Tuesday, February 4, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Sultan Perak berangkat ke Majlis Makan Malam Penaja WCIT 2020

Posted: 04 Feb 2020 08:27 AM PST

IPOH: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat menghadiri majlis makan malam penghargaan penaja dan pelancaran Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia (WCIT 2020) di Casuarina @Meru, di sini, malam ini.

Empat hektar hutan di Bukit Bendera terbakar

Posted: 04 Feb 2020 08:18 AM PST

GEORGETOWN: Lebih empat hektar hutan antara kawasan Bukit Bendera dan Kek Lok Si, di sini, terbakar, lewat petang tadi.

PPM Tawau rampas 4,000 anak kura-kura cuba diseludup masuk

Posted: 04 Feb 2020 08:06 AM PST

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) merampas 4,000 ekor anak kura-kura Carettochelys Insclupta yang masih hidup, cuba diseludup masuk ke Tawau dari negara jiran melalui muara Sungai Haji Kuning, Pulau Sebatik dekat sini, pagi Selasa.

Budak positif coronavirus sudah sihat, kes pertama pulih di Malaysia

Posted: 04 Feb 2020 07:46 AM PST

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan warga China di Langkawi yang sebelum ini positif coronavirus (2019-nCoV), didapati pulih dan bebas sepenuhnya daripada jangkitan.

Empat lelaki, dua wanita ditahan bersama dadah lebih RM200,000

Posted: 04 Feb 2020 07:36 AM PST

Kuala Lumpur: Polis Kuala Lumpur menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah selepas menahan empat lelaki dan dua wanita dalam dua serbuan berasingan sekitar ibu negara, Sabtu lalu.

Dr Mahathir pemimpin sebenar dunia Islam - Imran Khan

Posted: 04 Feb 2020 06:06 AM PST

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan hari ini menyuarakan kekagumannya terhadap rakan sejawatannya dari Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang dianggapnya sebagai seorang pemimpin yang sebenar.

Tunai umrah tidak ikut jantina asal haram, berdosa - Mufti

Posted: 03 Feb 2020 10:11 PM PST

KUALA LUMPUR: Perbuatan golongan transgender (mukhannas) menunaikan umrah secara tidak mengikut jantina asal mereka, haram dan dikira berdosa.

PDRM sita beberapa lagi harta Kingpin dadah di Klang

Posted: 04 Feb 2020 06:03 AM PST

SEPANG: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyita beberapa lagi harta milik seorang lelaki warga tempatan disyaki 'Kingpin' dadah di Klang, Selangor semalam, menjadikan jumlah sitaan setakat ini bernilai RM371.7 juta.

KPDNHEP harap Akta Kredit Pengguna dibentangkan tahun ini

Posted: 04 Feb 2020 06:01 AM PST

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berharap Akta Kredit Pengguna yang kini di peringkat penggubalan, dapat dibentangkan di Dewan Rakyat tahun ini.

AFC tunda aksi ACL akibat coronavirus

Posted: 04 Feb 2020 05:51 AM PST

KUALA LUMPUR: Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) terpaksa menunda aksi Liga Juara-Juara (ACL) membabitkan kelab China susulan penularan coronavirus.

2 kementerian kerjasama kenal pasti bidang STIE untuk RMKe-12

Posted: 04 Feb 2020 05:48 AM PST

KUALA LUMPUR: Dua kementerian akan bekerjasama bagi mengenal pasti bidang tujahan sains, teknologi, inovasi dan ekonomi (STIE) untuk dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) bermula suku pertama tahun ini.

MAHB ambil langkah tambahan pastikan kebersihan lapangan terbang

Posted: 04 Feb 2020 05:27 AM PST

SEPANG : Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) mengambil langkah proaktif dengan menempatkan lebih 1,200 pekerja pembersihan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 bagi memastikan kebersihan kedua-dua lapangan terbang sewaktu penularan coronavirus (2019-nCoV).

Pegawai bank diarah bantu mempercepat kemasukan duit dalam akaun Najib

Posted: 04 Feb 2020 05:19 AM PST

KUALA LUMPUR: Bekas Pegawai Perhubungan Ambank diarah membantu mempercepatkan transaksi perbankan sekutu kepada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low yang memindahkan sejumlah besar wang ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak.

'Hati saya terguris'

Posted: 04 Feb 2020 05:09 AM PST

KUALA LUMPUR: Komen keterlaluan dilemparkan netizen membuatkan finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34, Aina Abdul, menjeruk rasa.

Rakyat Malaysia dari Wuhan ditempatkan di pusat pemantauan

Posted: 03 Feb 2020 05:37 PM PST

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia dan ahli keluarga mereka yang baru tiba dari Wuhan, China sudah keluar dari Unit Kecemasan Udara dan tiba di pusat pemantauan, pagi ini.

