BH Online - Terkini |
- Hilang lima hari, ditemui maut nahas
- 'Pelantikan sebagai menteri peluang aplikasi bidang dipelajari'
- Peserta ijtimak tabligh positif COVID-19
- Keputusan Liga Super
- 47 rumah rosak akibat ribut
- Bekas EXCO dijangka menghadap Sultan Perak esok
- COVID-19: Korban cecah 4,351 orang
- Lee Tuck nafi kemenangan Selangor
- Kedah seri di laman UiTM
- Tabung COVID-19: Wang ihsan RM100 sehari
- Perak masih 'tergantung'
- Hati mak sakit sangat - Ibu Aliff Syukri
- Aliff Syukri menangis 'darah' pula...
- Wanita disyaki alami tekanan pandu kereta dalam balai ketibaan
- Israel roboh rumah penduduk Palestin
- Indonesia lapor kematian pertama COVID-19
- APEC 2020 diteruskan - Azmin
- PAS tidak berhasrat tuntut jawatan EXCO Pahang
- COVID-19: Hospital Tawau aktifkan 'fever centre'
- Tiada masalah wakil PAS kecil dalam Kabinet
- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
- Bolt bakal dapat anak perempuan
- Cari kaedah terbaik untuk pelajar - Mohd Radzi
- Kerajaan kaji kesan COVID-19 terhadap pelancongan
- Kes SRC: Hujahan akhir bermula 12 Mei
- Pesawat bawa penyokong Man Utd mendarat cemas
- Pemilihan BERSATU: Pencalonan MPT, 2 sayap pada 16 Mac
- Israel bunuh remaja Palestin di Tebing Barat
- 150 kontena sisa plastik dihantar semula ke negara pengeksport
- Bursa Malaysia ditutup tinggi, naik 13.36 mata
| Hilang lima hari, ditemui maut nahas Posted: 11 Mar 2020 09:04 AM PDT MERSING: Misteri kehilangan seorang lelaki sejak lima hari lalu, terjawab apabila dia ditemui maut malam tadi, dipercayai terbabit dalam kemalangan di Kilometer 23 Jalan Kota Tinggi-Mersing. |
| 'Pelantikan sebagai menteri peluang aplikasi bidang dipelajari' Posted: 11 Mar 2020 08:43 AM PDT KUCHING: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata beliau akan mengambil peluang untuk mengaplikasi apa yang pernah dipelajarinya ketika melanjutkan pengajian di peringkat ijazah kedoktoran dalam menggalas tanggungjawab yang diamanahkan. |
| Peserta ijtimak tabligh positif COVID-19 Posted: 11 Mar 2020 08:40 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang warga emas positif COVID-19 selepas menghadiri 'ijtimak tabligh' di Masjid Seri Petaling, pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu. |
| Posted: 11 Mar 2020 08:38 AM PDT KUALA LUMPUR: Berikut keputusan Liga Super: |
| Posted: 11 Mar 2020 08:36 AM PDT ISKANDAR PUTERI: Hampir 50 rumah di Taman Desa Permai, Kangkar Pulai di sini rosak akibat ribut dalam kejadian jam 6.30 petang tadi. |
| Bekas EXCO dijangka menghadap Sultan Perak esok Posted: 11 Mar 2020 08:30 AM PDT IPOH: Tujuh daripada 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak dijangka menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, esok. |
| COVID-19: Korban cecah 4,351 orang Posted: 11 Mar 2020 08:26 AM PDT PARIS: Sejak COVID-19 muncul buat pertama kali pada akhir Disember lalu, lebih 119,711 kes direkodkan di 110 negara dan wilayah, yang mengorbankan nyawa 4,351 nyawa, sehingga hari ini. |
| Lee Tuck nafi kemenangan Selangor Posted: 11 Mar 2020 08:21 AM PDT KUALA TERENGGANU: Kapten Terengganu FC (TFC) Lee Tuck menyelamatkan maruah skuad Penyu apabila jaringannya dalam masa kecederaan mengikat Selangor 3-3 dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di Gong Badak sebentar tadi. |
| Posted: 11 Mar 2020 08:15 AM PDT SHAH ALAM: Kedah terus kempunan untuk meraih kemenangan pertama musim ini apabila diikat 'budak baharu', UiTM FC 1-1 pada aksi di Stadium UiTM Shah Alam, sebentar tadi. |
| Tabung COVID-19: Wang ihsan RM100 sehari Posted: 11 Mar 2020 03:37 AM PDT NILAI: Wang ihsan melalui Tabung COVID-19 sebanyak RM100 sehari akan diberi kepada individu yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau tiada gaji sepanjang tempoh dikuarantin. |
| Perak masih 'tergantung' Posted: 11 Mar 2020 07:00 AM PDT IPOH: Keadaan politik di Perak masih menimbulkan tanda tanya mengenai siapa Menteri Besar selepas Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meletakkan jawatan. |
| Hati mak sakit sangat - Ibu Aliff Syukri Posted: 11 Mar 2020 06:57 AM PDT KUALA LUMPUR: Sudah puas menegur, Rozita Ibrahim, ibu usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri, membuat pengakuan terbuka melalui media sosial mengenai apa yang didakwa kedegilan anaknya berubah. |
| Aliff Syukri menangis 'darah' pula... Posted: 11 Mar 2020 05:46 AM PDT KUALA LUMPUR: Datuk Seri Aliff Syukri yang berhadapan dakwaan memukul dan mencubit anak angkat berusia dua tahun, sekali lagi menarik perhatian netizen apabila video memaparkan dirinya menangis 'darah', tular. |
| Wanita disyaki alami tekanan pandu kereta dalam balai ketibaan Posted: 11 Mar 2020 07:10 AM PDT KUALA NERUS: Suasana di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), di sini, petang tadi bertukar kelam kabut susulan kehadiran sebuah kereta di balai ketibaan. |
| Israel roboh rumah penduduk Palestin Posted: 11 Mar 2020 07:14 AM PDT RAMALLAH: Israel merobohkan rumah milik dua warga Palestin yang didakwa terbabit dalam serangan bom yang mengorbankan seorang remaja Israel tahun lalu. |
| Indonesia lapor kematian pertama COVID-19 Posted: 11 Mar 2020 05:05 AM PDT JAKARTA: Indonesia mencatatkan kes pertama kematian akibat COVID-19, apabila seorang wanita warga Britain berusia 53 tahun yang dirawat di hospital di Bali meninggal dunia hari ini. |
| Posted: 11 Mar 2020 06:30 AM PDT KUALA LUMPUR: Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2020 dan mesyuarat yang berkaitan yang dijadualkan pada tahun ini akan diteruskan seperti dirancang berikutan negara-negara anggota telah menyatakan komitmen mereka untuk menghadiri forum itu. |
| PAS tidak berhasrat tuntut jawatan EXCO Pahang Posted: 11 Mar 2020 06:26 AM PDT TEMERLOH: PAS Pahang tidak berhasrat untuk menuntut atau menerima jawatan sebagai anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) meskipun berlaku perubahan politik di peringkat nasional ketika ini. |
| COVID-19: Hospital Tawau aktifkan 'fever centre' Posted: 11 Mar 2020 06:23 AM PDT TAWAU: Hospital Besar Tawau, mengambil langkah proaktif dengan mengaktifkan 'fever center' sebagai langkah berjaga-jaga dalam mengekang penularan wabak COVID-19. |
| Tiada masalah wakil PAS kecil dalam Kabinet Posted: 11 Mar 2020 06:14 AM PDT PUTRAJAYA: Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti itu tidak mempunyai masalah dengan bilangan wakilnya dalam Kabinet yang lebih kecil berbanding parti lain. |
| Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS Posted: 11 Mar 2020 06:15 AM PDT KUALA LUMPUR: Ringgit kembali mengukuh selepas penurunan sebelum ini untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan minat peniaga untuk mengambil risiko bertambah baik walaupun bimbang mengenai COVID-19. |
| Bolt bakal dapat anak perempuan Posted: 11 Mar 2020 06:14 AM PDT KINGSTON, Jamaica: Usain Bolt bakal menimang anak perempuan dengan pasangannya Kasi Bennet. |
| Cari kaedah terbaik untuk pelajar - Mohd Radzi Posted: 11 Mar 2020 02:29 AM PDT PUTRAJAYA: Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin, mahu mendalami dan memahami isu berkaitan pendidikan sebelum membuat perancangan hala tuju kementeriannya dalam usaha memartabatkan sistem pendidikan negara. |
| Kerajaan kaji kesan COVID-19 terhadap pelancongan Posted: 11 Mar 2020 05:12 AM PDT PUTRAJAYA: Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan akan berjumpa dengan penggiat industri bagi mendapatkan maklum balas mengenai kesan penularan COVID-19 terhadap industri terbabit. |
| Kes SRC: Hujahan akhir bermula 12 Mei Posted: 11 Mar 2020 01:15 AM PDT KUALA LUMPUR: Selepas mengemukakan 19 saksi pembelaan pada perbicaraan tuduhan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah 42 juta yang mengambil masa 33 hari, pasukan peguam bela Datuk Seri Najib Razak, menutup kes mereka hari ini. |
| Pesawat bawa penyokong Man Utd mendarat cemas Posted: 11 Mar 2020 06:05 AM PDT FRANKFURT, Jerman: Sebuah pesawat yang membawa penyokong Manchester United ke perlawanan menentang LASK terpaksa mendarat cemas di Frankfurt berikutan masalah enjin. |
| Pemilihan BERSATU: Pencalonan MPT, 2 sayap pada 16 Mac Posted: 11 Mar 2020 06:04 AM PDT KUALA LUMPUR: Pendaftaran pencalonan untuk pertandingan di peringkat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Jawatankuasa Srikandi dan Jawatankuasa Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan diadakan pada 16 Mac ini. |
| Israel bunuh remaja Palestin di Tebing Barat Posted: 11 Mar 2020 05:56 AM PDT RAMALLAH: Tentera Israel membunuh seorang remaja Palestin di Tebing Barat hari ini ketika protes terhadap rampasan tanah secara haram oleh regim Zionis itu. |
| 150 kontena sisa plastik dihantar semula ke negara pengeksport Posted: 11 Mar 2020 05:53 AM PDT PUTRAJAYA: Sebanyak 150 kontena sisa plastik telah dihantar semula ke negara pengeksport, manakala 84 lagi akan dihantar dalam masa terdekat, kata Menteri Alam Sekitar, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. |
| Bursa Malaysia ditutup tinggi, naik 13.36 mata Posted: 11 Mar 2020 05:50 AM PDT KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mencatat prestasi berbeza daripada pasaran serantau lain apabila ditutup lebih tinggi hari ini, didorong positif susulan beberapa pengumuman kerajaan bagi menangani keadaan ekonomi negara. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment