Monday, February 3, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Sabah rujuk PBB cara tangani kes bom ikan

Posted: 03 Feb 2020 08:00 AM PST

Kota Kinabalu: Kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam usaha menangani masalah pengeboman ikan di negeri ini.

JDT dicalon Kelab Terbaik AFC

Posted: 03 Feb 2020 07:33 AM PST

KUALA LUMPUR: Nama juara Liga Super enam kali berturut-turut Johor Darul Ta'zim (JDT) terus melonjak selepas kelab itu dicalonkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk anugerah Kelab Terbaik Piala AFC Sepanjang Dekad.

Imran Khan tiba untuk lawatan kerja dua hari ke Malaysia

Posted: 03 Feb 2020 07:30 AM PST

SEPANG: Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan, tiba di sini malam ini untuk lawatan kerja dua hari ke Malaysia.

Mahkamah benarkan Najib, keluarga periksa barang dirampas SPRM

Posted: 03 Feb 2020 07:12 AM PST

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan keluarga boleh membuat pemeriksaan fizikal ke atas barang yang didakwa berhubung kait dengan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dirampas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

Permohonan Najib, Rosmah dan Global Royalty untuk periksa barangan didengar 19 Februari

Posted: 03 Feb 2020 01:31 AM PST

KUALA LUMPUR: Permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta firma barang kemas, Global Royalty Trading SAL untuk mendapatkan gambar dan membuat pemeriksaan fizikal terhadap harta-harta yang disita daripada premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd didengar 19 Februari ini.

Wabak Coronavirus, Hong Kong tutup empat lagi sempadan

Posted: 03 Feb 2020 06:17 AM PST

HONG KONG: Pemimpin Hong Kong mengumumkan penutupan empat lagi sempadan dan meneruskan operasi hanya tiga pusat pemeriksaan, sebagai usaha membendung penyebaran wabak Coronavirus.

Serangan belalang ancam lebih banyak negara timur Afrika - FAO

Posted: 03 Feb 2020 06:13 AM PST

NAIROBI: Serangan belalang padang pasir dijangka mengancam lebih banyak negara di timur Afrika, sekali gus menjejaskan punca pendapatan ramai penduduknya.

Rosmah tak hadir bicara, pendakwaan mohon waran tangkap

Posted: 02 Feb 2020 10:51 PM PST

KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan memohon Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menarik balik jaminan dan mengeluarkan waran tangkap terhadap Datin Seri Rosmah Mansor, berikutan kegagalan menghadiri perbicaraan kes rasuah RM5 juta yang dihadapinya.

Kehangatan LTdL 2020 makin terasa

Posted: 03 Feb 2020 06:09 AM PST

KUALA LUMPUR: Penganjur Human Voyage sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dan berusaha sejak awal untuk memastikan perlumbaan yang lancar di peringkat Borneo pada jelajah PETRONAS Le Tour de Langkawi 2020 yang membuka tirainya minggu ini.

Thailand pulangkan orang utan diseludup kembali ke Indonesia

Posted: 03 Feb 2020 05:59 AM PST

BANGKOK: Thailand bersedia memulangkan orang utan yang dirampas daripada penyeludup kembali ke pusat perlindungan di kepulauan Borneo, Indonesia.

MB Perak mahu jumpa pengurusan MAPS

Posted: 03 Feb 2020 05:55 AM PST

TAPAH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu akan mengadakan perjumpaan dengan pihak pengurusan Movie Animation Park Studios (MAPS) dalam masa terdekat bagi mengetahui tarikh bayaran pampasan ke atas 265 pekerja taman tema itu yang diberhentikan serta merta minggu lalu.

4 minggu baik pulih tapak pelupusan

Posted: 03 Feb 2020 05:53 AM PST

JOHOR BAHRU: Tapak pelupusan sampah berkeluasan 2.43 hektar yang terbakar di Jalan Nibong, Tanjung Langsat, dekat sini, semalam, dijangka mengambil masa kira-kira empat minggu untuk dibaik pulih sebelum boleh beroperasi seperti sedia kala.

Jari murid perempuan tersepit di lubang kerusi

Posted: 03 Feb 2020 05:43 AM PST

KOTA KINABALU: Seorang murid perempuan Tahun Satu terpaksa menahan kesakitan hampir 30 minit apabila jari telunjuk tangan kirinya tersepit pada lubang kerusi di sekolahnya di Manggatal, di sini, hari ini.

MU, Kelantan lepas, PDRM sangkut

Posted: 03 Feb 2020 05:32 AM PST

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengenakan hukuman pemotongan tiga mata ke atas pasukan PDRM susulan kegagalan menyelesaikan isu tunggakan gaji pemain.

China terdesak perlukan bekalan topeng muka

Posted: 03 Feb 2020 05:25 AM PST

BEIJING: China hari ini memberitahu bahawa mereka amat memerlukan peralatan perlindungan kesihatan, susulan penularan wabak berjangkit coronavirus yang sudah mengatasi krisis Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS), apabila lebih 17,000 penduduk sudah dijangkiti.

Eksport sawit Indonesia capai paras tertinggi dalam sejarah

Posted: 03 Feb 2020 05:21 AM PST

JAKARTA: Pengeluar minyak sawit terbesar dunia, Indonesia mengeksport 36.18 juta minyak sawit dan produk berkaitan, termasuk biodiesel dan oleokimia tahun lalu.

Tony Fernandes, Kamaruddin lepas jawatan eksekutif AirAsia

Posted: 03 Feb 2020 05:20 AM PST

KUALA LUMPUR: Pengerusi AirAsia Group Bhd (AirAsia), Datuk Kamaruddin Meranun dan Ketua Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia , Tan Sri Tony Fernandes, melepaskan jawatan eksekutif masing-masing dalam syarikat untuk tempoh dua bulan, berkuat kuasa serta-merta.

MBPP Menang Climathon Global Awards 2020

Posted: 03 Feb 2020 05:07 AM PST

GEORGETOWN: Pulau Pinang sekali lagi melakar pengiktirafan antarabangsa apabila merangkul anugerah berprestij, 'Climathon Global Awards 2020' bagi kategori bandar raya, di Paris, Jumaat lalu.

Kerajaan Sabah lancar minyak masak jenama sendiri

Posted: 03 Feb 2020 05:02 AM PST

TAWAU: Kerajaan Sabah hari ini melancarkan minyak masak jenama sendiri, BESS yang sekali gus dapat melonjakkan lagi pertumbuhan ekonomi negeri.

Malaysia Airlines, Public Bank kerjasama tawar pembayaran menerusi FPX

Posted: 03 Feb 2020 04:59 AM PST

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines memeterai kerjasama dengan Public Bank Bhd untuk menerima pembayaran bagi pembelian tiket dalam talian menggunakan FPX.

Seri Paduka doa misi bawa pulang rakyat Malaysia dari Wuhan

Posted: 03 Feb 2020 04:51 AM PST

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah hari ini menzahirkan harapan agar semua rakyat Malaysia yang akan dibawa pulang dari Wuhan, China berada dalam keadaan sihat.

Kedudukan demokrasi Malaysia lebih baik 2019 - laporan

Posted: 03 Feb 2020 02:19 AM PST

KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan kedudukan lebih baik dalam Indeks Demokrasi 2019 apabila berada di tempat ke-43 daripada sejumlah 167 negara, meningkat sembilan anak tangga berbanding tempat ke-52 pada 2018.

Tak sempat rai hari lahir, anggota tentera maut kemalangan

Posted: 03 Feb 2020 04:45 AM PST

PORT DICKSON: Seorang anggota tentera maut di tempat kejadian selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar belakang sebuah lori yang diparkir untuk kerja penyelenggaraan landskap di Jalan Bandar Springhill di sini petang tadi.

Saringan kesihatan di PMA Langkawi, Jeti Kuah diperkukuh

Posted: 03 Feb 2020 04:41 AM PST

KUALA LUMPUR: Proses saringan kesihatan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA) dan Pelabuhan Jeti Kuah, Kedah akan diperkukuh meskipun kesemua perkhidmatan penerbangan terus komersial dari China digantung sementara waktu.

Rossana Anizah Pengerusi BSN wanita pertama

Posted: 03 Feb 2020 04:29 AM PST

KUALA LUMPUR: Bank Simpanan Nasional (BSN) hari ini mengumumkan pelantikan Rossana Annizah Rashidi sebagai Pengerusi baharu berkuat kuasa pada 1 Februari 2020.

7 wanita, 6 lelaki dicekup berkhalwat

Posted: 03 Feb 2020 04:28 AM PST

ALOR SETAR: Tiga belas individu berumur 17 hingga 30 tahun dicekup dipercayai berkhalwat oleh sepasukan anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) dalam sebuah rumah di kawasan Tambang Badak, di sini, hari ini.

Warga asing cengkam rantaian sayur Lembah Klang

Posted: 03 Feb 2020 04:03 AM PST

KUALA LUMPUR: Kebanjiran warga Myanmar dan Bangladesh menguasai perniagaan dalam Pasar Borong Kuala Lumpur dekat Selayang di sini tanpa kawalan pihak berkuasa, membuatkan mereka kini semakin kuat mencengkam rantaian bekalan sayur kepada pengguna hampir seluruh Lembah Klang.

100 penunggang basikal takluk Bukit Buluh Peleting

Posted: 03 Feb 2020 03:51 AM PST

KUALA NERUS: Seramai 100 peminat sukan basikal lasak dari seluruh Terengganu menyertai program kayuhan muhibah yang dianjurkan oleh Kelab Sukan Golden Pharos (KESUGOROS) di Lingai, Tepoh, di sini, semalam.

Isu Sajat remeh - Mufti Perlis

Posted: 03 Feb 2020 03:48 AM PST

KANGAR: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berpendapat isu usahawan sensasi, Nur Sajat yang bertelekung sewaktu mengerjakan umrah di Makkah sebagai perkara remeh yang tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat untuk dibincangkan secara meluas.

Lawatan Imran Khan Dijangka Tingkatkan Lagi Hubungan Pakistan-Malaysia

Posted: 03 Feb 2020 03:46 AM PST

KUALA LUMPUR: Lawatan kerja Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan ke Malaysia mulai hari ini, dijangka meningkatkan dan memperkukuh lagi hubungan antara kedua-dua negara.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template