BH Online - Terkini |
- COVID-19: Afrika Selatan larang kapal persiaran berlabuh di pelabuhannya
- Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO menang jawatan Ketua BERSATU Bahagian Dungun.
- Alasan ke Bukit Bintang nak cari makanan
- 'Kau mungkin ok, tapi yang mati nanti orang tersayang'
- COVID-19: Media Prima mula Pelan Tindak Balas Perintah Kawalan Pergerakan.
- Kerajaan beri kelulusan sektor pembuatan kritikal beroperasi
- COVID-19: Medan selera R&R PLUS hanya jual makanan bungkus
- FAS komited bendung COVID-19
- COVID-19: Kematian global melebihi 8,000 orang
- COVID-19: Tiada sekatan untuk rakyat Malaysia pulang dari Indonesia
- COVID-19: Thailand berjaya kesan 89 peserta perhimpunan tabligh
- Ayah Zahid AF meninggal dunia
- COVID-19: Polis guna pembesar suara masjid minta patuhi Perintah Kawalan Pergerakan
- Nafuzi beri kerja rumah buat TFC
- Majikan perlu salurkan terus bantuan RM600 kepada akaun pekerja
- COVID-19: Kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 dibatalkan
- Kebajikan dan keselamatan pelajar UPSI dipantau rapi
- COVID-19: Kerja pembinaan, penyelenggaraan dihenti
- COVID-19: Pelajar IPG, KM tak pulang boleh tinggal di asrama
- COVID-19: Batalkan kenduri kahwin, nikah dulu - PM
- COVID-19: Chelsea beri hotel percuma
- Berdosa pulang ke kampung jika datangkan mudarat
- Ronaldo cemas kampung dilanda gempa bumi
- COVID-19: Wanita 103 tahun berjaya disembuhkan di Iran
- COVID-19: Tolong duduk diam dalam rumah - PM
- Kawalan mungkin dilanjutkan jika rangkaian jangkitan tak putus
- COVID-19: Jumlah kes Sepanyol 13,700 dengan hampir 600 kematian
- COVID-19: Sabah catat 21 kes baharu
- Perintah Kawalan Pergerakan bertujuan elak rakyat terdedah COVID-19
- Bekas isteri Chef Wan meninggal dunia
| COVID-19: Afrika Selatan larang kapal persiaran berlabuh di pelabuhannya Posted: 18 Mar 2020 09:36 AM PDT CAPE TOWN: Afrika Selatan menguat kuasa larangan menyekat kapal persiaran daripada memasuki semua pelabuhan, iaitu sebagai langkah terbaharu membendung penularan coronavirus (COVID-19), mulai hari ini. |
| Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO menang jawatan Ketua BERSATU Bahagian Dungun. Posted: 18 Mar 2020 09:28 AM PDT KUALA TERENGGANU: Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Abdul Aziz Ismail, menang jawatan Ketua BERSATU Bahagian Dungun. |
| Alasan ke Bukit Bintang nak cari makanan Posted: 18 Mar 2020 09:20 AM PDT KUALA LUMPUR: Sebahagian besar pengguna jalan raya di tengah-tengah pusat bandaraya Kuala Lumpur, memberikan alasan untuk memasuki daerah Dang Wangi, di sini, bagi tujuan membeli barang dan makanan. |
| 'Kau mungkin ok, tapi yang mati nanti orang tersayang' Posted: 18 Mar 2020 08:55 AM PDT KUALA LUMPUR: Bekas jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei menasihatkan rakyat Malaysia supaya duduk di rumah susulan penularan wabak COVID-19. |
| COVID-19: Media Prima mula Pelan Tindak Balas Perintah Kawalan Pergerakan. Posted: 18 Mar 2020 08:52 AM PDT KUALA LUMPUR: Kumpulan Media Prima Berhad (Media Prima) memulakan Pelan Tindak Balas Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) bermula hari ini hingga 31 Mac 2020. |
| Kerajaan beri kelulusan sektor pembuatan kritikal beroperasi Posted: 18 Mar 2020 02:15 AM PDT KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi kelulusan kepada pihak industri pembuatan terutama yang mengeluarkan produk-produk ditakrifkan sebagai kritikal untuk beroperasi dengan syarat tertentu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa. |
| COVID-19: Medan selera R&R PLUS hanya jual makanan bungkus Posted: 18 Mar 2020 03:16 AM PDT KUALA LUMPUR: Medan makan di semua Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) PLUS ketika ini hanya menyediakan jualan makanan secara bungkus bagi mengelakkan pelanggan berkumpul. |
| Posted: 18 Mar 2020 07:23 AM PDT KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) telah melaksanakan pelbagai langkah dan pencegahan bagi membendung penularan wabak COVID-19 dalam kalangan pemain, jurulatih dan juga petugasnya. |
| COVID-19: Kematian global melebihi 8,000 orang Posted: 18 Mar 2020 07:57 AM PDT PARIS: Lebih 8,000 kematian dicatatkan di seluruh dunia akibat pandemik COVID-19 berdasarkan jumlah rasmi daripada data AFP. |
| COVID-19: Tiada sekatan untuk rakyat Malaysia pulang dari Indonesia Posted: 18 Mar 2020 04:30 AM PDT JAKARTA: Rakyat Malaysia yang berada atau sedang bercuti di Indonesia yang mahu pulang ke tanah air dan memerlukan bantuan konsul diminta segera menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di sini. |
| COVID-19: Thailand berjaya kesan 89 peserta perhimpunan tabligh Posted: 18 Mar 2020 07:03 AM PDT BANGKOK: Thailand mengesahkan 35 kes baharu jangkitan COVID-19, menjadikan keseluruhan kes positif di negara itu kepada 212. |
| Posted: 18 Mar 2020 06:52 AM PDT KUALA LUMPUR: Bapa juara musim kedua Akademi Fantasia (AF), Zahid iaitu Baharudin Md Arif, 70, meninggal dunia di Hospital Teluk Intan, Perak, pada jam 4.16 petang tadi. |
| COVID-19: Polis guna pembesar suara masjid minta patuhi Perintah Kawalan Pergerakan Posted: 18 Mar 2020 06:39 AM PDT KUALA LUMPUR: Pelbagai pendekatan digunakan oleh kerajaan dalam menyampaikan hebahan kepada orang ramai berhubung Perintah Kawalan Pergerakan, berikutan penularan wabak COVID-19. |
| Nafuzi beri kerja rumah buat TFC Posted: 18 Mar 2020 06:36 AM PDT KUALA LUMPUR: Bagi memastikan pemain Terengganu FC (TFC) dapat mengekalkan kecergasan susulan penangguhan Liga Malaysia kerana COVID-19, pengendali pasukan Nafuzi Zain berkata program latihan khusus yang boleh dilakukan di rumah akan disediakan bagi semua pemain. |
| Majikan perlu salurkan terus bantuan RM600 kepada akaun pekerja Posted: 18 Mar 2020 06:11 AM PDT KUALA LUMPUR: Majikan perlu bertanggungjawab menyalurkan bantuan kewangan kepada pekerja swasta yang diberhentikan kerja. |
| COVID-19: Kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 dibatalkan Posted: 18 Mar 2020 04:24 AM PDT KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan mengumumkan kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM 2020) dibatalkan, susulan penularan COVID-19. |
| Kebajikan dan keselamatan pelajar UPSI dipantau rapi Posted: 18 Mar 2020 04:33 AM PDT TANJUNG MALIM: Ibu bapa kepada pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (IPSI) yang tidak pulang, susulan Perintah Kawalan Pergerakan, diharap tidak risau mengenai keselamatan dan kebajikan anak mereka yang tinggal di dalam kampus. |
| COVID-19: Kerja pembinaan, penyelenggaraan dihenti Posted: 18 Mar 2020 04:41 AM PDT KUALA LUMPUR: Semua kerja pembinaan dan penyelenggaraan dalam sektor pembinaan perlu dihentikan kecuali kerja kritikal sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan hingga 31 Mac ini. |
| COVID-19: Pelajar IPG, KM tak pulang boleh tinggal di asrama Posted: 18 Mar 2020 04:49 AM PDT KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) menegaskan pelajar di Kolej Matrikulasi (KM) dan Institut Pendidikan Guru (IPG) yang belum pulang mesti kekal berada di asrama. |
| COVID-19: Batalkan kenduri kahwin, nikah dulu - PM Posted: 18 Mar 2020 05:40 AM PDT KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta kerjasama semua pihak supaya membatalkan kenduri majlis perkahwinan kerana ia termasuk dalam Peraturan Kawalan Pergerakan. |
| COVID-19: Chelsea beri hotel percuma Posted: 18 Mar 2020 05:49 AM PDT LONDON: Chelsea membuktikan mereka berada pada kelas tersendiri selepas Roman Abramovich memberikan penginapan percuma kepada kakitangan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) yang bertugas ketika penularan wabak COVID-19. |
| Berdosa pulang ke kampung jika datangkan mudarat Posted: 18 Mar 2020 05:50 AM PDT KUALA LUMPUR: Perbuatan orang ramai yang pulang ke kampung sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan boleh menjadi haram dari segi agama jika mendatangkan mudarat kepada ahli keluarga dan masyarakat. |
| Ronaldo cemas kampung dilanda gempa bumi Posted: 18 Mar 2020 04:53 AM PDT LISBON: Cristiano Ronaldo mungkin pulang ke Madeira untuk mengelak COVID-19, namun dia berdepan risiko lain selepas satu lagi gempa bumi menggegar kepulauan itu. |
| COVID-19: Wanita 103 tahun berjaya disembuhkan di Iran Posted: 18 Mar 2020 05:30 AM PDT TEHRAN: Wanita berusia 103 tahun di Iran berjaya disembuhkan selepas menjalani rawatan akibat COVID-19, meskipun mereka yang lanjut usia dibuktikan lebih berisiko menderita penyakit itu, lapor Agensi Berita IRNA. |
| COVID-19: Tolong duduk diam dalam rumah - PM Posted: 18 Mar 2020 05:11 AM PDT KUALA LUMPUR: Just stay at home. Demikian nasihat, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta rakyat Malaysia untuk berada di rumah dan meluangkan masa bersama anak, isteri dan ahli keluarga. |
| Kawalan mungkin dilanjutkan jika rangkaian jangkitan tak putus Posted: 18 Mar 2020 05:17 AM PDT KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan mungkin terpaksa melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sekiranya rantaian jangkitan tidak terputus dalam tempoh dua minggu ini. |
| COVID-19: Jumlah kes Sepanyol 13,700 dengan hampir 600 kematian Posted: 18 Mar 2020 05:23 AM PDT MADRID: Jumlah dijangkiti oleh COVID-19 di Sepanyol meningkat 13,700 hari ini dengan jumlah kematian meningkat kepada hampir 600, data kerajaan menunjukkan. |
| COVID-19: Sabah catat 21 kes baharu Posted: 18 Mar 2020 05:11 AM PDT KOTA KINABALU: Sebanyak 21 kes baharu positif COVID-19 direkodkan di Sabah setakat jam 5 petang hari ini menjadikan 103 kes kumulatif . |
| Perintah Kawalan Pergerakan bertujuan elak rakyat terdedah COVID-19 Posted: 18 Mar 2020 05:10 AM PDT KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan penutupan sekolah, universiti dan sebahagian pejabat, premis perniagaan serta kilang ditutup selaras Perintah Kawalan Pergerakan bertujuan mengelakkan rakyat terdedah dengan jangkitan virus COVID-19. |
| Bekas isteri Chef Wan meninggal dunia Posted: 18 Mar 2020 04:56 AM PDT KUALA LUMPUR: Bekas isteri Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan, Norhayate Ayub meninggal dunia di Hospital Ampang akibat komplikasi buah pinggang dan jantung, hari ini. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment