Saturday, April 11, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


COVID-19: Kes baru di Selangor Mansion naik mendadak

Posted: 11 Apr 2020 03:25 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kes positif COVID-19 yang direkodkan di Bangunan Selangor Mansion di Jalan Masjid India, di sini naik kepada 43 kes iaitu pertambahan sebanyak 32 kes, setakat hari ini.

COVID-19: Pelajar diminta sabar, penilaian dalam masa seminggu - KKM

Posted: 11 Apr 2020 02:46 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan meminta tempoh seminggu diberikan kepada mereka untuk menilai data kes jangkitan COVID-19 sebelum memberi kebenaran untuk pelajar pulang.

COVID-19 mampu berlegar tiga jam dalam kedai gunting rambut

Posted: 10 Apr 2020 11:24 PM PDT

KUALA LUMPUR: COVID-19 boleh berlegar sekurang-kurangnya tiga jam di dalam premis yang sempit dan kekurangan pengaliran udara seperti kedai gunting rambut.

Tahap kesihatan Johnson dipacu berita kandungan tunangnya

Posted: 11 Apr 2020 08:45 AM PDT

LONDON: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson, hari ini terus mempamerkan perkembangan baik selepas dirawat susulan COVID-19 dengan bilangan kematian di negara itu. kini meningkat hampir 10,000 kes, kata pegawai.

Orang Asli di Pahang, terima set bakul makanan

Posted: 11 Apr 2020 08:28 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seramai 3,511 ketua isi rumah (KIR) di empat kampung Orang Asli (KOA), hari ini menerima bantuan bekalan set bakul makanan disampaikan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

Pelajar Tingkatan Enam, diploma dan setara turut nikmati bantuan RM200

Posted: 11 Apr 2020 04:53 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bantuan wang tunai 'one-off' RM200 untuk pelajar institut pengajian tinggi (IPT) akan diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam, diploma dan yang setara, termasuk di institusi di bawah Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan serta MARA.

Pusat Kawalan Kusta Negara tempatkan pesakit COVID-19

Posted: 11 Apr 2020 03:16 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) di Hospital Sungai Buloh dijadikan wad bagi menempatkan pesakit COVID-19.

Sila sabar

Posted: 11 Apr 2020 08:06 AM PDT

KUALA LUMPUR: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menganggap masih terlalu awal untuk membuat keputusan terhadap beberapa cadangan termasuk membatalkan terus Liga Malaysia (Liga M) musim ini susulan penularan COVID-19.

COVID-19: Melaka tubuh 3 pasukan khas

Posted: 11 Apr 2020 07:59 AM PDT

MELAKA: Polis Daerah Melaka Tengah menubuhkan tiga pasukan khas secara bergerak bagi mengadakan 'Mobile' Sekatan Jalan Raya (SJR) di beberapa lokasi tumpuan di daerah berkenaan.

Nafi pesakit COVID-19 lari dari hospital

Posted: 11 Apr 2020 07:54 AM PDT

KUALA LUMPUR: Hospital Kuala Lumpur (HKL), hari ini menafikan penyebaran berita mengenai seorang pesakit COVID-19 melarikan diri dari hospital berkenaan tengah hari tadi.

FDAM boikot penerbit ingkar, gesa FINAS tarik lesen

Posted: 11 Apr 2020 06:56 AM PDT

KUALA LUMPUR: Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) akan memboikot penerbit yang meneruskan penggambaran tanpa kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Banteras berita palsu semasa COVID-19, PKP

Posted: 11 Apr 2020 07:23 AM PDT

KUALA LUMPUR: Masyarakat dinasihatkan menyemak terlebih dahulu kesahihan sesuatu maklumat berhubung wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum dikongsi dalam media sosial bagi mengelak penyebaran berita palsu dan maklumat tidak tepat.

COVID-19: 270 rakyat Malaysia terkandas di Thailand

Posted: 11 Apr 2020 07:07 AM PDT

SONGKHLA: Seramai 270 rakyat Malaysia terkandas di selatan Thailand, berikutan penutupan pintu masuk sempadan negara pada 23 Mac lalu, bertujuan mengekang penularan COVID-19.

Penduduk risau warga asing tak endah PKP

Posted: 11 Apr 2020 07:01 AM PDT

JOHOR BAHRU: Puluhan pekerja warga asing yang gemar bersantai dan berjalan beramai-ramai ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan sejak 18 Mac lalu, membimbangkan penduduk Taman Gembira, di sini.

Ronaldo diberi amaran

Posted: 11 Apr 2020 06:59 AM PDT

LONDON: Cristiano Ronaldo diberi amaran selepas dia dilihat mengadakan latihan di stadium bola sepak di Madeira ketika perintah berkurung.

COVID-19: Mangsa ke-71 selamat dikebumikan

Posted: 11 Apr 2020 06:44 AM PDT

KUALA PILAH: Mangsa ke-71 yang meninggal dunia akibat COVID-19 selamat dikebumi, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Terusan Ulu, Juasseh, dekat sini, jam 3.45 petang tadi.

COVID-19: Dua lagi kematian di Thailand

Posted: 11 Apr 2020 06:14 AM PDT

BANGKOK: Thailand merekodkan 45 kes baharu COVID-19, termasuk membabitkan lapan warga Thailand yang pulang dari Indonesia dan dua kematian, menjadikan jumlah kes yang disahkan kepada 2,518 dengan 35 kematian setakat ini.

MiniGP SIC perlu diteruskan

Posted: 11 Apr 2020 05:48 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kejuaraan akar umbi MiniGP SIC yang terpaksa ditunda ke satu tarikh baharu susulan wabak COVID-19 diharap dapat berlangsung pada tahun ini juga.

Penduduk halang jenazah jururawat mangsa COVID-19 dikebumikan di kampung sendiri

Posted: 11 Apr 2020 05:44 AM PDT

JAKARTA: Penduduk sebuah desa di Jawa Tengah, Indonesia bertindak menghalang pihak berkuasa mengebumikan jenazah jururawat yang meninggal dunia kerana virus COVID-19 di kawasan tanah perkuburan di kampung mereka.

COVID-19: 510 kematian di Sepanyol

Posted: 11 Apr 2020 05:40 AM PDT

MADRID: Sepanyol merekodkan penurunan jumlah kematian harian akibat pandemik COVID-19 untuk hari ketiga berturut-turut pada Sabtu dengan 510 kes kematian, menurut kerajaan negara itu.

COVID-19: Tangguh dulu pembukaan beberapa sektor ekonomi

Posted: 11 Apr 2020 05:14 AM PDT

PUTRAJAYA: Pembukaan beberapa sektor ekonomi terpilih perlu ditangguhkan sehingga sekurang-kurangnya dua minggu lagi bagi membolehkan penilaian dilakukan sama ada negara berjaya mengawal penularan COVID-19 dalam komuniti, atau sebaliknya.

Potong gaji bukan 'jalan keluar'

Posted: 11 Apr 2020 05:11 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bekas pemain tengah Negeri Sembilan, Faizal Zainal berpendapat pemotongan gaji pemain ketika ini wajar dibincangkan antara pasukan dan pemain susulan penularan COVID-19.

Mayat lelaki lemas ditemui di Sungai Bongawan

Posted: 11 Apr 2020 05:08 AM PDT

KOTA KINABALU: Mayat seorang lelaki yang dipercayai lemas ketika mandi di sungai Kampung Sumbiling, Bongawan, pada Khamis lalu ditemukan hari ini.

Peperiksaan Semester 11 PPSM dibatalkan, Pengajian Program Matrikulasi ditamatkan

Posted: 11 Apr 2020 05:03 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) membatalkan Peperiksaan Semester II Program Matrikulasi (PSPM), selain menamatkan pengajian Program Matrikulasi sesi 2019/2020, bermula hari ini.

COVID-19: 125 kematian di Iran hari ini

Posted: 11 Apr 2020 05:00 AM PDT

TEHRAN: Iran hari ini melaporkan 125 kematian baharu akibat COVID-19, sekaligus jumlah keseluruhan menokok kepada 4,357 kes, menjadikan negara itu paling teruk terjejas di Asia Barat.

Berita palsu: Percakapan bekas timbalan menteri dirakam

Posted: 11 Apr 2020 04:18 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang bekas timbalan menteri menjalani sesi rakaman percakapan kerana disyaki menyebarkan berita palsu, malam tadi.

Pasar Foh Sang diarah tutup serta-merta

Posted: 11 Apr 2020 04:27 AM PDT

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri mengarahkan Pasar Foh Sang yang masih sesak ketika tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ditutup berkuat kuasa serta-merta.

Ditahan ketika tunggu pelanggan beli air ketum

Posted: 11 Apr 2020 04:40 AM PDT

BUTTERWORTH: Dua lelaki yang sedang leka menunggu pelanggan untuk menjual air ketum, antara 22 individu yang dikompaun RM1,000 kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam Op COVID-19 yang dijalankan sekitar daerah Seberang Perai Utara (SPU), semalam.

Utamakan keselamatan, nyawa

Posted: 11 Apr 2020 12:02 AM PDT

MELAKA: Bekas pemain Olimpik 1980, Ramli Junit menyarankan Liga Malaysia ditangguhkan selepas pandemik COVID-19 melanda negara masih belum berjaya diputuskan sepenuhnya setakat ini.

Sarawak belum putuskan benarkan operasi kedai gunting rambut

Posted: 11 Apr 2020 04:07 AM PDT

PETRA JAYA: Sarawak belum menetapkan keputusan sama ada membenarkan kedai gunting rambut beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau mengarahkan supaya ia ditutup sehingga situasi COVID-19 reda sepenuhnya.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template