Sunday, April 12, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


COVID-19: Rakyat dikuarantin puji pengurusan Malaysia

Posted: 12 Apr 2020 07:36 AM PDT

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang menjalani kuarantin memuji pengurusan kerajaan dalam mengendalikan mereka yang baru pulang ke tanah air dan menyifatkan ia adalah contoh baik yang perlu diikuti negara lain.

COVID-19: Meninggal dunia bukan sebab coronavirus

Posted: 12 Apr 2020 09:26 AM PDT

SITIAWAN: Jabatan Kesihatan Negeri Perak (JKNP) mengesahkan lelaki warga Indonesia yang meninggal dunia di sebuah rumah di Kampung Selamat, Sitiawan, hari ini, negatif COVID-19.

Dua suspek pecah rumah ditahan

Posted: 12 Apr 2020 09:07 AM PDT

KUALA LUMPUR: Dua lelaki ditahan kerana disyaki terbabit dengan kegiatan pecah rumah selain menunggang sebuah motosikal yang menggunakan nombor pendaftaran palsu di Jalan Templer, Petaling Jaya dekat sini, hari ini.

COVID-19: Pelajar IPT kekal di asrama masing-masing

Posted: 12 Apr 2020 08:39 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelajar institut pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta diminta terus kekal di asrama dan kolej masing-masing sehingga arahan terbaharu dikeluarkan.

COVID-19: Lima pekerja McDonald's Singapura dikesan positif

Posted: 12 Apr 2020 08:15 AM PDT

SINGAPURA: McDonald's Singapura hari ini mengumumkan lima pekerjanya telah didiagnosis dengan COVID-19.

Boleh mohon zakat kecemasan MAIWP

Posted: 12 Apr 2020 08:01 AM PDT

KUALA LUMPUR: Golongan yang terjejas pendapatan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Wilayah Persekutuan boleh memohon Bantuan Zakat Kecemasan yang disediakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

COVID-19: Pakar kesihatan beri amaran gelombang ketiga

Posted: 12 Apr 2020 07:57 AM PDT

HONG KONG : Gelombang ketiga pandemik COVID-19 bakal berlaku, susulan operasi perniagaan yang kembali berjalan seperti biasa di tanah besar China, selepas beberapa bulan terhenti akibat pandemik itu.

Lelaki maki polis ditahan

Posted: 12 Apr 2020 07:50 AM PDT

KANGAR: Padah mengeluarkan kata-kata kesat dan memaki hamun pegawai polis, seorang lelaki ditahan dalam sekatan jalan raya di persimpangan lampu isyarat Jalan Raya Syed Alwi, hari ini.

COVID-19: Langkah Sri Lanka wajibkan pembakaran mayat cetus kemarahan

Posted: 12 Apr 2020 07:49 AM PDT

COLOMBO: Sri Lanka hari ini mewajibkan pembakaran mayat untuk korban COVID-19, mengabaikan protes dari minoriti umat Islam negara itu yang mengatakan ia bertentangan dengan tradisi Islam.

Henti jual barang berlogo pasukan keselamatan - PDRM

Posted: 12 Apr 2020 07:19 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran keras kepada orang ramai supaya tidak menjual apa-apa barangan yang mempunyai logo pasukan keselamatan yang jelas menyalahi undang-undang.

COVID-19: Penumpang KL-Tawau MH2664 tampil beri kerjasama

Posted: 12 Apr 2020 07:16 AM PDT

TAWAU: Semua penumpang yang menaiki penerbangan Malaysia Airlines MH2664 dari Kuala Lumpur ke Tawau pada 26 Mac lalu, sudah tampil menghubungi Pejabat Kesihatan Kawasan (PKK) Tawau, untuk menjalani ujian saringan COVID-19.

Emery gelar bekas teman wanita 'ahli sihir'

Posted: 12 Apr 2020 06:48 AM PDT

LONDON: Unai Emery memanggil bekas kekasihnya sebagai 'ahli sihir' dan menyalahkan wanita itu atas kegagalannya di Arsenal.

Makmal HUSM bantu KKM buat ujian sampel COVID-19

Posted: 12 Apr 2020 07:09 AM PDT

KOTA BHARU: Makmal Mikrobiologi dan Parasitologi, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) antara 10 makmal kendalian institut pengajian tinggi (IPT) yang terpilih untuk menjalankan ujian pengesanan COVID-19.

PADU mohon dana RM290,000

Posted: 12 Apr 2020 06:54 AM PDT

GEORGETOWN: Persatuan Alumni Doktor Universiti Sains Malaysia (USM) atau PADU memerlukan dana sebanyak RM290,000 bagi memenuhi permintaan terhadap kekurangan alatan sokongan pernafasan di hospital seluruh negara.

PKP: Syor benarkan penuntut IPT pulang dengan SOP ketat

Posted: 12 Apr 2020 03:16 AM PDT

KUALA LUMPUR: Proses 'balik kampung' dalam kalangan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang terkandas di kampus masing-masing wajar dilaksana secara berperingkat mengikut empat zon utama.

COVID-19: Bekas pesakit berisiko rendah dijangkiti semula

Posted: 12 Apr 2020 04:56 AM PDT

PUTRAJAYA: Kes positif yang dikesan pada segelintir bekas pesakit COVID-19 yang sudah dibenarkan pulang, sebenarnya bersifat lemah dan tidak menjangkiti orang lain.

COVID-19: Penghuni flet PKNS Kampung Baru jalani saringan

Posted: 12 Apr 2020 06:18 AM PDT

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan hari ini melakukan saringan COVID-19 ke atas penduduk flet PKNS di Kampung Baru, dekat sini, susulan satu kes kematian akibat wabak itu berlaku di premis berkenaan, semalam.

Batal tiket: 80 peratus pelanggan terima sistem kredit AirAsia

Posted: 12 Apr 2020 06:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Lebih 80 peratus pelanggan AirAsia menerima sistem kredit sebagai pilihan alternatif bagi penerbangan yang dibatalkan susulan COVID-19.

20 rakyat Arab Saudi dituduh bunuh Jamal Khashoggi

Posted: 12 Apr 2020 06:24 AM PDT

ISTANBUL: Mahkamah Turki semalam menerima pendakwaan mengenai pembunuhan wartawan Arab Saudi, Jamal Khashoggi di Konsulat Arab Saudi di Istanbul, agensi berita Anadolu melaporkan.

COVID-19: Pakar, empat hospital perlu dana RM1.5 juta untuk kajian penawar

Posted: 12 Apr 2020 12:10 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sekumpulan pakar dengan kerjasama empat hospital, memerlukan peruntukan dana RM1.5 juta dalam membiayai kajian untuk mengesahkan 'penawar' baharu COVID-19.

COVID-19: Penduduk, pekerja sekitar Masjid India jalani saringan

Posted: 12 Apr 2020 05:42 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ratusan individu warga tempatan dan warga asing yang tinggal dan bekerja di sekitar kawasan Jalan Masjid India, di sini, menjalani saringan COVID-19.

Bonceng mayat teman wanita sejauh 15 kilometer

Posted: 12 Apr 2020 04:06 AM PDT

ROMPIN: Tindakan sepasang remaja bersiar-siar dengan motosikal ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa, berakhir tragedi apabila motosikal dinaiki mereka bertembung kerbau, menyebabkan seorang gadis terbunuh awal pagi ini.

Legenda F1 meninggal dunia

Posted: 12 Apr 2020 06:10 AM PDT

LONDON: Legenda permotoran, Stirling Moss meninggal dunia pada usia 90 tahun selepas sekian lama terlantar sakit.

COVID-19: PM Britain dibenarkan keluar hospital - Downing Street

Posted: 12 Apr 2020 06:06 AM PDT

LONDON: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dibenarkan keluar dari hospital ini, kata jurucakap Downing Street, seminggu selepas dimasukkan untuk rawatan COVID-19 dan menghabiskan tiga hari dalam unit rawatan rapi (ICU).

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk KC Vohrah meninggal dunia

Posted: 12 Apr 2020 06:05 AM PDT

KUALA LUMPUR: Golongan pengamal perundangan, termasuk Peguam Negara (AG), Tan Sri Idrus Harun dan bekas Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif, memberikan penghormatan terakhir kepada bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Karam Chand Vohrah, atau lebih dikenali sebagai KC Vohrah, yang meninggal dunia hari ini.

COVID-19 : Penyelidikan vaksin mungkin ambil masa setahun

Posted: 12 Apr 2020 05:30 AM PDT

PUTRAJAYA: Penyelidikan vaksin untuk COVID-19 yang sedang dijalankan mungkin mengambil masa kira-kira setahun.

Ronaldo antara 'koleksi' Ratu Cantik Sepanyol

Posted: 12 Apr 2020 05:51 AM PDT

LONDON: Gadis ini mungkin boleh dianggap sebagai 'magnet' pemain bola sepak.

Perlu bincang dengan MKN

Posted: 12 Apr 2020 05:33 AM PDT

SHAH ALAM: Selangor akan membuat keputusan berhubung kebenaran operasi kedai gunting rambut di seluruh negeri itu selepas perbincangan dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Pekebun kecil getah digesa manfaat IPG

Posted: 12 Apr 2020 05:11 AM PDT

BALING: Pekebun kecil getah digesa memanfaatkan baki RM60 juta yang dimanfaatkan melalui Insentif Pengeluaran Getah (IPG) untuk menstabilkan pendapatan masing-masing ketika penurunan harga komoditi itu.

COVID-19: UPSI sambut baik dana penyelidikan khas

Posted: 12 Apr 2020 05:26 AM PDT

TANJUNG MALIM: Tindakan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menawarkan geran penyelidikan khas bagi membantu merangka polisi atau dasar menghadapi senario kehidupan pasca wabak coronavirus (COVID-19) menunjukkan usaha serius kerajaan menangani penularan virus itu.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template