BH Online - Terkini |
- Gempa bumi 5.2 magnitud gegarkan Kepulauan Madeira
- AirAsia tawar 6 juta tempat duduk promosi
- Nazmi wira JDT atasi UiTM
- Selangor, Perak sama liat
- Da Sylva ledak empat gol benam Kedah
- Liverpool kembali catat kemenangan
- Itali panggil semula doktor bersara bantu tangani COVID-19
- Pemuda PAS cadang konsep kerajaan teknokrat
- Suami Rubiah Suparman meninggal dunia
- KL bolot 5 kejuaraan
- Mana keluarga Tolesidaran?
- Siasatan kes Aliff Syukri didakwa dera anak angkat selesai
- MH370: Kementerian jumpa PM bincang isu pampasan
- Serah kepada 'Abang Long'...
- Azroy akhirnya rasai nikmat kemenangan
- Rakyat Kemboja pertama diuji positif COVID-19
- India tarik semula arahan penggantungan dua stesen televisyen
- 9 termasuk polis terbunuh dalam kejadian tembak menembak
- Tiga maut, lima parah nahas tiga kenderaan
- 2 parah, bas rombongan rempuh treler
- Zahid tidak mahu jawatan dalam Kabinet
- Peja 'Kingmaker' di Perak?
- 'Syaitan buat saya melakukannya'
- Kehadiran solat Jumaat di Masjidil Haram terjejas
- GPS terima 'lamaran' Muhyiddin, setuju masuk Kabinet
- Seorang lagi Ahli Parlimen Iran maut akibat COVID-19
- AS kuarantin wang kekang penularan COVID-19
- COVID-19: Korea Selatan lapor 483 lagi kes baharu
- Jadikan usaha kekang COVID-19 keutamaan tertinggi - WHO
- BERSATU Selangor sokong siapa sebenarnya
| Gempa bumi 5.2 magnitud gegarkan Kepulauan Madeira Posted: 07 Mar 2020 02:53 PM PST LISBON: Gempa bumi dengan kekuatan 5.2 magnitud melanda Kepulauan Madeira, wilayah autonomi Portugal dan tempat percutian popular, mengikut laporan Pusat Mediterranean Seismologi Eropah (EMSC), petang semalam. |
| AirAsia tawar 6 juta tempat duduk promosi Posted: 06 Mar 2020 02:40 AM PST KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang rendah utama Asia, AirAsia, menawarkan sebanyak enam juta tempat duduk promosi, termasuk tempat duduk dengan kadar sifar, ke pelbagai destinasi popular di Malaysia dan luar negara. |
| Posted: 07 Mar 2020 07:27 AM PST JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta'zim (JDT) dipaksa bermandi peluh sebelum melakar kemenangan tipis 2-1 ke atas UiTM FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi. |
| Posted: 07 Mar 2020 07:20 AM PST KUALA LUMPUR: Selangor dan Perak menampilkan aksi seimbang ketika terikat 1-1 pada aksi kedua Liga Super di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi. |
| Da Sylva ledak empat gol benam Kedah Posted: 07 Mar 2020 07:14 AM PST ALOR SETAR: Kedah gagal dalam misi mendapatkan tiga mata pertama pada saingan Liga Super musim ini apabila tewas 4-3 di tangan kepada Terengganu FC (TFC) di Stadium Darul Aman sebentar tadi. |
| Liverpool kembali catat kemenangan Posted: 07 Mar 2020 06:55 AM PST LIVERPOOL: Liverpool bangkit daripada deretan kekalahan dengan menewaskan Bournemouth 2-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris sebentar tadi. |
| Itali panggil semula doktor bersara bantu tangani COVID-19 Posted: 07 Mar 2020 06:36 AM PST ROM: Itali hari ini mengambil langkah memanggil semula doktor perubatan dalam kalangan pesara, selain menambah 20,000 kakitangan sokongan bagi meningkatkan sistem penjagaan kesihatan di negara itu bagi membanteras penularan wabak COVID-19 yang terus mencatatkan peningkatan. |
| Pemuda PAS cadang konsep kerajaan teknokrat Posted: 07 Mar 2020 06:29 AM PST KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS mencadangkan konsep kerajaan teknokrat diangkat dalam pembentukan jemaah menteri baharu, di mana lebih ramai tenaga pakar dan profesional diletakkan dalam barisan Kabinet selain ahli politik. |
| Suami Rubiah Suparman meninggal dunia Posted: 07 Mar 2020 05:26 AM PST KUALA LUMPUR: Suami pelakon veteran, Rubiah Suparman, Zahri Mohd Nor menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di USJ, Subang Jaya, dekat sini, akibat penyakit kanser paru-paru, jam 5.15 petang. |
| Posted: 07 Mar 2020 05:23 AM PST KUANTAN: Kuala Lumpur mengungguli Siri Pertama Divisyen Dua Kejohanan Badminton Sirkit Remaja Kebangsaan 100PLUS 2020, di sini hari ini. |
| Posted: 07 Mar 2020 05:24 AM PST PORT DICKSON: Polis menerima seorang aduan mengenai seorang kanak-kanak lelaki dianggar berusia lapan tahun, merayau-rayau sejak tiga hari lalu di kawasan medan selera di Lukut, petang tadi. |
| Siasatan kes Aliff Syukri didakwa dera anak angkat selesai Posted: 07 Mar 2020 05:08 AM PST KUALA LUMPUR: Polis kini hanya menunggu laporan perubatan anak angkat usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang didakwa didera sebelum kertas siasatan diserahkan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya (TPR). |
| MH370: Kementerian jumpa PM bincang isu pampasan Posted: 07 Mar 2020 04:13 AM PST Putrajaya: Kementerian Pengangkutan dijangka bertemu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, minggu depan bagi membentangkan memorandum jemaah menteri (MJM) terhadap penyelesaian berhubung pampasan yang akan dibayar kerajaan kepada waris MH370. |
| Serah kepada 'Abang Long'... Posted: 07 Mar 2020 04:48 AM PST SEPANG: Pelumba basikal trek negara, Azizulhasni Awang bersedia menjadi 'Abang Long' bagi kontinjen negara ke Sukan Olimpik Tokyo, Julai ini dengan Malaysia masih memburu pingat emas sulung di temasya terbesar dunia itu. |
| Azroy akhirnya rasai nikmat kemenangan Posted: 07 Mar 2020 04:47 AM PST SEPANG: Selepas dua musim menanti, akhirnya Azroy Hakeem Anuar mengecap 'kemanisan' dalam kelas SuperSports 600cc di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) apabila meraih kemenangan sulungnya dalam kelas berkenaan, petang tadi. |
| Rakyat Kemboja pertama diuji positif COVID-19 Posted: 07 Mar 2020 04:44 AM PST PHNOM PENH: Rakyat Kemboja pertama telah diuji positif COVID-19, kata Kementerian Kesihatan hari ini. |
| India tarik semula arahan penggantungan dua stesen televisyen Posted: 07 Mar 2020 03:55 AM PST NEW DELHI: Kerajaan India menarik balik penggantungan ke atas dua stesen televisyen di negara itu kerana didakwa tidak melaporkan kejadian sebenar atau bias dalam menyiarkan liputan berkenaan rusuhan di New Delhi. |
| 9 termasuk polis terbunuh dalam kejadian tembak menembak Posted: 07 Mar 2020 03:42 AM PST GUADALAJARA: Seramai 10 orang terbunuh semalam dalam kejadian tembak menembak membabitkan sekumpulan penjenayah dan polis penyiasat bagi kes berkaitan penculikan di Jalisco, Barat Mexico. |
| Tiga maut, lima parah nahas tiga kenderaan Posted: 07 Mar 2020 03:12 AM PST KLUANG: Tiga maut manakala lima parah selepas terbabit dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 11.3 Jalan Kluang-Teck Wah Hing di sini, tengah hari tadi. |
| 2 parah, bas rombongan rempuh treler Posted: 06 Mar 2020 08:16 PM PST BENTONG: Dua penumpang parah manakala tiga lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan sebuah bas dengan sebuah treler di Kilometer 42.6 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak arah timur, di sini, malam tadi. |
| Zahid tidak mahu jawatan dalam Kabinet Posted: 07 Mar 2020 12:37 AM PST BAGAN DATUK: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak akan menawarkan diri untuk dilantik memegang sebarang jawatan dalam Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN). |
| Peja 'Kingmaker' di Perak? Posted: 07 Mar 2020 12:47 AM PST IPOH: Hampir seminggu Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengunci mulut mengenai situasi politik dan kedudukan kerajaan negeri Perak, timbul desas-desus mengatakan beliau sedang menunggu jawatan Kabinet. |
| 'Syaitan buat saya melakukannya' Posted: 07 Mar 2020 01:19 AM PST LONDON: Seorang pastor dihukum penjara 34 tahun di Britain, semalam, atas kesalahan merogol dan melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak serta orang dewasa selama lebih dua dekad. |
| Kehadiran solat Jumaat di Masjidil Haram terjejas Posted: 07 Mar 2020 02:54 AM PST MAKKAH: Kekosongan menyelubungi Masjidil Haram di mana kehadiran pada solat Jumaat semalam terjejas ekoran langkah untuk membendung COVID-19. |
| GPS terima 'lamaran' Muhyiddin, setuju masuk Kabinet Posted: 07 Mar 2020 02:57 AM PST PETRA JAYA: Gabungan Parti Sarawak (GPS) bersetuju untuk menyertai Kabinet Kerajaan Persekutuan yang akan dibentuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. |
| Seorang lagi Ahli Parlimen Iran maut akibat COVID-19 Posted: 07 Mar 2020 02:52 AM PST TEHRAN: Seorang Ahli Parlimen Iran meninggal dunia hari ini akibat COVID-19, lapor agensi berita IRNA, sekali gus menjadi antara beberapa pegawai yang maut akibat penularan wabak itu di negara berkenaan. |
| AS kuarantin wang kekang penularan COVID-19 Posted: 07 Mar 2020 02:49 AM PST WASHINGTON: Rizab Persekutuan (FED) mengambil langkah berjaga-jaga tambahan terhadap wang masuk ke Amerika Syarikat (AS) yang menyaksikan deposit dari China dikuarantin susulan penularan COVID-19. |
| COVID-19: Korea Selatan lapor 483 lagi kes baharu Posted: 07 Mar 2020 02:49 AM PST SEOUL: Korea Selatan hari ini melaporkan 483 lagi kes baharu COVID-19, menjadikan keseluruhan sebanyak 6,767, menyaksikan kes paling banyak dilaporkan di bandar tenggara Daegu dan wilayah Gyeongsang Utara, lapor agensi berita Yonhap. |
| Jadikan usaha kekang COVID-19 keutamaan tertinggi - WHO Posted: 07 Mar 2020 02:17 AM PST GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam menegaskan, semua negara harus menjadikan usaha mengekang penularan wabak COVID-19 sebagai keutamaan tertinggi. |
| BERSATU Selangor sokong siapa sebenarnya Posted: 07 Mar 2020 02:40 AM PST SABAK BERNAM: Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Rizam Ismail menggesa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Selangor menyatakan dengan jelas kedudukan parti itu sama ada menyokong Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN). |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment