Tuesday, March 17, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Perintah Kawalan Pergerakan: Singapura harap lebih fleksibel

Posted: 17 Mar 2020 10:03 AM PDT

SINGAPURA: Singapura berharap republik itu diberikan lebih banyak masa dan fleksibel selepas Malaysia mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa hari ini hingga 31 Mac.

COVID-19: Orang ramai berpusu-pusu ke balai polis

Posted: 17 Mar 2020 08:48 AM PDT

KUALA LUMPUR: Orang ramai berpusu-pusu ke balai polis selepas polis meminta orang ramai mengisi borang khas bersama dokumen sokongan jika mahu membuat perjalanan merentas negeri.

Gangguan bekalan air di Kuala Lumpur, Petaling, Shah Alam

Posted: 17 Mar 2020 09:34 AM PDT

SHAH ALAM: Empat Loji Rawatan Air di Selangor, iaitu Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang dihenti tugas pada jam 7 malam tadi.

Dua bom meletup di Yala

Posted: 17 Mar 2020 09:11 AM PDT

YALA: Dua butir bom meletup di hadapan sebuah pejabat kerajaan dalam Wilayah Yala di selatan Thailand menyebabkan 25 orang cedera, termasuk tujuh wartawan, kata seorang pegawai keselamatan.

COVID-19: Tak perlu ke balai polis malam ini

Posted: 17 Mar 2020 08:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis menangguh sementara arahan orang ramai mesti mendapat kebenaran jika mahu keluar dari negeri masing-masing susulan Perintah Kawalan Pergerakan.

Megat Shahriman hormati keputusan Singapura

Posted: 17 Mar 2020 08:41 AM PDT

KUALA LUMPUR: Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) menyambut baik keputusan Persekutuan Sukan Para Asean (APSF) untuk menangguhkan Sukan Para ASEAN (APG) 2020 kepada 3 hingga 10 Oktober depan.

COVID-19: Mangsa dikebumi malam ini

Posted: 17 Mar 2020 08:19 AM PDT

JOHOR BAHRU: Jenazah mangsa wabak COVID-19 yang meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah tengah hari tadi, dikebumikan di tanah perkuburan Islam di bandar raya ini, kira-kira jam 9 malam tadi.

MOM tutup pintu

Posted: 17 Mar 2020 07:48 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pejabat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan ditutup mulai 18 hingga 31 Mac, semasa Perintah Kawalan Pergerakan seluruh negara dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19.

COVID-19: Patuh arahan polis

Posted: 17 Mar 2020 07:26 AM PDT

KUALA LUMPUR: Semua pihak dinasihatkan agar patuh kepada semua arahan yang dikeluarkan susulan Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan bagi membendung penularan wabak COVID-19, bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.

Final Liga Juara-Juara ditunda

Posted: 17 Mar 2020 07:23 AM PDT

ZURICH: Final Liga Juara-Juara dan Liga Europa ditangguh ke Jun susulan penularan wabak COVID-19.

COVID-19: PTVM saran ahli tangguh 'shooting'

Posted: 17 Mar 2020 06:59 AM PDT

KUALA LUMPUR: Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) meminta ahli akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa tengah malam ini dengan menangguhkan semua penggambaran drama dan telefilem sehingga 31 Mac depan.

WHO tingkatkan ujian COVID-19 di Syria

Posted: 17 Mar 2020 07:08 AM PDT

LAUSANNE: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan menjalankan ujian COVID-19 di kawasan dikuasai pemberontak di Syria minggu ini berikutan khuatir penularan bertambah serius.

Hampir 1,000 banduan lari angkara COVID-19

Posted: 17 Mar 2020 06:14 AM PDT

RIO DE JANEIRO: Hampir 1,000 banduan bertindak melarikan diri dari empat penjara di Brazil kelmarin, sehari sebelum keistimewaan harian untuk keluar penjara pada waktu siang ditangguhkan.

UEFA tangguh Euro 2020

Posted: 17 Mar 2020 06:10 AM PDT

ZURICH: Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) menangguhkan Kejohanan Eropah 2020 (Euro 2020) bagi mengekang penyebaran wabak coronavirus dengan liga di sekitar Eropah berharap saingan mereka dapat disudahkan.

COVID-19: Tidak boleh ke Singapura bermula tengah malam ini

Posted: 17 Mar 2020 06:04 AM PDT

JOHOR BAHRU: Rakyat Malaysia yang berulang-alik bekerja di Singapura tidak dibenarkan keluar mulai tengah malam ini.

Ringgit teruskan aliran penurunan

Posted: 17 Mar 2020 05:47 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan penurunan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), mencecah paras terendahnya sejak Mei 2017 apabila harga minyak terus jatuh dan penularan COVID-19 terus menjejaskan pasaran global.

Individu ditahan, saksi, pemberi maklumat masih perlu hadir ke SPRM

Posted: 17 Mar 2020 05:40 AM PDT

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih akan meneruskan kes siasatan termasuk memanggil mana-mana individu yang ditahan atau saksi ke premis suruhanjaya itu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan susulan COVID-19.

COVID-19: Pengerusi Sime Darby didapati positif

Posted: 17 Mar 2020 05:37 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pengerusi Sime Darby Berhad (SDB) dan Velesto Energy Bhd, Datuk Abdul Rahman Ahmad disahkan positif dalam ujian awal bagi COVID-19.

MSN tutup semua pusat latihan

Posted: 17 Mar 2020 05:03 AM PDT

KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Negara (MSN) menutup sepenuhnya semua pusat latihan di bawah agensi itu selain mengarahkan semua atlet pulang ke kediaman atau kampung masing-masing berkuat kuasa, esok.

COVID-19: Tak boleh bergerak antara negeri

Posted: 17 Mar 2020 04:01 AM PDT

KUALA LUMPUR: Orang ramai yang mahu membuat perjalanan keluar dari negeri masing perlu memaklumkan kepada polis, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bermula tengah malam ini, sehingga 31 Mac depan.

FAM hulur sumbangan buat Syed Ahmad

Posted: 17 Mar 2020 05:25 AM PDT

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tampil menghulurkan sumbangan kepada bekas pemain negara, Syed Ahmad Abu Bakar.

Pengerusi pertama MAS meninggal dunia

Posted: 17 Mar 2020 05:23 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pengerusi pertama Malaysia Airlines (MAS), Tan Sri G.K Rama Iyer meninggal dunia pada usia 88 tahun, pagi ini.

LZS had waktu operasi

Posted: 17 Mar 2020 05:22 AM PDT

SHAH ALAM: Lembaga Zakat Selangor (LZS) akan mengehadkan waktu operasi di ibu pejabat dan sebahagian cawangan susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi.

Pasaran saham dunia terus terjejas

Posted: 17 Mar 2020 05:11 AM PDT

LONDON: Pasaran saham dan minyak mentah global mengalami pergolakan hari ini selepas berlakunya panik COVID-19 sehingga menyebabkan Wall Street mencatatkan prestasi terburuknya dalam sehari sejak peristiwa 'Black Monday' 1987.

Tak boleh balik kampung

Posted: 17 Mar 2020 05:05 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pemain import Liga Malaysia (Liga M) 'diharamkan' daripada pulang ke negara asal meskipun saingan liga sedang ditangguhkan ketika ini susulan COVID-19.

COVID-19: Filipina gantung operasi pasaran saham

Posted: 17 Mar 2020 04:59 AM PDT

MANILA: Filipina menggantung perdagangan bursa sahamnya, sekali gus menjadi negara pertama yang menutup pasaran kewangan berikutan ancaman COVID-19.

TERKINI: 2 kematian pertama akibat COVID-19

Posted: 17 Mar 2020 02:59 AM PDT

PUTRAJAYA: Malaysia mencatat dua kematian akibat wabak COVID-19, iaitu pesakit dari kes ke-178 dan ke-358.

COVID-19: Cari vaksin guna pesakit yang sembuh

Posted: 17 Mar 2020 04:44 AM PDT

SYDNEY: Penyelidik Australia menggunakan rekod tindak balas imuniti pesakit dijangkiti coronavirus yang sudah sembuh bagi membangunkan vaksin dan kaedah rawatan rawatan COVID-19.

Bursa Malaysia terus ditutup rendah

Posted: 17 Mar 2020 04:42 AM PDT

KUALA LUMPUR: Saham-saham di Bursa Malaysia susut 1.87 peratus ketika ditutup hari ini ketika sentimen kekal lemah berikutan prestasi semalaman pasaran utama global yang negatif.

Layak bantuan ERP sekiranya penuhi 5 syarat

Posted: 17 Mar 2020 04:03 AM PDT

KUALA LUMPUR: Peruntukan RM120 juta disediakan menerusi Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) bagi membantu majikan dan pekerja yang terkesan dengan penularan COVID-19.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template