Tuesday, March 10, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Kementerian Pengajian Tinggi akan perkasa Dasar Pendidikan Tinggi Negara

Posted: 10 Mar 2020 02:03 AM PDT

KUANTAN: Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI) yakin keputusan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mewujudkan semula Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dapat meningkatkan fokus pembangunan pendidikan pengajian tinggi negara.

SPRM cadang tuduh Najib sejak 2015

Posted: 10 Mar 2020 03:17 AM PDT

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menyediakan kertas siasatan dan cadangan pertuduhan terhadap Datuk Seri Najib Razak bagi mendakwa bekas Perdana Menteri itu pada 2015.

'Bukan minta dipuji'

Posted: 10 Mar 2020 08:20 AM PDT

TAIPING: 'Niat saya ikhlas kerana Allah, langsung tidak terlintas untuk dipuji," kata pemandu bas, Mohamad Rafidi Mansor, yang gambarnya sedang menggendong seorang warga emas lelaki kurang keupayaan berjalan tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

JDT lolos sekatan PDRM

Posted: 10 Mar 2020 08:11 AM PDT

KUALA LUMPUR: Juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT) dipaksa bekerja keras sebelum menang tipis 1-0 ke atas PDRM dalam aksi Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, sebentar tadi.

Kakitangan Motorola Solutions positif COVID-19

Posted: 10 Mar 2020 08:57 AM PDT

GEORGETOWN: Pulau Pinang mencatatkan satu kes coronavirus (COVID-19) hari ini selepas seorang kakitangan syarikat Motorola Solutions disahkan positif.

N Sembilan catat kemenangan sulung

Posted: 10 Mar 2020 08:32 AM PDT

SEREMBAN: Negeri Sembilan bangkit daripada kekecewaan dengan menewaskan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) FC, 2-0, dalam aksi Liga Perdana, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, sebentar tadi.

Pahang raih tiga mata pertama

Posted: 10 Mar 2020 08:23 AM PDT

KUANTAN: Pahang mencatat kemenangan pertama dalam saingan Liga Super selepas menewaskan Sabah 2-0 di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi.

PDRM kekal komited di bawah kepemimpinan baharu KDN

Posted: 10 Mar 2020 08:39 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus kekal komited dalam memikul amanah yang dipertanggungjawabkan di bawah kepimpinan baharu Kementerian Dalam Negeri (KDN), yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perbicaraan 1MDB dilapangkan, beri laluan Najib selesai kes SRC International

Posted: 10 Mar 2020 02:07 AM PDT

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini melapangkan tarikh yang dijadual hari ini, bagi perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memberi laluan kepada perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd yang sedang berlangsung.

KWSP di Jalan Raja Laut ditutup sehingga Jumaat

Posted: 10 Mar 2020 08:32 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Kuala Lumpur, Jalan Raja Laut ditutup sehingga Jumaat ini bagi menjalankan proses disinfeksi ke atas ruang pejabat dan kawasan persekitarannya.

Presiden PAS pantau sendiri pemimpinnya dalam Kabinet

Posted: 10 Mar 2020 08:09 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan beliau akan memantau kerajaan, menteri, timbalan menteri kalangan pemimpin parti itu supaya mampu menjalankan tugas dengan lebih berkesan.

Iklan tawaran JPJ palsu

Posted: 10 Mar 2020 07:32 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) mengingatkan orang ramai tidak mudah terpengaruh dengan sebarang iklan tawaran yang tular di media sosial.

Russia campur tangan siasatan MH17 Belanda, Malaysia

Posted: 10 Mar 2020 05:25 AM PDT

BADHOEVEDORP: Pihak pendakwaan Belanda menuduh Russia campur tangan dalam siasatan jenayah kejatuhan pesawat MH17, termasuk percubaan menggodam siasatan penyiasat dan menjejak saksi.

'Pesakit London' orang kedua sembuh daripada HIV

Posted: 10 Mar 2020 07:12 AM PDT

PARIS: Seorang lelaki menjadi pesakit kedua sembuh daripada HIV selepas menjalani rawatan pemindahan sel stem, apabila doktor mendapati tiada jangkitan selepas 30 bulan menghentikan rawatan tradisional.

Di mana Safawi?

