BH Online - Terkini |
- Malaysia alami gelombang kedua COVID-19
- Anjing peliharaan kedua dijangkiti COVID-19
- Bloomberg umum sokong Biden
- Dakwaan 'royal coup' hina institusi diraja
- Usahawan kosmetik disyaki pukul anak angkat
- Lufthansa 'rehatkan' 150 pesawat
- Tiga kes COVID-19 di SJMC
- Vincent raih RM292 juta jual saham LAFC
- Manila sah ganti Wuhan
- Itali deraf dekri larang acara terbuka
- IMF unjur pertumbuhan global menguncup
- 85 kes baharu COVID-19 di Britain
- Liverpool tewas lagi
- Klopp salahkan bola pula
- Ku Nan emosi selepas asetnya didedah kepada umum
- Orang utan albino ditemui di Borneo
- Tiga beranak disyaki COVID-19 disahkan negatif
- Putera Saud kebal, SPRM gagal dapat tandatangan
- Marina, Ambiga dipanggil beri keterangan
- Gantung Umrah untuk warganegara, penduduk di Arab Saudi
- Laluan berliku di Denmark
- Kanak-kanak 3 tahun hilang ketika tinggal bersendirian
- Ringgit teruskan kenaikan
- Iraq sahkan kematian pertama COVID-19
- Kematian akibat COVID-19 di Iran meningkat kepada 92
- COVID-19: Itali catat 79 kematian, antara tertinggi selepas China
- McDonald's rancang wujudkan 10,000 peluang kerja
- Firasat Hafizh Syahrin
- OPR dijangka turun lagi Mei ini
- Afif dakwa ditekan letak jawatan
| Malaysia alami gelombang kedua COVID-19 Posted: 04 Mar 2020 02:21 AM PST PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengesahkan, seramai 14 lagi kes dikesan positif COVID-19 dan kesemua mereka dikenal pasti sebagai kontak rapat dengan kes ke-26, ketika negara kini berdepan gelombang kedua coronavirus terbabit. |
| Anjing peliharaan kedua dijangkiti COVID-19 Posted: 04 Mar 2020 08:27 AM PST HONG KONG: Anjing milik seorang pesakit COVID-19 disahkan dijangkiti wabak itu menerusi jangkitan antara manusia kepada haiwan, kata pihak berkuasa hari ini. |
| Posted: 04 Mar 2020 08:18 AM PST WASHINGTON: Taikun media Amerika Syarikat (AS), Michael Bloomberg, hari ini mengumumkan mengakhiri kempen pilihan raya presiden bagi parti Demokrat dan menyatakan sokongan kepada Joe Biden selepas ditolak oleh pengundi. |
| Dakwaan 'royal coup' hina institusi diraja Posted: 04 Mar 2020 08:00 AM PST KUALA LUMPUR: Dakwaan mengatakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) digulingkan secara 'royal coup' (rampasan diraja) disifatkan melampau dan menghina institusi diraja di negara ini. |
| Usahawan kosmetik disyaki pukul anak angkat Posted: 04 Mar 2020 05:53 AM PST KUALA LUMPUR: Polis sudah merakam percakapan usahawan kosmetik terkenal bagi membantu siasatan kes pukul anak angkatnya berusia dua tahun, bulan lalu. |
| Lufthansa 'rehatkan' 150 pesawat Posted: 04 Mar 2020 07:54 AM PST FRANKFURT AM MAIN: Syarikat penerbangan gergasi Jerman, Lufthansa, hari ini membatalkan penerbangan 150 daripada 750 pesawatnya di seluruh dunia selepas sehari pengumuman pengecilan operasi ekoran COVID-19. |
| Posted: 04 Mar 2020 06:52 AM PST KUALA LUMPUR: Ramsay Sime Darby Health Care (RSDH) mengesahkan tiga kes COVID-19 dilaporkan di sebuah hospitalnya iaitu Subang Jaya Medical Centre (SJMC), Subang Jaya. |
| Vincent raih RM292 juta jual saham LAFC Posted: 04 Mar 2020 05:57 AM PST LONDON: Pemilik Cardiff City, Vincent Tan dilaporkan menjual separuh daripada saham dimilikinya dalam kelab Los Angeles FC (LAFC) bagi memberi fokus terhadap usaha membawa Bluebirds kembali beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris. |
| Posted: 04 Mar 2020 07:26 AM PST KUALA LUMPUR: Badminton Asia mengesahkan Manila, Filipina dipilih menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Badminton Asia yang akan berlangsung bermula 21 hingga 26 April ini. |
| Itali deraf dekri larang acara terbuka Posted: 04 Mar 2020 07:24 AM PST ROME: Kerajaan Itali dijangka menutup pawagam dan teater serta melarang acara terbuka merentasi negara bagi membendung penularan COVID-19. |
| IMF unjur pertumbuhan global menguncup Posted: 04 Mar 2020 07:18 AM PST WASHINGTON: Penularan COVID-19 menjadi ancaman serius kepada individu dan ekonomi dunia, sekali gus dijangka merencatkan pertumbuhan kepada paras bawah 2.9 peratus berbanding tahun lalu. |
| 85 kes baharu COVID-19 di Britain Posted: 04 Mar 2020 07:12 AM PST LONDON: Jumlah pesakit COVID-19 di Britain meningkat kepada 85 kes hari ini, peningkatan harian terbesar direkodkan sejak penularan wabak itu di negara berkenaan. |
| Posted: 03 Mar 2020 03:18 PM PST LONDON: Chelsea menghadiahkan kekalahan ketiga dalam empat perlawanan buat Liverpool, seterusnya mara ke suku akhir Piala FA. |
| Posted: 04 Mar 2020 06:37 AM PST LONDON: Jurgen Klopp menyalahkan bola yang digunakan pada aksi Piala FA menjadi punca Adrian melakukan kesilapan 'bodoh' sebelum tewas 2-0 di tangan Chelsea, awal pagi tadi. |