Torino pecat Mazzarri

Posted: 04 Feb 2020 05:02 AM PST

MILAN: Kelab Itali, Torino memecat pengurusnya, Walter Mazzarri selepas mengalami empat kekalahan dalam semua kejohanan dan menggantikan pengendali itu dengan Moreno Longo, kata kelab Serie A itu hari ini.

Tourism Pahang sasar pasaran baharu pelancong

Posted: 04 Feb 2020 04:50 AM PST

KUANTAN: Kerajaan Pahang menyasarkan lebih ramai kedatangan pelancong Amerika Selatan dan Russia berikutan penularan coronavirus

Peluang JDT jadi Kelab Terbaik Piala AFC Sepanjang Dekad

Posted: 04 Feb 2020 04:48 AM PST

KUALA LUMPUR: Juara Liga Super enam kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT) memiliki peluang cerah dinobatkan sebagai pemenang anugerah Kelab Terbaik Piala AFC Sepanjang Dekad.

Singapura sahkan kes pertama jangkitan menerusi individu

Posted: 04 Feb 2020 04:44 AM PST

SINGAPURA: Kes pertama jangkitan novel coronavirus (2019-nCoV) daripada manusia kepada manusia dilaporkan di republik ini hari ini.

Sime Darby Property bangunkan XME Business Park

Posted: 04 Feb 2020 04:35 AM PST

NILAI: Sime Darby Property mengambil langkah pertama ke arah masa depan pembangunan industri dan komersial di Lembah Wawasan Malaysia 2.0 (MVV 2.0) dengan membangunkan XME Business Park di Nilai Impian, di sini dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM520 juta.

Wanita Thailand lahirkan anak dalam pesawat

Posted: 04 Feb 2020 04:19 AM PST

NEW DELHI: Seorang wanita, warga Thailand dilaporkan selamat melahirkan anak dalam pesawat Qatar Airways dari Doha, Qatar ke Bangkok, pada pagi semalam.

Unit narkotik di lapangan terbang untuk kesan keldai dadah

Posted: 04 Feb 2020 04:17 AM PST

PUTRAJAYA: Seramai 101 individu ditahan pihak berkuasa sepanjang tahun lalu selepas dikesan dijadikan 'keldai dadah'.

Masjid pertama dibuka di Slovenia selepas 50 tahun

Posted: 04 Feb 2020 04:12 AM PST

LJUBLJANA, Slovenia: Masjid pertama di Slovenia dibuka di ibu kota ini selepas berjaya mengatasi masalah kewangan dan tentangan pelampau kanan, iaitu selepas 50 tahun permohonan pembinaan dikemukakan.

Lembaga Disiplin yang tentukan bila nak panggil Zuraida: Saifuddin

Posted: 04 Feb 2020 03:48 AM PST

PUTRAJAYA: Lembaga Disiplin PKR berkuasa penuh menentukan bila untuk memanggil Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin yang berdepan dakwaan melanggar disiplin parti.

Jabatan Kesihatan Johor nafi dakwaan coronavirus merebak ke Desa Tebrau

Posted: 04 Feb 2020 03:16 AM PST

KUALA LUMPUR: Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menafikan kenyataan dan video viral yang menyatakan penularan coronavirus menghampiri kawasan Desa Tebrau, Johor.

Imigresen berkas 102 PATI di pasar borong sepanjang 2020

Posted: 04 Feb 2020 02:52 AM PST

KUALA LUMPUR: Seramai 102 pendatang tanpa izin (PATI) serta seorang majikan diberkas dalam lapan operasi Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) di pasar borong sekitar Lembah Klang.

Pelan Damai Asia Barat: Kushner beri taklimat kepada PBB

Posted: 03 Feb 2020 05:14 PM PST

WASHINGTON: Wakil Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) akan mendengar taklimat mengenai pelan damai Asia Barat cadangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, Rabu ini.

Ringgit kembali meningkat

Posted: 04 Feb 2020 03:10 AM PST

KUALA LUMPUR: Ringgit melantun semula untuk ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini sejajar dengan prestasi mata wang pasaran sedang pesat membangun lain susulan pengukuhan pasaran ekuiti dan yuan China.

CIMB tumpu bidang dapat serap kejutan penurunan OPR

Posted: 04 Feb 2020 03:05 AM PST

KUALA LUMPUR: CIMB Group Holdings Bhd (CIMB) akan memberi tumpuan kepada bidang yang mampu menjana pertumbuhan untuk mengekang sebarang kejutan daripada pengurangan Kadar Dasar Semalaman (OPR).

Senyuman Mona Lisa berharga lebih setengah juta ringgit

Posted: 04 Feb 2020 02:57 AM PST

PARIS: Gambar Mona Lisa diperbuat daripada 330 kiub rubik bakal dilelong di sini, tidak jauh daripada jalan yang menempatkan karya asal Leonardo da Vinci itu.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template