Monday, April 13, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Lelaki mengamuk, berang kereta dipotong

Posted: 13 Apr 2020 06:46 AM PDT

PASIR MAS: Berang kereta yang dipandunya dipotong, seorang lelaki bertindak luar kawalan dengan melanggar dan menghimpit kenderaan Perodua Kancil sehingga terbabas ke dalam parit.

COVID-19: Semak sesawang, aplikasi NPRA sebelum beli cecair basmi kuman

Posted: 13 Apr 2020 10:28 AM PDT

MELAKA: Pengguna disaran menyemak dengan Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sebelum membeli produk cecair pembasmi kuman, terutama secara dalam talian, bagi memastikan produk itu mampu melindungi mereka daripada jangkitan COVID-19.

COVID-19: Undang-undang PKP fasa kedua sudah diwartakan - Jabatan Peguam Negara

Posted: 13 Apr 2020 10:19 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) sudah mewartakan undang-undang Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengisytiharan Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelanjutan Kuat Kuasa) 2020 ketika fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), yang dilanjutkan dari 1 hingga 14 April.

COVID-19: Video abang polis tarik hati Mohd Asri

Posted: 13 Apr 2020 09:25 AM PDT

KANGAR: Rakaman anggota polis menasihati sekumpulan kanak-kanak sedang mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tular sejak pagi tadi meruntun perasaan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

COVID-19: Thailand terus catat penurunan jumlah jangkitan

Posted: 13 Apr 2020 08:44 AM PDT

BANGKOK: Semasa penduduk Thailand meraikan sambutan Tahun Baharu Tradisional di rumah masing-masing hari ini, dalam usaha menyekat pandemik COVID-19, negara itu mencatatkan penurunan dalam jumlah kes jangkitan hariannya.

Beli hartanah pasca COVID-19

Posted: 13 Apr 2020 08:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kalangan pelabur hartanah serta mereka yang berhasrat memiliki rumah sendiri, disaran membeli hartanah itu pada tempoh pasca COVID-19 berikutan jangkaan bahawa harga aset itu akan susut.

Georgina berjaya 'rantai' Ronaldo

Posted: 13 Apr 2020 08:03 AM PDT

LONDON: Sebelum Cristiano Ronaldo menjalinkan hubungan dengan Georgina Rodriguez, pemain itu banyak dikaitkan dengan jelitawan lain.

COVID-19: Urusan bank, tambah stok keperluan harian punca SJR sesak

Posted: 13 Apr 2020 07:53 AM PDT

KUALA LUMPUR: Keluar untuk membeli stok barangan keperluan harian yang semakin berkurangan dan mahu membuat urusan di bank antara faktor menyebabkan jumlah kenderaan persendirian meningkat di jalan raya terutama di bandar-bandar utama seluruh negara, hari ini.

Bazar Ramadan konsep beli dalam talian, ambil pandu lalu

Posted: 13 Apr 2020 04:32 AM PDT

IPOH: Perak akan melaksanakan konsep bazar Ramadan secara pandu lalu dan dalam talian dikenali 'S.M.A.R.T Iftar@Perak' bermula 29 April ini, sejurus tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.

AirAsia dedah penipuan `Tony Fernandes Foundation'

Posted: 13 Apr 2020 07:35 AM PDT

KUALA LUMPUR: AirAsia Group Bhd memberi amaran wujudnya penipuan di Facebook mengaitkan nama Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan itu, Tan Sri Tony Fernandes dengan sebuah yayasan yang kononnya menawarkan peluang memberi bantuan dalam projek dengan menjadi ahlinya.

Polis tahan 62 warga Myanmar anjur Songkran

Posted: 13 Apr 2020 07:30 AM PDT

SEPANG: Polis hari ini menahan 62 lelaki warga Myanmar selepas terbabit penganjuran pesta Songkran di perkarangan sebuah asrama pekerja di bandar Baru Salak Tinggi, di sini.

Shahrel tekad ulangi rekod Abdul Hadi

Posted: 13 Apr 2020 07:02 AM PDT

KUALA LUMPUR: Selepas menampilkan rentak permulaan yang sempurna musim ini, Shahrel Fikri Fauzi tekad mahu memberikan cabaran sengit kepada barisan penyerang import untuk memburu status selaku penjaring terbanyak saingan Liga Super 2020.

Golongan berisiko diutamakan saringan COVID-19

Posted: 13 Apr 2020 04:26 AM PDT

PUTRAJAYA: Proses saringan COVID-19 akan diutamakan kepada golongan berisiko, berbanding pendekatan pengesanan secara besar-besaran.

25 kluster, subkluster COVID-19

Posted: 13 Apr 2020 03:31 AM PDT

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat ini mengesan 25 kluster dan subkluster individu yang dijangkiti COVID-19.

COVID-19: Plasma akan diberi kepada pesakit kritikal

Posted: 13 Apr 2020 03:40 AM PDT

PUTRAJAYA: Plasma darah yang disumbangkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan digunakan untuk merawat pesakit kritikal COVID-19.

