Friday, April 10, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


PM Britain dipindahkan ke wad biasa

Posted: 10 Apr 2020 10:03 AM PDT

LONDON: Perdana Menteri, Boris Johnson hari ini, 'berada dalam keadaan baik' selepas menamatkan tiga hari di Unit Rawatan Rapi (ICU) susulan COVID-19, kata jurucakapnya.

COVID-19: PKP dilanjutkan hingga 28 April

Posted: 10 Apr 2020 01:12 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi dari 15 hingga 28 April ini.

ASEAN akan tubuhkan tabung khas COVID-19

Posted: 10 Apr 2020 09:28 AM PDT

BANGKOK: Menteri-Menteri Luar ASEAN bersetuju untuk mewujudkan Tabung Khas ASEAN COVID-19 bagi memerangi pandemik COVID-19 di rantau berkenaan.

COVID-19: 198 kes baharu di Singapura

Posted: 10 Apr 2020 09:07 AM PDT

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) hari ini melaporkan sebanyak 198 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan wabak itu sebanyak 2,108 kes.

COVID-19: Tawar perkhidmatan Psikoedukasi, bantu masalah mental

Posted: 10 Apr 2020 09:01 AM PDT

KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) menawarkan perkhidmatan Psikoedukasi, kepada mereka yang mengalami gangguan kesihatan mental, ketika berdepan pelbagai cabaran berkaitan penularan wabak COVID-19.

Tiada laporan anggota ATM dibaling air kencing

Posted: 10 Apr 2020 08:43 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur tidak menerima sebarang laporan penghuni flat Selangor Mansion, yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) membaling air kencing terhadap anggota pasukan keselamatan.

Sektor pelancongan sumbang RM86.14 bilion, tahun lalu

Posted: 10 Apr 2020 08:15 AM PDT

KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan peningkatan pendapatan pelancongan sebanyak 2.4 peratus kepada RM86.14 bilion manakala jumlah ketibaan pelancong bertambah 1.0 peratus kepada 26.1 bilion, pada 2019 berbanding tahun sebelumnya.

COVID-19: Nilai pemain turun 10-20 peratus

Posted: 10 Apr 2020 08:05 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penularan pandemik COVID-19 dipercayai menjadi antara 10 hingga 20 peratus penyumbang kepada penurunan nilai pasaran pemain bola sepak termasuk bintang dalam Liga Malaysia (Liga M).

Padah leka berjudi, 20 individu ditahan ketika PKP

Posted: 10 Apr 2020 05:31 AM PDT

JOHOR BAHRU: Polis menahan 15 lelaki dan lima wanita yang sedang leka berjudi dan berhibur ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sebuah kondominium mewah, di sini, tengah hari semalam.

Pusat Kuarantin di MAEPS terima pesakit, minggu depan

Posted: 10 Apr 2020 07:52 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), di Serdang dijangka menerima pesakit minggu depan.

Isteri luah rindu, kongsi video Glenn

Posted: 10 Apr 2020 07:43 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pemergian penyanyi yang popular menerusi lagu Januari, Glenn Fredly memberikan kesedihan mendalam buat isterinya, Mutia Ayu.

Nyawa manusia lebih penting - Infantino

Posted: 10 Apr 2020 07:47 AM PDT

ZURICH: Presiden FIFA, Gianni Infantino hari ini berkata "tiada perlawanan" lebih berharga "berbanding nyawa manusia" dan badan induk bola sepak dunia itu akan membantu persekutuan kebangsaan dalam aspek kewangan ketika pandemik coronavirus.

Polis tahan lima lelaki dalam operasi dadah

Posted: 10 Apr 2020 07:30 AM PDT

SEREMBAN: Lima lelaki berusia 27 hingga 59 tahun diberkas anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) kerana memiliki dadah dalam satu operasi khas di sebuah rumah di Felda Palong, Jempol, semalam.

TUDM terbangkan bantuan perubatan ke Sabah, Sarawak

Posted: 10 Apr 2020 07:24 AM PDT

KUALA LUMPUR: Dua pesawat pengangkut A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ditugaskan melakukan penerbangan membawa keperluan perubatan dan kesihatan ke Sabah dan Sarawak.

COVID-19: TikTok sumbang lebih RM1 bilion

Posted: 10 Apr 2020 07:04 AM PDT

WASHINGTON: Pengendali aplikasi media sosial TikTok berjanji akan menyumbang sebanyak $250 juta (RM1.08 bilion) untuk membantu membendung penularan COVID-19 di seluruh dunia.

COVID-19 beri impak besar KDNK Malaysia - Bank Dunia

Posted: 10 Apr 2020 06:44 AM PDT

KUALA LUMPUR: Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia diunjurkan menguncup di antara 0.1 peratus hingga 4.6 peratus tahun ini berikutan kesan buruk yang ditimbulkan wabak COVID-19, menurut Bank Dunia.

COVID-19: Operasi nyah cemar di Masjid Seri Petaling

Posted: 10 Apr 2020 06:38 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur melaksanakan operasi nyah cemar di Masjid Seri Petaling di sini, hari ini.

Hafifi sasar kembali di Komanwel 2022

Posted: 10 Apr 2020 06:32 AM PDT

KUALA LUMPUR: Hanya berbaki setahun lagi sebelum tempoh penggantungan Hafifi Mansor tamat, atlet angkat berat itu kini fokus kepada proses kelayakan Sukan Komanwel 2022 yang dijadual bermula tahun depan.

Dr Zulkifli minta orang ramai sabar patuhi PKP

Posted: 10 Apr 2020 06:23 AM PDT

SEREMBAN: Orang ramai perlu sabar mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk memastikan rantaian penularan COVID-19 dapat disekat sepenuhnya.

Agih bantuan ke pusat jagaan warga emas lelaki

Posted: 10 Apr 2020 06:24 AM PDT

SHAH ALAM: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyumbang RM11,280 kepada Pusat Jagaan Siti Nor Aini di Kajang, bagi membantu pengoperasian institusi itu, sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Teliti kaedah hantar pulang pelajar masih di kampus

Posted: 10 Apr 2020 06:22 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan meneliti kaedah terbaik untuk menghantar pulang pelajar yang masih berada di kampus ke rumah masing-masing.

COVID-19: ATM pertingkat kawalan di sempadan

Posted: 10 Apr 2020 06:03 AM PDT

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) komited mempertingkatkan usaha kawalan di setiap laluan darat, udara dan laut supaya berada pada tahap tertinggi.

Bedah siasat pesakit COVID-19 temui virus berbahaya

Posted: 10 Apr 2020 03:24 AM PDT

KUALA LUMPUR: Satu mayat pesakit COVID-19 yang dibedah siasat mendapati virus berbahaya ditemui bukan sahaja pada badan dan organ, malah turut dikesan di permukaan mayat serta cecair badan seperti air kencing.

Unilever sumbang barangan produk kebersihan diri, makanan

Posted: 10 Apr 2020 05:07 AM PDT

KUALA LUMPUR: Unilever Malaysia (Unilever) menyumbangkan produk makanan dan barangan kebersihan diri bernilai RM1.2 juta kepada orang ramai dalam menghadapi pandemik COVID-19.

Biden dijangka pilih wanita sebagai gandingan

Posted: 10 Apr 2020 05:56 AM PDT

WASHINGTON: Calon Presiden Amerika Syarikat (AS) dari Parti Demokrat, Joe Biden berjanji akan memilih seorang wanita sebagai gandingannya, bagi menentang Donald Trump pada pilihan raya negara itu, November depan.

MILO anjur aerobik maya

Posted: 10 Apr 2020 05:12 AM PDT

KUALA LUMPUR: MILO Malaysia akan menganjurkan kelas aerobik maya, Ahad ini bagi menggalakkan rakyat negara ini kekal aktif walaupun mereka berada di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Disiplin fiskal kerajaan tunjukkan hasil

Posted: 10 Apr 2020 05:48 AM PDT

KUALA LUMPUR: Disiplin fiskal Malaysia yang tegas dilaksanakan sejak beberapa tahun lalu mula menampakkan hasil, di tengah-tengah cabaran krisis kesihatan global dan kejatuhan harga minyak.

Lanjut PKP bantu barisan hadapan tidak tertekan

Posted: 10 Apr 2020 05:36 AM PDT

KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah wajar bagi memastikan anggota kesihatan dan pasukan di barisan hadapan tidak tertekan serta kepenatan.

Video lawak, loghat negeri sampai pesanan

Posted: 10 Apr 2020 01:29 AM PDT

KUALA LUMPUR: Golongan selebriti menggunakan pelbagai pendekatan berbeza bagi menyampaikan pesanan selepas menyedari kaedah serius tidak 'jalan' apabila ada segelintir rakyat Malaysia ingkar mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuat kuasa.

OPEC+ kurangkan bekalan 10 juta tong minyak sehari

Posted: 10 Apr 2020 05:32 AM PDT

KUALA LUMPUR: OPEC+ (pengeluar minyak bersekutu Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum) mungkin akan meneruskan pengurangan bekalan sebanyak 10 juta tong sehari (mbpd) mulai 1 Mei

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template