Posted: 10 Mar 2020 07:04 AM PDT

KUALA LUMPUR: Adakah Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2019, Safawi Rasid sudah kehilangan tempat dalam kesebelasan utama Johor Darul Ta'zim (JDT)?

Tugas getir menanti Tengku Zafrul

Posted: 10 Mar 2020 06:04 AM PDT

KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berdepan tugas getir untuk mengelakkan defisit negara daripada 'menggelembung' dengan mendadak, demikian mengikut OCBC Bank.

Tengku Zafrul mula tugas hari pertama

Posted: 10 Mar 2020 05:09 AM PDT

PUTRAJAYA: Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz tiba di bangunan Kementerian Kewangan di sini, jam 6.07 petang bagi memulakan tugas hari pertamanya.

FBM KLCI melantun semula

Posted: 09 Mar 2020 08:26 PM PDT

KUALA LUMPUR: Indeks penanda aras Bursa Malaysia, Indeks FBM KLCI melantun semula selepas dibuka rendah pada sesi pagi hari ini.

Khairy tekad bawa MOSTI pacu kemajuan negara

Posted: 10 Mar 2020 06:48 AM PDT

SEREMBAN: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan pelantikannya sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), bukanlah suatu tugas yang mudah.

12 kes baharu jangkitan COVID-19

Posted: 10 Mar 2020 06:24 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sebanyak 12 kes baharu jangkitan COVID-19 direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes positif wabak itu sehingga kini ialah 129 orang.

Saravanan mahu tumpu masalah peluang pekerjaan

Posted: 10 Mar 2020 06:43 AM PDT

PUTRAJAYA: Masalah masyarakat yang tidak mempunyai pekerjaan terutama golongan belia yang tidak boleh diambil bekerja (unemployable) akan menjadi cabaran kepada Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan apabila beliau memasuki kementerian itu.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia

Posted: 10 Mar 2020 06:39 AM PDT

KJ hadiri taklimat pertama

Posted: 10 Mar 2020 06:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Menteri Sains, Teknologi & Inovasi, Khairy Jamaluddin hadir taklimat pertamanya di pejabat kementerian itu selepas selesai mengangkat sumpah jawatan menteri kabinet baharu hari ini.

Saravanan perlu pertahankan hak pekerja dan kesatuan - MTUC

Posted: 10 Mar 2020 01:43 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC) berharap pelantikan Datuk Seri M Saravanan sebagai Menteri Sumber Manusia dapat menghentikan buli dan penderaan oleh majikan serta agensi terhadap kakitangan masing-masing.

Kesemua 31 menteri Kabinet angkat sumpah jawatan di hadapan Agong

Posted: 10 Mar 2020 02:21 AM PDT

PUTRAJAYA: Kesemua 31 menteri Kabinet hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Melawati di sini, hari ini.

Produk makanan ringan guna logo halal tidak sah dirampas

Posted: 10 Mar 2020 04:58 AM PDT

KLANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor menyita 2,100 bungkusan makanan ringan yang menggunakan logo halal tidak sah, dalam satu serbuan di sebuah premis di Jalan Nenas di sini, hari ini.

44 maut akibat minum arak haram bagi elak jangkitan COVID-19

Posted: 10 Mar 2020 05:55 AM PDT

TEHRAN: Keracunan alkohol kerana meminum arak yang diproses secara haram meragut 44 nyawa di Iran berikutan kepercayaan ia dapat mengelakkan jangkitan COVID-19.

Tiada permohonan pelaburan - Pegawai Daerah

Posted: 10 Mar 2020 06:08 AM PDT

JEMPOL: Tiada permohonan diterima daripada mana-mana pihak yang mahu memajukan tanah FELDA di daerah ini seperti dilaporkan media hari ini.

Bursa Malaysia ditutup tinggi, naik 6.31 mata

Posted: 10 Mar 2020 06:07 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meningkat semula untuk ditutup tinggi hari ini selepas penanda aras minyak global meningkat 2.42 peratus kepada AS$35.19 setong hari ini.

Hishammuddin mahu hidupkan semula persahabatan dengan pemimpin luar

Posted: 10 Mar 2020 06:01 AM PDT

PUTRAJAYA: Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mahu menggunakan portfolio baharunya untuk berhubung dan menghidupkan semula hubungan diplomatik dengan ramai pemimpin luar negara yang pernah dikenali, ketika beliau menjadi Menteri Pertahanan sebelum ini.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template