Friday, February 7, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Coronavirus: AS sedia belanja RM414 juta bantu China

Posted: 07 Feb 2020 03:07 PM PST

WASHINGTON: Amerika Syarikat bersedia membelanjakan sehingga $100 juta (RM414 juta) untuk membantu China dan negara lain yang terjejas akibat penularan jangkitan coronavirus baharu (2019-nCoV).

Coronavirus ragut 717 nyawa, atasi kematian akibat SARS

Posted: 07 Feb 2020 02:51 PM PST

BEIJING : Jumlah kematian keseluruhan akibat wabak coronavirus di China meningkat kepada 717 hari ini selepas wilayah Hubei melaporkan 81 kematian terbaharu.

Meninggal dunia akibat sesak nafas hiking Bukit Besar

Posted: 07 Feb 2020 08:41 AM PST

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki meninggal dunia dipercayai mengalami sesak nafas ketika melakukan aktiviti 'hiking' di Bukit Besar, Kuala Terengganu, petang tadi.

Senarai nama calon BERSATU bahagian di muktamad minggu hadapan

Posted: 07 Feb 2020 08:01 AM PST

PETALING JAYA: Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) dijangka memuktamadkan senarai pencalonan pemilihan parti peringkat bahagian, minggu hadapan sebelum senarai rasmi dicetak untuk diedarkan kepada petugas di peringkat negeri dan bahagian.

3 maut, 4 parah dalam kemalangan membabitkan motosikal dengan 3 Myvi

Posted: 07 Feb 2020 07:50 AM PST

KLUANG: Tiga maut manakala empat lagi parah dalam kemalangan membabitkan tiga PERODUA Myvi dan sebuah motosikal di Jalan Batu Pahat-Kluang, berhampiran Agro Farm, dekat sini, malam tadi.

'Konon nak 'surprise' tapi tak jadi'

Posted: 07 Feb 2020 06:31 AM PST

KUALA LUMPUR: Perkongsian vokalis kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat mengenai misi kecundang dalam meraikan ulang tahun perkahwinan dengan isteri tersayang, menarik perhatian netizen, hari ini.

Nelayan hilang di perairan Langkawi belum ditemui

Posted: 07 Feb 2020 06:42 AM PST

LANGKAWI: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) nelayan warga Thailand yang hilang selepas bot dinaiki karam di perairan Tanjung Chinchin di sini, belum menemui apa-apa petunjuk.

KDNKA lapor polis jika cemar nama polis marin

Posted: 07 Feb 2020 06:31 AM PST

KUALA LUMPUR: Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman akan membuat laporan polis jika wujud tohmahan dan agenda daripada pihak tertentu mahu mencemarkan nama baik Pasukan Polis Marin (PPM) susulan kes penahanan anggota pasukan itu.

Pelajar cedera di mata tertusuk anak panah

Posted: 07 Feb 2020 06:16 AM PST

GURUN: Latihan memanah yang dilakukan sekumpulan remaja, nyaris bertukar tragedi apabila seorang pelajar Tingkatan Empat cedera pada mata kiri akibat tertusuk anak panah dilepaskan rakannya secara tidak sengaja ketika menjalani latihan di padang sekolah mereka, petang tadi.

Hulk Hogan tayang janggut baharu

Posted: 07 Feb 2020 06:02 AM PST

LONDON: Hulk Hogan mengejutkan peminat dengan transformasi dramatik apabila bintang gusti itu menayangkan janggut putih yang 'dibelanya'.

Tenggiling mungkin jadi agen penyebar coronavirus - penyelidik

Posted: 07 Feb 2020 05:48 AM PST

BEIJING: Penularan wabak maut coronavirus di China mungkin disebarkan melalui kelawar kepada manusia, menerusi pemerdagangan haram tenggiling, iaitu satu-satunya mamalia bersisik di dunia yang menjadi buruan di Asia untuk jadikan makanan dan bahan ubatan.

Pejabat Kedutaan, Konsulat Malaysia di China terus beroperasi

Posted: 07 Feb 2020 05:39 AM PST

PUTRAJAYA: Pejabat kedutaan dan konsulat Malaysia di China akan terus membantu rakyat Malaysia serta bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa negara itu susulan penularan coronavirus baharu (2019-nCOV) di republik itu.

Majlis persaraan Pengarah JSJN meriah

Posted: 07 Feb 2020 05:31 AM PST

KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd yang bersara hari ini diraikan pada majlis perpisahan dan paluan berundur, di Padang Kawad Pusat Latihan Polis (PULAPOL), di sini, petang tadi.

Lokman dakwa dipecat daripada UMNO

Posted: 07 Feb 2020 05:14 AM PST

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mendakwa beliau dipecat daripada parti itu dalam mesyuarat majlis berkenaan hari ini.

TM peruntuk RM110 juta sedia Unifi di Kelantan

Posted: 07 Feb 2020 05:12 AM PST

KOTA BHARU: Telekom Malaysia Bhd (TM) Kelantan akan memanfaatkan peruntukan RM110 juta bagi penyediaan prasarana perkhidmatan Unifi di beberapa daerah di negeri ini.

AUKU: Akta baharu seharusnya bukan bersifat menghukum

Posted: 07 Feb 2020 05:09 AM PST

Kuala Lumpur: Undang-undang baharu bagi menggantikan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 haruslah bukan lagi bersifat menghukum sebaliknya memberi lebih banyak ruang kepada universiti khususnya dalam melindungi hak pelajar.

MKT UMNO puas hati penjelasan Zahid

Posted: 07 Feb 2020 04:14 AM PST

KUALA LUMPUR: Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berpuas hati dengan penjelasan Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung situasi politik semasa.

Polis, tentera ambil tindakan tegas banteras perlombongan haram

Posted: 07 Feb 2020 04:31 AM PST

JAKARTA : Polis dan tentera Indonesia memutuskan untuk mengambil tindakan tegas ke atas pelombong haram di bahagian atas sungai sekitar wilayah Jawa Barat selepas berlakunya tragedi banjir dan tanah runtuh yang meragut banyak nyawa.

Singapura isytihar amaran DORSCON peringkat jingga

Posted: 07 Feb 2020 04:29 AM PST

SINGAPURA: Amaran Kedudukan Sistem Tindak Balas Perebakan Penyakit (DORSCON) Singapura dinaikkan dari tahap kuning ke jingga hari ini bagi membendung penularan coronavirus.

Ringgit ditutup rendah

Posted: 07 Feb 2020 04:25 AM PST

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, seiring dengan prestasi mata wang negara Asia yang pesat membangun, susulan kebimbangan berterusan terhadap kesan penularan jangkitan coronavirus, kata peniaga.

Bursa Malaysia ditutup tinggi

Posted: 07 Feb 2020 04:20 AM PST

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini mendapat rangsangan daripada belian saat-saat akhir disokong terutama oleh saham perkhidmatan kewangan meskipun prestasi lemah di kebanyakan pasaran serantau, kata penganalisis.

Hong Kong umum peraturan kuarantin, penjara 6 bulan jika ingkar

Posted: 07 Feb 2020 04:04 AM PST

HONG KONG: Khidmat sukarelawan akan digunakan bagi melaksanakan syarat kuarantin wajib terhadap semua pengunjung dari China dan sesiapa yang ingkar boleh dipenjara enam bulan.

Dividen CBP dijangka lebih baik

Posted: 07 Feb 2020 04:01 AM PST

KUALA LUMPUR: Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Bhd (CBP) dijangka akan memberikan dividen kepada ahlinya pada kadar yang lebih baik bagi tahun kewangan berakhir 2019 berbanding tujuh peratus pada 2018, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Nor Abd Razak.

Perbaharui lesen LKM di PUSPAKOM

Posted: 06 Feb 2020 09:05 PM PST

KUALA LUMPUR: Urusan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) untuk kenderaan perdagangan ringan membabitkan had berat dengan muatan 7,500 kilogram (kg) dan ke bawah boleh dilakukan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) cawangan Wangsa Maju.

Kerajaan serius tangani masalah kesesakan jalan raya di bandar

Posted: 07 Feb 2020 03:51 AM PST

SARIKEI: Kerajaan Persekutuan komited dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya di bandar, antaranya melalui pelaksanaan projek menaik taraf jalan raya.

FAM perlu pantau pemain Brazil, Colombia

Posted: 07 Feb 2020 03:48 AM PST

KUALA LUMPUR: Selepas Liridon Krasniqi sah mendapat taraf warganegara dan Guilherme De Paula pula dalam proses mendapat kelulusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), beberapa lagi pemain import berpotensi untuk diserap sebagai pemain naturalisasi.

Isteri nafi pengaruhi Piatek tolak Tottenham

Posted: 07 Feb 2020 03:45 AM PST

BERLIN: Isteri Krzysztof Piatek, Paulina menafikan dia memaksa suaminya menolak perpindahan ke Tottenham, baru-baru ini untuk penyerang itu memilih ke Hertha Berlin.

'Kalau sudah ajal mereka demikian...'

Posted: 07 Feb 2020 03:23 AM PST

BATU PAHAT: "Kalau sudah ajal mereka demikian, tiada siapa yang boleh menjangka," kata Hairuddin Mohtaram, 43, ketika menceritakan nahas menimpa kakak iparnya, Nor Azhana Othman, 48, serta dua anak saudaranya, Siti Nurinsyirah Hasanuddin, 17, dan adiknya Mohd Arif, 14.

Lelaki didakwa rogol kanak-kanak berusia 5 tahun di Kedutaan AS

Posted: 07 Feb 2020 03:31 AM PST

NEW DELHI: Seorang lelaki India dituduh merogol kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di dalam kawasan kedutaan Amerika Syarikat (AS) di New Delhi, kata polis semalam.

Firma ditaja Sunway RE mula dagangan di SGX

Posted: 07 Feb 2020 03:30 AM PST

KUALA LUMPUR: Elite Commercial REIT yang ditaja oleh Sunway RE Capital memulakan dagangan dalam Pasaran Utama Singapore Exchange (SGX) pada £0.705, dengan paras tertinggi antara hari £0.715.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template