| Ku Nan emosi selepas asetnya didedah kepada umum Posted: 04 Mar 2020 06:17 AM PST KUALA LUMPUR: Selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk pengisytiharan asetnya didengar dalam prosiding secara tertutup, tanpa kehadiran orang awam atau pihak media, bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu gagal mengawal perasaan di bilik bicara. |
| Orang utan albino ditemui di Borneo Posted: 04 Mar 2020 06:03 AM PST KATINGAN: Orang utan albino pertama ditemui hidup dalam keadaan baik di hutan hujan Borneo, selepas lebih setahun dibebaskan ke habitat asalnya, kata penyokong pemuliharaan. |
| Tiga beranak disyaki COVID-19 disahkan negatif Posted: 04 Mar 2020 05:59 AM PST KOTA BHARU: Tiga beranak dari Kuala Krai, yang disyaki COVID-19 akibat mengalami demam selepas pulang daripada Korea Selatan, disahkan negatif. |
| Putera Saud kebal, SPRM gagal dapat tandatangan Posted: 04 Mar 2020 03:40 AM PST KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) gagal menemuramah Putera Arab Saudi, Putera Saud Abdul Aziz Malik Abdul Aziz secara langsung ketika berada di Riyadh, Arab Saudi, kerana baginda mempunyai "kekebalan." |
| Marina, Ambiga dipanggil beri keterangan Posted: 04 Mar 2020 05:36 AM PST KUALA LUMPUR: Seramai 19 individu dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk dirakam keterangan hari ini, bagi membantu siasatan berhubung dua perhimpunan berasingan diadakan di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman serta Dataran Merdeka, di sini, Sabtu dan Ahad lalu. |
| Gantung Umrah untuk warganegara, penduduk di Arab Saudi Posted: 04 Mar 2020 05:22 AM PST DUBAI: Arab Saudi menggantung sementara ibadat Umrah ke dua kota suci Makkah dan Madinah untuk warga negaranya dan penduduk warga negara lain yang tinggal di negara itu ekoran kebimbangan wabak COVID-19, kata agensi berita negeri SPA hari ini. |
| Posted: 04 Mar 2020 05:17 AM PST KUALA LUMPUR: Skuad badminton lelaki negara perlu bersiap sedia menghadapi laluan berliku pada pusingan akhir Piala Thomas 2020 di Aarhus, Denmark, Mei depan selepas sekadar diletakkan sebagai pilihan ketujuh. |
| Kanak-kanak 3 tahun hilang ketika tinggal bersendirian Posted: 04 Mar 2020 04:34 AM PST SRI AMAN: Kecuaian seorang bapa meninggalkan anaknya berusia tiga tahun bersendirian di sebuah pondok di ladang kelapa sawit di Rapak Baru, Pantu, di sini, mengundang padah apabila kanak-kanak itu hilang, hari ini. |
| Posted: 04 Mar 2020 03:43 AM PST KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi hari ini disokong oleh penurunan kadar dasar semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada Selasa dengan saham kewangan tempatan meraih manfaat daripadanya. |
| Iraq sahkan kematian pertama COVID-19 Posted: 04 Mar 2020 04:58 AM PST SULAIMANIYAH: Kerajaan Iraq hari ini, mengesahkan kematian pertama akibat penularan COVID-19 membabitkan seorang paderi berusia 70 tahun. |
| Kematian akibat COVID-19 di Iran meningkat kepada 92 Posted: 04 Mar 2020 04:55 AM PST TEHRAN: Iran hari ini melaporkan 15 kematian baharu akibat COVID-19 dan 586 kes tambahan, menjadikan jumlah keseluruhan kematian kepada 92 dan 2,922 dijangkiti. |
| COVID-19: Itali catat 79 kematian, antara tertinggi selepas China Posted: 04 Mar 2020 12:06 AM PST ROME: Itali kini menjadi antara negara yang mencatatkan kes kematian akibat wabak COVID-19 tertinggi selepas China dengan 79 individu maut selain jumlah jangkitan melebihi 2,500. |
| McDonald's rancang wujudkan 10,000 peluang kerja Posted: 04 Mar 2020 02:00 AM PST PETALING JAYA: McDonald's Malaysia, memperuntukkan pelaburan sebanyak RM1.2 bilion bagi memperluaskan rangkaian restoran dan perniagaannya dalam tempoh lima hingga tujuh tahun akan datang. |
| Posted: 04 Mar 2020 04:33 AM PST KUALA LUMPUR: Hafizh Syahrin Abdullah menjangkakan satu perlumbaan sengit akan diharunginya pada pusingan pertama Kejuaraan Motosikal Dunia di Grand Prix (GP) Qatar hujung minggu ini tatkala saingan turut dibelenggu dengan isu global, COVID-19. |
| OPR dijangka turun lagi Mei ini Posted: 04 Mar 2020 04:17 AM PST KUALA LUMPUR: Firma penyelidikan memberi reaksi berbeza terhadap sektor perbankan susulan pengumuman langkah pengurangan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.50 peratus semalam, selain turut menjangkakan penurunan seterusnya pada Mei depan. |
| Afif dakwa ditekan letak jawatan Posted: 04 Mar 2020 01:41 AM PST GEORGETOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin, mengakui menerima tekanan daripada pelbagai pihak untuk meletakkan jawatan sebagai EXCO Kerajaan Pulau Pinang. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment