Saturday, February 8, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Tular individu dijangkiti coronavirus di pusat beli belah di KL adalah palsu

Posted: 08 Feb 2020 07:19 AM PST

KUALA LUMPUR: Laporan tular menerusi media sosial kononnya ada individu dijangkiti coronavirus dilihat berada di tingkat tiga pusat di sebuah pusat beli-belah, di ibu negara, disahkan palsu.

Keputusan tidak rasmi pilihan raya Delhi tidak memihak kepada Modi

Posted: 08 Feb 2020 03:23 AM PST

NEW DELHI: Pilihan raya wilayah yang berlangsung hari ini dijangka tidak memihak kepada Perdana Menteri, Narendra Modi, selepas jutaan rakyat India di ibu negara menjalankan kewajipan mereka.

Penyokong 'histeria' Sidibe lupa pakai stokin

Posted: 08 Feb 2020 07:01 AM PST

LIVERPOOL: Pemain Everton Djibril Sidibe membuatkan penyokong 'histeria' selepas terlupa memakai stokin ketika mahu masuk sebagai pemain gantian menentang Crystal Palace, sebentar tadi.

17 mati, 21 lagi cedera ditembak seorang askar Thailand

Posted: 08 Feb 2020 05:29 AM PST

BANGKOK: Seorang askar Thailand dikepung polis dalam sebuah pusat beli belah di sini, selepas membunuh 17 individu dan mencederakan 21 lagi dalam kejadian tembakan rambang di timur laut bandar Korat hari ini.

Everton benam Crystal Palace

Posted: 08 Feb 2020 06:55 AM PST

LIVERPOOL: Gol ke-11 Richarlison pada musim ini membantu Everton meraih kemenangan 3-1 ke atas Crystal Palace di Goodison Park, sebentar tadi.

Gangguan bekalan air di Ampang pulih 87.5 peratus

Posted: 08 Feb 2020 05:35 AM PST

KUALA LUMPUR: Status pemulihan gangguan bekalan air di kawasan Ampang masih pada tahap 87.5 peratus setakat pukul 7 malam ini.

Fedorov mula rasa bahang

Posted: 08 Feb 2020 05:21 AM PST

KERTEH: Pemegang jersi kuning PETRONAS, Yevgeniy Fedorov gembira dapat mengekalkan ketiga-tiga jersi dalam kayuhan Peringkat 2 PETRONAS Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 dari Kuala Terengganu ke Kerteh, hari ini.

Penerbangan kedua bawa pulang warga Singapura tiba esok

Posted: 08 Feb 2020 05:02 AM PST

SINGAPURA: Penerbangan kedua membawa pulang warga Singapura dan ahli keluarga mereka dari Wuhan di China dijangka tiba di negara ini pada pagi esok, kata kementerian luar negeri Singapura hari ini.

Maut ketika memancing

Posted: 08 Feb 2020 04:59 AM PST

KLUANG: Seorang lelaki berusia 30-an maut, dipercayai terkena renjatan elektrik ketika memancing ikan dalam kejadian di Sungai Mengkibol, Taman Murni, Kampung Palembang Baru, di sini, petang tadi.

'MKT UMNO ada kuasa pecat ahli'

Posted: 08 Feb 2020 04:51 AM PST

KUALA LUMPUR: Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mempunyai kuasa memecat ahli yang melakukan salah laku termasuk melanggar perlembagaan parti dan tataetika seperti yang diperuntukkan di bawah Fasal 20.9 (d) perlembagaan parti itu.

Pertemuan Dr Mahathir bersama UMNO, PAS perbetulkan pemikiran jumud

Posted: 08 Feb 2020 04:50 AM PST

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, menjelaskan pertemuan antara Tun Dr Mahathir Mohamad bersama UMNO dan PAS, bertujuan memperbetulkan kejumudan dua parti berkenaan.

Seorang lagi pesakit bebas coronavirus

Posted: 08 Feb 2020 03:38 AM PST

PUTRAJAYA: Lelaki warga China yang sebelum ini dimasukkan ke Hospital Permai, Johor selepas dijangkiti coronavirus, dibenarkan pulang hari ini apabila disahkan bebas daripada virus berkenaan.

SAMENTA, agensi kerajaan bincang impak coronavirus terhadap PKS

Posted: 08 Feb 2020 03:33 AM PST

KUALA LUMPUR: Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SAMENTA) sentiasa berhubung dengan pelbagai agensi kerajaan bagi menangani isu rangkaian sektor perniagaan di negara ini yang mengalami tempias teruk daripada penularan coronavirus (2019-nCOV).

Satu lagi kes baharu positif coronavirus

Posted: 08 Feb 2020 12:50 AM PST

PUTRAJAYA: Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Negara (CPRC) merekodkan pertambahan satu kes baharu jangkitan coronavirus, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

31 skru di muka tak luntur semangat Olimpik Ward

Posted: 08 Feb 2020 04:08 AM PST

LONDON: Sam Ward menyengetkan kepalanya untuk menayangkan parut yang melintang merentasi kulit kepalanya sehingga ke penghujung telinga kirinya.

