Thursday, March 12, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Waran tangkap untuk Sajat

Posted: 12 Mar 2020 09:13 AM PDT

SHAH ALAM: Mahkamah Majistret Shah Alam, semalam, mengeluarkan waran tangkap terhadap usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat kerana tidak hadir tanpa sebarang alasan bagi pendakwaan kes di mahkamah.

COVID-19: Singapura tidak akan naikkan amaran DORSCON ke tahap Merah

Posted: 12 Mar 2020 09:16 AM PDT

SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong berkata situasi COVID-19 di republik itu masih terkawal.

Naomi Campbell pakai sut hazmat, elak COVID-19

Posted: 12 Mar 2020 07:50 AM PDT

KUALA LUMPUR: Supermodel antarabangsa, Naomi Campbell, 49, dituduh berlebihan apabila memakai sut hazmat di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles, Selasa lalu.

Ahli lembaga pengarah bebas SC positif COVID-19

Posted: 12 Mar 2020 08:44 AM PDT

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengesahkan seorang ahli lembaga pengarah bebasnya disahkan positif COVID-19.

COVID-19: Thailand lancar aplikasi kesan individu jalani kuarantin sendiri

Posted: 12 Mar 2020 08:37 AM PDT

BANGKOK: Thailand hari ini melancarkan satu aplikasi secara dalam talian bagi mengesan penduduk tempatan dan pelancong dari enam negara dan wilayah berisiko tinggi iaitu China, Korea Selatan, Iran, Itali, Hong Kong dan Macau yang menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari.

Zii Jia mara ke suku akhir Seluruh England

Posted: 12 Mar 2020 08:32 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki nombor satu negara, Lee Zii Jia mengekalkan momentumnya apabila mengesahkan tempat ke suku akhir Seluruh England, sebentar tadi.

MFL, FAM umum keputusan esok

Posted: 12 Mar 2020 08:28 AM PDT

KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada Liga Malaysia (Liga M) terpaksa ditangguhkan atau perlawanan dilangsungkan tanpa penonton hanya akan diputuskan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam mesyuarat khas, esok.

COVID-19: UiTM tangguh Istiadat Konvokesyen

Posted: 12 Mar 2020 07:58 AM PDT

SHAH ALAM: Universiti Teknologi MARA (UiTM) menangguhkan Istiadat Konvokesyen ke-92 yang dijadualkan bermula 24 Mac ini.

Kedutaan di Rom hantar bantuan kepada rakyat Malaysia di Zon Merah

Posted: 12 Mar 2020 07:27 AM PDT

MANCHESTER: Ketika Itali bergelut untuk membendung penularan COVID-19, Kedutaan Malaysia di Rom menghulurkan bantuan kepada rakyat Malaysia yang terjejas berikutan langkah "pengasingan" di dalam bandar yang mereka diami.

2 jemaah tabligh Singapura positif COVID-19

Posted: 12 Mar 2020 07:21 AM PDT

SINGAPURA: Dua warga Singapura dijangkiti COVID-19 selepas menghadiri satu majlis keagamaan di Kuala Lumpur.

COVID-19: 9 kes baharu di Singapura, 2 dikaitkan dengan perhimpunan masjid di Malaysia

Posted: 12 Mar 2020 07:17 AM PDT

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura telah mengesahkan sembilan lagi kes jangkitan COVID-19 di republik itu, dan dua daripadanya dikaitkan dengan perhimpunan tabligh di sebuah masjid Malaysia.

COVID-19: Umat Islam perlu patuhi saranan kerajaan - Mufti Melaka

Posted: 12 Mar 2020 07:13 AM PDT

MELAKA: Kerajaan negeri melaksanakan beberapa langkah seperti yang disarankan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Kementerian Kesihatan bagi mencegah penularan COVID-19.

Bayi 10 bulan maut dipercayai didera pengasuh

Posted: 12 Mar 2020 07:08 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang bayi lelaki 10 bulan meninggal dunia akibat kecederaan di perut dipercayai didera ketika dalam jagaan pengasuhnya di Taman Sri Indah, Serdang dekat sini, semalam.

COVID-19: Korea Selatan keluar amaran fasa baharu

Posted: 12 Mar 2020 07:05 AM PDT

SEOUL: Pihak berkuasa di Korea Selatan mengeluarkan amaran fasa baharu penularan COVID-19 berikutan wujud kluster baharu di bandar raya itu yang mungkin akan menyebarkan wabak berkenaan.

Terkini mengenai COVID-19 di seluruh dunia

Posted: 12 Mar 2020 07:00 AM PDT

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyifatkan wabak COVID-19 sebagai pandemik dan berkata, Itali dan Iran berada di barisan hadapan penyakit itu dan negara-negara lain tidak lama lagi akan turut sama mengikuti.

Jemaah tabligh dari Tawau positif COVID-19

Posted: 12 Mar 2020 06:54 AM PDT

TAWAU: Seorang lelaki tempatan berumur 58 tahun dari daerah ini disahkan sebagai individu pertama positif COVID-19 di negeri ini.

MB Selangor terima SD empat ADUN BERSATU

Posted: 12 Mar 2020 06:49 AM PDT

PELABUHAN KLANG: Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan menerima akuan bersumpah (SD) menyokong Pakatan Harapan (PH) Selangor daripada empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

COVID-19: 9 kes baharu

Posted: 12 Mar 2020 06:42 AM PDT

PUTRAJAYA: Sebanyak sembilan kes baharu positif COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan 158 kes positif dilaporkan setakat ini, ketika Malaysia sudah memasuki gelombang kedua wabak itu.

Pasaran baharu sawit di Afrika, Asia Barat

Posted: 12 Mar 2020 05:48 AM PDT

BANGI: Kerajaan menyasar untuk memperluaskan produk sawit ke pasaran baharu termasuk Afrika dan Asia Barat serta meningkatkan saiz ladang komoditi itu pada masa depan.

'Masjid kami bukan penyebar COVID-19'

Posted: 12 Mar 2020 03:51 AM PDT

KUALA LUMPUR: Orang ramai diminta berhenti membuat tanggapan bahawa Masjid Seri Petaling di sini, adalah lokaliti panas penularan COVID-19 susulan beberapa jangkitan direkodkan selepas penganjuran Ijtimak Tabligh Ke-7, baru-baru ini.

COVID-19: Russia bekalkan kit ujian kepada USSR, Iran, Korea Utara

Posted: 12 Mar 2020 04:07 AM PDT

MOSCOW: Russia menghantar kit ujian untuk COVID-19 ke negara-negara termasuk Iran, Korea Utara dan bekas negara Soviet.

Presiden Filipina jalani ujian pengesanan COVID-19

Posted: 12 Mar 2020 04:27 AM PDT

MANILA: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte akan menjalani ujian pengesanan COVID-19, sebagai langkah berjaga-jaga berikutan peningkatan kes berkenaan di negara itu, kata jurucakapnya hari ini.

Real kuarantin pemain, La Liga tunda semua perlawanan

Posted: 12 Mar 2020 05:59 AM PDT

MADRID: La Liga, hari ini mengumumkan perlawanan dalam dua divisyen utama Sepanyol ditunda selama dua minggu susulan penularan COVID-19.

Sultan Perak mahu bekas EXCO terus membantu rakyat

Posted: 12 Mar 2020 04:06 AM PDT

IPOH: Bekas EXCO Pakatan Harapan (PH) yang menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini, tidak berkaitan dengan pelantikan Menteri Besar Perak Ke-13.

Anak Tom Hanks hargai keprihatinan peminat

Posted: 12 Mar 2020 05:24 AM PDT

SYDNEY: Mengesahkan ibu bapa dijangkiti COVID-19, anak Tom Hanks, Chet Hanks, 29, menghargai keprihatinan peminat yang tidak putus-putus mendoakan bintang filem Forest Gump dan isterinya, cepat sembuh.

Itali tutup pasar raya untuk tangani COVID-19

Posted: 12 Mar 2020 02:58 AM PDT

ROM: Itali mengarahkan penutupan semua pasar raya kecuali farmasi dan kedai menjual makanan sejak semalam sebagai langkah bagi menghadapi situasi yang semakin mendesak berikutan 827 rakyat di negara itu maut akibat jangkitan COVID-19 sejak dua minggu lalu.

Jemaah hadir ijtimak tabligh dilarang ke masjid hingga sah sihat - mufti

Posted: 12 Mar 2020 06:13 AM PDT

KANGAR: Jemaah dari Perlis yang menghadiri perhimpunan ijtimak (perjumpaan) tabligh di Masjid Sri Petaling akhir bulan lalu ditegah ke masjid, solat berjemaah di masjid dan menghadiri solat Jumaat.

BAM belum putus tunda Terbuka Malaysia

Posted: 12 Mar 2020 05:48 AM PDT

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) masih belum membuat keputusan untuk menunda saingan Terbuka Malaysia yang dijadual berlangsung pada 31 Mac hingga 5 April ini biarpun Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS) menasihatkan agar semua acara sukan tempatan dan antarabangsa ditangguhkan bagi mencegah jangkitan COVID-19.

YAKEB perlu dana tahunan RM3 juta

Posted: 12 Mar 2020 05:44 AM PDT

KUALA LUMPUR: Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) memohon Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican untuk mempertimbangkan pemberian dana khas setiap tahun bagi memastikan kebajikan bekas atlet negara terbela.

Pasukan pembelaan kuarantin sendiri

Posted: 12 Mar 2020 04:06 AM PDT

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menangguhkan perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi Datuk Seri Najib Razak selepas barisan pembelaan termasuk Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dipercayai mempunyai kontak rapat dengan individu dijangkiti COVID-19.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template