Friday, February 28, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Anwar optimis cukup angka jadi PM

Posted: 28 Feb 2020 07:45 AM PST

KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim cukup optimis beliau memiliki sokongan yang mencukupi untuk dipilih sebagai Perdana Menteri kelapan.

Kewibawaan Agong cari penyelesaian krisis politik serlah peranan Raja Berperlembagaan

Posted: 28 Feb 2020 07:39 AM PST

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dilihat amat berhati-hati dalam mencari penyelesaian terbaik berhubung krisis politik yang sedang melanda negara ini, umpama 'menarik rambut dalam tepung.'

TERKINI: Kronologi hari ke-6 kemelut politik negara

Posted: 27 Feb 2020 07:13 PM PST

Ikuti perkembangan semasa kemelut politik Malaysia yang masuk hari keenam hari ini.

JDT baham Lang Merah

Posted: 28 Feb 2020 07:06 AM PST

ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta'zim (JDT) melakar hatrik apabila menjulang Piala Sultan Ahmad Shah buat tiga musim berturut-turut selepas menewaskan Kedah 1-0 pada aksi pembuka tirai Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.

United jumpa LASK

Posted: 28 Feb 2020 07:30 AM PST

NYON: Manchester United berdepan laluan mudah apabila diundi menentang wakil Austria, LASK dalam saingan peringkat 16 terakhir Liga Europa.

Muafakat Nasional calonkan Muhyiddin PM-8

Posted: 28 Feb 2020 02:09 AM PST

KUALA LUMPUR: Muafakat Nasional bersetuju mencalonkan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagai Perdana Menteri kelapan.

Singapura sahkan dua lagi kes positif COVID-19

Posted: 28 Feb 2020 07:11 AM PST

SINGAPURA: Singapura melaporkan dua lagi kes baharu jangkitan COVID-19, menjadikan jumlah kes positif di republik itu kepada 98 orang.

Dakwaan BERSATU korbankan prinsip Tun M hanya mainan persepsi

Posted: 28 Feb 2020 07:02 AM PST

KUALA LUMPUR: Dakwaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengorbankan dan membelakangkan prinsip Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tidak bekerjasama dengan UMNO disifatkan sebagai mainan persepsi.

Gantung syabu lebih RM100,000 di laut

Posted: 28 Feb 2020 04:36 AM PST

KANGAR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis menemui dua kilogram syabu dianggarkan bernilai lebih RM100,000 yang digantung pada kayu pancang di perairan Kuala Perlis, kira-kira 1.5 batu nautika dari pantai, Sabtu lalu.

Projek helikoter MD530G diteruskan - Destini

Posted: 28 Feb 2020 06:13 AM PST

KUALA LUMPUR: Destini Bhd (Destini) hari ini mengumumkan projek helikopter MD530G, yang telah dibuat kajian semula semasa peralihan kerajaan antara 2018 dan 2019, sudah disambung kembali.

Harga sawit menjunam kepada RM2,319 satu tan

Posted: 28 Feb 2020 06:07 AM PST

KUALA LUMPUR: Harga minyak sawit mentah mencatat kejatuhan harian terbesar sejak krisis kewangan global susulan beberapa pengeluar terbesar komoditi itu memberi amaran mengenai kesan buruk terhadap permintaan yang bakal dihadapi ekoran penularan COVID-19.

Beberapa pemimpin pelbagai parti berkampung di kediaman Muhyiddin

Posted: 28 Feb 2020 06:04 AM PST

KUALA LUMPUR: Beberapa pemimpin pelbagai parti dilihat berkampung di kediaman Presiden Parti Pribumi Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, di Bukit Damansara di sini, sejak petang tadi.

Tommy Thomas letak jawatan Peguam Negara

Posted: 28 Feb 2020 04:33 AM PST

KUALA LUMPUR: Tan Sri Tommy Thomas menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Peguam Negara kepada Perdana Menteri interim, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini.

Harga kereta Toyota tak naik - UMW Toyota

Posted: 28 Feb 2020 05:34 AM PST

KUALA LUMPUR: UMW Toyota Motor (UMWT) tidak bercadang menaikkan harga model Toyota pemasangan tempatan (CKD) buat masa ini, kata Presidennya, Ravindran K.

Bursa Malaysia ditutup rendah lagi

Posted: 28 Feb 2020 05:29 AM PST

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini di tengah-tengah kecelaruan politik tempatan yang masih belum ada penghujung.

Jijoe sudah serasi basikal RM300,000

Posted: 28 Feb 2020 05:21 AM PST

KUALA LUMPUR: Kejayaan meraih pingat gangsa Kejohanan Trek Dunia di Berlin, Jerman semalam memberi isyarat awal betapa Azizulhasni Awang kini sudah serasi dengan basikal baharunya menjelang temasya Sukan Olimpik Tokyo, Julai depan.

Ringgit kembali ditutup rendah

Posted: 28 Feb 2020 05:12 AM PST

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung secara sederhana.

'Kos PRU antara RM750j hingga RM800j'

Posted: 28 Feb 2020 05:10 AM PST

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedia melaksanakan pilihan raya umum (PRU) jika Parlimen dibubarkan susulan perkembangan semasa politik tanah air, kata Pengerusinya Datuk Azhar Azizan Harun.

Bank di Malaysia punyai cukup tunai - Bank Negara Malaysia

Posted: 28 Feb 2020 05:08 AM PST

KUALA LUMPUR: Bank-bank di Malaysia mempunyai mudah tunai yang mencukupi untuk menyokong aktiviti pengantaraan dan memenuhi keperluan yang mendesak, kata Bank Negara Malaysia.

Polis menahan lebih 500 orang ekoran keganasan di New Delhi

Posted: 28 Feb 2020 05:03 AM PST

NEW DELHI: Polis India telah menahan 514 orang ekoran keganasan Hindu-Muslim yang berlaku di ibu negara, kata kerajaan, tatkala ia berdepan kritikan antarabangsa kerana gagal melindungi kaum minoriti Muslim.

Remaja bertelekung mencuri dihantar ke Sekolah Henry Gurney

Posted: 28 Feb 2020 05:00 AM PST

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan seorang remaja lelaki yang mencuri dengan memakai telekung di sebuah masjid di Setapak sehingga videonya tular di media sosial, ditahan di Sekolah Henry Gurney sehingga berusia 21 tahun.

COVID-19: Malindo Air berdepan masalah aliran tunai?

Posted: 28 Feb 2020 04:56 AM PST

KUALA LUMPUR: Ketika negara-negara menutup sempadan mereka bagi penumpang terutamanya dari negara yang dilanda wabak COVID-19, syarikat penerbangan mula merasai kesannya dengan Malindo Air yang berpangkalan di Malaysia nampaknya seperti berdepan dengan kekangan aliran tunai.

TNB lantik Ahmad Badri sebagai Pengerusi

Posted: 28 Feb 2020 03:50 AM PST

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) hari ini mengumumkan perlantikan Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir sebagai Pengerusi syarikat utiliti negara itu berkuatkuasa 12 Mac 2020.

500 ahli PKR Cabang Sungai Besar isytihar keluar parti

Posted: 28 Feb 2020 04:38 AM PST

SUNGAI BESAR: Seramai 500 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Sungai Besar mengisytiharkan keluar parti selepas kecewa dengan tindakan Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rokok seludup bernilai lebih RM2 juta dirampas

Posted: 28 Feb 2020 04:25 AM PST

KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran rokok seludup dengan penahanan enam lelaki termasuk tiga warga Myanmar dan merampas rokok bernilai lebih RM2 juta di Kajang, semalam.

Pelantikan Hasni bukti kerjasama Muafakat Nasional berkesan

Posted: 28 Feb 2020 04:23 AM PST

KUANTAN: Pelantikan Datuk Hasni Mohammad sebagai Menteri Besar Johor yang baharu membuktikan keberkesanan kerjasama UMNO dan PAS dalam Muafakat Nasional (MN) serta MCA dan MIC dalam Barisan Nasional (BN).

PDRM terlepas hukuman

Posted: 28 Feb 2020 04:21 AM PST

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan PDRM terlepas daripada hukuman pemotongan enam mata membabitkan masalah tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan itu.

Parti politik Sabah, Sarawak jadi 'King Maker'

Posted: 28 Feb 2020 04:12 AM PST

Apa-apa sahaja label sama ada sandiwara, drama, kejam, tidak berhemah atau membelakangkan parti dan apa juga andaian dan tohmahan dilontarkan ekoran peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri, negara dikejutkan dengan satu lagi episod genting dalam sejarah politik tanah air. Sukar untuk dihadamkan, namun itulah hakikatnya.

Boustead catat pendapatan RM10.3 bilion

Posted: 28 Feb 2020 04:07 AM PST

KUALA LUMPUR: Boustead Holdings Bhd (BHB) mencatat peningkatan pendapatan 1.0 peratus kepada RM10.3 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019 (TK19) berbanding dengan tempoh sama tahun sebelumnya.

Wanita mengandung antara 53 ditahan Op Ice Breaker

Posted: 28 Feb 2020 02:25 AM PST

KLANG: Seorang wanita yang mengandung empat bulan antara 53 individu ditahan dalam Op Ice Breaker 3.0 di sarang penagihan dadah di sekitar kawasan tanaman sayur di Jalan Kebun, Johan Setia, di sini.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template