Monday, March 23, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


COVID-19: Saringan ke atas penduduk Idlib Rabu ini

Posted: 23 Mar 2020 09:23 AM PDT

BEIRUT: Ujian saringan COVID-19 ke atas penduduk di barat laut Syria akan dijalankan dalam beberapa hari lagi, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

COVID-19: Alat pengimbas suhu ditempatkan di kawasan sebelum daftar masuk di KLIA

Posted: 23 Mar 2020 09:17 AM PDT

KUALA LUMPUR: Semua penumpang yang berlepas dari terminal utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kini akan menjalani pemeriksaan suhu badan melalui penggunaan alat pengimbas haba yang ditempatkan sebelum kawasan daftar masuk.

COVID-19: Keluar caruman KWSP RM500 sebulan dari akaun 2

Posted: 22 Mar 2020 10:31 PM PDT

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kemudahan pengeluaran caruman akaun dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkuat kuasa 1 April ini bagi membantu meringankan beban ditanggung rakyat.

COVID-19: UK mulakan ujian tentukan ubat HIV, steroid sebagai rawatan

Posted: 23 Mar 2020 09:01 AM PDT

LONDON: Saintis di Universiti Oxford, Britain memulakan percubaan klinikal untuk menyiasat kesan ubat HIV dan steroid terhadap pesakit yang dimasukkan ke hospital akibat COVID-19.

COVID-19: Ahli Parlimen Bandar Kuching pulih

Posted: 23 Mar 2020 08:51 AM PDT

KUCHING: Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii yang disahkan positif COVID-19 pada 16 Mac lalu, mengumumkan beliau kini telah pulih daripada jangkitan virus itu dan akan dibenarkan keluar hospital tidak lama lagi.

Norway tidak patut sertai Olimpik Tokyo

Posted: 23 Mar 2020 08:42 AM PDT

OSLO: Norway sepatutnya tidak menghantar atlet ke Olimpik Tokyo tahun ini sehingga pandemik coronavirus dapat dikawal, kata Presiden Jawatankuasa Olimpik Norway, Berit Kjoell hari ini.

COVID-19: Ketuhar krematorium di Cremona, Lombardia Itali rosak

Posted: 23 Mar 2020 08:29 AM PDT

PIACENZA (Itali): Ketuhar untuk membakar mayat di krematorium di Cremona, Lombardia, Itali mengalami kerosakan, menyaksikan kira-kira 100 keranda bertindan di dewan ziarah, lapor agensi berita Ansa memetik akhbar harian Libertà pada Isnin.

COVID-19: Dr Mahathir kongsi pengalaman dikuarantin

Posted: 23 Mar 2020 08:25 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkongsi pengalaman beliau dikuarantin susulan penularan wabak COVID-19 dan bagaimana beliau menjadi kontak individu yang dijangkiti serta masa depan ekonomi yang suram akibat pandemik itu dalam blognya, Chedet.

COVID-19: SC, Bursa gantung jualan singkat sehingga 30 April

Posted: 23 Mar 2020 07:55 AM PDT

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bursa Malaysia Berhad (Bursa Malaysia) menggantung sementara jualan pendek atau 'short selling' sehingga 30 April ini.

COVID-19: Pengunjung ke Singapura perlu serah deklarasi kesihatan lebih awal

Posted: 23 Mar 2020 07:52 AM PDT

SINGAPURA: Berkuat kuasa jam 9 pagi Jumaat ini orang ramai yang berhasrat memasuki Singapura, diwajibkan terlebih dahulu menghantar deklarasi kesihatan mereka kepada Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura menerusi perkhidmatan SG Arrival Card, e-Service, sebelum tiba.

Hentikan 'gangguan politik', beri ruang PM mentadbir

Posted: 23 Mar 2020 07:49 AM PDT

Dalam senarai parti-parti politik utama yang ada di Malaysia ketika ini, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) adalah antara yang paling muda.

COVID-19: Degil berekreasi, tak endah PKP

Posted: 23 Mar 2020 07:36 AM PDT

SEPANG: Masih terdapat bot-bot rekreasi yang berdegil membawa pemancing melakukan aktiviti memancing di sekitar perairan Selat Melaka dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

COVID-19: Kementerian Pengangkutan kekal tutup kaunter perbaharui lesen

Posted: 23 Mar 2020 07:36 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan mengekalkan keputusan menutup kaunter pembaharuan lesen memandu kompeten (CDL) dan lesen kenderaan motor (LKM) yang dikuat kuasa mulai 20 Mac lalu sehingga 31 Mac ini.

COVID-19: Kes baharu di China menurun

Posted: 23 Mar 2020 07:23 AM PDT

BEIJING: China mencatatkan penurunan kes baharu COVID-19, selepas Beijing meningkatkan usaha membendung penularannya dari pelancong luar negara.