Wuhan buka satu lagi hospital sementara untuk coronavirus

Posted: 08 Feb 2020 03:46 AM PST

BEIJING: Bandar raya Wuhan yang menjadi pusat penularan coronavirus yang telah membunuh lebih 700 orang di seluruh negara membuka satu lagi hospital hari ini, menyediakan 1,500 katil, lapor media negara.

Seorang pesakit coronavirus dijangka pulang

Posted: 08 Feb 2020 12:54 AM PST

PUTRAJAYA: Keputusan ujian ulangan ketiga terhadap warganegara China yang sebelum ini dijangkiti coronavirus, dijangka diperoleh dalam tempoh terdekat, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

69 orang kontak rapat 'kes pertama Malaysia' jalani ujian

Posted: 08 Feb 2020 12:28 AM PST

PUTRAJAYA: Seramai 69 orang yang dipercayai mempunyai kontak rapat dengan lelaki rakyat Malaysia pertama dijangkiti coronavirus (2019-nCOV) sudah menjalani ujian, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Coronavirus: Perniagaan domestik terjejas

Posted: 08 Feb 2020 12:18 AM PST

PUTRAJAYA: Rangkaian sektor perniagaan di negara ini mengalami tempias teruk daripada penularan coronavirus (2019-nCOV), kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Thailand sahkan tujuh kes baharu coronavirus

Posted: 08 Feb 2020 03:28 AM PST

BANGKOK: Thailand hari ini mengesahkan tujuh kes baharu novel koronavirus 2019 (2019-nCoV), termasuk seorang rakyat negara itu yang dibawa keluar pada Selasa dari bandar Wuhan, China yang teruk dilanda wabak itu, menjadikan jumlah mangsa dijangkiti setakat ini ialah 32 orang, kata seorang pegawai kesihatan awam.

Pelan Damai Asia Barat penjenamaan semula penindasan Palestin

Posted: 08 Feb 2020 03:22 AM PST

PETALING JAYA: Pelan Damai Asia Barat hanyalah satu lagi penindasan Israel terhadap Palestin yang dijenamakan semula dengan kesannya tetap sama, iaitu menyebabkan penderitaan buat rakyat Palestin.

Coronavirus: Kes positif wanita Malaysia, jangkitan tempatan pertama

Posted: 06 Feb 2020 12:05 AM PST

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengesahkan dua lagi mangsa dikesan positif novel coronavirus (2019-nCoV) termasuk kes pertama membabitkan warga tempatan yang tidak pernah ke China.

Nama baharu jangkitan coronavirus

Posted: 07 Feb 2020 09:05 PM PST

GENEVA: Untuk mengelakkan stigma buruk terhadap bandaraya Wuhan yang menjadi tempat bermulanya wabak coronavirus, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sedang meneliti mengenai penamaan virus baharu itu.

NCP dipilih sebagai nama sementara untuk coronavirus

Posted: 08 Feb 2020 03:01 AM PST

CHINA: Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China mengumumkan nama rasmi sementara bagi coronavirus iaitu novel coronavirus pneumonia atau singkatannya NCP.

Peguam Kanada fail tuntutan saman terhadap Iran

Posted: 08 Feb 2020 02:58 AM PST

TORONTO: Beberapa peguam Kanada yang sebelum ini berjaya menyaman Iran, akan mengambil tindakan sama sebagai mewakili mangsa pesawat Ukraine yang ditembak jatuh di Tehran pada Disember tahun lalu, menuntut ganti rugi kira-kira AS$1.1 bilion (RM4.5 bilion).

Remaja maut motosikal rempuh penghadang lebuh raya

Posted: 08 Feb 2020 02:58 AM PST

KUALA LUMPUR: Seorang peniaga remaja meninggal dunia selepas motosikal ditunggang terbabas di Kilometer 457.1, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Kota Damansara dekat sini, petang tadi.

Tiada tanda kegagalan enjin - NTSB

Posted: 08 Feb 2020 02:52 AM PST

LOS ANGELES: Serpihan di tempat kejadian nahas helikopter yang membunuh legenda NBA, Kobe Bryant dan lapan yang lain tidak menunjukkan bukti kegagalan enjin, kata laporan awal dari Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara (NTSB), semalam.

Lima kementerian bergabung tangani masalah peniaga warga asing

Posted: 08 Feb 2020 01:14 AM PST

MERSING: Sebuah jawatankuasa membabitkan lima kementerian akan bermesyuarat dalam masa terdekat bagi mencari penyelesaian terhadap isu kebanjiran dan monopoli peniaga warga asing di Pasar Borong Selayang dan Kuala Lumpur.

'Untuk apa nak buat pakatan nasional?' - Anwar

Posted: 08 Feb 2020 02:50 AM PST

SEREMBAN: Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, mempersoalkan tujuan sebenar UMNO yang didakwa mahu menubuhkan pakatan nasional yang merangkumi gabungan PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Muzzammil umum tanding Ketua ARMADA Nasional

Posted: 08 Feb 2020 01:21 AM PST

SHAH ALAM: Exco Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Nasional, Muzzammil Ismail menawarkan diri sebagai calon Ketua ARMADA bagi mencabar penyandang yang juga Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada pemilihan parti kali ini.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template