PKP fasa ketiga boleh tamatkan COVID-19

Posted: 13 Apr 2020 04:00 AM PDT

PUTRAJAYA: Fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disifatkan tempoh penting yang berupaya menamatkan penularan wabak COVID-19 di Malaysia.

KPM perlu tingkatkan kualiti TV Pendidikan

Posted: 13 Apr 2020 06:21 AM PDT

SEREMBAN: Kementerian Pendidikan diminta dapat meningkatkan kualiti saluran TV Pendidikan yang sedang dilaksanakan, bagi memastikan pelajar terutama di luar bandar dapat mengikutinya dengan baik dan berkesan.

COVID-19: Bekas pesakit derita kebimbangan

Posted: 13 Apr 2020 05:02 AM PDT

KUALA LUMPUR: Rasa takut keterlaluan untuk berjumpa orang lain walaupun selepas disahkan sembuh daripada COVID-19, menyebabkan Amiratu Al Amirat Saleh Mohamed Garbaa, 24, menderita masalah derita kebimbangan.

COVID-19: Korea Selatan hantar kit ujian ke AS

Posted: 13 Apr 2020 06:17 AM PDT

SEOUL: Dua syarikat Korea Selatan dijangka menghantar kit ujian COVID-19, ke Amerika Syarikat, kata pegawai kementerian luar semalam, selepas produk itu mendapat kelulusan sementara dari Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan AS (FDA).

COVID-19: Nestle sumbang RM15 juta, sasar bantu 200,000 rakyat

Posted: 13 Apr 2020 06:13 AM PDT

KUALA LUMPUR: Nestle Malaysia Bhd menyumbang RM15 juta melalui Nestle Cares yang berupaya membantu lebih 200,000 rakyat khususnya kumpulan berpendapatan rendah serta peniaga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam usaha menangani pandemik coronavirus (COVID-19)

COVID-19: Kematian di Sepanyol menurun, beberapa sektor kembali bekerja

Posted: 13 Apr 2020 06:10 AM PDT

MADRID: Pekerja di sektor pembinaan dan pembuatan Sepanyol dengan berhati-hati kembali bekerja hari ini kerana angka kematian hariannya terus menurun dan jangkitan baharu jatuh ke tahap terendah dalam tempoh tiga minggu.

'Lama betul saya tak terjun'

Posted: 13 Apr 2020 06:06 AM PDT

KUALA LUMPUR: Empat minggu tanpa sebarang terjunan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak menggusarkan penerjun wanita negara, Nur Dhabitah Sabri dalam persiapan menghadapi temasya Sukan Olimpik Tokyo 2021.

COVID-19: Iran lapor 111 lagi kematian, keseluruhan 4,585 kematian

Posted: 13 Apr 2020 06:04 AM PDT

TEHRAN: Kementerian Kesihatan Iran hari ini melaporkan 111 lagi kematian akibat COVID-19, menjadikan jumlah kematian rasmi di negara Asia Barat paling teruk dilanda pandemik kepada 4,585 orang.

COVID-19: Bekalan PPE boleh bertahan 2 minggu

Posted: 13 Apr 2020 03:53 AM PDT

PUTRAJAYA: Simpanan bekalan pakaian perlindungan peribadi (PPE) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat ini mampu bertahan selama dua minggu.

Sidang Dewan Rakyat dikawal jika negara masih dalam PKP

Posted: 13 Apr 2020 05:40 AM PDT

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat dijangka terus bersidang pada 18 Mei tetapi dalam keadaan kawalan diperketatkan jika negara masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

PKP: 34 berhibur, ingkar PKP ditahan

Posted: 13 Apr 2020 05:32 AM PDT

JOHOR BAHRU: Seramai 34 individu termasuk dua penjawat awam ditahan ketika leka berhibur di dua pangsapuri berasingan di bandar raya ini dan Masai, masing-masing malam kelmarin dan semalam.

COVID-19: Kes sembuh melebihi kes baharu

Posted: 13 Apr 2020 02:50 AM PDT

PUTRAJAYA: Sebanyak 168 kes dilaporkan pulih daripada COVID-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada wabak itu 2,276 kes atau 47.3 peratus daripada keseluruhan kes.

Bengkel, pusat alat ganti kenderaan dibenar beroperasi

Posted: 13 Apr 2020 05:29 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bengkel dan pusat alat ganti kenderaan adalah antara sektor tambahan yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Hockademy minta jasa baik KHM

Posted: 13 Apr 2020 05:22 AM PDT

KUALA LUMPUR: Selepas hampir dua bulan menjuarai Liga Hoki Wanita Malaysia 2020, skuad Hockademy mendedahkan masih belum mendapat hadiah kemenangan.

KAFA janji tak aniaya pemain

Posted: 13 Apr 2020 05:14 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pemain Kelantan yang bergaji kecil terselamat daripada pemotongan gaji memandangkan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) akan mengambil pendekatan munasabah dalam isu berkenaan.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template