Enam ditahan dalam dua kes berasingan

Posted: 23 Mar 2020 07:20 AM PDT

KUALA LUMPUR: Enam individu dikesan bukan sahaja gagal mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan, malah mengambil kesempatan melakukan percubaan dan jenayah samun dalam dua kejadian berasingan di Gombak, hari ini dan semalam.

COVID-19: Angka kematian seluruh dunia melepasi 15,000

Posted: 23 Mar 2020 07:12 AM PDT

PARIS: Jumlah kematian akibat wabak COVID-19 melebihi 15,000 kes di seluruh dunia dengan angka tertinggi dicatatkan di Eropah, iaitu sebanyak 9,197 kematian.

"Ia sangat menakutkan" - Kilian

Posted: 23 Mar 2020 07:12 AM PDT

BERLIN: Pemain pertama Bundesliga diuji positif coronavirus hari ini berkata dia "sangat takut" ketika berdepan jangkitan itu.

COVID-19: PBB akan menyediakan dana

Posted: 23 Mar 2020 07:02 AM PDT

OSLO: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan menubuhkan dana bertujuan menyokong rawatan pesakit coronavirus, COVID-19 seluruh dunia, menurut Kementerian Luar Norway.

Dr Mazlan Yusoff dilantik KSU KPT

Posted: 23 Mar 2020 07:04 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mazlan Yusoff dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkuat kuasa hari ini.

COVID-19: Jualan peralatan komputer meningkat

Posted: 23 Mar 2020 06:53 AM PDT

SEOUL: Permintaan dan pasaran peralatan computer, termasuk komputer riba semakin meningkat berikutan kawalan pergerakan yang dilaksanakan kebanyakan negara bagi membendung penularan COVID-19.

COVID-19: Turki mula pembelajaran jarak jauh

Posted: 23 Mar 2020 06:47 AM PDT

ANKARA: Turki mula melaksanakan pembelajaran jarak jauh bermula semalam, sebagai sebahagian langkah mengekang penularan COVID-19, lapor agensi berita Anadolu.

COVID-19: Media Prima rayu sumbangan bantu tangani penularan virus

Posted: 23 Mar 2020 01:25 AM PDT

KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima) melancarkan kempen pengumpulan dana untuk Bantuan Kemanusiaan COVID-19, melalui Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP bagi membantu kerajaan terutama dalam merawat pesakit COVID-19 dan membantu mereka yang terkesan akibat virus ini.

COVID-19: Lelaki rempuh sekatan jalan ditahan

Posted: 23 Mar 2020 06:43 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditahan di ibu negara selepas melarikan diri dengan merempuh sekatan jalan raya sempena Op COVID-19 berhampiran Bentong, Pahang, awal pagi tadi.

COVID-19: Agong sedih, bimbang kakitangan kesihatan dijangkiti wabak

Posted: 23 Mar 2020 06:40 AM PDT

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menzahirkan rasa sedih berikutan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan petugas fasiliti kesihatan swasta dijangkiti COVID-19.

COVID-19: Harga penutup mulut dan hidung bawah RM2

Posted: 23 Mar 2020 06:03 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju menurunkan harga siling penutup mulut dan hidung di bawah RM2, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Gardenia tak dapat tambah bekalan produk di pasaran

Posted: 23 Mar 2020 05:58 AM PDT

KUALA LUMPUR: Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd, pengeluar roti Gardenia di Malaysia memaklumkan tidak dapat menambah bekalan produknya di pasaran.

Peminat kena akur jika Piala Malaysia dibatalkan

Posted: 23 Mar 2020 05:58 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seluruh peminat bola sepak negara perlu menerima dengan hati terbuka sekiranya saingan Piala Malaysia musim ini terpaksa dikorbankan susulan penularan COVID-19.

COVID-19: Pulau Pangkor ditutup kepada orang luar mulai esok

Posted: 23 Mar 2020 05:55 AM PDT

LUMUT: Pulau Pangkor ditutup kepada orang luar termasuk pelancong berkuat kuasa esok sehingga 31 Mac ini selari dengan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

COVID-19: Mohon keluar caruman KWSP mulai 1 April, bayaran Mei

Posted: 23 Mar 2020 03:34 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh membuat pendaftaran menerusi e-mel atau pos bermula 1 April 2020, untuk pengeluaran kemudahan i-Lestari seperti yang diumum oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

COVID-19: 17,935 individu di Pahang terima bantuan RM200

Posted: 23 Mar 2020 04:04 AM PDT

KUANTAN: Mulai esok, seramai 17,935 individu di negeri ini akan menerima bantuan khas tunai sekali bayar RM150 dan barang keperluan bernilai RM50.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template