Monday, March 9, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


COVID-19: Iran bebaskan sementara 70,000 banduan

Posted: 09 Mar 2020 09:40 AM PDT

DUBAI: Iran membebaskan sementara kira-kira 70,000 banduan sebagai langkah memerangi penularan COVID-19 di dalam penjara, demikian diumumkan Ketua Hakim, Ebrahim Raisi, kelmarin.

Nancy tekad dahulukan keperluan rakyat, negara

Posted: 09 Mar 2020 09:53 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Batang Sadong, Datuk Seri Nancy Shukri, yang dilantik sebagai Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, bertekad mendahulukan keperluan rakyat dan negara dalam melaksanakan tugas diamanahkan kepadanya itu.

6 banduan terbunuh rusuhan di penjara

Posted: 09 Mar 2020 09:48 AM PDT

ROME: Enam banduan terbunuh, selain pengawal turut dijadikan tebusan dalam rusuhan di beberapa penjara di Itali yang mengenakan sekatan terhadap lawatan dalam usaha mengekang penularan COVID-19.

Senarai penuh Kabinet

Posted: 09 Mar 2020 02:39 AM PDT

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

Kabinet cekap, peduli rakyat, telus - PM

Posted: 09 Mar 2020 02:46 AM PDT

PUTRAJAYA: Kabinet baharu yang diumumkan hari ini akan memberi tumpuan kepada penyampaian perkhidmatan yang lebih berfokus dan berkesan, cekap, peduli rakyat, telus serta berintegriti dengan struktur yang lebih mantap, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Wall Street terjun pada pembukaan, dagangan digantung 15 minit

Posted: 09 Mar 2020 08:53 AM PDT

NEW YORK: Urus niaga saham di Wall Street digantung sementara di awal dagangan sebaik saja dibuka sebentar tadi, menjejaki kejatuhan ketara pasaran saham global susulan penurunan drastik harga minyak mentah dan kebimbangan penularan meluas COVID-19.

Zuraida tekad teruskan usaha di KPKT

Posted: 09 Mar 2020 08:52 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, bertekad meneruskan usaha yang dilakukannya ketika menjadi Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sebelum ini, apabila dilantik semula ke jawatan sama dalam Kabinet baharu.

Tengku Zafrul letak jawatan CEO CIMB Group

Posted: 09 Mar 2020 08:46 AM PDT

KUALA LUMPUR: CIMB Group Holdings Bhd (CIMB) mengumumkan peletakan jawatan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan CIMB dan CEO CIMB Bank berkuat kuasa serta-merta.

Kabinet baharu disifatkan 'habuan' setimpal

Posted: 09 Mar 2020 07:37 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kabinet baharu dibentuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, disifatkan sebagai 'habuan' dan perhatian setimpal kepada beberapa negeri yang sekian lama diabaikan dalam pentadbiran kerajaan terdahulu.

Satu penghargaan, kepercayaan kepada MCA - Wee Ka Siong

Posted: 09 Mar 2020 08:33 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menyifatkan pelantikan beliau sebagai Menteri Pengangkutan sebagai satu penghargaan dan kepercayaan kepada MCA.

Azam jadikan pengalaman 36 tahun sebagai panduan terajui SPRM

Posted: 09 Mar 2020 08:32 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pengalaman selama 36 tahun dalam mencegah jenayah dan amalan rasuah bakal menjadi panduan bagi Datuk Seri Azam Baki menerajui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Azizulhasni guna basikal RM13 juta

Posted: 09 Mar 2020 07:37 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelumba trek negara bakal menggunakan basikal 'istimewa' dalam usaha memburu pingat emas pertama di Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada 24 Julai hingga 9 Ogos depan.

Kabinet baharu 'tiket' berbaik dengan Tun M

Posted: 09 Mar 2020 07:38 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kabinet baharu yang dibentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) mempunyai kurang daripada tiga tahun untuk memulihkan persepsi rakyat dan mendengar aspirasi masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Zahid tolak jawatan Kabinet, mahu tumpu PRU15

Posted: 09 Mar 2020 07:42 AM PDT

KUALA LUMPUR: UMNO menegaskan parti itu akan memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mengumumkan barisan Menteri Kabinet yang baharu, hari ini.

Tiada 'nakhoda' parti baik untuk gerak kerja Kabinet

Posted: 09 Mar 2020 07:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ketiadaan tonggak parti komponen Perikatan Nasional (PN) dalam pembentukan Kabinet dilihat 'resipi' terbaik bagi memastikan fokus pentadbiran politik diasingkan daripada agenda pembangunan kerajaan.

i-Guru sambut baik pelantikan Mohd Radzi

Posted: 09 Mar 2020 07:28 AM PDT

SEREMBAN: Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru) menyambut baik pelantikan Dr Mohd Radzi Md Jidin sebagai Menteri Pendidikan yang baharu dan menyifatkannya sebagai tepat.

Jawatan TPM memang tiada dalam Perlembagaan

Posted: 09 Mar 2020 07:25 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jawatan Timbalan Perdana Menteri tidak pernah wujud dalam Perlembagaan Persekutuan, malah kekosongan 'kerusi' itu bukan penghalang untuk badan eksekutif menjalankan peranan masing-masing khususnya dalam mendepani rangkaian cabaran ekonomi semasa.

Tiada tertuduh tampil pada bicara MH17

Posted: 09 Mar 2020 07:13 AM PDT

AMSTERDAM: Perbicaraan kes tembak jatuh pesawat MH17 milik Malaysia Airlines yang mengorbankan 298 penumpang enam tahun lalu bermula hari ini di Kompleks Kehakiman Schipol (SJC) di sini.

Mimpi Jazeman jadi kenyataan

Posted: 09 Mar 2020 07:09 AM PDT

PUTRAJAYA: Peluang menyertai perlumbaan Super GT sememangnya dinantikan pemandu berpengalaman negara, Jazeman Jaafar dan penyertaan sulungnya di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 16 hingga 19 Julai depan disifatkannya sebagai 'mimpi menjadi kenyataan'.

UPSI sokong wujudkan semula Kementerian Pengajian Tinggi

Posted: 09 Mar 2020 07:08 AM PDT

TANJUNG MALIM: Keputusan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mewujudkan kembali Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang bertujuan memberi fokus kepada sektor pengajian tinggi di samping memperkasakan Kementerian Pendidikan (KP), dianggap bertepatan dengan situasi komplikasi dalam menguruskan dua bidang pendidikan.

Menteri Besar Perak mengadap Sultan Perak esok

Posted: 09 Mar 2020 06:59 AM PDT

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dijadualkan mengadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta, di sini, esok pagi.

6 senator angkat sumpah esok

Posted: 09 Mar 2020 06:49 AM PDT

KUALA LUMPUR: Enam senator akan mengangkat sumpah di Dewan Negara, esok, susulan pelantikan mereka dalam Kabinet baharu yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.

Jemaah menteri yang baharu mampu yakinkan rakyat - Ahmad Samsuri

Posted: 09 Mar 2020 06:44 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Jemaah menteri kabinet yang disifatkan berwibawa dan berintegriti seperti mana diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bukan hanya mampu membawa negara ke tahap terbaik tetapi juga meyakinkan rakyat yang mahukan perubahan kepimpinan negara.

FIFA tunda aksi kelayakan Piala Dunia

Posted: 09 Mar 2020 06:44 AM PDT

KUALA LUMPUR: Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) setuju menangguhkan semua aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bagi bulan ini dan Jun depan.

Perlu makmurkan rakyat, bukan kepentingan politik peribadi

Posted: 09 Mar 2020 06:40 AM PDT

Selepas itu, Malaysia mengharungi seminggu polemik politik yang memperlihatkan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertemu dengan semua 222 Ahli Parlimen dan menetapkan siapa layak menerajui negara serta berhak membentuk kerajaan baharu.

Dua tentera AS terbunuh dalam pertempuran dengan Daesh

Posted: 09 Mar 2020 06:34 AM PDT

BAGHDAD: Dua anggota tentera Amerika Syarikat (AS) terbunuh dalam pertempuran dengan pejuang Daesh di Iraq.

Formula pintar bentuk Kabinet baharu

Posted: 09 Mar 2020 06:33 AM PDT

Apa menarik pada pengumuman kabinet adalah ketiadaan Timbalan Perdana Menteri yang cukup sinonim pada setiap pembentukan kabinet yang setelah diamati adalah formula pintar dalam melerai keberadaaan pelbagai parti dalam Perikatan Nasional (PN) yang masih segar dan baharu. Ternyata ini formula luar biasa dan solusi terbaik yang menjadi kejutan dalam membina persepsi positif bagi memenuhi aspirasi rakyat.

Kabinet baharu corak hala tuju ekonomi negara

Posted: 09 Mar 2020 06:15 AM PDT

Andaian agak ekstrim ini disebabkan terdapat segolongan rakyat yang kurang puas hati dengan kaedah pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang jauh bezanya berbanding dengan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Boleh ambil sampel di rumah

Posted: 09 Mar 2020 06:12 AM PDT

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan melancarkan perkhidmatan pengambilan sampel COVID-19 di rumah bagi mereka yang ingin membuat ujian pengesanan penyakit itu tetapi tidak menepati kriteria pesakit dalam siasatan (PUI).

Bicara MH17 bermula jam 5 petang

Posted: 09 Mar 2020 01:36 AM PDT

AMSTERDAM: Perbicaraan kes tembak jatuh pesawat MH17 milik Malaysia Airlines Berhad akan bermula pada jam 10 pagi waktu tempatan (jam 5 petang waktu Malaysia) di Kompleks Kehakiman Schipol di sini.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template