2020 04:30 AM PST BANTING: Sebuah pacuan empat roda yang dihanyutkan dan terapung di Pantai Batu Laut, dekat di sini menarik perhatian pengunjung yang beriadah di pantai itu, petang tadi. |
| Posted: 24 Feb 2020 04:29 AM PST SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mempunyai keyakinan penuh terhadap sokongan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) terhadap kepemimpinannya menerajui negeri itu. |
| Skuad wanita Hockademy dapat ganjaran Posted: 24 Feb 2020 04:26 AM PST KUALA LUMPUR: Pemain dan pegawai skuad wanita Hockademy bakal menerima insentif berupa percutian ke Bali sebagai ganjaran memenangi saingan Liga Hoki Wanita Malaysia 2020. |
| Guru disabitkan tuduhan kematian 10 pelajar angkara banjir Posted: 24 Feb 2020 04:13 AM PST JAKARTA: Seorang guru pengakap di Yogyakarta, Indonesia didakwa atas kecuaian hingga menyebabkan kematian 10 pelajar sekolah menengah yang dihanyutkan banjir kilat ketika menyeberangi sungai. |
| 'Ibu kota kekal tenang' Posted: 24 Feb 2020 03:49 AM PST KUALA LUMPUR: Susulan senario politik semasa dan pengumuman peletakan jawatan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini, ada pihak tidak bertanggungjawab cuba menyebar khabar angin mendakwa keadaan di ibu negara tidak selamat. |
| Kadar dividen KWSP bergantung ekonomi global Posted: 24 Feb 2020 04:06 AM PST KUALA LUMPUR: Kadar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) amat bergantung pada keadaan ekonomi global dan prestasi pasaran kewangan, kata pemerhati pasaran. |
| 'Tumpu pulihkan keyakinan pelabur' Posted: 24 Feb 2020 03:58 AM PST KUALA LUMPUR: Memulihkan keyakinan pelabur dan melaksanakan dasar yang menyokong pertumbuhan ekonomi negara adalah langkah segera yang perlu diberi perhatian jika pembentukan kerajaan baharu berlaku, kata penganalisis ekonomi. |
| WARISAN sokong Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Posted: 24 Feb 2020 03:53 AM PST KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (WARISAN) menyokong kepemimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia, kata Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. |
| Posted: 24 Feb 2020 03:44 AM PST KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memantau penyebaran maklumat palsu di media sosial berkaitan perkembangan semasa dalam negara. |
| Ringgit ditutup rendah, cecah RM4.22 sedolar Posted: 24 Feb 2020 03:39 AM PST KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah dengan mendadak berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini sejajar dengan pasaran saham tempatan, dalam persekitaran pensejajaran semula politik tempatan dan penularan COVID-19, kata penganalisis. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment