Saturday, March 14, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Jordan perketat perintah berkurung

Posted: 14 Mar 2020 09:02 AM PDT

AMMAN: Jordan akan menghentikan penerbangan masuk dan keluar dari negara itu mulai Selasa, sebagai langkah memperketat kawalan sempadan bagi membendung penularan coronavirus (COVID-19).

FELDA, JDT kongsi mata

Posted: 14 Mar 2020 09:08 AM PDT

KUALA LUMPUR: Juara Liga Super enam kali berturut-turut Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal meneruskan rentak kemenangan selepas diikat FELDA United 1-1 di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.

Mesir gantung sesi persekolahan, universiti

Posted: 14 Mar 2020 09:01 AM PDT

CAIRO: Mesir akan menggantung sesi persekolahan dan kuliah universiti selama dua minggu bermula esok bagi membendung penularan COVID-19, kata Presiden dalam satu kenyataan, hari ini.

Sepanyol dijangka laksana perintah berkurung Isnin ini

Posted: 14 Mar 2020 08:51 AM PDT

MADRID: Kerajaan Sepanyol bercadang meletakkan negara dengan 47 juta penduduk itu di bawah perintah berkurung mulai Isnin, sebagai antara 15 hari pelan darurat bagi membendung COVID-19 dengan draf dekri rasmi dipamerkan kepada Reuters.

Sanggup terjun laut tinggalkan 4,500 liter petrol seludup

Posted: 14 Mar 2020 08:39 AM PDT

SEMPORNA: Seorang tekong bersama pembantunya bertindak terjun ke laut meninggalkan bot jongkong yang sarat dengan muatan 4,500 liter petrol bagi mengelak ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Nwakaeme bantu Pahang atasi Melaka

Posted: 14 Mar 2020 08:30 AM PDT

MELAKA: Jaringan tunggal Dickson Nwakaeme membantu Pahang mengatasi Melaka 1-0 pada aksi Liga Super  di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput sebentar tadi.

Insentif khas rangsang industri pelancongan Terengganu

Posted: 14 Mar 2020 08:11 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri sedang mengatur strategi termasuk akan perkenalkan pakej khas bagi merangsang industri pelancongan berikutan penularan coronavirus (COVID-19) di seluruh negara.

Menteri Pengangkutan Indonesia dijangkiti COVID-19

Posted: 14 Mar 2020 07:34 AM PDT

JAKARTA: Menteri Pengangkutan Indonesia, Budi Karya Sumadi dimasukkan ke hospital di sini, selepas dijangkiti COVID-19, kata pegawai kanan kerajaan pada sidang media, hari ini.

10 lagi maut di England

Posted: 14 Mar 2020 07:56 AM PDT

LONDON: Pihak berkuasa kesihatan di England hari ini, mengumumkan 10 kes kematian baharu akibat jangkitan coronavirus (COVID-19), hampir dua kali ganda yang terkorban di Britain sejak kelmarin.

24 warga PDRM, keluarga masih dikuarantin di rumah

Posted: 14 Mar 2020 07:21 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seramai 24 daripada 25 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), serta ahli keluarga mereka dilaporkan sedang menjalani proses kuarantin selepas disyaki menunjukkan simptom coronavirus (COVID-19).

COVID-19: Hari ini saja 97 kematian di Iran

Posted: 14 Mar 2020 07:05 AM PDT

TEHRAN: Iran hari ini, merekodkan 97 kematian baharu akibat COVID-19, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 611 dengan angka itu disahkan meningkat lagi.

1,500 kes COVID-19 sehari di Sepanyol

Posted: 14 Mar 2020 06:17 AM PDT

MADRID: Sepanyol mengesahkan lebih 1,500 kes COVID-19 kelmarin dan hari ini, sekali gus menjadikan keseluruhan sebanyak 5,752 kes, yang kedua terbanyak di Eropah selepas Itali.

COVID-19: Sabah catat kes baharu tertinggi

Posted: 14 Mar 2020 05:52 AM PDT

TAWAU: Sabah merekodkan 11 kes baharu COVID-19 iaitu jumlah tertinggi dikesan di seluruh negara hari ini menjadikan sebanyak 26 kes dicatatkan di negeri ini.

41 kes baharu COVID-19

Posted: 14 Mar 2020 04:02 AM PDT

PUTRAJAYA: Sebanyak 41 kes baharu jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini, dengan 37 daripadanya berkait dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling, antara 27 Februari hingga 3 Mac lalu.

Klorofil tinggi punca lambakan ikan

Posted: 14 Mar 2020 05:03 AM PDT

ALOR SETAR: Kadar klorofil yang tinggi di kawasan persisiran pantai dan perubahan suhu air menjadi punca berlakunya peningkatan bekalan ikan pelaling di Kedah sejak akhir-akhir ini.

18 anggota polis dan keluarga disah negatif COVID-19

Posted: 14 Mar 2020 04:38 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengesahkan semua 18 kes pegawai dan anggotanya termasuk ahli keluarga mereka yang disyaki menunjukkan simptom jangkitan coronavirus (COVID-19) didapati negatif daripada virus berkenaan.

Axelsen berjaya sekat Zii Jia

Posted: 14 Mar 2020 04:39 AM PDT

KUALA LUMPUR: Perjuangan pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia di Seluruh England berakhir selepas tewas kepada bekas juara dunia, Viktor Axelsen dalam aksi separuh akhir yang berlangsung selama 73 minit, sebentar tadi.

Kemboja larang kemasukan pelancong dari lima negara

Posted: 14 Mar 2020 04:33 AM PDT

PHNOM PENH: Kemboja melarang kemasukan pelancong dari Itali, Jerman, Sepanyol, Perancis dan Amerika Syarikat (AS) bagi membendung penularan COVID-19.

Minum air kencing lembu

Posted: 14 Mar 2020 04:15 AM PDT

NEW DELHI: Sekumpulan penganut Hindu menganjurkan acara minum air kencing lembu kerana percaya mampu menghalang coronavirus (COVID-19), selain mempercayai lembu ialah binatang suci serta air kencingnya mempunyai kelebihan dalam perubatan.

COVID-19:KKM hadkan jumlah pelawat ke hospital

Posted: 14 Mar 2020 04:16 AM PDT

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengehadkan bilangan pelawat ke hospital kepada dua orang setiap pesakit dalam satu-satu masa, bagi mencegah penularan COVID-19.

COVID-19: Perintah berkurung di Manila

Posted: 14 Mar 2020 01:41 AM PDT

MANILA: Datuk Bandar untuk 16 buah bandar raya di Metro Manila mengarahkan penduduknya untuk berkurung pada waktu malam dan pusat membeli belah tutup selama sebulan, dalam usaha membendung penyebaran coronavirus (COVID-19), selepas Filipina melaporkan kematiannya yang kelapan.

1,000 doktor pelatih digerakkan di seluruh negara

Posted: 14 Mar 2020 02:11 AM PDT

JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan akan menempatkan 1,000 doktor pelatih di semua hospital kerajaan di seluruh negara mulai Isnin ini, bagi membantu melicinkan operasi harian susulan penularan kes COVID-19.

COVID-19: Sekolah di Jakarta ditutup dua minggu

Posted: 14 Mar 2020 02:18 AM PDT

JAKARTA: Indonesia akan menutup semua sekolah di ibu kotanya selama dua minggu, mulai Isnin ini dan mengarahkan pembelajaran dilakukan secara dalam talian dalam usaha membendung coronavirus, kata Gabenor Jakarta, Anies Baswedan.

COVID-19: Russia tutup sempadan darat

Posted: 14 Mar 2020 03:38 AM PDT

MOSCOW: Russia akan menutup pintu sempadan dengan Poland dan Norway kepada warga asing dalam usaha mengehadkan penularan coronavirus (COVID-19), kata Perdana Menterinya, Mikhail Mishustin.

Salim dilantik Presiden Majlis Peguam baharu

Posted: 14 Mar 2020 02:02 AM PDT

KUALA LUMPUR: Setiausaha Majlis Peguam Malaysia (Majlis Peguam), Salim Bashir dilantik sebagai presiden baharu Majlis Peguam hari ini, biarpun dengan sokongan yang rendah dari ahli badan itu.

Fad Bocey bakal timang anak keempat

Posted: 14 Mar 2020 03:44 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelawak Fad Bocey meraikan ulang tahun kelima perkahwinan dengan berita gembira apabila isterinya, Nur Syahirah A. Rahman atau Syaheera mengumumkan dirinya hamil anak keempat.

Penyusunan semula strategi pelaburan berjaya selamatkan TH

Posted: 14 Mar 2020 03:25 AM PDT

KUALA LUMPUR: Walaupun ekonomi dunia berdepan pelbagai cabaran termasuk pertikaian perdagangan global, namun penyusunan semula strategi pelaburan yang dilakukan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) sejak tahun lalu, menyelamatkan institusi kewangan itu daripada terjejas teruk.

Khemah peniaga Kuah diterbangkan puting beliung

Posted: 14 Mar 2020 03:08 AM PDT

LANGKAWI: Pengunjung dan peniaga makanan di tapak uptown Kuah di sini, panik apabila dua khemah gerai di kawasan itu diterbangkan puting beliung, hari ini.

Program EPIC 2020 ditangguh akibat COVID19

Posted: 14 Mar 2020 03:08 AM PDT

IPOH: Program Persidangan Industri Profesional Esukan 2020 (EPIC 2020) yang sepatutnya berlangsung di Stadium Badminton Kompleks Sukan Ipoh pada 28 Mac ini, terpaksa ditangguhkan susulan penularan COVID-19.

Dasar Kementerian Pengajian Tinggi bukan bersifat 'ad hoc'

Posted: 14 Mar 2020 01:43 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sebarang dasar yang akan diperkenalkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak harus bersifat 'ad hoc' tanpa perancangan teliti dan bersandar kepada sentimen tertentu sahaja.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template