Thursday, March 19, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


COVID-19: Panggil pesara doktor jika kes 19 meningkat mendadak

Posted: 19 Mar 2020 09:34 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersedia memanggil semula doktor perubatan yang sudah bersara atau pegawai perubatan yang berkhidmat dalam angkatan tentera, sekiranya berlaku peningkatan mendadak kes COVID-19 di negara ini.

COVID-19: Urusan eksport, import seperti biasa

Posted: 19 Mar 2020 09:25 AM PDT

PUTRAJAYA: Aktiviti pengeluaran, pemprosesan dan pengedaran, termasuk eksport dan import diteruskan seperti biasa, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bagi memastikan kelangsungan ekosistem rantaian bekalan makanan, demikian menurut Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.

COVID-19: Reka cipta pengimbas untuk keselamatan

Posted: 19 Mar 2020 09:18 AM PDT

SHAH ALAM: Wabak COVID-19 menjadi pencetus idea kepada seorang anak muda bagi mereka cipta sistem pengimbas khas kepada pelawat di pangsapuri di sini.

Premis perniagaan makanan beroperasi 24 jam semula

Posted: 19 Mar 2020 09:07 AM PDT

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur membatalkan arahannya pagi tadi supaya restoran 24 jam dihadkan waktu operasi kepada 16 jam.

F1 tangguh GP Belanda, Sepanyol, Monaco

Posted: 19 Mar 2020 08:51 AM PDT

LONDON: Formula Satu (F1) menangguhkan Grand Prix (GP) Belanda, Sepanyol dan Monaco hari ini kerana penyebaran coronavirus (COVID-19).

Soalan Lazim Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Kementerian Wilayah Persekutuan

Posted: 19 Mar 2020 03:25 AM PDT

1. Adakah Kementerian Kementerian Wilayah Persekutuan akan beroperasi seperti biasa?

Henti dulu berpolitik, bersatu bantu kerajaan perangi virus maut

Posted: 19 Mar 2020 08:44 AM PDT

Melakukan sesuatu yang baharu sememangnya bukan mudah, tidak seperti perkara rutin di mana kita boleh saja belajar daripada pengalaman lalu untuk mengelak daripada membuat kesalahan.

COVID-19: Dr Mahathir kuarantin diri secara sukarela

Posted: 19 Mar 2020 08:35 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan beliau kini menjalani kuarantin secara sukarela di kediamannya selepas mempunyai kontak rapat dengan individu yang disahkan positif COVID-19.

Kawalan pergerakan: Lelaki ditahan

Posted: 19 Mar 2020 08:31 AM PDT

LABIS: Polis menahan seorang lelaki selepas menghina dan menyerang seorang anggota polis di sini, hari ini.

'Gantung sementara' basikal bantu pesakit COVID-19

Posted: 19 Mar 2020 08:26 AM PDT

GENEVA: Pelumba basikal profesional Switzerland, Elise Chabbey menukar jersi perlumbaannya untuk pakaian doktor selepas musim sukan itu ditutup kerana pandemik COVID-19.

Arteta semakin pulih

Posted: 19 Mar 2020 08:19 AM PDT

LONDON: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta kembali bekerja dengan kelab berkenaan mengesahkannya hari ini selepas diuji positif COVID-19 minggu lalu.

COVID-19: Aznil sebak kes meningkat

Posted: 19 Mar 2020 06:36 AM PDT

KUALA LUMPUR: Selebriti popular, Datuk Aznil Nawawi sebak mengenangkan situasi yang melanda negara disebabkan penularan wabak COVID-19 semakin membimbangkan.

COVID-19: PLUS tutup lorong tambah nilai di Plaza Tol

Posted: 19 Mar 2020 07:17 AM PDT

KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Bhd (PLUS) menutup operasi tambah nilai di semua plaza tol kendaliannya dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19, bermula hari ini sehingga 31 Mac ini.

COVID-19: Semua perkhidmatan kaunter agensi Kementerian Pengangkutan ditutup

Posted: 19 Mar 2020 07:34 AM PDT

KUALA LUMPUR: Semua perkhidmatan kaunter di jabatan serta agensi di bawah Kementerian Pengangkutan termasuk perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Pejabat Pos ditutup mulai esok sehingga 31 Mac ini.

COVID-19: Zakat Pulau Pinang salur RM500 bantu peniaga kecil asnaf

Posted: 19 Mar 2020 06:18 AM PDT

BUKIT MERTAJAM: Zakat Pulau Pinang (ZPP) hari ini mengumumkan bantuan khas RM500 kepada peniaga dan penjaja kecil dalam kalangan asnaf dan fakir miskin di negeri ini berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Liga Inggeris ditangguh hingga 30 April

Posted: 19 Mar 2020 07:22 AM PDT

LONDON: Bola sepak England akan ditangguhkan sekurang-kurangnya hingga 30 April selepas Liga Perdana dan Liga Bola Sepak England (EFL) mengadakan mesyuarat krisis hari ini.

COVID-19: Indonesia tutup kemasukan pelawat asing mulai esok

Posted: 19 Mar 2020 07:15 AM PDT

JAKARTA: Kerajaan Indonesia mengambil langkah tambahan membendung penularan wabak COVID-19 dengan menutup kemasukan pelawat asing ke negara itu dan menghalang rakyatnya keluar negara untuk tempoh sebulan berkuat kuasa esok.

Tanda positif hari kedua pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan

Posted: 19 Mar 2020 06:47 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tanda-tanda positif kelihatan pada hari kedua pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dengan kehadiran lebih ramai polis yang dilihat menasihati orang ramai supaya tinggal di rumah dalam usaha kerajaan mengekang wabak COVID-19.

RM3.3 bilion bantu PKS terjejas COVID-19

Posted: 19 Mar 2020 07:13 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sejumlah RM3.3 bilion diperuntukkan di bawah Tabung Bank Negara Malaysia (BNM) dalam Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 bagi membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) meneruskan operasi perniagaan, pekerjaan selain menggalakkan pelaburan dalam negeri.

4 'geng perogol bas' jalani hukuman gantung esok

Posted: 19 Mar 2020 07:10 AM PDT

NEW DELHI: Hukuman gantung ke atas empat lelaki disabitkan kesalahan merogol secara berkumpulan dan membunuh pelajar akan dilakukan esok, kata peguam mangsa selepas mahkamah mengetepikan petisyen untuk tangguhkan hukuman itu.

COVID-19: Tentera nafi ambil alih Perintah Kawalan Pergerakan

Posted: 19 Mar 2020 06:46 AM PDT

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan laporan kononnya mereka bersedia mengambil alih tugas menangani wabak COVID-19.

COVID-19: Solat Jumaat diganti solat zuhur

Posted: 19 Mar 2020 05:37 AM PDT

KUALA LUMPUR: Solat Jumaat tidak perlu diadakan sehingga 31 Mac ini bagi memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19.

Lebih 10,000 banduan Iran diampunkan

Posted: 19 Mar 2020 06:41 AM PDT

TEHRAN: Iran akan membebaskan 10,000 banduan sempena perayaan Nowruz yang diraikan sempena Tahun Baharu Parsi esok, termasuk tahanan bagi kesalahan keselamatan, kata badan kehakimannya.

COVID-19: Polis tahan lelaki ingkar arahan Peraturan Kawalan Pergerakan

Posted: 19 Mar 2020 05:59 AM PDT

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki ditahan selepas menghalang tugas anggota polis melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan di sini, hari ini.

Hafizh pun timang tisu

Posted: 19 Mar 2020 06:31 AM PDT

KUALA LUMPUR: Cabaran 'timang tisu' menjadi 'trending' dalam kalangan pemain bola sepak susulan penangguhan saingan liga di kebanyakan negara termasuk Malaysia.

Bayern buat latihan dalam talian

Posted: 19 Mar 2020 06:26 AM PDT

MUNICH, Jerman: Tidak mahu melakukan perjalanan tidak diperlukan sambil mengekalkan hubungan sosial, Bayern Munich memperkenalkan sesi 'latihan siber' dengan pemain berlatih bersama secara dalam talian mengikut penstriman daripada ibu pejabat kelab.

Seorang kakitangan HTF disahkan positif COVID-19

Posted: 19 Mar 2020 06:18 AM PDT

KANGAR: Jabatan Kesihatan Negeri Perlis hari ini mengesahkan, seorang kakitangan Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, didapati positif COVID-19.

COVID-19: Salah faham punca bekalan darah merosot

Posted: 18 Mar 2020 11:01 PM PDT

SEGAMAT: Pusat Tabung Darah Hospital Segamat di sini, meminta kerjasama orang awam supaya segera tampil melakukan pendermaan darah tetapi pada masa sama, mereka dipastikan bebas daripada virus COVID-19.

COVID-19: Kematian 9,000 orang, Eropah paling tinggi

Posted: 19 Mar 2020 06:08 AM PDT

PARIS: Lebih 9,000 kematian direkodkan di seluruh dunia akibat pandemik COVID-19 sehingga hari ini, berdasarkan angka rasmi AFP.

COVID-1: Plaza Tol Ebor ditutup sehingga tengah malam

Posted: 19 Mar 2020 05:56 AM PDT

KUALA LUMPUR: Plaza Tol Ebor masih ditutup sepenuhnya sehingga tengah malam ini selepas seorang kakitangannya PLUS Malaysia Bhd (PLUS) yang bertugas di situ, disahkan dijangkiti COVID-19 semalam.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template